Malaysian Marrakech Sightseeing (MMS)

Malaysian Marrakech Sightseeing (MMS) Menawarkan pakej percutian harga bajet khusus untuk student ke seluruh Morocco termasuk sahara desert... For further informations, please leave a message.

Kami menawarkan kepada anda pakej percutian yang menarik untuk individu, kump**an atau keluarga dengan harga yang berpatutan untuk warga Malaysia khususnya. Tujuan kami adalah untuk membantu anda membuat pilihan yang bijak, murah dan berbaloi disamping untuk mengelakkan anda daripada ditipu oleh golongan yang selalu mengambil kesempatan ke atas pelancong-pelancong seperti anda. Untuk maklumat lanj

ut, sila tinggalkan pesanan di inbox kami. We offer you a fantastic holiday package for individuals, groups or families with affordable prices especially for Malaysians. Our goal is to help you make the right choice besides to avoid you from being 'tapau' by those who always take advantage of tourists like you. "If you like Marrakech, you will LOVE us!"

Merzouga desert hari ini...
31/01/2018

Merzouga desert hari ini...

Some "wow" pictures of Morocco from the sky..!!!https://www.moroccoworldnews.com/2015/02/151222/morocco-sky-photos-taken...
06/04/2017

Some "wow" pictures of Morocco from the sky..!!!
https://www.moroccoworldnews.com/2015/02/151222/morocco-sky-photos-taken-nasa-satellite/

Rabat - The American space agency Nasa posted recently a collection of spectacular images that show the diversity of the kingdom’s marvelous landscape taken from the sky. Taken by Nasa weather satellite from above, the photos highlight the stunning various landscapes of the kingdom. The images displ...

Sahara jommm!!
27/02/2017

Sahara jommm!!

04/10/2016

Time to visit Marrakech...



perghh,,nk bg emas free..sape tak nak..ruginyee
26/08/2016

perghh,,nk bg emas free..sape tak nak..ruginyee

PANAS..PANAS,,,PANAS...!!!! "FUHH...BIAR BETUL DIORG NAK REVEALED BENDA NI...CAM TAK CAYE JE..."
21/08/2016

PANAS..PANAS,,,PANAS...!!!!

"FUHH...BIAR BETUL DIORG NAK REVEALED BENDA NI...CAM TAK CAYE JE..."

Tahniah kepada admin marrakech yang telah berjaya menyambung pelajaran di peringkat PHD di Universiti Cadi Ayyad Marrake...
23/03/2016

Tahniah kepada admin marrakech yang telah berjaya menyambung pelajaran di peringkat PHD di Universiti Cadi Ayyad Marrakech. Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat kepada anda semua yang masih dalam pengembaraan menuju ke menara gading..

*ingin menunggang unta sambil ditemani bakal dr?? pm kami laju2. ^_^

"Kamu akan menuai apa yang kamu tanam.. Maka janganlah kamu tanam melainkan kecintaan" -Jalaluddin Arrumi*Ingin memetik ...
10/03/2016

"Kamu akan menuai apa yang kamu tanam.. Maka janganlah kamu tanam melainkan kecintaan" -Jalaluddin Arrumi

*Ingin memetik delima di taman?? ^_^
_admin tetouan

09/03/2016

- GOLDEN ARGAN OIL -

Dapatkan minyak Argan 100% ASLI dari MOROCCO, diekstrak menggunakan kaedah ''raw cold pressure'' untuk menjaga kualiti minyak dan mengelakkan kehilangan nutrisi.

* Penghantaran melalui air parcel terus dari Morocco ke rumah anda !!

https://www.facebook.com/goldenarganoil16/?ref=settings

NAK LIKE KE? Tak payah laa..orang yang nak cantik jer bleh like tau..!

07/03/2016
ANTARA KECANTIKAN WANITA DAN KETAMPANAN LELAKI MAGHRIBIAnda yang pernah berkunjung ke bumi gerbang andalus sudah pasti t...
06/03/2016

ANTARA KECANTIKAN WANITA DAN KETAMPANAN LELAKI MAGHRIBI

Anda yang pernah berkunjung ke bumi gerbang andalus sudah pasti terpesona melihat kecantikan wajah perempuan maghribi dan kehalusan serta kecerahan kulit mereka. Lelaki maghribi juga tidak kurang segak dan tampannya, di dalam jallabah maghribi mereka. Kulit wajah mereka yang bersih dari sebarang jerawat, bebas dari sebarang parut, tidak kira lelaki mahupun perempuan menyebabkan anda tertanya-tanya apakah rahsia kulit sihat ini?

RAHSIA KECANTIKAN BANGSA MAGHRIBI
Campuran darah Arab, Eropah, dan penduduk asal tanah ini (Amazigh) merupakan sebab utama kecantikan rupa paras penduduk Maghribi. Percampuran darah ini benar-benar menjadikan diri mereka penghimpun kecantikan kaum manusia dari berbagai benua. Tidak hairanlah jika ramai golongan elit Malaysia yang mengahwini wanita morocco. Namun bagaimanakah mereka memelihara dan memulihara kecantikan ini agar berkekalan? Rahsianya adalah sejenis minyak organik yang diekstrak dari pohon Argan yang hanya terdapat di Morocco.

BAGAIMANA MENGENALPASTI KACANG ARGAN YANG TERBAIK?
Pelancong yang pernah mengikuti trip ke Essouira pasti tersenyum melihat gelagat kambing yang memanjat pokok argan. Kesungguhan haiwan ini memanjat pokok argan seolah-olah kambing ini amat mengetahui kebaikan kacang argan.

Kacang argan yang paling sesuai untuk tujuan kosmetik adalah kacang argan yang berasal dari pohon liar, tidak dibajai, tidak diganggu haiwan, dan kacangnya masak secara sempurna dan semulajadi. Wanita Maghribi akan mengutip kacang argan yang jatuh ke tanah untuk diproses, memetik kacang argan dari pokok adalah satu hal yang terlarang dalam proses penyediaan minyak argan. Ini kerana kacang yang tidak matang akan mengurangkan keberkesanan minyak ini. Namun begitu, ada sebahagian pengusaha yang tidak jujur dan hanya memikirkan kekayaan, membajai pohon argan dan memetik hasilnya sebelum ia matang.

PROSES PENGHASILAN MINYAK ARGAN
Minyak argan dihasilkan melalui 3 kaedah; tradisional, kimia dan perahan mesin. Kaedah tradisional adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan minyak argan. Isi kacang argan dikisar dengan menggunakan sejenis alat yang diperbuat dari batu (seperti pengisar tepung dulu kala yang digunakan datuk nenek kita). kisaran alat ini menggunakan tenaga tangan manusia, kisaran yang perlahan ini dapat menjaga kualiti argan dan mengelak haba yang berlebihan dari merosakkannya. Kaedah ini disebut "cold pressing".

Penggunaan mesin dalam proses penghasilan minyak argan menghasilkan haba yang tinggi yang merosakkan nutrisi argan. Penggunaan kimia p**a adalah untuk meningkatkan jumlah pengeluaran minyak argan dengan kadar kacang yang sedikit.

MENGAPAKAH HARGA ARGAN MAHAL?
Untuk menghasilkan 1L minyak argan memerlukan 30kg kacang argan. Pokok argan hanya berbuah sekali setiap tahun dan maksimum hasil sepohon pokok hanyalah 150kg setahun. Permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara memaksa industri argan menggunakan berbagai kaedah sama ada secara jujur atau tidak.

ADAKAH ARGAN ANDA ASLI 100%?
Jika ada penjual argan yang menjanjikan argan asli 100% kepada anda, jangan sesekali percaya. Ini kerana kesemua argan yang dijual di dalam dan luar morocco telah dicampur dengan minyak zaitun asli untuk memenuhi permintaan pasaran. Kriteria minyak zaitun yang sama dengan argan menyebabkan anda sukar untuk membezakannya. Campuran ini menyebabkan kualiti minyak argan berkurangan, tetapi ia tidak bererti keberkesanan dan keistimewaannya telah hilang. Inilah hakikat yang anda tidak akan mendengarnya dari mulut para peniaga argan.

BAGAIMANA MENGETAHUI KEASLIAN MINYAK ARGAN?
Disebabkan semua minyak argan di pasaran telah dicampur, maka langkah terbaik untuk mengetahui kualiti minyak ini adalah dengan cara mengetahui kadar campuran argan dan zaitun (30/70, 50/50, 70,30). Dan saya yakin peniaga argan tidak akan sesekali memberitahu anda hal ini. Selain itu, argan asli juga dapat dikenalpasti melalui bau kacang yang terdapat pada minyak tersebut. jika minyak anda berbau wangi atau tidak berbau apa-apa bererti minyak argan anda tidak asli atau minyak argan anda khas untuk kulinari.

KEISTIMEWAAN MINYAK ARGAN
1. Healing properties: dapat menghilangkan parut jerawat dan campak, juga parut luka pada kulit.
2. Anti kanser&UV: melindungi kulit anda dari sinaran UV.
3. Anti penuaan: dapat mengembalikan kulit anda yang sihat, licin, dan halus.
4. Menangani masalah kulit berminyak.
5. Anti jeragat: Menjadikan tona kulit anda sekata.
6. Melembutkan rambut dan merawat rambut bercabang.

*Ingin bersiar-siar di ladang argan sambil mengembalikan kejelitaan anda? Hubungi kami ^_^
-admin casablanca

06/03/2016

SISTEM WAKAF DI MOROCCO

Pada zaman Mariniyin perkembangan wakaf di Maghribi berlaku dengan pesatnya. Ini kerana Dinasti Mariniyin mengembangkan pengaruhnya bukan atas unsur agama dan mazhab seperti dinasti-dinasti yang terdahulu.

Hal ini menjadikn kemajuaan Mariniyyin terpengaruh atas dasar politik. Oleh sebab itu, kita dapat melihat bahawa kerajaan Mariniyyin mengutamakan pembinaan masjid, pusat pengajiaan, mewujudkan kursi-kursi pengajiaan dan memberi kepentingan kepada gaji-gaji Imam, masjid dan guru-guru agama. Serta meraikan sambutan mauled Nabawi dan menggesa rakyat dengan bersungguh-sungguh supaya memperbanyakan waqaf serta mengkhaskan cukai yang dikutip daripada orang selain Islam dan harta tawanan perang untuk amal kebajikan masyarakat.

Perkembangan berterusan sehinggalah kepada kematiaan Sultan Abu Inan.
Harta wakaf pada zaman ini semakin bertambah dan berkembang diseluruh Maghrib.

Khususnya di Kota Fez kerana kota ini merupakan pusat pemerintahan dinasti Mariniyyin. Hal ini menunjukan pertambahan harta wakaf di Maghribi. Sehinggakan, harta wakaf dapat disalurkan untuk pembiayaan rumah sakit dan pusat pemeliharaan binatang.

Jenis-jenis Harta Waqaf dan perkembanganya Pada Dinasti Mariniyyin.
Perkembangan harta wakaf pada setengah tahun meninggkat sehingga 10,000 dinar perak. Funduk (Rumah tumpangan) ini merupakan harta yang diwakafkan oleh Sultan Abu Ya’qub (646 H), yang dimaksudkan dengan “Funduk” pada zaman Mariniyyin ini adalah “Funduk Shammain” tidak jauh daripda Jami’ Qarawiyyin.

Petambahan dan keuntungan ini dapat menampung masjid-masjid lain diluar Kota Fez dan daerah-daerah berdekatan seperti Kota Meknes. Bahkan, dihantar sebahagiaan keuntungan kepada masjid Aqsa, masjid al Haram dan masjid Nabawi.

Diantara jenis-jenis waqaf dizaman itu ialah:

1. Pembinaan Tempat Pengajiaan Dan Perpustakaan.
Telah dibina Madrasah (tempat pengajian) di barat Kota Fez “Madrasah Andalusiyah” untuk dijadikan pusat pengajiaan. Diwakafkan juga kerusi khas untuk dijadkan tempat mengajar bagi para guru-guru dan masyaikh-masyaikh samada ilmu yang berkaitan agama, logik, mantiq, perubatan, falak dsb.

Tidak boleh dilupakan juga bahawa kerajaan Mariniyyin banyak mewakafkan buku-buku dan perpustakaan untuk kegunaan dan rujukan pelajar. Dikatakan bahawa Sultan Yusuf Yaacob yang telah membekalkan kepada Madrasah Halfawiyah di Kota Fez perpustakaan yang didalamnya terdapat manuskrip-manuskrip yang dikembalikan oleh Raja Sancho I daripada Qashtolah (Castille, Portugal).

Begitu juga pada awal kalinya wujudnya pusat untuk pewakafan buku-buku pada zaman pemerintahan sultan Abi Inan yang mana telah mewaqafkan buku-buku yang berharga dari segi nilai ilmiyahnya. Antaranya “Kitab Ibar” yang telah di waqafkan oleh Ibnu Khaldun kepada pelajar Qarawiyin dan juga Sultan Abi Inan sendiri mewaqafkan mushaf Al-quran yang ditulis daripada tulisan tanganya sendiri.

Tidak hanya pusat pewakafan buku-buku hanya Diwujudkan di Kota Fez sahaja bahkan ia di wujudkan di Bandar-bandar yang lain seperti Taz, Marrakech, Sale dan Sebtah.

Antara minuskrip yang berharga yang telah di waqafkan pada zaman ini adalah nuskhah daripada “Al-bayan wa At-tahsil lima fil mustakhrajah min taujih wat ta’lil” penulisan Ibnu Rusyd Al- jadd meninggal (520H) yang mana telah di wakafkan oleh Sultan Abu Hassan Al- Marini di Madrasah Udwah Andalus pada tahun 728H .

2. Waqaf Hospital & Kesihatan
Antara waqaf yang terkenal pada dinasti Mariniyyin waqaf rumah sakit atupun hospital. Waqaf ini diambil berat daripada pembesar bani Marin Antaranya Sultan Abu Yusuf Yaacob bin Abdul Haqq yang telah membina hospital dan maristan bagi pesakit luaran dan sakit jiwa yang manawarkan perkhidmatan apa yang diperlukan oleh pesakit seperti ubatan, makanan dan minuman siang dan malam.

Apa yang istimewa dalam Maristan (hospital sakit jiwa) yang dikenali sebagai hospital Sidi Farj di waqafkan di dalam hospital ini alat musik untuk pesakit jiwa bagi meringankan tekanan yang dihadap oleh pesakit.

Begitu juga di waqafkan perkhidmatan dan kain kafan kepada orang yang tidak dikenali (Ghuraba’) yang mati yang tidak apa untuk di kafankan keatas mereka.

3. Waqaf perumahan (Aqarat)
Diwakafkan juga pada waktu ini rumah khas bagi orang tua yang telah dibina atas nafakah Sultan Abu Hasan dan satu rumah bagi orang tua yang melazimi Masjid Andalus di Kota Fez bagi memudahkan perjalanan mereka ke Masjid pada setiap waktu solat.

Diwaqafkan juga, rumah-rumah bagi peninggalan orang faqir dan miskin dan rumah untuk orang kurang upaya bagi mengedakan upacara perkhawinan mereka bagi yang tidak mempunyai tempat tinggal. Dikatan rumah-rumah waqaf merupakan Antara rumah yang terbesar yang dibina dalam kota Fez .

4. Waqaf Mata Air (Siqqayat)
Waqaf Siqayat juga terkenal pada zaman Mariniyyin untuk minuman bagi kegunaan manusia juga bagi binatang ternakan.

5. Waqaf khas untuk pembayaran Hutang
Diwujudkan juga waqaf bagi pemiutang untuk meminjam bagi membayar hutangnya tanpa faedah yang diperluaskan oleh Sultan Abu Inan yang diwakafkan oleh Sultan bagi kemaslahatan rakyatnya dan dilantik seorang bagi mencatatkan jumlah pinjaman. Orang yang pertama dilantik sebagai kerani adalah Ibnu Hajj An-Namari meninggal (774H).

6. Waqaf Kemasyarakatan
Diwujudkan juga waqaf kemasyarakatan seperti harta yang diwakafkan khas untuk kepada orang fakir dan miskin begitu anak-anak yatim. Waqaf ini bermula semenjak pemerintahan Sultan Abu Yusuf dan diteruskan oleh anak beliau Sultan Abu Hasan dan selepasnya Sultan Abu Inan Marini.
Begitu juga waqaf yang dikhaskan makanan haiwan ternakan dan tungangan seperti kuda, lembu, kaldai dan kambing biri-biri.

*post asal: https://www.facebook.com/izham.hakimi/posts/10207550740879453?pnref=story

traveler S: trime kasih temankan saya jalan-jalan di Marrakech.admin Tetouan: untuk awak, ape-ape saje..traveler S: ok, ...
04/03/2016

traveler S: trime kasih temankan saya jalan-jalan di Marrakech.
admin Tetouan: untuk awak, ape-ape saje..
traveler S: ok, saya check in dulu, jumpe lagi awak

admin Tetouan: eh, awak ada tinggal sesuatu kan? cube awak check.
traveler S: rasenye tak.. ape yang saya tinggalkan?

admin Tetouan: awak tinggalkan kenangan manis dalam hidup saya. Bye awak.. jalan baik-baik. jangan nakal-nakal dalam flight.
traveler S: (blushed)

*inginkan kenangan manis dalam kehidupan?? datanglah ke morocco ^_^
-admin Tetouan: Salam Jumaat (waktu morocco)

CAPAL MAGHRIBIMemakainya membuatkan anda berasa seolah-olah di dalam novel 1001 malam, novel yang menceritakan tentang i...
03/03/2016

CAPAL MAGHRIBI

Memakainya membuatkan anda berasa seolah-olah di dalam novel 1001 malam, novel yang menceritakan tentang isteri seorang raja tanah arab yang membenci wanita kerana kisah silam hidupnya, baginda berkahwin dan membunuh kesemua isterinya pada malam pertama. Namun akhirnya, api kebencian beliau berjaya dipadam oleh seorang wanita yang cantik dan cerdik. Setelah berjaya memadam api kebencian sang raja, dia menanam p**a benih cinta di dalam hati baginda.. Apakah yang telah wanita cerdik ini lakukan?...

**********
Capal Maghribi atau Balghah mempunyai reka bentuk yang seakan-akan kasut Aladdin. Ia diperbuat dari kulit kambing atau lembu yang diwarna dengan pewarna semulajadi pada masa dahulu. Warna yang biasa dipakai oleh golongan lelaki adalah kuning, manakala para wanita kebiasaannya memakai balghah yang berwarna merah. Motif dan hiasan balghah hanya disediakan bagi balghah wanita. Balghah lelaki p**a kebiasaannya lebih ringkas.

Rupa bentuk balghah berbeza mengikut kawasan dan wilayah di Maghribi. Ini kerana setiap kawasan memerlukan balghah yang sesuai, selesa dan dapat menjaga kaki mereka dengan sempurna. Penduduk di kawasan pergunungan dan pedalaman seperti penduduk Amazigh memakai balghah yang lebih tebal dan kuat berbanding penduduk-penduduk kota dan bandar, agar mereka dapat mendaki gunung dan melakukan kerja berat dengan selesa.

Balghah dipakai bagi program rasmi dan tidak rasmi. materialnya yang berasal dari kulit menambahkan keselesaan pemakai. Namun harus diingati, pemakai haruslah memakainya dengan stokin untuk 3 bulan pertama agar kaki tidak melecet. :)

**********
Si isteri yang cerdik telah mengetahui niat sang raja yang ingin membunuhnya. Malam pertama perkahwinan mereka, dia segera menceritakan kisah dongeng arab kepada suaminya, ceritanya yang menarik membuatkan sang raja terpukau mendengarnya. Tatkala selesai kisah, mentari pun terbit diufuk. Maka sang raja terpaksa membatalkan hasratnya untuk membunuh wanita itu.

Pada malam seterusnya perkara yang sama berlaku, begitu juga malam-malam berikutnya, kisah-kisah dongeng seperti Aladdin, Ali Baba dan 40 orang pencuri, dan lain-lainnya meniti di bibir wanita itu.. sehinggalah 1001 malam.. Tanpa disedari, sang raja telah jatuh cinta pada wanita tersebut, maka bagindapun membatalkan hasratnya untuk membunuhnya.. kebencian dan dedam dihatinya terhadap wanita pun terkubur.. ^_^

*hubungi kami untuk merasai pengalaman seperti di dalam filem Aladdin.
-admin casablanca

traveler S: Cantek jugak Marrakech ni ye..admin Tetouan: Mestilah.. marrakech ni diiktiraf sebagai salah satu pusat pela...
02/03/2016

traveler S: Cantek jugak Marrakech ni ye..
admin Tetouan: Mestilah.. marrakech ni diiktiraf sebagai salah satu pusat pelancongan termasyhur di dunia.
traveler S: Waaahh.. mesti seronok kan tinggal di sini. Awak dah brape lame belajar di sini? Cuti-cuti awak balik Malaysia?
admin Tetouan: 4-5 tahun, tak pernah balik..
traveler S: lamanye.. tak rindu ke?
admin Tetouan: dulu rindu sangat-sangat.. sekarang tak dah..
traveler S: Oh.. Dah biase berjauhan ek?
admin Tetouan: Tak lah.. dulu awak jauh dari saya, sekarang awak kat depan mata.
traveler S: (blushed)

*Jangan biarkan kami derita dalam penantian.. ubatilah ia dengan menziarahi kami.. hubungi kami segera!!
-admin tetouan ^_^

KISAH SEHELAI JALLABAHJubah Morocco atau 'Jallabah' merupakan pakaian tradisional rakyat gerbang pintu Andalus (Maghribi...
01/03/2016

KISAH SEHELAI JALLABAH
Jubah Morocco atau 'Jallabah' merupakan pakaian tradisional rakyat gerbang pintu Andalus (Maghribi). Reka bentuknya yang unik kerana disertai penutup kepala menyebabkan banyak pelancong yang membelinya sebagai kenang-kenangan. Melihat orang ramai di sekeliling anda memakainya membuatkan anda berasa seolah-olah di dalam filem Harry Potter.
Keunikan Jallabah tidak lain tidak bukan terletak kepada penutup kepalanya. Saiz penutup kepala ini berbeza-beza mengikut kesesuaian pengguna; para agamawan atau sultan-sultan pada masa dahulu memakai Jallabah yang mempunyai penutup kepala yang boleh memuatkan serban mereka. Di samping dapat melindungi pemakainya dari panas terik dan hujan renyai, penutup kepala ini juga digunakan sebagai tempat simpanan barang; ada yang menyimpan wang di dalamnya, atau dokumen penting, atau roti habuan mengalas perut diperjalanan.
Bahu Jallabah p**a dibiarkan tidak seiring dengan bahu pemakai, tidak seperti kebanyakan jubah dipasaran yang menampakan bentuk bahu pemakai, sebaliknya ia dibiarkan jatuh. Ahli Agama atau para pembesar negara memakai Jallabah yang bahunya amat rendah. Ada yang mengatakan bahawa semakin rendah bahu Jallabah bererti semakin tinggi martabat si pemakainya.
Kualiti Jallabah dilihat pada jenis tekstil yang digunakan dan cara jahitan. Jallabah Syitawiyah (musim sejuk) menggunakan material yang lebih berat dan kasar yang memberi keselesaan kepada pemakainya, seolah-olah memakai selimut. Manakala Jallabah Soifiyyah p**a (musim panas) menggunakan material yang amat ringan dan jarang seolah-olah anda tidak memakai apa-apa. Kualiti Jallabah juga dilihat pada jahitannya; Jallabah jahitan tangan lebih mahal dan bagus berbanding jahitan mesin.
BAGAIMANA MENGENAL PASTI KUALITI JALLABAH?
Ada sebahagian peniaga yang cuba menipu pembeli dengan menunjukkan jahitan tangan pada lengan baju dan penutup kepala. Untuk pengetahuan anda, kesemua Jallabah menggunakan jahitan tangan pada dua tempat ini. Oleh itu, untuk mengenalpasti keaslian jahitan tangan, lihatlah jahitan lurus pada bahagian dada Jallabah yang memanjang dari leher hingga ke kaki. Jika anda dapat mengenalpastinya, bererti anda sudah mahir untuk menilai Jallabah. ^_^
Selain itu, corak yang ada dibahagian dada dan bahu Jallabah juga menjadi nilai tambah bagi keunikan (dan harga) Jallabah. Jallabah yang biasa dipakai oleh bangsawan Morocco diperbuat dari kain Susdi yang amat nipis dan cantik, namun ia memerlukan penjagaan yang rapi. Harganya p**a boleh mencecah ratusan dan ribuan ringgit.
*p/s: anda ingin mengembara ke gurun sahara Morocco dgn harga bajet giler2 khusus utk student smbil berpakaian ala-ala harry potter??

>>> LIKE page ini dan komen "pm"
>>> LIKE page ini dan komen "pm"
>>> LIKE page ini dan komen "pm"

-admin casablanca

admin tetouan: awak nak tahu tak bila waktu yang paling sesuai dan indah untuk bersiar-siar di Marrakech?traveler s: bil...
29/02/2016

admin tetouan: awak nak tahu tak bila waktu yang paling sesuai dan indah untuk bersiar-siar di Marrakech?
traveler s: bila?
admin tetouan: bila ada awak.
traveler s: (blushed)

*inginkan pickup line menarik sambil menerokai keindahan Morocco? hubungi kami ^_^
-admin tetouan

MADERSSA BEN YOUSSEFAtau pun Madrasah Bin Yusuf, merupakan salah satu pusat pengajian yang terawal sekali dibina di duni...
29/02/2016

MADERSSA BEN YOUSSEF

Atau pun Madrasah Bin Yusuf, merupakan salah satu pusat pengajian yang terawal sekali dibina di dunia barat Islam khususnya di Morocco. Dinamakan bersempena nama pemerintah Dinasti al-Murabittin iaitu Sultan Ali Bin Yusuf (1106-1142 masihi) yang membuka kota Marrakech dan meluaskan pengaruhnya disana.

Ianya dibina pada kurun ke-14 diwaktu pemerintahan Dinasti Mariniyien oleh Sultan Abul Hassan dan dibina bersebelahan Masjid Bin Yusuf dengan senibina yang cukup mengagumkan!.

Setelah lebih kurang 100 tahun tersegam indah dan berkhidmat kepada ummah, banyak kerosakan berlaku disebabkan hujan dan cuaca yang extream. Lalu pemerintah Dinasti Saadien, Sultan Abdallah al-Ghalib mengambil inisiatif mengarahkan supaya kerja-kerja pembaik-pulihan madrasah ini dilakukan.Pada tahun 1565, kerja-kerja ini siap sepenuhnya dan perkara ini diukir didinding ruangan solat untuk diingati oleh orang setelahnya.

Madrasah ini merupakan antara madrasah yang terbesar di utara africa memuatkan sekitar 900 orang pelajar pada satu-satu masa. Mengandungi 130 buah bilik ditingkat atas dan bawah, dengan khat yang diukir cantik diatas batu kapur yang keras dan plaster stucco yang diimport daripada Perancis. Ukiran-ukiran yang terdapat di sini sama sekali tidak memaparkan bentuk manusia atau binatang sperti yang dilarang didalam islam, hanya mengandungi tulisan-tulisan khat ayat-ayat al-quran, dan bentuk-bentuk geometric yang simetrical. Antara guru yang terkenal yang pernah mengajar di sini ialah Mohammed al-Ifrani (1670-1745).

Ianya ditutup pada tahun 1960, dan dibaik pulih serta dibuka kembali untuk tujuan pelancongan tahun 1982.

************************
Jika diteliti secara halus, ukiran yang terdapat disini persis ukiran yang terdapat di Istana Alhambra, Sepanyol. Antara motto yang sering dilihat di dinding-dinding madrasah ini ialah (ولا غالب إلا الله), "There is no conqueror but Allah".

Kisah disebalik motto ini ialah sewaktu Sultan Alhambra Mohammed I ibn Nasr mengambil alih kekuasan di Granada, beliau menakluk dan membuka banyak wilayah baru Islam dan menjadi kerajaan Islam yang kuat disana. Orang-orang kristien dan bukan Islam hidup aman damai dan sangat menghormati beliau.

Maka rakyatnya memanggil beliau dengan nama Muhammad Sang Penakluk (محمد الغالب), Kemudian baginda dengan lantangnya berkata: (ولا غالب إلا الله) "tiadalah penakluk yang sebenarnya melainkan Allah!", Lalu jadilah perkataan baginda ini motto yang diabadikan di dinding-dinding Istana Alhambra sehingga sekarang.

* Ingin melihat tinggalan sejarah yang cukup mengagumkan ini sambil mengambil ibrah ala-ala andalus? Hubungi kami segera!

-admin Marrakech

SENI TEH MAGHRIBIRamai orang tidak boleh meneruskan kelangsungan hidup "secara normal" jika tidak mempunyai telefon bimb...
28/02/2016

SENI TEH MAGHRIBI

Ramai orang tidak boleh meneruskan kelangsungan hidup "secara normal" jika tidak mempunyai telefon bimbit atau motosikal atau lain-lain. Namun bagi penduduk Maghribi, semua itu bukanlah suatu penghalang, mereka mampu hidup sehelai sepinggang tanpa sebarang teknologi canggih atau kenderaan yang bagus. Tetapi ada satu perkara yang pasti membuatkan mereka bagaikan hidup segan mati tak mahu tanpanya;

Atai, atau teh, adalah candu bagi rakyat Maghribi, keperluan mereka terhadap atai ibarat cintanya Majnun kepada Laila, ibarat perlunya mata kepada cahaya, ibarat bernilainya tubuh dengan roh... Atai dikatakan telah di bawa masuk oleh Pemerintah Eropah dalam percubaan membebaskan tawanan eropah yang masuk ke tanah Maghribi, dan ternyata sihir Atai telah berjaya menebus tawanan tersebut, bahkan sihir Atai telah membelenggu penduduk Maghribi dari saat itu sehinggalah hari ini. Oleh kerana pokok teh tidak sesuai ditanam di Maghribi, maka Kerajaan Maghribi telah memberikan subsidi bagi daun teh dan gula agar setiap rumah dapat menyediakan Atai dan keamanaan negara terjaga.

*********
ketika saya dan teman belajar di salah sebuah pondok di pedalaman Maghribi satu ketika dahulu, kami mempunyai seorang kenalan maghribi, dia hanya mempunyai sehelai persalinan selama dia belajar di pondok tersebut dan tidak mempunyai duit. dia sering meminjam duit dari kami. apabila ditanya untuk apa? dia menjawab: untuk beli teh dan gula. :p

***********
Atai Maghribi mempunyai rasa yang sangat manis yang menyamai manisnya madu (jangan tanya berapa sudu dia letak...) dan ia mempunyai cara penyediaaan yang tersendiri. Atai tidak disediakan di dapur, sebaliknya ia disediakan didepan tetamu, dan orang yang menyediakannya hendaklah orang yang paling dihormati dari kalangan mereka. Atai atau teh maghribi ini juga berbeza kepekatannya mengikut kawasan.. atai di kawasan rabat dan yang berdekatannya berwarna cair, manakala di kawasan laayoune dan yang berdekatan sempadan mauritania warnanya lebih gelap dan pekat seperti kopi. Kebiasaannya atai diminum dalam gelas kecil dan dalam kuantiti yang sedikit. Kemahiran seseorang dalam menyediakan atai dilihat dari hasil tuangan tehnya; semakin banyak buih dan sedikit air teh, bererti semakin pakar.

Keistimewaan Atai juga terletak pada jenis dedaun herba yang dimasukkan kedalamnya. Rakyat Maghribi kebiasaannya memasukkan na'na' (daun pudina) kedalam atai pada musim panas, dan memasukkan syaibah (tak dapat dikenal pasti) pada musim sejuk.. ada juga yang memasukkan luiza atau herba-herba lain kedalamnya.

Terdapat sejenis Atai Maghribi yang dinamakan Atai Malaki (Teh Di Raja) ia disediakan dengan herba seratus peratus. Atai ini mengumpulkan kurang lebih 20 jenis herba dan rasa manisnya bukanlah dari gula, bahkan kemanisannya terhasil dari sejenis tumbuhan yang tidak memudaratkan seperti gula kilang. Oleh itu, teh ini diyakini seratus peratus sihat dan berkhasiat. Ada juga teh herba dengan formula khas beserta argan untuk mengempiskan perut.

*Ingin menikmati kelazatan Teh Di Raja Maghribi, sambil bersantai di Riyadh yang indah dihiasi senibina Islami, ibarat para sultan atau khalifah dulu kala? Hubungi kami segera.

-admin casablanca

3 tahun di marrakech, meredah kesibukan kota merah, mengharung liku-liku souq qadim, mengajarku satu perkara yang amat p...
27/02/2016

3 tahun di marrakech, meredah kesibukan kota merah, mengharung liku-liku souq qadim, mengajarku satu perkara yang amat penting; Jangan mudah percaya dengan simsar (agen cari rumah) dan juga arab di Jami' Al-Fna!!

*anda tidak ingin tertipu dengan syaitan bertopengkan manusia di marrakech? hubungi kami. kami mampu melindungi anda dari godaan mereka insyaAllah ^_^

-admin tetouan

Masjid Koutoubia...tatkala memasuki gerbang kota lama Marrakech, mendekati dataran Jami' Al-Fna, dataran yang tidak pern...
25/02/2016

Masjid Koutoubia...

tatkala memasuki gerbang kota lama Marrakech, mendekati dataran Jami' Al-Fna, dataran yang tidak pernah lengang dan sunyi.. sudah pasti mata tertarik melihat sebuah menara tua yang masih utuh berdiri berhadapan dataran tersebut, rupanya persis La Giralda yang terdapat di Sepanyol menambah keunikannya, serta membuatkan para pelancong ingin menyingkap sejarahnya.

masjid koutoubia dinamakan sedemikian kerana kedudukannya yang terletak berdekatan kedai-kedai buku pada masa dahulu. Masjid yang dibina di atas tapak istana Khalifah Ali Bin Yusuf ini (Khalifah terakhir Dinasti Al-Murabithin) menceritakan sejarah pengusa-penguasa arab yang saling berperang sesama sendiri (sehinggalah ke hari ini).. Khalifah Abdul Mu'min (dari dinasti Al-Muwahhidin) pada kurun kesebelas telah berjaya merampas tanah auliya' ini, beliau berusaha memadam sejarah yang telah dilakar oleh dinasti sebelumnya dengan merobohkan binaan mereka (seperti yang terjadi kepada Qasr Al-Badi' dan selainnya). beliau jugalah yang bertanggungjawab membina masjid ini diatas runtuhan istana penguasa sebelumnya.

masjid ini mempunyai sebuah menara yang berketinggian kurang lebih 70m, oleh kerana menara ini agak tinggi, para muazzin pada zaman dahulu menggunakan kuda untuk sampai keatas dan mengumandangkan azan.

*hubungi kami jika anda ingin merasai pengalaman berdiri di puncak menara ini sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan seluruh marrakech..

Address

Marrakesh
40000

Telephone

+212612075010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Marrakech Sightseeing (MMS) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malaysian Marrakech Sightseeing (MMS):

Videos

Share

Category