Trip Persia Amarzir

Trip Persia Amarzir Kami suami isteri mampu berbahasa parsi dan kerja part time bawa tourist secara persendirian
(3)

Alhamdullilah dapat bersilaturahim lagi bersama jiran saya waktu di Iran..Mereka antara jiran yang sangat terbuka terhad...
11/12/2023

Alhamdullilah dapat bersilaturahim lagi bersama jiran saya waktu di Iran..

Mereka antara jiran yang sangat terbuka terhadap kami dan sentiasa bersedia untuk menolong kami jika ada apa2 masalah..

Kerja2 lagi...Buka kedai macam biasa..Amarzir Gallery (Persian Gallery Shop)Lokasi bukit Duyung Melaka..Boleh roge2 kita...
04/07/2023

Kerja2 lagi...
Buka kedai macam biasa..

Amarzir Gallery
(Persian Gallery Shop)
Lokasi bukit Duyung Melaka..

Boleh roge2 kita..

Trowback..Autumn 2022IRAN
25/05/2023

Trowback..
Autumn 2022
IRAN

Tempat ni sebelah pasar ikan, biasanya saya pagi2 jumaat akan sarapan di sini sambil pekene Teh Iraq ( Teh pekat). Bazar...
07/05/2023

Tempat ni sebelah pasar ikan, biasanya saya pagi2 jumaat akan sarapan di sini sambil pekene Teh Iraq ( Teh pekat).

Bazar ni dipenuhi oleh warga Iraq kerana kebanyakkan yang meniaga di sini semuanya asal dari Iraq..kadang2 best duduk santai di sini kerana suasananya terasa seperti di Malaysia..

Alhamdullilah, selesai trip raya kali ni bersama 2 orang tourist dari Malaysia abang Terasing Terasing dan abg Rejab Rah...
28/04/2023

Alhamdullilah, selesai trip raya kali ni bersama 2 orang tourist dari Malaysia abang Terasing Terasing dan abg Rejab Rahim yang masih tetap berjiwa muda..😁

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka selama seminggu bersama saya dengan layanan yang sangat baik terhadap saya..

Inshaallah next time kita jumpa di Malaysia p**a minum teh O lagi..😁😁

TRIP APRIL 2023 AUTUMN Balek kampung j*p, beraya di rumah kenalan lama,,selalu pergi sini kadang2...Bersantai di ladang ...
25/04/2023

TRIP APRIL 2023 AUTUMN

Balek kampung j*p, beraya di rumah kenalan lama,,selalu pergi sini kadang2...

Bersantai di ladang buah cherry,,baru tumbuh bunga je,,belum buah lagi..

*TRIP PERSIA AMARZIR* 15-25 Nov 2023 ( Autumn 🍂)11 Days 10 Nights *Include:* ✅️Minimum 10 Orang✅️Hotel✅️Private Transpor...
24/03/2023

*TRIP PERSIA AMARZIR*
15-25 Nov 2023 ( Autumn 🍂)
11 Days 10 Nights

*Include:*
✅️Minimum 10 Orang
✅️Hotel
✅️Private Transportation Sepanjang Perjalanan
✅️Flight Return Malaysia-Iran ( Qatar Airways)
✅️Flight Domestic
✅️ Daily Breakfast
✅️Enterance Fee
✅️Guide

*Cover Negeri:*
✅️Tehran
✅️Taliqan Village
✅️Shiraz
✅️Esfahan
✅️Kashan
✅️Abyaneh Village
✅️Qom

*RM7950*
Booking *rm300*

WhatsApp:
📲 +989380947993 ( Iran)
📲 +6018-2117950 ( Malaysia)

FB: Trip Persia Amarzir
Insta: Trip Persia Amarzir

Soalan-soalan paling kerap ditanyakan tourist sebelum atau semasa datang Iran..1: Makanan di Iran halal tak?2: Selamat t...
19/02/2023

Soalan-soalan paling kerap ditanyakan tourist sebelum atau semasa datang Iran..

1: Makanan di Iran halal tak?
2: Selamat tak datang Iran?
3: Mereka solat jumaat tak?
4: Mereka puasa tak pada bulan Ramadhan?
5: Bahaya tak solat di masjid mereka?
6: Bahaya tak kalau kita solat secara mazhab Sunni?
7: Orang di sana peramah tak?
8: Iran ada 4 musim ke?
9: Sini ada teroris tak?
10: Macam mana nak kawin dengan orang sini?
11: Nak kawin susah tak kat sini?
12: Kalau jalan sorang2 di Iran bahaya tak?
13: Mereka kacau kita kalau tahu kita sunni?

Dan ada lagi beberapa soalan lain juga..

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Abg Mohd Shukran Ismail dan isteri beliau kak Nik Hazlini Nini kerana sudi mengi...
09/02/2023

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Abg Mohd Shukran Ismail dan isteri beliau kak Nik Hazlini Nini kerana sudi mengikuti trip saya kali ni dengan penuh layanan mesra terhadap saya sendiri..

Trip kali agak bertukar2 planning disebabkan hujan dan juga beberapa perkara lain juga yang tak dapat dielakkan, tapi alhamdullilah berjalan lancar dari awal sampai akhir selama hampir 10 hari di Iran..Tehran-Shiraz-Esfahan-Kashan-Qom..

Inshaallah ada masa kita berjumpa lagi..Aminn🤲🤲

Trip bersama tourist sudah selesai untuk kali ni..Boleh fokus kepada cincin semula..😊😊Abyaneh Village IranWinter 2023
06/02/2023

Trip bersama tourist sudah selesai untuk kali ni..
Boleh fokus kepada cincin semula..😊😊

Abyaneh Village
Iran
Winter 2023

30/12/2022

Walking in Autum 2022
Darakeh, Tehran, Iran

Jalan-jalan bersama keluarga di lereng bukit bernama Darakeh yang terletak di ibu negara Iran iaitu Tehran..



Hari ni bawa keluarga keluar j*p..
21/12/2022

Hari ni bawa keluarga keluar j*p..



KEDAI EMAS DI IRANKalau anda melancong ke Iran, jarang sekali anda akan nampak kedai emas macam penjara, semua macam ked...
10/12/2022

KEDAI EMAS DI IRAN

Kalau anda melancong ke Iran, jarang sekali anda akan nampak kedai emas macam penjara, semua macam kedai2 biasa takda safety langsung..

Setakat ni di Iran yang saya nampak samaada di pasaraya atau pun tepi jalan kedai2 emas macam ni sahaja terbuka bebas..Tak pasti sebab apa macam tiada langsung nampak safety..

Sebelum ni saya pernah tanya seorang tukang emas kenapa di Iran terlalu ambil ringan tentang keselamatan kedai, dia jawab senang je, di Iran keselamatan dah keamanan sangat tinggi, kemudian dia senyum sahaja..

Rasanya kalau la kedai emas di Malaysia macam di Iran, habis kena sakau semua tanpa bagi salam dulu..haha..

25/10/2022

MAKANAN DI IRAN

Kadang2 sarapan pagi saya bersama kawan adalah Omelet dan juga Dizi (Kuah daging) makan dengan roti besar..

Di Iran tak banyak pilihan makanan untuk breakfast, dari hujung ke hujung, balek2 ulang2 tu je di mana2..Omelet, telur mata, jem, buah-buahan ikut musim, cheese, buah zaitun, air susu, timun, kacang dalam tin dan beberapa yang lain..

Untuk lunch dan dinner, sebenarnya banyak je pilihan..
Tapi untuk restaurant biasa, balek2 anda akan jumpa kebab2 je,,tapi kalau masuk restaurant yang agak mahal sikit, baru la anda jumpa mcm2 menu..Menu makanan contoh khas dari utara, selatan, timur dan barat Iran semuanya ada menu tersendiri..😊😊

Kalau anda nak rasa menu2 selain kebab, boleh la cari restaurant yang baik sikit..Kalau masuk restaurant yang cukup2 bajet anda, jumpa kebab jela..😅

Lagipun makanan harian yang biasanya dimasak di rumah jarang nak jumpa di restaurant Iran juga..

Saya banyak kali bertamu di runah kawan Iran, kadang2 lauk yang mereka sediakan lain daripada yang biasa restaurant Iran sediakan..

Warga Iran sendiri jarang masak kebab sebab leceh dan juga belanja tinggi..

KETURUNAN NABI Macam biasa kadang2 singgah solat di masjid yang berdekatan dengan tempat urusan yang perlu diselesaikan....
21/10/2022

KETURUNAN NABI

Macam biasa kadang2 singgah solat di masjid yang berdekatan dengan tempat urusan yang perlu diselesaikan..

Biasanya di Iran, kebanyakkan masjid lepas solat maghrib memang mereka ada sediakan teh O untuk para jemaah di situ..

Selepas solat, saya dipanggil oleh pakcik berketurunan nabi yang bernama Sayyid Husaini untuk dihidangkan teh kepada saya..Siap ada pilihan nak teh herba ataupun teh O biasa, saya pun mencuba keduanya kerana gelas kecil tidak puas kalau minum segelas..

Di Iran biasanya kalau yang berketurunan nabi mereka memakai kopiah hijau ataupun selendang hijau..Bagi mereka daripada pelajar agama dan sudah diberi izin untuk memakai serban akan memakai serban warna hitam dan automatik kita akan memanggil mereka sayyid..

Pagi2 dah lepak menyembang..hehe
03/09/2022

Pagi2 dah lepak menyembang..hehe


PULANG KE MALAYSIA..Bergambar bersama tuan rumah sewa sebelum kami berangkat ke Airport Tehran untuk p**ang ke Malaysia....
09/08/2022

PULANG KE MALAYSIA..

Bergambar bersama tuan rumah sewa sebelum kami berangkat ke Airport Tehran untuk p**ang ke Malaysia..

Balek Malaysia 3 bulan je, Inshaallah bulan 9 kami ke Iran semula..

Bagi yang pm berminat dgn cincin ataupun Trip Iran, inshaallah lepas bulan 9 ni kami p**ang ke Iran semula akan lebih mudah lagi berurusan..😊😊

12/07/2022
Cuti balek Malaysia 3 bulan j*p..😊
12/07/2022

Cuti balek Malaysia 3 bulan j*p..😊

Perjalanan dan kehidupan suami isteri di negara yang penuh kontroversi iaitu Iran..haha, takda idea nak tulis apa kali n...
04/06/2022

Perjalanan dan kehidupan suami isteri di negara yang penuh kontroversi iaitu Iran..

haha, takda idea nak tulis apa kali ni..😁

Pic tahun 2019 di Mazandaran, Iran..

09/05/2022

Sambutan setiap tahun yang dihiasi dengan selawat ke atas nabi di salah satu perkampungan Auroman yang terletak di Kurdistan, Iran.

06/04/2022

IFTAR

Hari ni buka puasa di luar..
Tunggu berbuka sampai matahari terbenam dan gelap, bukan terang benderang dah berbuka..😅
Rasa macam kat Malaysia p**ak sebelum azan dimainkan zikir Asmaulhusna..

Buka puasa simple je, roti dan terung bakar yang sudah dihancurkan dan dimasak juga masakan isteri..hehe..Sahur baru makan nasi..

Iran
Ramadhan2022

Address

Tehran

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trip Persia Amarzir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Trip Persia Amarzir:

Videos

Share

Category


Other Travel Services in Tehran

Show All