15/07/2023
Perbezaan Mentaliti B40 Dan T20.
Dulu saya pernah join group ini, “B40 Buat Perangai Apa Hari Ini”, tapi banyak toksik lalu saya keluar.
Ada satu posting ni. Sangat deeeeeeeeeeeeeeppppp. Berbeza daripada posting biasa yang saling mengutuk B40 dan acah-acah T20.
Ini tulisan penuh:
Assalamualaikum, saya nak kongsi pengalaman sikit.
Saya ni masih belajar. Hobi saya ialah detailing kereta.
Jadi bila cuti sem, saya akan ambil part time detailing kereta.
Kalau ada yang tak tahu detailing tu apa, detailing tu macam polish dan bersih kereta.
Saya selalu detail kereta saya sendiri.
Tak pernah terfikir nak cari side income.
Sebab ia sekadar hobi.
Customer pertama yang saya dapat pun tak pernah minta, jumpa melalui kenalan. Orang kaya.
Tak tahu la T20 ke apa. Dia ada koleksi kereta mewah.
Jadi setiap cuti sem, saya akan ke rumah nya untuk detail kesemua kereta nya.
Dia puas hati dengan hasil kerja saya. Jadi dia recommend pada kawan kawan selevel nya untuk ambil khidmat saya.
Pada mulanya takut, sebab nak detail kereta kereta atas sejuta. Tapi gagahkan diri.
Dapat la pengalaman dan dapat juga merasa naik kereta nya. Saya dah detail bermacam macam kereta.
Customer baik muda dan tua. Apa yang saya dapat dari pengalaman saya ini ialah :
1. Orang yang betul betul kaya, tak pernah minta kurang. Contoh, saya letak harga RM2500 untuk satu kereta. Mereka bayar tiada masalah.
2. Bila dia bayar, dia expect kerja tiptop. Kalau kerja tak tiktop, dia takkan maki atau apa apa, tak marah pun. Cuma itu je la kali terakhir dia ambil servis kita.
3. Orang kaya ni bila dia bayar, dia tahu kerja cantik, perfect dan siap. Jangan hassle dan buat kerja ala kadar.
4. Sangat bagus jika kalian ada customer atau kenalan orang kaya, bagus untuk networking. Saya ada borak borak dengan customer saya, ada yang tawarkan intership di syarikat mereka bila saya habis belajar.
5. Mereka tak kedekut ilmu, saya bebas bertanya bermacam macam soalan dan minta pandangan, mereka rancak bercerita. Macam seolah olah mereka s**a. Saya berumur 24. Jadi saya banyak bertanya pada customer, hal ehwal ekonomi, politik, perkahwinan, perbankan dan macam macam lagi. Saya s**a bertanya dan belajar. Sebab saya baru setahun jagung, dapat ilmu free.. dari orang hebat. Siapa taknak.
6. Pada mula kenal mereka, saya rasa rendah diri sangat. Yela kita bukan sesiapa, dapat customer yang high level. Tapi mereka layan saya sebaik mungkin. Menghormati saya. Saya sangat menghargai layanan mereka. Patutla makin kaya. Sebab jenis tak riak dan sombong.
7. Boleh dikatakan kesemua customer saya tak pernah ambil gambar dan video kereta post di social media, baik tua atau muda. Saya lihat sendiri. Sebab saya ada add mereka di FB. Mereka mereka ni pakai mclaren, porsche, ferrari, lambo, aston. Kita pakai Honda dah hari hari up story tunjuk stereng. Benda ni buat saya reflex diri saya.
8. Saya pernah bertanya pada mereka ni, kenapa tak post di social media. Untuk kongsi hobi pada orang ramai. Jawapan mereka, mereka malu. Sebab mereka kata, post atau share di social media pakai ferrari, ada lagi orang kaya pakai lebih dari ferrari. Jadi mereka rasa malu nak kongsi.
9. Mentaliti mereka agak lain dari kita. Cara bercakap, pun dah tahu. Mereka lebih banyak dengar dari bercakap.
10. Tak semua orang kaya tu poyo dan berlagak. Ada tu memang ada, tapi orang yang betul betul kaya duit tak habis, jenis tidur pun duit masuk ni lain gayanya. Macam kau tengok apek cina pergi masuk kedai pakai seluar pendek selipar jepun, duit dalam bank juta juta. Ini fakta.
11. Saya juga melihat lifestyle mereka, biasa biasa je. Nak kata over limit, tiada. Macam kita kita juga, tapi tak pernah pulak nampak mereka beli Starbucks atau apa apa. Beli Nescafe 3 in 1 je bancuh sendiri. Benda yang ni saya tahu, kebanyakkan bos bos atau doktor doktor lunch pun bawak bekal, kita yang kerja gaji minimum ni lunch Starbucks. Benda ni juga banyak buat saya reflex diri saya.
12. Saya tengok gaya anak anak mereka ni, tak sombong. Mereka tegur saya dulu, ajak berborak. Sangat ramah. Tengok telefon mereka pun, saya punya telefon lagi mewah dan canggih haha. Ada anak mereka yang masih belajar tu, pun bekerja part time bila cuti sem. Itu bapak kete juta juta macam hotwheels pun ada kena cari
duit sendiri. Ini sangat bagus. Berdikari.
13. Untuk pengetahuan, mereka mereka ni kaya dan beli kereta mewah bukan untuk berlumba tengah highway macam kera dapat bunga. Mereka jenis sewa track sehari buat event diantara mereka sendiri. Nak pecut ke apa semua dalam track. Benda ni boleh tanya pada para pekerja litar, betul atau tidak. Mereka boleh jawab.
14. Isteri orang kaya, saya lihat takda handbag mewah. Ataupun rantai emas di tangan. Yang saya nampak gelang silver dan cincin. Itu sahaja. Tiada pandang saya atas bawah, sangat menghormati saya. Ada jugak dapat customer dari orang konon kayangan, padahal suami bekerja, suami yang kaya. Dia tumpang kaya je. Tapi dia lebih sudu dari kuah. Ada beza mentaliti orang betul betul kaya dan golongan wanita yang bekerjaya. Saya tak kata housewives tak elok, jangan salah faham, tapi berdasarkan pengalaman, housewives yang suami kaya la layan saya teruk. Cerewet dan pandang saya atas bawah, kadang bercakap tak pandang muka saya pun.
Saya banyak belajar dari mengenal golongan kaya, profesional dan high level ni.
Yang buruk tu ada, tapi tolak tepi. Saya ambil yang baik sahaja. Surround yourself with high quality people.
Bila kita lihat kat social media sekarang, dengan jenis tayang kereta, tayang emas, rumah, duit.
Banyak buat saya reflex diri saya. Orang yang mewah pun ala kadar, kau dan aku yang secebis ni acah acah pulak.
Sekarang ni ada kasta b40 la t20 la. Saya tak percaya benda tu.
Bukan duit yang melambangkan kedudukan social kita. Tapi mentaliti.
Bila mentaliti elok, automatik nampak bijak dan berpendidikan waima kau kerja tukang kebun sekalipun.
Mentaliti dan common sense.
Saya akhiri dengan quotes dari one of my customer.
“The idea is to be RICH, not to look RICH”
Nota : Kita Pilih Kehidupan Sendiri. Nak Jadi Biasa Atau Luar Biasa. Pilihan Ditangan Kita.