Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpk/ln:5007

Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpk/ln:5007 690890-K & KPK/LN:5007
Specialized in series group departure,Ground
Arrangement FIT & GIT,Umrah Package &
Ticketing.
16 years experience

😍Kegembiraan pada berada disamping Nabi dimekarkan dengan bingkisan doa agar tercapai hasrat pada AlKhaliq dengan keberk...
19/12/2024

😍Kegembiraan pada berada disamping Nabi dimekarkan dengan bingkisan doa agar tercapai hasrat pada AlKhaliq dengan keberkahan kekasihNya Rasulullah صلی الله علیه وسلم di Raudah..

😍Kisah keteguhan jiwa Rasulullah dan para sahabat dalam membina masjid Quba pada permulaan hijrah bukti bersyukurnya kita pada keselesaan pengamalan Islam di bumi Malaysia.. Keberkahan yang ada pada telaga Izziq, kisah musibah Saiyidina Uthman di telaga Khatam, penghancuran masjid dirar kerna muslihat licik sang munafik diceritakan pada ziarah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah itu..

😍Keberkatan Madinah dan korma ajwa tanah haram yang didoakan Nabi disampaikan ketika melewati ladang korma.. Asbab kenapa Nabi menikmati kurma dalam jumlah ganjil yang dibuktikan saintifik selain kisah kurma Maryami berkisarkan kisah kelahiran Nabi Isa juga dilanjutkan..

😍Kemuncak kesombongan Abdullah bin Ubay ketika tentera Uhud sudah siaga menghadapi musuh, kelibat Qazman yang disebut ahli neraka, keteguhan Mushab bin Umair dari seorang bangsawan kepada syahid yang tidak ditutupi jenazahnya dengan rumput kerna kemiskinan, pemanah yang bertahan kerna pesanan Rasulullah, kisah sahabat yang tidak pernah solat tetapi masuk sorga, kisah Hanzalah yang cintakan sorga melebihi dunianya dan pelbagai lagi disampaikan dalam edisi di Jabal Uhud..

😍Mahukan trip umrah dalam jumlah yang kecil? Lebih menghayati ibrah terus dari mutowip? Jangan sipu menghubungi langsung pada pautan yang tertera ya

📱🕋http://www.wasap.my/+60133708172/PrivateUmrah

📱🕋http://www.wasap.my/+60133033056/PrivateUmrah


📝Rangkuman perjalanan hari ini📝🕊️(RABU, 27 November 2024)🕊️🚎0830pagi :Perjalanan sudah hampir ke penghujungnya sebak pen...
27/11/2024

📝Rangkuman perjalanan hari ini📝
🕊️(RABU, 27 November 2024)🕊️

🚎0830pagi :Perjalanan sudah hampir ke penghujungnya sebak penulis ketika coretan ini dinukil.. Selepas bertungkus lumus mengatur bagasi dalam perut bas bersama Haji Craig, langkah diatur menuju lokasi pertama kami iaitu Whakarewarewa Village di Rotorua.. Perkampungan suku kaum kedua terbesar di NewZealand iaitu Maori yang merupakan penduduk asal sekitar kurun ke13.. Kami dibawa mengelilingi perkampungan hampir 42keluarga itu oleh TG Hjh Kayla.. Menceritakan asal usul Maori secara terperinci, kami terkejut kerna kawasan tersebut merupakan kawasan air panas dan stim semulajadi serta masih aktif lagi dengan bekalan magma didalamnya.. Mengelilingi kawasan berasap stim dan berbau sulfur itu sungguh meloyakan pada mimik wajah jemaah.. Tetapi ketika dimaklumkan stim mampu menegangkan urat wajah, langsung kelibat jemaah hilang dalam kep**an asap itu.. Selain ditunjukkan cara memasak orang Maori menggunakan stim, kami juga diberi rasa keenakan jagung yang direbus dengan air panas bersuhu 920°.. Lebih enak disapu mentega dan garam kata penulis yang juga pembeli tetap jagung bakar pasar malam Bangi.. Sebelum diberi kesempatan menjengah cenderahati di kedai hadiah, kami dipertontonkan dengan pancutan geiser Pohutu dan Te Tohu setinggi 30meter yang mengasyikkan.. Kekuatan pancutannya jika orang yang seberat 150kg juga boleh terpelanting akannya.. Hebat kuasa Allah Yang Maha Menjadikan..

🛖1200tengahari :Makanan tengahari berupa nasi dan ayam kami jamah dalam perjalanan menuju ke Matamata.. Walaupun menjadi kepantangan bagi pemandu bas di NewZealand, tetapi Haji Craig berlapang dada memberi kami izin.. 1jam menganga kekenyangan didalam bas know know kami sudah sampai di Hobbiton Movie Tours.. Sudah termasuk dalam pakej bersama FLYWORLD TRAVEL, para jemaah diberi kisah dan penghayatan mengenai trilogi filem Lord of The Rings dan The Hobbit oleh Hajah Finn yang bertugas.. Berjalan merentasi kawasan penggambaran fantasi selama 2jam 30menit, ianya satu keajaiban yang memukau pada kawasan yang berkeluasan 500hektar itu.. Bukan sahaja pada kehalusan senibina produksi filem membina binaan orang-orang kerdil disitu, tetapi jua pada keindahan alam semulajadi yang terbentang disamping kehadiran awan sratus dan pencahayaan mentari yang memberi ketakjuban pada lukisan Sang Pencipta pada bumi ini.. Sebelum selesai kami p**ang semula ke bas, kami dihidangkan dengan minuman pengobat kelegaan tenggorok dari cucukan suhu 24° bersumberkan halalan toyyiban pastinya..

🎂1830ptg : Kami tiba di hotel dengan jayanya setelah menongkah perjalanan sejauh 2jam perjalanan.. Selepas daftar masuk ke hotel, jemaah diheret lagi untuk membeli belah saat akhir bagi memastikan masing² cemas ketika daftar bagasi di Airport kelak.. Tetapi kejutan pada malamnya yang pastinya dari FLYWORLD TRAVEL terbit tanpa sempat dihidu oleh para jemaah.. Sambutan hari lahir buat Hjh Nafsiah dan Hjh Zahratun disambut dengan meriah dihadiri oleh pengunjung hotel juga.. Tampak tetesen dari hidung mereka mungkin tanda kesejukan dan terharu akan majlis yang girang ini.. Dan sebelum berakhir sempat jemaah bertanyakan mengenai barangan yang mahu dibawa untuk ekspedisi Kazakhstan, Uzbekistan dan Krgystan yang bakal berlangsung Mei 2025 kelak..

Laporan disediakan oleh,
🐝 TL HajiFi🐝
b/p FLYWORLD TRAVEL & TOURS

📝Rangkuman perjalanan hari ini📝🕊️(SELASA, 26 November 2024)🕊️🚎0830pagi : Jemaah memasuki perkarangan bas dengan berlenga...
26/11/2024

📝Rangkuman perjalanan hari ini📝
🕊️(SELASA, 26 November 2024)🕊️

🚎0830pagi : Jemaah memasuki perkarangan bas dengan berlengang.. 2malam di Rotorua memberi saksama pada urat yang tegang.. Selepas doa musafir dikumandangkan, penulis bertalu memberi penerangan keberkahan mengenai hewan bernama kambing.. Dari hadis riwayat imam Ibn Majah dan imam Ahmad.. Juga hadis dari sohih Bukhari yang sempat penulis mendengar ketika majlis Sama’ Sohih Bukhari di Putrajaya baru² ini mengenai setiap Nabi adalah pengembala kambing dan ayat alQuran yang bercerita mengenai Nabi Musa dan kambing.. Semuanya gara² tempat yang bakal jemaah tuju pada pagi ini..

🐏0900pagi :Sampai kami sudah di Agrodome Show and Farm di Rotorua.. Berkesempatan bukan sahaja bersama kambing hewan kesukaan para Nabi, bahkan bersama ternakan yang lain jua.. Jemaah disajikan dengan persembahan jenis kambing yang datang dari pelbagai negara seperti Merino dari Spain, Valais Blacknose dari Scotland, Suffolk dari Britain dan bermacam baka lagi.. Tidak cukup dengan itu, aksi pengacara yang humor dan mencuit ginjal juga menyebabkan tidak kering gusi.. Selain itu, persembahan memerah susu lembu dan mentahallul bulu kambing juga diselitkan.. Belum lagi gelagat kecekapan anjing penjaga kambing yang turut sama dipertontonkan.. Selepas 1jam dengan ilmu yang bermanfaat, jemaah dibawa menaiki traktor melewati kawasan ladang untuk melihat hewan ternakan dengan lebih dekat lagi.. Kawasan yang memiliki kambing baka Romney lebih kurang 500 ekor itu besar dan membolehkan jemaah memberi makan biri² langsung dari tangan masing², mengusap Alpaca dan Llama sambil bergeselan hidung, melihat ketegapan lembu dari India dan Sepanyol setinggi sebuah traktor, mendengar rengekan anak biri² yatim piatu yang diselamatkan pihak ladang serta merasa keenakan madu dari pelbagai jenis bunga.. Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, jemaah sempat membeli cenderamata dan bergambar dengan kartun animasi Shaun The Sheep..

🍱1330ptg :Melihat kepada mencukanya seri wajah jemaah maka penulis tahu tindakan yang wajar diambil.. Kami langsung bergerak ke Malabar Restoran di bandar Taupo.. Menyediakan makanan halal berasaskan citarasa India, sajian nasi putih dan roti naan yang dicicah bersama kari ayam dan kari kambing memang terasa syahdunya.. Ditambah pla hidangan pembukanya peha ayam dan cucur sayur, menjadikan penulis sendiri seperti ingin mengengsot sahaja kerna kekenyangan.. Selepas jari dikicap dan bahan kumuh dilepaskan, kaki berjalan kaki menuju papan tanda Love Taupo.. Mempamerkan tasik yang terbesar di New Zealand kerna pergerakan magma ribuan tahun dahulu, kawasan itu masih punyai kawasan air panas stim dan bersulfur samq seperti di Rotorua.. Tiupan angin kencang di kawasan tasik memberi kenyamanan pada tubuh badan atas gigitan terik matahari berskala 20darjah harini..

🌊1600ptg :Sebelum p**ang semula ke hotel, para jemaah disajikan dengan kederasan air di Huka Falls.. Air yang mencatatkan kelajuan 250,000 liter air setiap menit itu merupakan kawasan tumpuan bagi penggemar aktiviti lasak air.. Aliran air dari sungai Wakato yang merupakan sungai terpanjang di New Zealand yang merentasi 425km sehingga berakhir di Laut Tasman.. Deruan airnya cukup menggerunkan tetapi bagi penulis rasa seperti mahu sahaja mentirukkan diri pada air bersuhu 10° kerna suhu bahang yang melanda..

🏨1800ptg :Awal kami p**ang ke hotel pada hari ini untuk memberi laluan kepada jemaah untuk membeli belah cenderahati di sekitar bandar Rorotua pada hari ini.. Setelah makanan malam diedarkan, maka bergerombolanlah kami membawa bagasi kecil menuju ke tengah bandar membeli buah tangan dan cenderahati buat yang tersayang yang menunggu disana..

Laporan disediakan oleh,
🐝 TL HajiFi🐝
b/p FLYWORLD TRAVEL & TOURS

26/11/2024

Air terjun dengan purata kelajuan 250000 liter per menit.. Macamana tu? Mari penulis pertontonkan untuk khalayak dari tepian tasik😁😁


📝Rangkuman perjalanan hari ini📝🐝(ISNIN, 25 November 2024)🐝🕊0600pagi : Ketika penulis mula mengedar sarapan pagi ke bilik...
25/11/2024

📝Rangkuman perjalanan hari ini📝
🐝(ISNIN, 25 November 2024)🐝

🕊0600pagi : Ketika penulis mula mengedar sarapan pagi ke bilik jemaah, terdengar sedu sedan dari dalam bilik jemaah.. Tidak pasti apakah ianya kesedihan kerna meninggalkan selatan New Zealand harini atau kerna perut kelaparan.. Hidangan yang dimasak dengan iman pada pagi ini sungguh menyelerakan.. Nasi lemak nasi tambah dengan 15 biji kacang, 11 ekor ikan bilis dan 3potong timun ditambah telur mata cair p**a tu memang cup cup (bunyi penulis mengucup tangan)..

🚎0730pagi :Terkujut bha acik Mike melihat bilangan bagasi yang berkurangan di perut bas.. Mungkin asbab ayat 9 surah Yasin yang dibaca jemaah sehingga terhijab juga pandangan penulis.. Selesai bacaan doa permusafiran, ucaptama penulis yang merakamkan sejuta penghargaan kepada acik Michael Vincent yang mencurahkan seluruh kasih sayang kepada kami asbab memuliakan tetamu ke negaranya.. Pelukan dari jemaah lelaki dan esak dari kaum wanita menjadi lambaian terakhir kami buat Mike dan bumi selatan yang kacaknya mempersona kata urang Sarawak..

🍱1300ptg :Selepas penerbangan domestik 1jam 30menit, kami tiba di Auckland.. Kali ini kami dijemput pemandu baru bernama Craig Leith.. Selepas bagasi dimuatkan kedalam bas dan mulai bergerak, penulis merasakan sesuatu tidak nyaman.. Ada gelora dalam prasangka menyebabkan penulis menyeru para jemaah membaca sebanyaknya ayat 4 surah Yusuf.. Pemandu walau tiada rupa Daniel Craig tetapi pemanduannya seakan aktor James Bond itu.. Setelah tiba di sebuah perhentian di Matamata, barulah diketahui bahawasanya dia memiliki kenderaan otot iaitu Mustang bukan 1 tapi 2buah.. Maka tenanglah hati jemaah menikmati jamuan tengahari dari FLYWORLD TRAVEL iaitu nasi goreng ayam berempah.. Penulis sendiri mengambil masa 4menit 57saat untuk menelan keseluruhan juadah yang diberi.. Selepas 1jam tamat, maka kami meneruskan perjalanan 1jam lagi ke Rotorua dengan dendangan kaset berlirik Hasbi Rabbi yang dipasang di halkum penulis sendiri..

🏤1630ptg :Selepas kawanan lembu yang sopan berlengang p**ang ke gagang di ladang² sepanjang perjalanan, kami tiba di salah satu bandar yang mempunyai kapasiti 50,000 penduduk itu.. Bandar Rotorua yang mendapatkan nama dari tasik Rotorua yang bermaksud tasik kedua itu merupakan antara tempat tumpuan pelancongan.. Kami langsung ke Government Garden, kawasan berkeluasan 50ekar cukup bersejarah dan lagenda bagi suku kaum Maori.. Diwaqafkan oleh Maori kepada kerajaan NewZealand untuk seluruh dunia, tempat itu terkenal dengan kawasan air panas semulajadinya.. Tidak hairanlah acik Craig sudah berpesan akan bau sulfur yang bakal menangkap hidung ketika berada disitu nanti.. Agar tiada perbalahan siapa yang melepaskan gas metana asbab telur mata cair pagi tadi.. 2jam masa yang diberi tidak cukup untuk menelaah keseluruhan kawasan taman awam itu dengan seni binaan yang unik, bunga² ros yang sebesar tapak tangan penulis, kolam air panas dan tasik sulfur semulajadi dan bermacam lagi monumen kawasan serta monumen disekitarnya..

🏨1830ptg : Kami tiba di Fenton Motel untuk mendaftar masuk.. Selepas kunci diberikan serta makanan malam diedarkan, maka berkocaklah bilik para jemaah malam ini.. Ketika penutup ini ditulis, penulis sendiri sedang berguling didalam jakuzi yang memang disediakan didalam setiap bilik.. Merehatkan badan didalam air panas merupakan nikmat setelah seharian di jalanan.. blurpp.. blurpp..

Laporan disediakan oleh,
🐝 TL HajiFi🐝
b/p FLYWORLD TRAVEL & TOURS

📝Rangkuman perjalanan hari ini📝(AHAD, 24November 2024)🕊0600pagi :Berkilau pagi ini tanpa sosok awan yang menutup tirai l...
24/11/2024

📝Rangkuman perjalanan hari ini📝
(AHAD, 24November 2024)

🕊0600pagi :Berkilau pagi ini tanpa sosok awan yang menutup tirai langit.. Petanda terik yang menarik tertarik yang tidak serik tanpa cenggerik.. Seperti sebelumnya penulis sudahpun mengetuk gerbang kamar jemaahnya.. Bukan sahaja mengirim sarapan, bahkan senyuman juga dihulur bersama.. Pembakaran 457kalori bersamaan sepinggan bihun goreng juga dilaksanakan dengan berhemah membantu jemaah dengan bagasi mereka.. Otot pun kuat, pahala pun dapat getus penulis..

🚎0800pagi :Perjalanan pagi kami selepas dimulakan dengan doa, para jemaah berpusat kekuatan membaca surah Yasin buat ibunda kepada salah seorang jemaah yang bertemu penciptaNy semalam .. Semangat kebersamaan walau tidak mengenali itu sangat akrab dengan ayat yang mengingati Allah.. Diselit perkongsian penulis mengenai amalan yang boleh dilaksanakan pada mereka yang telah pergi, besar harapan para jemaah dan penulis supaya Allah menerima setiap amalan baik yang kita lakukan buat akhirat yang selamanya🥹🥹

🍖1000pagi : Pemanduan Mike lebih pantas dari biasa pabila mengetahui jemaah sudah mula terkepit-kepit bukan tanda sipu tapi amaran paras kecemasan ditahap membimbangkan.. Setibanya di Burnside Park, kelegaan terpacul di wajah setiap jemaah selepas keluar dari Almari Air (water closet).. Dari jauh keharuman kambing panggang dan ayam berempah yang ditempah khas FLYWORLD TRAVEL dari Salt Bae Christchurch, Hj Rahimi dan isteri.. Makan tengahari kami dikawasan taman yang cukup mengasyikkan ditemani ibubapa rakyat tempatan yang membawa anak² bermain juga.. Anjing² peliharaan yang dibawa pengunjung setempat juga tidak berani mendekati mungkin kerna bau Alagappas yang menyucuk kidung mereka.. Hj Rahimi merupakan salah seorang dari mangsa kejadian serangan berdarah di Masjid AlNoor Christchurch.. Koma 2minggu dan terlantar di ICU selama 1bulan, beliau kini hampir lumpuh keseluruhan kaki dek tembakan yang mengenai tulang belakangnya itu.. Dek kerna mendengar beliau bercerita mengenai tragedi itu, lebih dari 2keping daging, 15 samosa, 5biji limau yang penulis sendiri terpaksa jemaah kerna fikir kesungguhan beliau dan keluarga menyediakan makanan buat kami🥹🥹

🛍️1200tengahari :Selepas kenyang perut senang hati, maka diangkut para jemaah membeli belah di Dress Made Outlet di Hornby.. Mempamerkan busana terkini lagi merambangkan, ditambah dengan potongan 50% pada setiap harga barangan dan jualan Black Friday, hilang kelibat jemaah selepas menuruni tangga bas.. Penulis sendiri teruja pabila membelek harga yang diperagakan pada setiap pakaian.. Tapi memikirkan nasib duit² dalam dompet yang bakal berpisah dengan teman seduit mereka, maka HajiFi menahan diri dari terjebak lebih jauh.. Hanya menyelak halaman Shoppe untuk harga runtuh 12/12 aja🥹🥹

🚃1500ptg :Sudah termasuk dalam pakej untuk tiket menaiki tram di sekitar Christchurch.. Dibawa mengelilingi bandar yang pernah hancur sepenuhnya pada gempa bumi tahun 2011, jemaah bisa melompat ke atas, melompat ke bawah (hopon hopoff) pada setiap tempat menarik di sekitar bandar itu seperti Victoria Garden, Botanic Garden, Gondola, Memorial of War dan banyak lagi tempat yang menyajikan keindahan bandar yang berkapasiti 500ribu orang penduduk itu..

🕌1700ptg: Kami singgah di Masjid AlNoor sebelum p**ang ke hotel.. Memasuki perkarangan masjid itu telah memberikan remang kepada penulis sendiri pabila teringat video tidak berperikemnusiaan yang berlaku sekitar Mac 2019 itu.. Tragedi pembunuhan yang meragut nyawa 51orang syuhada di 2buah masjid di ChristChurch sungguh mengejutkan dunia lagi² berlaku di negara yang sangat aman iaitu New Zealand.. Dengan penglibatan Imam Idris, orang Perak yang bertugas disitu menceritakan satu persatu nama syuhada, kejadian aneh semasa hari berlaku serangan dan hikmah yang besar selepas kejadian sungguh memberikan keinsafan pada setiap jemaah.. Sungguh 2jam yang bermakna buat kami dari intipati penyampaian Imam Idris sebelum kami ke Airport Christchurch Motel untuk berehat dan menunggu hari yang mendatang..

Laporan disediakan oleh,
🐝 TL HajiFi🐝
b/p FLYWORLD TRAVEL & TOURS

📝Rangkuman perjalanan hari ini📝(SABTU, 23 November 2024)🕊0600pagi :Ketika berkumandang waktu syuruk bagi kawasan Queenst...
23/11/2024

📝Rangkuman perjalanan hari ini📝
(SABTU, 23 November 2024)

🕊0600pagi :Ketika berkumandang waktu syuruk bagi kawasan Queenstown dan sama waktu dengannya, penulis sudah terpacak mengedar sarapan pagi pada jemaah di setiap bilik yang diduduki.. Nasi goreng ayam yang direncah tepat pada kadar garam dan gulanya mengisi kantung perut jemaah yang berintermittent fasting sejak malam tadi kerna menginginkan kerampingan sepertinya berusia 21tahun.. Memang idok ler kelaparan bilamana berliku safir bersama FLYWORLD TRAVEL & TOURS.. Kita gemuk sama² please kata penulis secara sinis..

🚎0800pagi : Mencecah usia 64tahun, acik Mike berusaha sedaya mungkin menceriakan hari kami.. Beg disusun kemas di tempat bagasi dan bilamana enjin sudah cukup panas, petikan doa dan perkongsian mengenai kelebihan bersodaqoh didendangkan pada jemaah.. Tidak cukup dengan itu kerna melihat kelonglaian jemaah, maka dihulur oleh penulis biskut Tiger agar lincah menyeringai masing² harini.. Aummm🐯🐯

🐠1100pagi :Selepas bergerak dari perhentian istirehat, kami tiba pusat penternakan ikan Salmon yang terkenal di Twizel.. Menyajikan aneka juadah segar dari tasik Ruatanhiwa yang berasaskan ikan salmon seperti salmon masak kicap, salmon mentah, salmon bakar dan lainnya, ianya membuka selera protein para jemaah untuk mereka bentuk badan atlet seperti penulis.. Ada beberapa spesies salmon yang sering ditemukan di NewZealand seperti Chinook, Sockeye dan yang paling tinggi nilainya ialah King Ora Salmon.. Selain menjamah, jemaah juga boleh membawa p**ang salmon yang telah dibungkus kedap udara untuk dibawa p**ang.. Ada juga kawasan yang memberi peluang kepada pelanggan untuk memberi ikan² tersebut makan secara percuma.. Yang menjadi kemusykilan pada penulis ialah kenapa salmon Chinook dalam sangkar bertawaf ikut arah jam? Bukankah pusingan itu terbatal dan mereka harus mengulanginya kembali? Sehingga saat ini penulis masih bingung perihal misteri yang terjadi itu…

🏔️1300petang :Jemaah diberi kesempatan mengambil gambar di Tapataia Mahaka.. Kawasan yang menghadap Tasik Pukaki bertatahkan Mount Cook dibelakangnya.. Dengan warna air tasik yang kepetronasan, dibantu oleh sinsingan awan untuk cahaya dari matahari dibebaskan, petikan gambar yang dihasilkan sangat menakjubkan.. Sehingga beberapa kali penulis tersasul bertalbiah kerna takjub.. Kami menuju ke Edmund Hillary Alpine Centre selepas tekak terasa kekeringan.. Jemaah dijamu dengan minum petang oleh FLYWORLD TRAVEL berupa juadah yang tiada syubhah akannya seperti kopi, teh, kek lobak, muffin dan aneka yang dipilih jemaah sendiri.. Menghadap p**a ke arah Mount Cook yang putih bersalju, lensa tidak terlepas merakam kenangan di kawasan yang mengabadikan nama orang yang pertama menjejakkan kaki ke puncak Everest yang juga anak watan New Zealand, Sir Edmund Hillary..

🪻1730ptg :Kemuncak keharuman musim bunga di NewZealand bermula disini.. Dari lemah tiada bermaya pada seri wajah jemaah terus bertukar menjadi berkaca gemilang ketikamana kami tiba di Lake Tekapo.. Terkenal dengan cerita mitos anak penghulu dari kaum Maori yang tercicir selimut(Taka) pada waktu malam(Po), jambangan bunga Lupin yang menjadi igauan setiap pelancong ke sini terhampar dimana².. Dengan kepelbagaian warna bunga dari putih, kuning, biru dan semestinya ungu, setiap kawasan dibanjiri dengan lautan manusia yang hadir.. Dengan aksi terlentang, terbaring, terlentok, dan terhilai, kawasan di tepian tasik sungguh besar untuk dinikmati semuanya.. Kalaulah Lupin itu menjadi namany dalam bahasa Latin iaitu serigala, musti semua kena geget ni, getus hati penulis tanpa didengari..

🏨2000mlm :Kami daftar masuk ke hotel di Timaru agak lewat pada hari ini.. Tapi jemaah masih punyai masa untuk bersolat jamak qasar.. Perut masing² diisi dengan ayam kurma sambal belacan padu sebelum lena jemaah dibuai dengan gendang gendut tali kecapi😙😙

Laporan disediakan oleh,
🐝 TL HajiFi🐝
b/p FLYWORLD TRAVEL & TOURS

22/11/2024

Melewati kandang ikan Salmon yang terkenal di selatan New Zealand.. Berpeluang menikmati salmon segar dari tasik Ruataniwha disamping memberi mereka makan balik🤣🤣

Bersama penulis menjengah ayuhh🕺🕺



📝Rangkuman perjalanan hari ini📝(JUMAAT, 22 November 2024)🕊0330pagi :Laungan azan Subuh dari telefon bimbit para jemaah h...
22/11/2024

📝Rangkuman perjalanan hari ini📝
(JUMAAT, 22 November 2024)

🕊0330pagi :Laungan azan Subuh dari telefon bimbit para jemaah hampir sahaja mengegarkan The Village Inn Hotel.. Subuh pada hari barakah dilakukan dengan saksama tomakninahnya agar mencurah mawaddahnya😍😍.. Selesai sejadah dilipat, jemaah bergerak ke restoran hotel untuk menikmati sarapan pagi yang beraneka.. Sambil kupi dihirup, terdengar penulis perbincangan sesama jemaah mengenai kitab Mukasyafatul Qulub dan Tafsir Ibnu Kathir.. Malu penulis dengan jemaah yang kekal tawaduk tetapi hebat ilmunya😘😘

🚎0730pagi :Selesai pemunggahan bagasi dan pemeriksaan barangan di lobi serta bilik, kami bergerak awal pada hari ini dari Te Anau.. 2bungkus kudapan Potato Crisp setiap seorang dihulur penulis sebelum bacaan dan perkongsian mengenai rahasia dekat dengan Rasulullah صلی‌الله علیه وسلم dengan berselawat..

🏝️0900pagi :Perhentian pertama kami seusai 1jam perjalanan ialah Mirror Lakes.. Tasik yang tenang tapi tiada buaya itu seakan cermin memantulkan keindahan Gunung Englinton.. Dengan ketiadaan formasi awan kumulonimbus pagi ini, menjadikan panorama yang menakjubkan dari bidikan kamera ribu riban jemaah akannya.. Kerna ingin mengejar masa untuk aktiviti seterusnya, maka 30menit sahaja aturan masa yang boleh diberi kepada jemaah untuk berada di kawasan tersebut.. Risau penulis melihat para jemaah tercungap² berlari.. risau bulu mata pelesu mereka terjatuh aja😣😣

🛳️1100pagi :Tiba kami di pusat kemeriahan hari ini iaitu di Piopiotahi @ Milford Sound.. Salah satu dari 15 FJORD yang terhasil semulajadi di sekitar New Zealand iaitu sepanjang 17kilometer panjangnya.. Fjord adalah laluan glacier yang mencair meluncur kedalam laut Tasman yang terhasil dari zaman dulu kala lagi . Sound pla ialah lembah yang dimasuki air dari laut Tasman.. Menaiki cruise sambil menyuap hidangan pai ayam halal dan beberapa kudapan lain sungguh mendamaikan.. Sambil ditemani simbahan dari air terjun yang tergantung secantik namanya seperti Bowen Falls, The Four Sisters, Fairy Fall, The Overhang dan Stirling Falls.. Belum lagi melihat keletah ikan lomba² berenang dan penguin terkedek² seolah tiada perasaan sejuk.. 2jam didalam bot mewah milik syarikat Pure Milford itu seolah merantai jemaah yang tidak puas dengan keaslian semulajadi dari Yang Maha Cantik.. Tetapi seruan penulis “Aaa moh ler kiter” cukup untuk melonglaikan jemaah seolah terkena serapah🤣🤣

🍱1300ptg: Keikhlasan pemandu yang juga pengusaha 2restoran di Christchurch untuk melayani kami sebagai tetamu cukup digiuri jemaah.. Dalam perjalanan ke Queenstown beberapa tempat kami berhenti untuk bergambar seperti di Monkey Creek.. Desiran air sungai dengan pemandangan Gunung Talbot sungguh mempersona.. Ditambah pla dengan sinaran planet terbesar di Bima Sakti yang tepat pada masanya, gambar yang diketik kurang 1sahaja dari angka 100.. Perhentian seterusnya di airterjun Falls Creek lebih menawan.. Air terjun setinggi 30meter dengan takungan air berwarna turqoise sungguh menSubhanAllah ucapan.. Dan pada perhentian terakhir di Englinton Valley yang pada asalnya jemaah tidak mahu turun kerna ancaman tungau, langsung mengingatkan masing² kepada kampung halaman seperti Bahau, Gurun, Parit Buntar, Kuching sehingga hampir mencetuskan situasi bergelut sehingga penampakan jemaah berguling diatas rumput dan lalang kata penulis🤣🤣

🕌1530ptg :Kami singgah di kawasan persinggahan di Te Anau sebelum meneruskan perjalanan ke Queenstown semula untuk bermalam di Wyndham by Garden Hotel.. Selesai kunci diperoleh, kelibat penghantar makanan dari Komunal Cafe hadir dengan senyuman untuk hidangan nasi putih bersama daging kurma jemaah pada malam ini.. Maka solat jamak qasar menjadi acara penutup untuk hari ini sebelum beradu bagi hari esok yang lebih girang ameen😘😘

Laporan disediakan oleh,
🐝 TL HajiFi🐝
b/p FLYWORLD TRAVEL & TOURS

📝Rangkuman perjalanan hari ini📝(KHAMIS, 21 November 2024)🕊0600pagi : Cicipan burung seakan bunyi mengigil melompatkan pe...
21/11/2024

📝Rangkuman perjalanan hari ini📝
(KHAMIS, 21 November 2024)

🕊0600pagi : Cicipan burung seakan bunyi mengigil melompatkan penulis dari atas kamar.. Rupanya subuh yang berkumandang tanda Allah menyeru hamba yang disayangi untuk menghadap.. Baru sahaja jemaah menyebut alim lam mim usai bersolat, gerbang bilik jemaah sudah digendang penulis tanda sarapan pagi sudah tersedia.. Nasi lemak telur sebiji memulakan hari usus sehat tercerna jemaah di pagi khomis ini..

🚎0800pagi : Selesai bagasi diperiksa masuk, perlahan bas meninggalkan Queenstown waktu dhuha untuk bergerak ke bandar yang lain.. Setelah kudapan diedarkan, doa diaminkan oleh para jemaah mengharap rahmat Allah yang tiada berbelah bahagi buat hambaNy.. Diselangi dengan perkongsian kelebihan alQuran dan mukijzat, menongkah hujan deras yang membasahi sepanjang perjalanan menuju ke bandar terpaling selatan di NewZealand itu..

🌊1200tengahari : 4jam perjalanan termasuk perhentian melupuskan bahan kumuh dalam badan masing², maka tibalah jua kami di Bluff.. Kawasan yang terkenal dengan pelabuhan yang membekalkan aluminium itu merupakan kawasan paling hujung yang jarang dilawati hatta orang tempatan sekali.. Para jemaah dibawa ke Stirling Point iaitu kawasan bergambar yang menunjuk arah kepada Laut Pasifik Selatan.. Disiuli dengan bunyi ombak yang menghentam pantai dan angin kencang yang tiada boleh dibincang, kesejukan benua Antartika yang hanya berseberangan sahaja cukup menggeletarkan fizikal yang kurang lemak tepu.. Penampakan Pulau Stewart dan Pulau Anjing tidak diendahkan jemaah yang leka akan kesopanan dan kesusilaan yang diragakan dalam gambar yang diketik dan video yang disunting.. Pada mereka yang kesejukan, ada kafe berdekatan yang bertindak memanaskan badan sambil menghadap kawasan Land’s End itu..

🍱1300ptg : Kerangka awalnya mahu menjamu perut dan mata dengan keindahan taman yang beraneka di kawasan Invercargill.. Tetapi sapaan hujan yang turun dengan kehendakNya membantutkan perancangan itu.. Mujur dengan kegirangan Bro Mustafa, chef untuk Mevlana Kebab Restoran menjemput kami makan berteduh di kedainya melapangkan hati kami.. Dengan suasana kondusif dan mesra pelanggan, jemaah menikmati nasi daging kicap yang telah ditempah awal oleh FLYWORLD TRAVEL & TOURS.. Saiz hidangan Iskander Kebap untuk makan malam juga menyebabkan para jemaah menangis teringatkan penderitaan di negara yang kurang nutrisi makanan.. Tidak sempat penulis sebak, sambutan untuk meraikan ulangtahun kelahiran salah seorang jemaah diraikan di restoran tersebut secara mendadak.. Penulis sendiri terkejut jemaah yang menyambut hari lahir menghembus kek seperti adanya lilin membakar diatasnya.. Next level nih desus penulis…

🕌1530ptg : Sebelum tiba di hotel kami di Te Anau untuk tempoh 2jam lagi, kami singgah di Islamic Centre Invercargill untuk melihat masjid untuk komuniti Islam disana.. Niat untuk bersolat terbantut kerna tiada gerakan rukuk dan sujud dari dalam perkarangan masjid.. Cukuplah sekadar mengambil gambar tanda kenangan Islam itu bukan agama paksaan.. Setelah mendapat konci bilik di The Village Inn, jemaah bergerak ke kamar masing² untuk bersolat dan beradu awal.. Untuk satu hari yang menerujakan keesokan harinya😍😍

Laporan disediakan oleh,
🐝 TL HajiFi🐝
b/p FLYWORLD TRAVEL & TOURS


20/11/2024

Kemana arahnya team Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpk/ln:5007 sekarang? Bersunyi sepi jemaah mengiyakan kecantikan dan kesyahduan di bumi Kiwi.. Ayuh bersama penulis menyaksikan kegumbiraan mereka😍😍


22/05/2024

🤩Antara episod berbayar yang musti dilawati pabila bertandang ke Queenstown, New Zealand.. Panorama yang tidak menipu keasyikannya tatkala siang berlampu atau malam tersipu menghadap Lake Wakatipu yang menyapu jiwa yang tepu, mengampu pada pemilik kalbu.. Gituuu🤩🤩

😘Selain dari Skyline GONDOLA Queenstown yang akan dilawati dalam pakej NEWZEALAND 16 November 2024 ini, tempat tumpuan lain yang sudah termasuk dalam harga pakej ialah :

🐝Hobbiton Movie Tour Ticket di Matamata (termasuk tiket)
🐝Skyline Gondola di Queenstown (termasuk tiket)
🐝Milford Sound Cruise+ Halal Lunch – (termasuk tiket)
🐝Christchurch Tram Ride (termasuk tiket)
🐝Whakarewarewa Maori Village (termasuk tiket)
🐝Agrodome Farm & Animal Show (termasuk tiket)
🐝Huka Falls (termasuk tiket)
🐝Afternoon Coffee/ Tea di Edmund Hillary Alpine Centre
🐝Visit Glenorchy
🐝Visit Arrowtown ie cowboy town
🐝Visit Bluff - Lands End (Stirling point)
🐝Country Salmon Farm
🐝Aoraki Mt Cook National Park Photo Stop

😍Best kan? Say alamak alamak jika anda termasuk dalam baki 8 KEKOSONGAN TEMPAT yang kami miliki sekarang.. Wohaaa🕺🕺


18/05/2024

🫶 Mula diduduki oleh kaum Maori sejak 1000 tahun yang lalu, ianya mendapat julukan nama sekarang pada awal kurun ke 18 dari pelayar Eropah, Captain John Grono..

🤩 Selain keasyikan simbahan pelbagai airterjun pada ketinggian 162meter, keramahan flora fauna yang jarang ditemui di Malaysia seperti ikan lumba-lumba, penguin hatta ikan paus jika berpeluang memberi nikmat ciptaan Allah yang sentiasa bernilai unik..

🚢 Selain sudah termasuk dalam harga pakej, kelazatan pandangan anda juga akan terisi dengan hidangan makan tengahari semasa pelayaran.. Semakin seronok kan?😍😍

😘 Cicipi keseronokan anda berbaki 10 KEKOSONGAN LAGI KE NEW ZEALAND pada 18 Nov sehingga 28 Nov 2024 ini!! Wohaaa🕺🕺


Address

Flyworld Travel & Tours Sdn. Bhd 690890-K & KPK/LN:5007Unit A8-3, Jalan Selaman 1/1
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpk/ln:5007 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpk/ln:5007:

Videos

Share

Category