Travel Asian Trip Budget

Travel Asian Trip Budget Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Travel Asian Trip Budget, Tour guide, teluk intan, Bagan Datok.
(10)

11/01/2022

Pada 24 September 1987, DYMM Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah yang merupakan Sultan Perak pada ketika itu telah merasmikan pembukaan lebuh raya Ipoh ke Changkat Jering. Projek lebuh raya sepanjang 55 kilometer ini telah menelan belanja kos sebanyak RM360 juta.

Pembinaan lebuh raya ini banyak memberi manfaat pada orang ramai sehingga ke hari ini kerana ia dapat memendekkan perjalanan dari utara ke selatan sejauh 30 kilometer.

Lebuh raya tersebut sebenarnya telah mula digunakan sejak 31 Ogos 1986 lagi iaitu sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun tersebut. Ia merupakan lebuh raya kedua yang dikenakan bayaran tol di Perak selepas lebuh raya Slim River ke Tanjung Malim.

Projek pembinaan ini bertujuan untuk membangunkan industri pelancongan negara di samping itu dapat membangunkan ekonomi Negeri Perak sendiri.

Projek lebuh raya yang sepanjang 55 kilometer ini tidak akan lengkap dengan dua buah terowong sepanjang 880 meter dan satu lagi sepanjang 830 meter yang dikenali sebagai Terowong Menora.

Kedua-dua terowong ini tidak sama panjang kerana sudut potongan pintu masuk, keluar dan selekoh yang menjadi faktor kenapa panjangnya berbeza walaupun ianya sebelah menyebelah.

Kedudukan Terowong Menora terletak di bawah Banjaran Keledang, negeri Perak. Kini, terowong sepanjang lebih kurang 800 meter ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Utara Selatan.

Terowong Menora juga tidak dapat lari dari pelbagai cerita-cerita mistik, kisah misteri dan cerita seram sama seperti keadaan di lebuh raya karak sejak mereka dibuka kepada pengguna awam.

Adakala dikaitkan dengan puntianak yang berkeliaran, volkswagen kuning, dan skuter. Namun, inilah hakikat orang kita yang s**a berkongsikan cerita mitos sebigini untuk menambah asam dan garam untuk menyedapkan lagi perbincangan mereka.

Oleh kerana terowong ini berada di Banjaran Keledang, keadaan laluan lebuh raya di bawah agak curam dan berselekoh tajam untuk kedua-dua belah arah utara dan selatan.

Lebuh raya ini juga digelar sebagai jajaran maut kerana statistik kemalangan maut yang kerap berlaku disitu sepanjang tahun. Oleh itu, pemandu dinasihatkan agar sentiasa menggunakan gear rendah semasa menuruni selepas melepasi terowong di lebuh raya tersebut.

Perkongsian: Orang Perak

08/01/2022

Address

Teluk Intan
Bagan Datok
36400

Telephone

0136458050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Travel Asian Trip Budget posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category

Nearby travel agencies