Dhia Travel Utara

Dhia Travel Utara PEGAWAI PEMASARAN UMRAH INSAFF TRAVEL & TOURS
(6)

Hari ini 1,392 tahun yang lalu, wafatnya Nabi Muhammad SAW.Di penghujung tahun ke-11 penghijrahan umat Islam ke Madinah,...
08/06/2024

Hari ini 1,392 tahun yang lalu, wafatnya Nabi Muhammad SAW.

Di penghujung tahun ke-11 penghijrahan umat Islam ke Madinah, Nabi Muhammad SAW kembali ke kota Mekah buat kali terakhir untuk menunaikan ibadah haji, yang menjadi satu-satunya haji yang dilaksanakan Baginda semasa hayatnya.

Pada 9 Dzulhijjah 10H (6 Mac 631M), Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah Terakhir di Jabal Rahmah, di mana Baginda menyeru umatnya supaya tidak kembali ke cara hidup lama yang jahil serta berpegang kepada Al-Quran & sunnah sebagai cara hidup terbaik.

Sebelum pulang ke Madinah, Baginda menziarahi makam isteri pertamanya, Saidatina Khadijah RA, insan pertama yang mempercayai penerimaan wahyu pertama Allah SWT kepada Baginda & yang pertama memeluk Islam, buat kali terakhir.

Sehari selepas 2 bulan sekembalinya ke Madinah, Baginda mengalami demam & sakit kepala. Untuk beberapa hari Baginda masih boleh mengimamkan solat sehingga sakitnya semakin teruk & meminta sahabatnya Abu Bakar RA untuk menggantikannya.

Pada 8 Jun 632M, bersamaan 13 Rabiulawal 11H, Muhammad bin Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun di pangkuan isterinya, Saidatina Aishah RA. Rasulullah SAW dimakamkan di lokasi wafatnya Baginda di dalam bilik Aishah RA.

Selepas kewafatan Baginda, kepimpinan Islam diambil alih oleh Abu Bakar RA, memulakan dinasti Khulafa al-Rasyidin yang diteruskan oleh Umar al-Khattab RA, Uthman bin Affan RA & Ali bin Abi Talib RA dalam mengembangkan syiar Islam ke seluruh tanah Arab.

Sumber: Biography, The Life of the Prophet Muhammad (Ibn Kathir)

KENALI 6 TIANG DI RAUDHAH❤️🕋❤️Sebut sahaja Raudhah, umum ketahui ianya adalah salah satu taman syurga di dunia dan juga ...
06/06/2024

KENALI 6 TIANG DI RAUDHAH❤️🕋❤️

Sebut sahaja Raudhah, umum ketahui ianya adalah salah satu taman syurga di dunia dan juga tempat mustajab doa.

Ada segelintir yang sanggup tolak menolak, sampai kadang-kadang tu ada yang sanggup memijak kepala jemaah yang lain semata-mata untuk mendapatkan tempat di ruangan yang ada.

Tapi anda tahu tak bahawa ada ENAM TIANG yang penting dan mempunyai kisah tersendiri pada zaman Rasulullah SAW.

Jadi lepas ni kalau ada rezeki masuk ke Raudhah, dah tahu dah mana tempat yang nak dituju.

Mari baca satu persatu. ❤

Makkah dalam tahun 1970an ❤️
06/06/2024

Makkah dalam tahun 1970an ❤️

Antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim adalah Lokasi dimana Imam Mahdi akan dibaiah oleh 313 orang Ulamak pada Musim Haji ...
06/06/2024

Antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim adalah Lokasi dimana Imam Mahdi akan dibaiah oleh 313 orang Ulamak pada Musim Haji . Kain Kiswah Kaabah dinaikkan ke paras 3 meter dari lantai mataf pada musim haji . Simbolik kain putih adalah melambangkan Ihram

Cuaca Panas Sekarang..Angin Kuat , Bawa Haba Panas , Terasa Bahang Ke Muka . Jemaah Kena Minum Air Banyak dan Bawa Ubat ...
06/06/2024

Cuaca Panas Sekarang..Angin Kuat , Bawa Haba Panas , Terasa Bahang Ke Muka . Jemaah Kena Minum Air Banyak dan Bawa Ubat dan Vitamin Secukupnya

SEPANG: "Setiap saat kami ketakutan, tiada visa haji, tiada gelang dan tiada pasport, hidup macam pelarian."Kebimbangan ...
06/06/2024

SEPANG: "Setiap saat kami ketakutan, tiada visa haji, tiada gelang dan tiada pasport, hidup macam pelarian."

Kebimbangan itu menyelubungi pasangan dikenali sebagai Mohammad, 60, dan isterinya, Ju, 58, dari Nilai, Negeri Sembilan yang akhirnya dapat pulang ke tanah air selepas sebulan berada di Tanah Suci.

Mereka selamat tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kira-kira jam 7 malam tadi dengan disambut ahli keluarga.

Perjalanan pulang dari Makkah ke Jeddah dibantu Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, termasuk mendapatkan semula pasport dan mengarahkan pihak agensi menyediakan tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

Mohammad dan isterinya adalah antara 250 orang yang berlepas ke Jeddah pada 2 Mei lalu selepas dikatakan mendapat tajaan haji daripada sebuah agensi pelancongan.

Beliau berkata, mereka diberi visa pelancong ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan alasan akan menunaikan umrah terlebih dahulu, sebelum prosedur dan dokumentasi menunaikan haji diuruskan selepas itu.

"Kami yakin dengan janji agensi itu sebab dimaklumkan dapat menunaikan haji menggunakan visa kuota rakyat Arab Saudi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selepas gagal mendapat visa haji, Mohammad memberitahu hasrat ingin pulang ke tanah air kepada pihak agensi.

"Bagaimanapun, mereka tidak memulangkan pasport saya dan isteri. Kami bimbang ditahan pihak berkuasa Arab Saudi kerana arahan sudah dikeluarkan supaya jemaah umrah asing meninggalkan Makkah.

"Kami tidak keluar dari bilik hotel dan ada harinya cuma makan mi segera. Bila ada yang ketuk pintu bilik pun kami tak berani buka sebab takut ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

"Sepanjang berkurung di bilik hotel, saya memang tertekan. lebih-lebih lagi memikirkan isteri ada masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi yang memerlukan ubat.

"Risau menunggu terlalu lama, Mohammad menghubungi anak perempuannya di tanah air bagi mendapatkan bantuan," katanya.

Beliau bersyukur dapat pulang ke tanah air dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

"Buat masa ini kami akan berehat beberapa hari di rumah dan akan memberi keterangan kepada pihak berkuasa dalam masa terdekat," katanya.

Perjalanan Haji menggunakan kapal laut pada suatu ketika dahulu mengambil masa antara 13 hari sehinggalah 17 hari bergan...
06/06/2024

Perjalanan Haji menggunakan kapal laut pada suatu ketika dahulu mengambil masa antara 13 hari sehinggalah 17 hari bergantung kepada keadaan laut dan cuaca pada ketika itu.

Apabila berlakunya kematian jemaah haji, jenazah itu akan dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akan dikebumikan di dalam laut.

Batu atau pun besi diikat pada bahagian kaki bagi menenggelamkan jenazah. Kapal akan berhenti buat seketika sehinggalan jenazah itu benar-benar tenggelam sebelum kapal menyambung pelayaran.

Bagi jemaah haji ketika itu, kematian tidak menggugat keimanan mereka untuk menjadi tetamu istimewa di tanah suci sehingga ada yang sudah bersedia membawa sendiri kain kafan sebagai persediaan jika mereka dijemput Ilahi di atas kapal terlebih dahulu.

Kita memang tidak hidup sezaman atau pada zaman Nabi Muhammad SAW.Sahabat-sahabat Nabi SAW ternyata lebih beruntung kera...
06/06/2024

Kita memang tidak hidup sezaman atau pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Sahabat-sahabat Nabi SAW ternyata lebih beruntung kerana sempat hidup bersama-sama Rasulullah SAW.

Mereka boleh menatap wajah Nabi dengan lebih dekat, berbicara dengan Nabi dan mendengar hadis daripada mulut Nabi SAW secara terus.

Sebagai umat Islam pada zaman ini, kita hanya boleh menziarahi makam Nabi SAW semasa melakukan ziarah di Madinah.

Menziarahi makam Nabi SAW adalah aktiviti yang perlu dilakukan oleh mereka yang datang ke Madinah.

Ambillah kesempatan untuk menziarahi makan Nabi SAW semasa kita berada di Madinah.

Inilah antara sebab utama tujuan mengapa kita berada di Madinah.

Namun menziarahi makam Nabi SAW adalah keutamaan yang perlu dimasukkan dalam senarai tempat yang wajib dikunjungi semasa kita berada di Madinah.

Ziarahlah makam Nabi SAW sekerap yang mungkin.

Lagi banyak kita ziarah makam Nabi SAW lagi bagus.

Lakukan ziarah pada setiap waktu solat, sama ada sebelum masuk waktu solat atau selepas waktu solat 5 waktu.

Sebab apa kita sangat-sangat disarankan untuk mengunjungi makam Nabi SAW ?

Inilah sebabnya.

“Barang siapa menziarahi aku sepeninggalanku nanti, seakan-akan ia menziarahi aku saat aku masih hidup.”

Hadis riwayat Thabrani

Perbanyakkan selawat kepada Nabi SAW.

Semoga kita semua mendapat syafaat semasa berada di padang Mahsyar nanti.

Aamiin.

Umrah Dis 2023
13/01/2024

Umrah Dis 2023

Address

A5 Tingkat Bawah, Telok Kecai, Jalan Kuala
Alor Setar
06600

Telephone

01111418838

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dhia Travel Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dhia Travel Utara:

Share

Category


Other Travel Agencies in Alor Setar

Show All