Baitul masir

Baitul masir it is about business tourism where people able to sight seeing and enjoy the best and the best facilities we have in our accommodation.
(1)

it is a business service and products in providing accommodation place to stay for customers around places as their personal matters in travelling to kedah

14/07/2024
07/07/2024

4 golongan manusia yang haram disentuh api neraka.

1) HAYYIN
- Hayyin adalah orang yang tidak mudah marah. Dia juga tidak s**a mengutuk kelemahan dan keburukan orang lain. Jiwanya sangat teduh dan tenang.

2) LAYYIN
- Layyin adalah orang yang sopan dan baik dalam kata-katanya. Lembut dan tidak s**a bersikap kasar dan sentiasa mahu kebaikan untuk orang lain. Tidak marah dengan mudah jika berbeza pendapat.

3) QARIB
- Qarib adalah seseorang yang mempunyai sikap murah senyuman, mesra dan akrab terhadap orang lain. Dia mempunyai wajah yang berseri dan selalu menyampaikan salam.

4) SAHL
- Sahl adalah orang yang tidak menyukarkan sesuatu perkara, tidak s**a berbelit-belit, tidak s**a mengganggu orang lain dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Sumber : Adeeb

04/07/2024

Anak kepada arwah pak busu pelakon pi mai pi mai tang datang berjumpa saya di pesta buku antarabangsa kuala lumpur baru2 ni. Saling tak tumpah macam wajah ayahnya.

03/07/2024

Takyah susah-susah pakai resepi lain-lain, satu resepi ni je dah boleh jadi macam-macam. Yang penting sedap, gebu, lembut dan jadi!

RESEPI 3 in 1 Roti Donut Bomboloni Sedap
(Burger malaysia pun boleh)

Bahan A
* 11g yis paket (instant)
* 2 sudu besar gula
* 1 cawan air suam
bahan bertanda * satukan dan biarkan sampai naik buih

Bahan B
500 g tepung roti / tepung gandum
1 sudu kecil garam
4 sudu besar marjerin / butter
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil bread improver (kalau ada, lagi baik.. takde - boleh je janji buat)
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur (pukul telur sekejap dengan garfu hingga berbuih)

Satukan semua bahan B sampai jadi macam serbuk roti
Campur dengan bahan A
Uli hingga tak lekat di tangan

Kalau guna breadmaker, masukkan Bahan A (cecair) dulu, kemudian masukkan Bahan B.

Biarkan lebih kurang 30 minit. Dah naik, tumbuk buang angin dan bahagikan doh kecil2 ikut s**a besar mana. Roundingkan.

Kalau nak buat donut, buat lubang di tengahnya.

Ketepikan, biar sekejap dalam 10 - 15 minit.

Kalau nak buat roti, masukkan dalam loyang. Taburkan potongan kecil butter di atas adunan roti.

Untuk Donut :
Panaskan kuali api sederhana, masukkan donut dan biarkan sekejap, dah perang baru terbalikkan sebelah lagi.

Angkat, toskan minyaknya di jaring.

Kisar gula + sedikit susu tepung untuk salut donut.
Cucuk inti coklat / nutella untuk bomboloni.

Kalau jadikan roti, bila dah naik gebu, panaskan oven 160c, bakar roti api atas dulu 7 minit, kemudian buka api atas bawah 15 minit. (Agak-agak, ikut oven masing-masing ya)

Gebu, gebas dan sedappp!

Selamat mencuba semua! 😍

Kredit : Nieza Nor Hamnira

01/07/2024
26/06/2024

Video Gelagat Datuk Ramli MS Sedang Melayan Anaknya, Nur Izzara Raih Perhatian Ramai. Wah Nampak Je Garang, Tapi Bapa Penyayang Tok Ram Ni. Siap Agah Izzara Dengan Teddy Bear. Sisi Lain Yang Jarang Orang Tengok Pada Tok Ram !!

Artikel Penuh Di Komen 👇

26/06/2024

Video Terbaru Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Bersama Anak Mereka, Hawra Uqaira Yang Kini Sedah Berusia Hampir 2 Bulan Buat Peminat Teruja. Alahai Comelnya Baby Uqaira, Macam Anak Patung. Putih Melepak Dan Gebu Macam Mommy Dia Juga !!

Artikel Penuh Di Komen 👇

20/06/2024

MINI BUN
250 gram tepung high protein
50 gram mentega
1/2 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil garam
1 biji kuning telur
50 gram gula kastor*
1 sudu kecil yis mauripan*
100 ml air suam*

Cara:
Satukan bahan bertanda * kacau dan tutup sehingga berbuih.
Dalam bekas lain satukan tepung, garam, bread improver, telur, mentega dan gaul rata.
Kemudian tuang sedikit-sedikit larutan yis sambil tu uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan sehingga doh naik dua kali ganda.
Lapik tray dengan parchment paper.
Bulat²kan, saya timbang 20g untuk mini bun dan susun atas tray bagi jarak sikit.
Rehatkan sekali lagi sehingga doh naik.
Eggwash dan tabur bijan atasnya.
Panaskan oven suhu 170° dan bakar selama 15-20 minit atau sehingga warna keperangan
Bergantung pada oven masing² ya.

Kredit:Norhaslinda

26/07/2023

Resepi Menu -Yong Tau Foo..

Beli bhn,buat sendiri je kuah hitam tu..
Boleh ulang2 makan.
Alhamdulillah❤️

Resepi Kuah Yong Tau Foo
Kuah hitam
2 sudu makan taucu
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula
3 cawan air
Masukkan semua dalam blender, blend bagi taucu halus, pastu masak bagi mendidih sekejap.

Kuah merah
1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
1/4 sudu makan garam
Blender semua bahan kat atas bagi kacang halus..
3 sudu makan cili blend
Cara-cara: Panaskan sedikit minyak, tumis 2 biji bawang putih yang diketuk. Letak 3 sudu makan cili blend, tunggu kering.
Masukkan semua bahan dalam blender tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. Siap

Dah boleh makan ngan apa-apa bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung, dan lain-lain.
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan sangai dengan bawang goreng.
Selamat mencuba! Sedap tau, boleh jimat, makan kat rumah hanya beli bahan-bahan je. Resepi ni boleh buat niaga tau!

Utk yong tau foo sup-
Guna air rebusan bhn2 yong tau foo td.
Letak seketul kiub ikan bilis,letak sedikit lada putih@ serbuk lada sulah ajishio,ketukkan 3 ulas bawang putih..masukkan dlm sup.biarkan merenih..

Kredit Resepi : Hamidah Ida

05/07/2023
30/06/2023

RESEPI MEE KARI

Bahan Kuah Kari:
* Ayam atau daging
* Tauhu pelampung (goreng sekejap)
* 2 biji bawang merah besar (dikisar)
* 3 biji bawang putih (dikisar)
* 2 sb udang kering (dikisar)
* 10 tangkai cili kering (dikisar)
* 1 batang serai (diketuk)
* 4 sb serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
* 2 sb serbuk cili – optional (bancuh dengan sedikit air)
* 1 kotak kecil santan
* 1 cawan air
* 1 pc kiub pati ayam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai, bahan kisar dan serbuk kari dan serbuk cili yang dah dibancuh dengan sedikit air
2. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan ayam atau daging, biar bagi masak sekejap ya.
3. Lepastu baru masukkan santan dan air serta kiub pati ayam. Kepekatan kuah agak-agak saje ya, jangan cair/pekat sangat.
4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Biar mendidih dan baru masukkan tauhu tadi. Siap!

Bahan lain:
* Mee kuning (celur sekejap)
* Fishball (goreng&hiris)
* Fishcake (goreng&hiris)
* Tauge
* Daun sup (hiris)
* Lada merah/ hijau (hiris)
* Bawang goreng
* Limau kasturi
* Telur rebus- belah dua

Kredit: Bunga Jua

30/06/2023

Mee Jawa Paling Sedap

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning (dicelur)

1/2 kg daging [rebus lembut dan hiris nipis]

300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)

2 tangkai daun bawang (dihiris)

5 biji cili merah (dihiris)

3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)

3 biji telur rebus (dibelah)

3 biji limau nipis (dibelah)

Sedikit bawang goreng

BAHAN KUAH

1/2 kg keledek (direbus & dikisar)

BAHAN MESIN HALUS

3 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

3 batang serai

Sedikit halia

sedikit lengkuas

100 gm udang kering

sedikit cili padi, jika s**a pedas

2 sb cili kisar

3 sb serbuk kari daging

air rebusan daging

1 cawan air

Sedikit garam

Sedikit minyak masak

Sedikit gula

Cara Penyediaan :

1) Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing.

2) Masukkan air dan kacau.

3) Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.

4) Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.

5) Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

Kredit : Azie Kitchen

30/06/2023

Resipi Daging Masak Hitam

Bahan2:
Daging (saya rebus dulu)
2 biji bawang merah hiris
2 ulas bawang putih hiris
2 tangkai daun kari
Kulit kayu manis
Bunga lawang
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan putih

Bahan blend:
*Cili kering (ikut kepedasan msg²)
*4 biji bawang merah
*3ulas bawang putih
*Halia
Tumis bahan hirisan,daun kari,bunga lawang kulit kayu manis hingga layu
Masuk kan bahan blend tumis hingga pecah minyak
Masuk kan serbuk jintan manis dan jintan putih
Masuk kan daging
Kicap pekat (agak² je)
Kicap manis (agak² je)
Air asam jawa
Garam/gula/aji
Siap

Kredit: nurul nadia

30/06/2023

RESEPI DAGING KERUTUK

BAHAN-BAHAN :

Daging sekilo

Cili kering segenggam
Serai tiga btng
Lengkuas besr ibu jari
Halia pun besar ibu jari.
Kerisik dua camca besar
Serbuk Kari Daging yg kecik dua bungkus
Kicap
4 Sekawan
Bwg besar 5 biji
Bwng putih 7 ulas
Kerisik dua camca
Gula, garam dan perasa

CARA MEMASAK :

Blender smua bhn di atas kecuali gula garam

Daging rebus skjp bg lmbut

Tumis bhn yg dh d blender smpai lumat

Kemudian tumis dgn mnyk bersama 4 sekawan dn rempah daging td

Bila dh msk rempah tu msuk kn daging kacau2 dn msuk kn sedikit lebihan rebusan air dging td

Kemudian msukkn kerisik.

Bila nmpk dh empuk masuk kn gula garam perasa ikut selera. Akhir sekali masuk kicap.

Siap.

Kredit : Zaidar Mohd Hasrul

SELAMAT MENCUBA 👍

30/06/2023

Ni balik raya baru la syok.. Meriah terang benderang weh

Tgklah weh harga dia 👉 https://shope.ee/1q7pFRIXns

Patut la terang

30/06/2023

Resepi POPIAH SAYUR

Bahan:
Kulit popia
Kobis
Carrot
Sengkuang
Taugeh
3 biji telur
3 ulas bwg putih.
Lada sulah ajishio
Maggi- Secukup rasa

Cara-
Hiris atau sagat sayuran diatas.
Sediakan kuali, sedikit minyak.
Tumis bwg putih,masukkan telur yg telah dikocak bersama lada sulah dan secukup rasa megi.

Masukkan sayur2an, goreng hingga layu dan kering. Tunggu sejuk betul2 baru letak atas kulit popia dan balut.

Sapukan sedikit tepung jagung yg telah di bancuh dgn sedikit air pada hujung kulit popiah, sebelum di gulung kemas.

Pastikan inti kering dan tidak basah untuk mengekalkan kerangupan popiah, kemudian boleh lah di goreng dgn api sederhana.

RESEPI SOS👇

Bhn-
2 biji cili merah besar*
10 biji cili merah cili api*
1 biji besar bawang*
3 ulas bawang putih*
1 senduk sos cili
gula,garam,perasa tambahan(aji)
cuka@limau kasturi
1 sudu tepung jagung
Air

Cara-
Kisar semua bhn bertanda*
Sediakan periuk.

Masukkan bhn yg telah di kisar halus tadi ke dlm periuk, masukkan air dlm 2 cwn
hidupkan api dan masak dgn api perlahan.

Tambah gula, garam, aji dan masukkan sos cili. Masukkan cuka atau pun perahan limau kasturi. Masukkan sos cili berserta tepung jagung.

Renehkan sampai berwap. Sos mesti ada rasa manis, pedas. Sejukkan dan boleh simpan dlm bekas dan simpan sejuk.

Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim




30/06/2023

Resepi Lempeng Super Mudah😋

Bahan-bahan :-
1 cawan tepung
Dua biji telur
1 ⁄2 c air atau susu
1 ⁄4 sudu teh garam
2 sudu kecil mentega, cair
Arahan:-
Dalam mangkuk, gabungkan tepung, mentega dan telur. Tambah susu atau air secara beransur-ansur, kacau untuk menggabung. Tambah garam dan pukul sehingga anda dapat konsisten berlari
Panaskan kuali besi yang diminyaki atau kuali pada haba sederhana tinggi. Tuangkan adunan ke atas kuali, gunakan kira-kira 1/4 cawan untuk setiap lempeng.
Condongkan hidangan dalam gerakan bulatan supaya adunan sama rata mengelap permukaan.
Masak lempeng selama kira-kira 2 minit, sehingga dasar sedikit keemasan dan buih muncul di atas doh
Lepaskan dengan spatula, terbalikkan dan ulangi di sebelah bertentangan. Panas2 layan.




23/03/2023
23/03/2023

MEE JAWA

Resepi:

~1 kg daging...rebus hiris nipis..
~2 kg keledek...rebus..blend
~200 gm..udang kering *
~100 gm..udang pepai @ geragau kering..*
~2 labu bawang besar*
~10 ulas bawang putih*
~2 btg serai...hiris nipis*
~1 inci halia*
* semua blend
~2 senduk nasi cili blend..
~1 senduk nasi rempah kari..
~Gula melaka 2 ketul..
~Garam
~Minyak tuk menumis

Caranya:

1. Tumis bhn yg dah di blend...
2. Tambah cili blend..
3..Buh serbuk kari dg....biar hgg naik minyak..
4. Buh dg yg dah rebus...gaul bg mesra...dgn rempah dan cili..
5. Buh air rebusan dg..
6. Cincang gula melaka buh dlm
7.blend keledek rebus tuang dlm piuk hgg hbs..
8. Tambah garam..
Biar didih hgga minyak naik...siap

Hidang bersama:
Mee kuning
Tahu goreng
Taugeh x yah celur
Telor rebus
Daun bawang
Cili hijau
Bawang goreng

Kredit: Faridah Hanim

14/03/2023
14/03/2023

Address

No. 1M, Lorong Sejati 2, Taman Sejati Simpang Kuala
Alor Setar
05400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Baitul masir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Baitul masir:

Share

Category


Other Travel Services in Alor Setar

Show All