
26/01/2025
SELAMAT PULANG DUYUFURRAHMAN ✨
Alhamdullilah , kumpulan jemaah trip 16 January 2025 bersama Mutawwif Ustaz Ahmad Zawawi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang pada 25/1/2025 lebih kurang jam 3.30 petang.
Ketibaan jemaah-jemaah juga disantuni oleh urus setia Dhia Travel yang menyambut ketibaan tetamu-tetamu Allah yang mulia ini.
Terlihat wajah-wajah kegembiraan dan kesyukuran jemaah-jemaah Umrah apabila selamat tiba di tanah air dan dapat bertemu ahli keluarga masing-masing.
Dhia Travel merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana telah memilih perkhidmatan kami sebagai syarikat pengelola ibadah umrah anda. Semoga segala amal ibadat dan kebaikan yang dilakukan di tanah suci diterima oleh Allah dan memperoleh haji yang mabrur.
"Santuni Ikhlas Dari Hati, Redha Allah Yang Di Cari"