Kedah Tourism

Kedah Tourism Welcome to Kedah Tourism's official page! Discover the rich heritage, lush landscapes, and captivating culture of Kedah.
(2)

Stay updated on events, travel tips, and hidden gems. Like, follow, and share our journey! Established to promote, market and encouraging tourist to visit Kedah state in northern part of Malaysia. Kedah Tourism is a state tourism bureau under Menteri Besar Incoperated that work with key tourism players locally and internationally. We also served as the focal point

for the coordination of all tourism activities in Kedah and all these efforts undeniably to highlight Kedah as a Malaysia and Asia's 1st choice of tourist destination.

28/01/2025

Sempurnakan percutian anda dengan berkunjung ke Kuala Muda, daerah yang dilimpahi keindahan semula jadi, sejarah dan budaya. Dari Pasar Bisik Kuala Muda, ke Dataran Tsunami yang menyimpan memori duka; dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai yang penuh pesona; semuanya pasti memukau rasa.

Lembah Bujang dengan tamadun tertua di Asia Tenggara serta Lubuk Tupah dengan deburan air terjunnya mengiringi Chalet Terapung PPK Merbok dan Jeti Semeling yang menjanjikan pengalaman baharu pasti menjadikan kunjungan anda ke daerah ini kenangan terindah seumur hayat.

Jangan bertangguh, ajak keluarga, ajak kawan rakan!

27/01/2025

πŠπ€π‹π„ππƒπ€π‘ 𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 & π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ πŸπŸŽπŸπŸ“ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π

Hargai percutian anda, hadiahkan kepadanya pengalaman hebat dan istimewa 'Experience Kedah' yang hanya ada di jelapang padi negara, Kedah Darul Aman.

Terdapat 170 acara, 45 acara rasmi menanti untuk anda jadikan tapak bagi memulakan penerokaan dan ruang untuk menikmati segala keunikan sempena Tahun Melawat Kedah 2025.

Klik risalah digital interaktif kami untuk mendapatkan butiran lanjut https://kedahtourism.gov.my/calender-of-event-kedah-2025/ dan rancang ' Experience Kedah' sekarang.

Tunggu apa lagi? Jom







27/01/2025

Jom ke Padang Terap yang kekal kaya dengan keindahan alamnya. Kehijauan rimba tropika menjanjikan ketenangan luar biasa. Tasik Pedu dan Hutan Lipur Puncak Janing menjadi antara bukti.

Sama ada mahu berakit di sungai atau bertrekking di bukit, ini tempat yang tiada duanya. Durian Padang Terap dan madu tualangnya juga s**ar dicari bandingan. Banyak lagi yang ada di sini dan semuanya menanti kunjungan anda dan famili.

Jom! Tunggu apa lagi....

    SELAMAT MEMPERINGATI ISRA' DAN MIKRAJ 1446H Bersama kita menghayati peristiwa penuh keajaiban ini, yang membawa peng...
27/01/2025

SELAMAT MEMPERINGATI ISRA' DAN MIKRAJ 1446H

Bersama kita menghayati peristiwa penuh keajaiban ini, yang membawa pengajaran tentang keimanan, pengorbanan, dan hikmah.

Semoga peristiwa Isra' dan Mikraj menjadi inspirasi dalam memperkukuh hubungan kita dengan Yang Maha Esa dan sesama insan.

Daripada kami di Kedah Tourism, semoga hari ini membawa keberkatan dan ketenangan buat semua.

Tunggu apa lagi? Jom







26/01/2025

Lupakan seketika kesibukan harian. Jom ke Daerah Kubang Pasu dan terokai segala pesonanya.

Sama ada anda pecinta alam semula jadi, peminat sejarah dan budaya warisan, atau penggemar aneka juadah dan pemburu port OOTD, semuanya ada dan menanti anda di sini.

Bawa keluarga, ajak kawan rakan untuk berkongsi pengalaman di daerah yang kekal anggun dan mekar membangun ini.

25/01/2025

Jom ke Langkawi! Permata Kedah yang setia menanti; dari pantai indah ke legenda Mahsuri, dari LIMA dan SkyCab ke mujarab gamat, dari snorkeling ke 'healing'...Pulau penuh pesona dengan pemandangan luar biasa, yang menjanjikan pengalaman yang tak mungkin anda lupa!Jelajahlah setiap sudutnya dan anda akan tahu kenapa ia dimahkotakan sebagai antara pulau peranginan terbaik di dunia!

24/01/2025

Serikan lagi musim cuti ini dengan pakat hala mai Alor Setar. Bandaraya yang memiliki vibe tersendiri ini menanti anda dengan segala keunikannya dari warisan budaya, seni bina ikonik, persekitaran yang indah sehinggalah juadah-juadah yang payah nak jumpa di tempat lain.

Mai la ramai-ramai, terokai pesona bandar raya tertua di Malaysia ini. Dijamin ia akan menjadi antara kenangan paling manis pernah anda alami!

23/01/2025

*k S*K KEDAH - TEMPAT YANG BOLEH BUAT ANDA JATUH CINTA DENGAN PESONA ALAM !!!

S*k bukan sekadar pekan kecil yang tenang, tetapi juga sebuah daerah yang kaya dengan keindahan alam semula jadi yang mampu memukau sesiapa sahaja. Salah satu tarikan utamanya ialah Tasik Beris, sebuah tasik buatan yang indah dengan suasana nyaman.

S*k juga terkenal dengan produk tempatan seperti madu asli yang dihasilkan oleh penternak lebah dekat sini sebagai pendapatan sampingan. Masa musim buah, daerah ini dipenuhi dengan durian, rambutan, dan manggis yang segar dari dusun. Tidak ketinggalan, suasana kampung yang damai serta udara yang bersih menjadikan S*k lokasi terbaik untuk sesiapa yang nak larikan diri dari kesibukan kota.

S*k adalah destinasi yang sempurna untuk pencinta alam dan mereka yang ingin menikmati keindahan semula jadi. Lawati S*k, dan biarkan pesona alamnya membuat sesiapa pun jatuh cinta! 🌿✨

Tunggu apa lagi? Jom














    EXPERIENCE MAKAN-MAKAN DENGAN VIEW SAWAH PADI DI SUNGAI KOROK, KEDAH !!!Kedah ni negeri Jelapang Padi, jadi tak sah ...
21/01/2025

EXPERIENCE MAKAN-MAKAN DENGAN VIEW SAWAH PADI DI SUNGAI KOROK, KEDAH !!!

Kedah ni negeri Jelapang Padi, jadi tak sah kalau makan tak ditemani pemandangan sawah padi kan?! 🌾Di Santapan Padang Balak Restoran ni, kita bukan saja boleh makan sedap2, tapi dapat juga nikmati suasana tenang, angin sepoi-sepoi, sambil mata tengok sawah padi yang terbentang luas. Memang rasa damai, worth it! Berbaloi bawak family mai sini.

Selain view yang cantik, makanan kat sini pun memang padu! Macam-macam menu ada, dari sarapan pagi macam roti bakar dan peknga cicah gulai temenung. Nak makan yang western2 pun boleh, siap ada sizzling lagi.

πŸ“Santapan Padang Balak Restoran, Sungai Korok, Kedah
⏰ Waktu Operasi: 8.00 pagi - 6.30 petang
πŸ—“ Cuti: Isnin (kecuali Cuti Am)

Tunggu apa lagi? Jom !

KreditπŸ“Έ: Kelooi












21/01/2025

PERMATA LEGENDA KEDAH PENUH KEAJAIBAN - LANGKAWI

Langkawi adalah destinasi pelancongan terkenal di Kedah yang merupakan gugusan 99 pulau yang menyimpan keajaiban yang menggabungkan keindahan alam semula jadi, sejarah penuh mistik, dan budaya yang mempesona.

Sebagai destinasi pelancongan ikonik, Langkawi memikat hati dengan pantai berpasir putih yang indah, hutan hujan tropika yang subur, serta geowarisan unik yang diiktiraf sebagai Geopark UNESCO pertama di Asia Tenggara.

Tunggu apa lagi? Jom !










    MAI SINGGAH ALOR SETAR LAGI DAN RUMAH KAYU TRADISIONALBandaraya Alor Setar kini semakin meriah dengan pelancaran "Ma...
20/01/2025

MAI SINGGAH ALOR SETAR LAGI DAN RUMAH KAYU TRADISIONAL

Bandaraya Alor Setar kini semakin meriah dengan pelancaran "Mai Singgah Alor Setar Lagi" untuk merancakkan lagi Tahun Melawat Kedah 2025 yang menyatukan elemen warisan, budaya, dan inovasi moden.

Tambah istimewa, tarikan baharu Rumah Kayu Tradisional Kedah di Medan Seni kini menanti anda! Orang ramai dijemput datang untuk bergambar kenangan ke Rumah Kayu ini yang dibuka setiap hari dan boleh berurusan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Alor Setar (PPPAS) yang terletak berhampiran di sini. Selain itu, PPPAS juga akan menyediakan perkhidmatan sewaan busana-busana Melayu tradisional bagi sesiapa yang berminat untuk diperagakan semasa bergambar kenangan di Rumah Kayu ini.

Jom teroka keindahan Alor Setar dan cipta kenangan istimewa yang pastinya tak dilupakan. Alor Setar, destinasi yang sentiasa menawan! 🌟

KreditπŸ“Έ: Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS

Tunggu apa lagi? Jom !









    TAK SANGKA ATAS BUKIT PUN ADA CAFE - DEKAT CHANGLUN JA !!!Untuk kaki hiking, wajib mai Bukit Telipong dekat Changlun...
20/01/2025

TAK SANGKA ATAS BUKIT PUN ADA CAFE - DEKAT CHANGLUN JA !!!

Untuk kaki hiking, wajib mai Bukit Telipong dekat Changlun ni. Trek dia tak susah sangat (beginner-friendly) dan view memang lawa. Kalau bernasib baik, boleh nampak awan karpet dari puncak bukit.
Nak naik atas tu kalau pace biasa, cuma ambil masa dalam sejam ja!

Tapi yang paling best, atas puncak tu ada cafe nah! Bayangkan lepas penat hiking, pekena teh ais dengan nasi lemak sambil layan view puncak bukit – memang lain macam feeling dia. Suasana dia santai habis, perfect nak recharge tenaga sebelum turun balik.

πŸ“Fighters Cafe & Chalet Talipong Hill , Changlun, Kedah

Tunggu apa lagi? Jom !










    EXPERIENCE NAIK MINI CRUISE SAMBIL LAYAN VIEW TAS*K, DEKAT JITRA JA!!Kalau hangpa nak pengalaman santai sambil tengo...
19/01/2025

EXPERIENCE NAIK MINI CRUISE SAMBIL LAYAN VIEW TAS*K, DEKAT JITRA JA!!

Kalau hangpa nak pengalaman santai sambil tengok pemandangan tasik yang lawa, mai la try Cabana Cruise di Tasik Darul Aman, Jitra! Memang lain daripada yang lain!

🌴 Apa yang syok sangat?
βœ… Layan angin tasik yang sejuk dan tenang.
βœ… View matahari terbenam? Perghhh, memang epik!
βœ… Sesuai untuk keluarga, lepak santai dengan geng, atau buat moment sweet dengan pasangan.
βœ… Jangan lupa, tempat ni memang spot cun untuk ambik gambar, feed Instagram terus on point!

Sebarang pertanyaan, contact Cabana Cruise nah!

List harga boleh rujuk siniπŸ‘‡πŸ»
Untuk walk in RM12/pax
Private 1-5pax RM180/cruise,
6-10pax RM230/cruise.. tidak termasuk makanan










19/01/2025

1 DESTINASI 3 TARIKAN DI KEDAH- PENGEMBARAAN LASAK, PERCUTIAN KELUARGA & AGRO-TOURISM

Kulim, satu tempat yang penuh dengan keistimewaan untuk semua! Kalau korang seorang adventurer yang s**a aktiviti lasak, Kulim memang syok! Hutan Lipur Sungai Sedim siap dengan white water rafting dan Tree Top Walk yang buat hati berdebar. Tak ketinggalan, bagi keluarga, banyak tempat santai yang sesuai untuk lepak bersama, makan angin, dan nikmati masa berkualiti mcm di Ruza Agrotech, siap ada theme waterpark untuk anak2. Syok!

Untuk yang s**a agro-tourism, Kulim ada ladang-ladang yang menarik, boleh tengok cara petani tanam, rasa hasil segar dari ladang. Nak kata apa lagi, memang lengkap!

Jomlah datang Kulim, tak rugi! Satu tempat, tiga keistimewaan.










    PORT HEALING BARU DI KEDAH - KAMPUNG PADI🌾🌾🌾Escape the hustle, embrace serenity! Kampung Padi, terletak di Sungai Pe...
16/01/2025

PORT HEALING BARU DI KEDAH - KAMPUNG PADI🌾🌾🌾

Escape the hustle, embrace serenity! Kampung Padi, terletak di Sungai Petani, Kedah, adalah tempat healing terbaru yang pasti memikat jiwa. 🌾

πŸ“Kampung Padi, Tikam Batu, Sungai Petani (berhampiran Jambatan Merdeka)

Dikelilingi oleh pemandangan sawah padi yang menghijau dan suasana kampung yang damai, tempat ini sesuai untuk anda yang nak lari dari kesibukan kota.

Antara aktiviti yang boleh try:
✨ Nikmati pemandangan indah sawah padi.
✨ Rasai kehidupan kampung yang tenang.
✨ Nak memancing untuk mengisi masa santai pun boleh!
✨ Bergambar di lokasi yang insta-worthy.

Kampung Padi ni dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah, jam 2.00 petang tadi.

Boleh follow tiktok Padi untuk maklumat lanjut.











12/01/2025

PENDANG: PESONA DESA YANG TAK TERLUPAKAN!!!

Pendang ni memang tenang dengan suasana kampung yang asli. Dalam Tahun Melawat Kedah 2025, Pendang menawarkan pelbagai tarikan unik yang sesuai untuk mereka yang mencari kedamaian dan keindahan alam semula jadi.

Jangan pandang sebelah mata! Tasik Pendang sekarang dah jadi hotspot untuk acara s**an air antarabangsa! Selain itu, tasik ini tetap menjadi lokasi tenang untuk bersantai sambil menikmati pemandangan air yang luas. Waktu petang, pemandangan matahari terbenam di sini sangat memukau.









11/01/2025

KUBANG PASU: DARI ALAM KE WARISAN, SEMUA ADA DI SINI!!!

Kubang Pasu, daerah paling utara di Kedah, memang penuh dengan tarikan menarik, daripada keindahan alam, pengembaraan, sampai ke gaya hidup santai.

Bukan setakat tempat untuk bersantai, Kubang Pasu jugak terkenal dengan pendidikan sebab ada Universiti Utara Malaysia (UUM) kat Sintok, universiti yang jadi kebanggaan negeri.

Selain tu, ada jugak tarikan yang melibatkan warisan dan pertanian. Tempat ni sesuai untuk pengunjung yang nak rasa pengalaman lengkap – dari berjalan dalam kehijauan sawah padi, menelusuri sejarah, sampai menikmati suasana moden. Kubang Pasu memang ada pakej lengkap untuk pelancong sempena Tahun Melawat Kedah 2025!










Address

321, Kompleks INSPIN, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+6047353664

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedah Tourism posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kedah Tourism:

Videos

Share