Jejak Kembara

Jejak Kembara Kembara jejak-jejak penuh inspirasi. Kerjasama bersama Nuzha Travel & Tours

"Kalau kamu menjadi pohon kayu, jadilah pohon kayu yang tumbuh gagah di rimba, di mana hidupnya sentiasa bersaing dan be...
02/09/2022

"Kalau kamu menjadi pohon kayu, jadilah pohon kayu yang tumbuh gagah di rimba, di mana hidupnya sentiasa bersaing dan berjuang dengan pohon-pohon lain untuk mendapat tempat yang kukuh dan terjamin. Sebaliknya janganlah menjadi pohon bunga yang ditanam di dalam pasu yang mengharapkan supaya sentiasa disiram dan dibajai. Jika tidak, ia akan menjadi layu dan seterusnya akan mati. Kalau kita ingin menjadi rumput, biarlah menjadi rumput yang boleh menghiasi sebatang jalan yang indah. Kalau kita menjadi sekuntum bunga, biarlah dapat menghiasi sanggul gadis remaja. Kalau ingin menjadi sebutir bintang, jadilah sebutir bintang timur yang boleh menentu arah perjalanan"

(ZA'BA)

Sempena 16 September ini, terbit dua peristiwa penting di Malaysia yang satunya sudah dikenali sebagai Hari Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, mencantumkan Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Tanah Melayu. Namun terdapat jua peristiwa lain yang kuranglah diketahui ramai, iaitu pada tarikh 16 September juga lahirnya seorang pendeta yang tajam katanya melalui mata pena, terserlah pada lembaran-lembaran kertas demi mengangkat martabat bangsa dan negara.

Beliaulah Zainal Abidin bin Ahmad atau dikenali sebagai ZA'BA. Kini masyarakat mengenalinya pada sumbangannya terhadap pembangunan bahasa. Amatlah jarang menyentuh beliau sebagai seorang penganalisis masyarakat, penentang penjajah, dan pembaharu dalam pembangunan bangsa. Kesemuanya adalah bermula dari mata penanya.

Ayuh! Sempena 16 September, Jejak Tarbiah membawakan rakan-rakan semua menyelami kehidupan ZA'BA di tempat kelahirannya di Batu Kikir, Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Mengenali sisi dirinya tidak hanya tentang pembangunan bahasa, tetapi pembangunan bangsa, agama, peribadi, dan budi masyarakat kita. Malah turut membawakan rakan-rakan ke dalam ranah kebudayaan dan keunikan adat masyarakat Negeri Sembilan itu sendiri.

PENAMPILAN ISTIMEWA:

1) Ustaz Pahrol Md Juoi
2) Encik Khairil Hisham (Kurator Galeri Diraja Tuanku Jaafar)

TARIKH: 16 SEPTEMBER - 17 SEPTEMBER 2022 (2 Hari 1 Malam)
LOKASI: NEGERI SEMBILAN
PENGANGKUTAN: CARPOOLING (BERKONGSI KERETA)

Untuk pendaftaran, klik pada pautan di bawah:

https://www.jejaktarbiah.org/kembara/
https://www.jejaktarbiah.org/kembara/
https://www.jejaktarbiah.org/kembara/

INFO LANJUT PROGRAM
Whatsapp/Call: 017-3960104 (Saudara Fhadrul)
Emel: [email protected]

09/06/2020

Buat Apa 4 Bulan di Amerika? June 9, 2020 Resensi Buku 0 Shares Facebook Twitter Resensi travelog 4 Bulan Di Amerika karya HAMKA Saya pergi ke negeri Arab khususnya Tanah Suci Mekkah dan Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, sudah sepatutnya saya melawat ke Amerika untuk mencari sumber kekuata...

Tim   ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441H kepada semua umat Islam.Alhamdulillah untuk kesempatan bertem...
23/05/2020

Tim ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441H kepada semua umat Islam.

Alhamdulillah untuk kesempatan bertemu dengan bulan Ramadan tahun ini, semoga Tuhan masih memilih kita tahun-tahun akan datang.

Ramadan kali ini benar-benar mengajar kita untuk bersederhana; seharusnya hidup seorang Muslim begitu. Pujian kepada Allah atas setiap rezeki, masa dan tenaga yang telah kita guna sepanjang Ramadan ini, semoga semuanya menjadi asbab redaNya.

Semoga Aidilfitri yang disambut dengan Norma Baharu ini memberi makna kepada anda dan keluarga, insyaAllah. Ayuh, raikan kemenangan kita!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Taqaballahu minna wa minkum.
Kullu am wa antum bikhair.

Ikhlas,
Tim Jejak Tarbiah

15/05/2020
24/04/2020

PELANCARAN E-BOOK PERTAMA JEJAK TARBIAH 🎉

"KISAH MALAYSIA BERKURUNG
~ Pesan Cinta daripada Tuhan"

di FB -
Abdullah Bukhari Abdul Rahim

👉 INFO E-Book di - www.jejaktarbiah.com/malaysia-berkurung




TEASER -

Mungkin kerana doa kita agar wabak COVID-19 diangkat oleh Allah belum dimakbulkan sepenuhnya. Mungkin kerana iklim bumi belum benar-benar pulih setelah lama dicederakan oleh manusia. Mungkin kerana arahan berkurung oleh kerajaan belum benar-benar kita patuhi. Mungkin kerana solat jemaah dalam rumah kita belum cukup mengisi ruang rohani dalam keluarga yang selama ini penuh leka. Mungkin kerana hubungan keluarga masih belum erat rapat dalam tempoh berkurung sebelum ini. Mungkin kerana bacaan al-Quran kita masih belum mencapai sasaran rohani sepatutnya. Mungkin kerana darjat sabar kita belum benar-benar teruji. Mungkin, mungkin, mungkin?

**juga terbit dalam versi bercetak

KARTINI pernah mengkritik bagaimana banyak sekali ajaran Islam ini tidak beliau benar-benar fahami, hanya sekadar menuru...
21/04/2020

KARTINI pernah mengkritik bagaimana banyak sekali ajaran Islam ini tidak beliau benar-benar fahami, hanya sekadar menurut mengikut adat tradisi. Malah, Al-Quran yang merupakan pegangan asas untuk umat Islam juga tidak difahami. Zaman itu, masih ada yang menganggap Al-Quran ini terlalu sakral untuk dipelajari.

Tetapi Kartini masih terus meneroka pembacaan termasuk untuk cuba memahami Al-Quran itu sendiri. Di sini ada peranan seorang ulama besar di sana ketika itu, Kyai Soleh Darat yang telah mengajar dan membantu Kartini memahami Al-Quran.

Malah, ungkapan keramat ‘Habis Gelap Terbitlah Terang’ itu sendiri ada yang menyebut bahawa ianya adalah kata-kata kesedaran Kartini sendiri selepas beliau telah memahami Surah Al-Fatihah.
https://www.jejaktarbiah.com/seorang-kartini-dan-buku-bukunya-sempena-hari-kartini-21-april/

Seorang Kartini & Buku-bukunyaApril 21, 2020Tokoh 0 Shares Facebook Twitter Saya selalu percaya, apabila kita mahu mengkaji atau mengambil pengajaran atau ibrah daripada seorang tokoh, antara yang terpenting adalah melihat bagaimana pembacaan telah membentuk tokoh-tokoh itu. Seseorang tokoh tidak la...

29/03/2020

FOLLOW SHOPEE JT & DAPATKAN RM5 ❗

“Hai, boleh pos buku?
Saya dah bosan duduk rumah ni..”⁣

"Pos berjalan tak sepanjang PKP/MCO bang?"

= Jalan dik... Kami pos isnin-jumaat ya 😄

👉 Jejak Tarbiah di Shopee & dapatkan baucar RM5 sekarang!⁣

👉 https://shopee.com.my/jejaktarbiah

Jom cuci mata dengan 200 pilihan buku menarik Malaysia & Indonesia. Mudah & penghantaran pantas di Shopee JT.⁣

👉Beli di Shopee JT sekarang:⁣
- Pembelian RM40 ke atas --->kos pos PERCUMA⁣
- 20% diskaun buku terbitan Jejak Tarbiah
- 10% diskaun buku terbitan lain - Pos setiap hari kecuali Sabtu ahad



18/03/2020

Assalamualaikum wbt.

Sebagai menyahut seruan dan arahan kerajaan, Galeri Buku Jejak Tarbiah DITUTUP sepanjang tempoh kawalan pergerakan bermula hari ini. Semua staf bercuti di rumah disamping bekerja secara minima dalam talian (online).

Demi menggalakkan lagi orang ramai menghadkan pergerakan, Jejak Tarbiah melancarkan Kempen DIAM BERSAMA BUKU. Kata DIAM diambil sebagai antonim (kata lawan) bagi gerak. Diamilah rumah anda semua dan hadkanlah pergerakan. Duduklah DIAM BERSAMA BUKU.

Berserta kempen DIAM BERSAMA BUKU ini, Jejak Tarbiah turut menawarkan harga & promosi menarik akan berlangsung dari 18 - 31 Mac melalui medium WEBSITE - www.jejaktarbiah.com dan juga di SHOPEE Jejak Tarbiah.

Untuk makluman semua, POS akan berjalan seperti biasa setiap hari selain Sabtu dan Ahad.

COVID-19 ternyata memberikan impak kewangan yang serius kepada bisnes global. Apatah lagi bisnes kecil seperti penerbitan buku. Sokongan anda amatlah dihargai bagi memastikan operasi Jejak Tarbiah terus berlangsung.

Jemput dapatkan buku-buku terbaik di Jejak Tarbiah dan isi ruang masa anda di rumah dengan membaca. Kali ini kita lawan penularan virus dengan duduk diam. Ayuh DIAM BERSAMA BUKU.

Salam tulus dari saya,

SAADIAH ALI
Pengasas & CEO Jejak Tarbiah

-19

“Salah satu hal yang ingin kunasehatkan pada orang-orang adalah; untuk menghargai segala yang hidup, hak-hak semua, pera...
28/02/2020

“Salah satu hal yang ingin kunasehatkan pada orang-orang adalah; untuk menghargai segala yang hidup, hak-hak semua, perasan; untuk merasa malu bila sampai menyakiti orang walaupun hanya kecil dan tidak sengaja; untuk sebisa mungkin punya kesadaran akan pentingnya menyelamatkan sesama dari kesusahan. Aku ingin menyediakan diri untuk memoles pandangan mereka; dan untuk meyakinkan mereka bahwa kewajiban yang luhur dan suci adalah yang disebut terima kasih. Apakah aku bisa memperkenalkan pandangan ini pada masyarakat jika aku yang mencetuskannya, malah mengabaikannya?”

Surat Kartini kepada Stella Zeehandelaar bertarikhkan 24 Oktober 1901

Ayuh! Ikutilah kembara kami menjejak ke Jejak Kartini, mengembara menelusuri perjuangan beliau dalam pendidikan anak bangsa.

Hubungi 019-5000395 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut.

Atau layari laman sesawang kami di https://www.kembarajt.com/

Jika di Sumatera Barat, kita akan menyaksikan Rumah Gadang bersenikan kebudayaan Minangkabau. Jikalau di Aceh, kita akan...
26/02/2020

Jika di Sumatera Barat, kita akan menyaksikan Rumah Gadang bersenikan kebudayaan Minangkabau. Jikalau di Aceh, kita akan menjengah sendiri senibina Rumoh Aceh.
Bagaimana p**a di Pulau Belitung?

Adakah mereka mempunyai rumah adat mereka sendiri?

Sudah tentulah ada!

Tahukah anda bahawa rumah adat di Belitung ini mempunyai falsafahnya yang tersendiri? Bahkan rumah adat ini juga mempunyai perbezaannya di antara para bangsawan dan orang awam umumnya.

Ayuh! Ikuti Jejak Kembara kami ke Pulau Belitung dengan temanya, Jejak Laskar Pelangi. Sebuah karya novel pemangkin jiwa dalam pendidikan.

Hubungi 019-5000395 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut.

Atau layari laman sesawang kami di https://www.kembarajt.com/

“Wah! Besarlah rumah Aceh ni!”  Ya! Bertambah besar lagi hati anda sekiranya anda menjengah sendiri ke dalam rumah ini.T...
25/02/2020

“Wah! Besarlah rumah Aceh ni!” Ya! Bertambah besar lagi hati anda sekiranya anda menjengah sendiri ke dalam rumah ini.

Tahukah anda? Rumah Aceh ini boleh dibuka pasang semula rangkanya dan dipindahkan ke mana tempat yang bersesuaian justeru dibina semula?

Ayuh! Sertai kembara Jejak Aceh di bawah Jejak Kembara untuk menjejak warisan sejarah kegemilangan Kesultanan Aceh dan kesan-kesan tsunami besertakan ibrahnya dalam masyarakat Aceh.

Hubungi 019-5000395 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut.

Atau layari laman sesawang kami di https://www.kembarajt.com/


Jangan disangkakan rumah kayu yang kecil ini tidak mempunyai sebarang signifikan sekiranya tiba di Danau Maninjau. Di da...
24/02/2020

Jangan disangkakan rumah kayu yang kecil ini tidak mempunyai sebarang signifikan sekiranya tiba di Danau Maninjau. Di dalamnya tersemat khazanah yang tidak ternilai yang harus kita teladani buat diri kita sendiri.

Bagi mereka, para bibliofil, tentu sahaja teruja akan isi rumah ini.

Apakah khazanah rahsia di sebalik rumah tua ini?

Ayuh ikuti kami dalam kembara Jejak HAMKA menelusuri sosok figura ‘alim yang terkenal di Nusantara, Buya HAMKA, dan menalar keindahan ‘alami di Sumatera Barat.

Hubungi 019-5000395 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut.

Atau layari laman sesawang kami di https://www.kembarajt.com/

Khusyuk mereka menjengah potret dan gambar keluarga Kartini di Muzium R. A. Kartini di Kabupaten Jepara.Jika mahukan pen...
23/02/2020

Khusyuk mereka menjengah potret dan gambar keluarga Kartini di Muzium R. A. Kartini di Kabupaten Jepara.

Jika mahukan pengenalan yang holistik mengenai persekitaran kehidupan Kartini bersama keluarga, rakan, dan masyarakat di sekelilingnya, haruslah kita bersinggah di muzium ini. Menarik mengenai muzium ini adalah representasinya dengan mengepilkan gambar besertakan pepatah menarik sebagai kapsyennya membuatkan kita menjadi asyik akan kisah di sebaliknya gambarnya. Secara tidak langsung, kita mengenali Kartini dari sudut perspektif yang lain dan kesannya terhadap orang sekelilingnya.

Ayuh! Ikutilah kembara kami menjejak ke Jejak Kartini, mengembara menelusuri perjuangan beliau dalam pendidikan anak bangsa.

Hubungi 019-5000395 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut.

Atau layari laman sesawang kami di https://www.kembarajt.com/

“Uish! Sedapnya lauk-pauk dia. Ini kalau makan seorang memang tak habis ini” Peserta kembara Jejak Laskar Pelangi bersan...
22/02/2020

“Uish! Sedapnya lauk-pauk dia. Ini kalau makan seorang memang tak habis ini”

Peserta kembara Jejak Laskar Pelangi bersantap makanan sehingga habis hidangan lauk-pauk, habis semua diratah. Dengan pakej di bawah Jejak Kembara, kami tidak akan membiarkan anda kelaparan sepanjang perjalanan.

Terliur?

Ayuh! Ikuti Jejak Kembara kami ke Pulau Belitung dengan temanya, Jejak Laskar Pelangi. Sebuah karya novel pemangkin jiwa dalam pendidikan.

Hubungi 019-5000395 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut.

Atau layari laman sesawang kami di https://www.kembarajt.com/

Pantai Lhok Nga, dengan desiran ombaknya yang deras, menghentam batu di pesisiran. Tiupan bayu yang dingin mampu membawa...
21/02/2020

Pantai Lhok Nga, dengan desiran ombaknya yang deras, menghentam batu di pesisiran. Tiupan bayu yang dingin mampu membawakan kita kepada kenangan hidup diri kita.

Tahukah anda? Jika anda berenang (kalau berani) merentas laut di hadapan Pantai Lhok Nga ini, anda akan berhadapan dengan Samudera Hindia ataupun Lautan Hindi.

Pernahkah merasakan bayunya Lautan Hindi?

Ayuh! Sertai kembara Jejak Aceh di bawah Jejak Kembara untuk menjejak warisan sejarah kegemilangan Kesultanan Aceh dan kesan-kesan tsunami besertakan ibrahnya dalam masyarakat Aceh.

Hubungi 019-5000395 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut.

Atau layari laman sesawang kami di

https://www.kembarajt.com/


“Bencana, kita sabari,Nikmat, kita syukuri,Banyaklah orang akan bahagia.”Begitulah nasihat yang terpahat pada prasasti p...
19/02/2020

“Bencana, kita sabari,
Nikmat, kita syukuri,
Banyaklah orang akan bahagia.”

Begitulah nasihat yang terpahat pada prasasti peringatan di Kuburan Massal Siron bagi mengenangi mangsa tsunami pada tahun 26 Disember 2004.

Ayuh! Sertai kembara Jejak Aceh di bawah Jejak Kembara untuk menjejak kesan-kesan tsunami besertakan ibrahnya dalam masyarakat Aceh.

Hubungi 019-5000395 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut.

Atau layari laman sesawang kami di https://www.kembarajt.com/


“Di Puncak Lawang aku termenung. Menanti kekasih masih tidak berkunjung.”Jikalau tiba di Sumatera Barat, jangan lupa men...
18/02/2020

“Di Puncak Lawang aku termenung. Menanti kekasih masih tidak berkunjung.”

Jikalau tiba di Sumatera Barat, jangan lupa menyaksikan panorama Danau Maninjau di atas Puncak Lawang. Suasananya yang nyaman lagi tenang menjadi mereka yang berkunjung boleh bermenung mengenangi kenangan-kenangan hidup yang berliku-liku.

Mengapa tidak lagi mahu berkunjung?

Ayuh ikuti kami, Jejak Kembara, dengan menawarkan pakej Jejak HAMKA mengunjungi danau yang begitu indah ini sambil-sambil menjejak sosok figura ‘alim yang terkenal di Nusantara, Buya HAMKA.

Hubungi 019-5000395 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut.

Atau layari laman sesawang kami di https://www.kembarajt.com/

Address

Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jejak Kembara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jejak Kembara:

Videos

Share

Category