10/11/2022
Berbahagialah ibu bapa yg masih punya anak yg sentiasa mendoakan dan mengamalkan kebaikan yg pernah ayah ibu ajarkan semasa hayatnya.
Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibu bapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :
1. Ada yang hanya menggantung gambar ibu bapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.
2. Ada yang s**a simpan barang yang ditinggalkan oleh ibu bapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.
3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.
4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain.
Sebenarnya bukan itu yang arwah ibu bapa kita mahukan, harapkan dan perlukan.
Semasa mereka berada di alam barzakh, ada yang lebih utama dari itu.
Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibu bapa kita. Di sana mereka amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari kita anak-anak mereka.
Antara yang mereka perlukan, ialah :
1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.
2. Sedekah dan amal jariah yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.
3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.
4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibu bapa.
Pahala bacaan surah Al-Fatihah yang disedekahan oleh anak-anak setiap hari untuk arwah ibu bapa.
Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh, segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi. Hilang sudah senda gurau, gelak tawa, perhiasan indah atau harta dunia.
Yang bernilai di alam sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim buat mereka.
Ingatlah, hari ini kita sebagai anak, esok lusa apabila kita mati amalan yang sama kita harapkan daripada anak-anak
Peringatan bersama ❤️