17/11/2023
Join us on theapp
. . Hitam Putih Kehidupan . . .
Facebook App Icon
Instagram Social Icon
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Me
Horas! Medan Trip Part 1
Assalamualaikum. Hari ni saja nak share pasal trip ke Medan 14-17 April 2016 yang lalu. Actually dah setahun tau cheq book flight ticket ni. Book masa Air Asia buat promo free seat tu. Punya la nak berjimat kann, sanggup tunggu setahun. Tapi berbaloi la sebab sorang RM93 ja pergi dan balik PENANG-KUALANAMU-PENANG. Trip kali ni 4 hari 3 malam. Cheq pi dengan geng-geng cheq masa dekat U dulu, 4 orang semuanya termasok cheq. Kira geng paling kamceng laa. Orang kata, 4 orang ni is the perfect number to travel. Tak ramai sangat and tak sikit sangat. Just nice :) Satu lagi yang bestnya semua still single and available. So hat mana berkenan boleh la pilih sorang satu. *Sempat lagi promo. Hehehehe. So, entry cheq kali ni specially dedicated untuk sahabat-sahabat dunia akhirat cheq ni la okay. Percutian kali ni jugak membawa satu misi yang penting iaitu misi mencari cinta. Kalau hampa nak tau tercapai ka dak misi cheq kali ni, hampa kena la baca sampai habis. Hampa baca naa.
Oklah. Back to the story. Tiket dah cerita, sekarang nak cerita pasal supir pulak. 4 bulan before fly, cheq ada la dok google pasai supir ni. Tengok semuanya macam mahai ja. Tanpa berputus asa, cheq terus mencari dan akhirnya terjumpa la satu contact number pak supir ni. Nama dia Pak Julfadly. Harga yang dia bagi memang murah la berbanding dengan supir-supir lain yang cheq tanya. Sebab tu la cheq deal dengan Pak Fadly ni. So, kalau hampa yang nak pi medan tu boleh la try runding harga dengan Pak Fadly. No phone dia, +6281376455045. Bilang saja nama Mbak Afifah. Pasti dikasi-in diskonnya. Hehehe.. Servis pon terbaik dan puas hati. Hampa jugak boleh ambik full package dengan Pak Fadly ni, kiranya termasok hotel dan makan la. Tapi hari tu, cheq ambik transport and supir ja. Makan dan hotel cheq cari sendiri.
Orait, skarang kita move ke next cerita. Berkenaan hotel pulak. Memandangkan jarak antara tempat-tempat yang kami pi agak jauh, so hotel pon lain-lain setiap malam. Hari first, kami pi Parapat dulu. So dekat parapat tu, cheq book Sapadia Hotel & Cottage Parapat. Kami ambik 1 cottage, harga dia RM200, including breakfast. Sedap pulak tu breakfastnya. Cottage ni sangat cantik hokayy! Sapa yang s**a ambik gambaq tu, boleh la fefeeling kat sini.
Kat belakang tu haa cottage nya. Ada 3 tingkat.
Kat belakang tu haa cottage nya. Yang kaler kuning tu. Ada 3 tingkat.
Boleh nampak view Danau Toba dari sini
Boleh nampak view Danau Toba dari sini.
Model-model Sapadia Hotel & Cottage
Model-model Sapadia Hotel & Cottage. Memperkenalkan, dari kiri: Cheq, Atoi, Shikin dan Aida. Hampa berkenan hat mana satu? Kikikii...
Hari kedua pulak kami pi Berastagi. So, cheq book la Grand Orri Hotel and Convention. Cheq ambik 2 standard room. Harga 1 bilik RM110. Tapi harga ni tak termasok breakfast. So kami makan roti ja la pagi tu. Apa ada hal? Janji kenyang dan s**a hati. Tak gitu? Hehehe..
View dari balcony bilik cheq
View dari balcony bilik cheq
Tiga dara pingitan. Hahahaa
Tiga dara pingitan. Hahahaa
Santai-santai selfi-selfi dulu kat balcony
Santai-santai selfi-selfi dulu kat balcony
Alrite, hari ketiga kami balik semula ke Medan. Dekat Medan, kami duduk hotel bajet ja. Cheq book Wisma Sederhana Budget Hotel. Tengok nama pon dah tau kan betapa sederhana nya hotel ni. Hehehe.. 1 bilik untuk family harga dia RM110 termasuk breakfast. Ok la kann. Tapi, kami tak makan pon breakfast sebab tengok dalam menu list tu dia ada hidangkan beer. So, sebab was-was, kami pon makan roti ja. Gambaq kat Wismaa sederhana tak sempat nak snap sebab masing-masing dah terlalu penat. Apa yang boleh cheq komen, hotel ni dekat luaq nampak buruk, tapi dalam bilik ok la, agak besaq ruang dia. Untuk pengetahuan hampa, semua hotel ni cheq booking dekat Agoda ja. Senang cerita. So, total perbelanjaan kami berempat untuk supir + kereta innova + hotel 4 hari 3 malam adalah RM330 seorang. Price ni tak termasok makan dan tiket flight ok.
Hmmm dah penat cerita bab tiket, supir dan hotel, nanti la naa cheq sambung cerita perjalanan kami selama 4 hari 3 malam tu. Penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan! Ceeewahh.. Tak da lah. Gurau ja. Sehingga bertemu lagi di episod yang seterusnya. Horas!