19/04/2021
Gaji pekerja lori sampah di Jepun melebihi RM33,000 sebulan? Dari dulu lagi terfikir sejak berada di Jepun selama 7 tahun. Nampak macam betul saja sebab di Jepun persekitarannnya sangat bersih, dan cara pengasingan sampahnya pun strict. Jadi sudah tentu ada pekerja yang perlu digajikan dengan sempurna. Baik mari kita lihat 10 perkara ini.
1. Menurut Kyuryobank.com, gaji orang umur 20-an yang ada pengalaman kutip sampah kurang dari 10 tahun adalah lebih kurang RM143,600 atau lebih. Sebulan dalam RM11,966. Jumlah itu bolehlah dikatakan hidup tak senang dan tak susah. Ala middle class begitu.
2. Cuma misalkan sudah mempunyai pengalaman banyak dan umur sudah melebihi 40-an. Biasanya orang itu akan kerja di pejabat pengurusan syarikat. Gaji tahunan dalam RM234,100 atau RM19,508 sebulan. tetapi itu kena kerja bertahun-tahun dan pastikan pengalaman kutip sampah mesti banyak. Walaupun begitu, apabila kalian berumur 20-an, kalian boleh menjangkakan yang gaji boleh lebih rendah dari RM11,966 (poin 1), iaitu dalam sedikit kurang dari RM8000 atau sedikit tinggi dari nilai itu.
3. Adakah poin 1 dan 2 itu betul? Kita tengok apa yang agen pencari kerja Kyuujin Box 求人ボックス cakap p**a. Menurut data pada Mac 2021, purata gaji tahunan pekerja pemungut sampah adalah dalam RM125,400. Rendah sedikit berbanding purata gaji tahunan Jepun. Gaji per bulan adalah dalam RM10,200. Begitu juga syarikat pencari kerja Indeed. Mereka mengatakan hal yang hampir sama dan kalian boleh tengok pautan ini (guna google chrome dan google translate untuk baca):
https://jp.indeed.com/%E3%82%B4%E3%83%9F%E5%8F%8E%E9%9B%86%E4%BD%9C%E6%A5%AD%E5%93%A1%E9%96%A2%E9%80%A3%E3%81%AE%E6%B1%82%E4%BA%BA
4. Ada orang kata gaji itu jauh lebih tinggi dari gaji assistant language teacher (ALT) di sekolah menengah tinggi Jepun. Ini linknya: https://youtu.be/fRXeUt6yq1Y . Dalam video itu walaupun kerjanya gembira, tetapi gaji tahunan bersihnya rendah iaitu RM76,000. Itu selepas ditolak cukai dan insurans. Jumlah itu boleh katakan kategori B40 di Jepun dan cikgu ALT itu sendiri beritahu nilai itu menyebabkan kehidupannya tak stabil.
Akhirnya cikgu itu terpaksa kerja part time yang lain. Bayangkan orang putih yang dipandang tinggi di Jepun pun boleh miskin. Jadi orang Asia Tenggara yang tak berapa dipandang tinggi Jepun pun silap-silap lagi teruk situasinya.
5. Baik, kembali semula mengenai isu kerja pemungut sampah. Gajinya yang dijelaskan di atas masih lagi tak ditolak dengan cukai dan insurans ya. Jadi masih nampak macam menarik cuma untuk kerja sebegitu, kerja tetap biasanya diperuntukkan untuk orang Jepun sahaja. Jadi boleh katakan tiada peluang untuk visa pekerja asing. Peluang yang ada hanyalah kerja part time saja. Kyuujin Box juga memberitahu yang purata gaji kerja separuh masa adalah dalam 999 yen - 1,191 yen (RM40) sejam. Kalau nilai itu dikalikan dengan 20 hari, gajinya macam siput dan tak setinggi gaji pekerja tetap.
6. Satu lagi perkara, pekerja pemungut sampah ada 2 jenis iaitu kakitangan kerajaan dan pekerja swasta. Kakitangan kerajaan yang berumur 40 tahun dan telah kerja selama 15 tahun baru mempunyai gaji RM15,000 sebulan. Gajinya hampir sama dengan kakitangan kerajaan sektor lain untuk tahap pengalaman yang sama. Gaji itu boleh katakan M40 sahaja. Sekali lagi, agak s**ar untuk pekerja asing mendapat tempat dalam sektor kerajaan di Jepun.
7. Kalau gaji pekerja swasta p**a, harga pasaran untuk pekerja tetap adalah dalam RM9500 sebulan dan kerja 8 jam sehari. Cuma seandainya di Tokyo dan kerja lebih masa mungkin boleh dapat sekurang-kurangnya RM19,000 iaitu melebihi dari gaji kerja kerajaan. Sekali lagi, tak banyak syarikat yang tawarkan kerja lebih masa.
8. Dalam kes yang jarang-jarang, apabila berpeluang kerja melebihi 10 tahun dalam industri yang sama, mungkin boleh dapat gaji RM31,000 sebulan. Walaupun begitu, ia memang sangatlah sedikit kebarangkaliannya, silap-silap gaji sedemikian adalah untuk jawatan ketua bagi ketua-ketua dalam pimpinan syarikat pemungut sampah. Sebagai orang asing, peluang biasanya terbuka sebagai pekerja separuh masa dengan gaji harian RM342. Sekali lagi nak beritahu, apabila dikalikan dengan kerja sebulan masih lagi tak setinggi gaji pekerja tetap.
9. Sesi interviu yang dibuat oleh Driverhacker.jp terhadap seorang lelaki umur 20-an, yang gajinya RM13,300 sebulan,
" Kami memungut sampah yang bersaiz besar (oversized). Kerja fizikalnya adalah susah, tetapi saya berasa gembira kerana saya mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding rakan-rakan lain yang sama umur.
10. Mungkin ada lebih tinggi. Ada yang rendah seperti lelaki umur 30-an yang bergaji RM8,740 sebulan ini,"Saya habis kerja pada waktu tengahari dan gaji per jam boleh katakan bagus, tetapi saya terfikir untuk tukar kerja kerana gaji bersih hanyalah RM5,700. Saya boleh kerja lebih masa jadi saya mahu gaji RM7600." Macam itu, gaji bersih RM5,700 di Jepun itu serupa gaji B40.
Patutlah, dulu masa mula-mula berada di Jepun, ada rakan universiti yang kerja lori pemungut sampah, dan dia masih belum kaya melebihi orang Jepun kerja full time lain. Rupanya itulah penjelasannya. Jepun masih lagi bukan maksum. Mungkin ada beberapa kelebihan, contohnya kebanyakan pekerja pemungut sampah adalah dari kalangan bangsanya sendiri. Apabila bekerja bertahun-tahun dalam industri sampah, barulah memasuki kategori M40.
Oh ya, mengenai aspek Jepun bukan maksum, kalian boleh tengok siri video Jepun bukan maksum: https://youtu.be/rNcpeM2xrMc
Terima kasih kepada tuan Wan Ab Aziz di atas infonya sekali.
foto: Yahoo!ニュース - Yahoo! JAPAN, 日本経済新聞,
ダイヤモンド・オンライン, 小川商会