13/07/2021
Dah nikmati madu anda !
Masa terbaik untuk memakan madu adalah waktu pagi, sewaktu perut masih kosong dan sebelah malam sebelum tidur.
Madu - makanan terbaik untuk menguatkan antibodi
Madu ialah produk semulajadi digunakan sejak dahulu lagi untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan.
Penelitian ilmiah menyatakan bahawa madu lebah berperanan penting dalam menghentikan pertumbuhan mikroba. Enzim di dalamnya dapat merangsang kesihatan tubuh manusia dan berfungsi meningkatkan zat antibodi untuk melawan penyakit yang menyerang.
Berikut adalah antara manfaat madu untuk menjaga dan meningkatkan daya tahan tubuh badan manusia.
1. Madu ialah bahan cairan yang membersih (menyah toksik) , menyembuh, menghilangkan racun, menambah selera dan kecergasan.
Madu membantu sebagai pemangkin kesihatan manusia kerana ia menggerakkan sel-sel (tisu) baru, mempunyai daya pencergas, mampu membaiki tisu yang rosak, kaya dengan glukos serta bahan makanan yang berperanan membentuk sel manakala Vitamin A,B dan C di dalamnya sebagai makanan anggota badan, menumbuh dan memeliharanya.
2. Enzim dan vitamin dalam madu membantu metabolisma (penukaran zat) makanan. Madu menambah dan mengembangkan ‘glycogen’ dalam hati, membersihkan hati dari racun dan kuman serta memberi tenaga kepada badan melawan kuman-kuman penyakit.
3. Madu berperanan sebagai bahan paling mujarab untuk penyakit dalam perut. Ia membersihkan perut, usus, saluran urat dan saluran lain untuk kesihatan.
Zat asam manganese dan besi dalam madu membantu pencernaan dan memproses makanan serta menolong masalah sembelit, bengkak dan bernanah dalam perut dan usus dan masalah panas dalam perut.
Manakala zat asam Namlik merupakan zat utama dapat menahan sesuatu dari kebusukan dan kerosakan di samping dapat mematikan kuman dalam perut.
Musim cobid tengah menggila, jom amalkan makanan sunnah ini, semoga membantu kita terhindar dari virus cobid.