PDC Travels Sdn Bhd

PDC Travels Sdn Bhd Umrah selesa mampu milik. Hotel dekat, penerbangan selesa, mutawwif yang berilmu dan berpengalaman Kami adalah sebuah agensi pelancongan berlesen penuh.

No Lesen Motac : KPK/LN 8097
Bidang : Inbound / Outbound / Ticketing / Umrah

Pengkhususan kami adalah pakej umrah dimana kami menawarkan 2 pakej umrah yang terbaik didalam kelasnya:

1. Pakej Umrah Golden
Umrah dengan penginapan hotel 5 bintang di Makkah dan hotel 4/5 bintang di
Madinah.

2. Pakej MyUmrah
Umrah ekonomi selesa dengan penginapan hotel 3 bintang di Makkah dan
Madinah. Jarak hotel sekitar 150 - 250 meter dari masjid.

PDC di Haramain.Group G10 berada di Madinah. Program diisi dengan program ziarah Masjid Nabawi, ziarah Kota Madinah dan ...
28/01/2025

PDC di Haramain.

Group G10 berada di Madinah. Program diisi dengan program ziarah Masjid Nabawi, ziarah Kota Madinah dan lain-lain.

Group G11 masih berada di Makkah. Semalam jemaah dibawa ke Taif (aktiviti tambahan). Seperti biasa, signature PDC bila di Taif adalah lunch nasi Arab special

Group GP2 juga masih berada di Makkah. Group private dengan program yang santai dan tidak terlalu terikat dengan masa.

Esok 30 Jan ada satu group akan berlepas ke Madinah. Semoga semua yang dirancang berjalan dengan baik.

Esok juga G11 akan bergerak ke Madinah dengan keretapi laju.

Semoga team Saudia PDC diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus menyantuni jemaah dan memberi khidmat terbaik. Insha Allah

Bagi yang belum berkesempatan untuk sampai di sini, tanamkan impian dan usaha. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan da...
27/01/2025

Bagi yang belum berkesempatan untuk sampai di sini, tanamkan impian dan usaha. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan dan suatu hari nanti akan sampai di sini.

Di PDC Travels, kami berpegang pada prinsip untuk memastikan keselesaan dan kepuasan setiap jemaah kami sepanjang perjal...
27/01/2025

Di PDC Travels, kami berpegang pada prinsip untuk memastikan keselesaan dan kepuasan setiap jemaah kami sepanjang perjalanan Umrah mereka.

Dengan fokus yang tinggi terhadap kecekapan dan layanan yang terbaik, kami secara berterusan menjalin kerjasama yang erat dengan pihak hotel di Mekah dan Madinah. Kami memastikan setiap aspek penginapan, dari kemudahan hingga perkhidmatan, memenuhi piawaian yang ketat demi memberikan pengalaman yang lancar dan menyenangkan kepada semua jemaah.

Keutamaan kami adalah untuk memastikan setiap perjalanan berjalan dengan sempurna, memberi ruang bagi jemaah kami untuk fokus sepenuhnya pada ibadah mereka.

Menerima tetamu dari Saudi, dari Hotel Ghufran Makkah pada Selasa lalu.

Kehadiran mereka adalah sebagai penghormatan besar dan peluang emas untuk menjalin hubungan lebih akrab.

Terima kasih atas sokongan yang tidak ternilai, semoga kerjasama kita terus maju dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

BERSAMA KAMI MENGHAYATI SETIAP DETIK PERJALANAN PAKEJ UMRAH JIMAT PDC TRAVELSSetiap langkah menuju tanah suci adalah pan...
27/01/2025

BERSAMA KAMI MENGHAYATI SETIAP DETIK PERJALANAN PAKEJ UMRAH JIMAT PDC TRAVELS

Setiap langkah menuju tanah suci adalah panggilan jiwa yang penuh makna. Di PDC Travels, kami percaya bahawa perjalanan ini lebih daripada sekadar ibadah, ia adalah sebuah cerita penuh hikmah yang ingin kami kongsikan bersama anda.

Mulai 31 Januari 2025, kami akan membawa anda menyusuri pengalaman Pakej Umrah Jimat melalui vlog, video, dan diari harian. Setiap detik akan dirakam, bermula dari persiapan awal, suasana harmoni sepanjang perjalanan, hingga saat penuh kesyukuran di hadapan Kaabah yang mulia.

Kami ingin anda turut merasai pengalaman ini, menyelami keindahan dan keagungannya, seolah-olah anda sendiri berada di sana. Perjalanan ini bukan hanya untuk para jemaah, tetapi juga buat semua yang ingin mendekati dan memahami keindahan ibadah di tanah suci.

Ikuti perjalanan ini bersama kami, dan semoga ia menjadi inspirasi untuk anda melangkah menuju impian yang sama.

PDC Travels โ€“ Kembara penuh ibrah, ibadah selari sunnah

24/01/2025

Alhamdulillah.
28 jemaah group G11 telah selamat tiba di airport Jeddah.

Seterusnya jemaah akan terus dibawa ke Makkah, dan check in di Hotel Diyafat Rahman. Insha Allah jemaah akan disajikan dengan makan malam secara buffet yang disediakan oleh Ibtisam Catering.

Selepas rehat sebentar, insha Allah akan menyempurnakan ibadah umrah dan semoga semua jemaah akan mendapat umrah mabrurah, insha Allah. Amin

Aktiviti hari kedua group G10.Alhamdulillah, kesemua jemaah dari group ini telah bergabung di Taif. 46 orang dari Malays...
23/01/2025

Aktiviti hari kedua group G10.
Alhamdulillah, kesemua jemaah dari group ini telah bergabung di Taif. 46 orang dari Malaysia dan 12 orang dari Singapore.

Selepas bermalam di Taif, selepas sarapan pagi, jemaah terus check out dan memulakan program ziarah Taif.

Pada waktu tengahari, jemaah disajikan dengan "trade mark ziarah Taif by PDC" dengan jamuan nasi Arab 3 haiwan, kambing, unta dan ayam. Trade mark inilah juga, walaupun dah berkali-kali umrah bersama PDC, jemaah tetap mengikuti trip ziarah Taif.

Program di Taif diakhiri dengan singgah di Qarnul Manazil untuk miqat umrah.

Alhamdulillah, tiba di Makkah, jemaah menginap di Hotel Azka As Safa. Alhamdulillah, proses check in berjalan dengan baik.

Selepas berehat, menikmati makan malam dan seterusnya menyempurnakan ibadah umrah.

Kalau ada rakan-rakan yang berhajat untuk pergi umrah secara berkumpulan, jangan ragu-ragu untuk hubungi kami ya.

Kita bincang kasi jadi, insha Allah

23/01/2025

Hanya berbaki beberapa seat sahaja untuk umrah akhir Ramadan + Syawal. Rebut segera sebelum sold out!

Bismillah, Jemaah Umrah G10, group kedua untuk tahun 2025. Syukur ke hadrat Ilahi, segala urusan penghantaran dan pengur...
21/01/2025

Bismillah, Jemaah Umrah G10, group kedua untuk tahun 2025.

Syukur ke hadrat Ilahi, segala urusan penghantaran dan pengurusan jemaah di Lapangan Terbang Kuala Lumpur telah selesai pada dini pagi tadi.

Seramai 46 orang jemaah telah berlepas menggunakan penerbangan Oman Airlines dari Kuala Lumpur ke Jeddah pada pukul 9.25 pagi dan dijangka tiba di Jeddah pada pukul 5.10 petang waktu Saudi.

Turut bersama pagi ini, seramai 12 orang jemaah dari Singapura yang menaiki penerbangan Qatar Airways. Jemaah akan bergabung dengan jemaah Malaysia selama 12 hari 10 malam di bumi Haramain mengikut itinerary perjalanan yang telah disusun dan diatur.

Keseluruhan group seramai 57 orang ini akan dipimpin oleh Mutawwif berpengalaman Ustaz Syazwan Nizar dan Ustaz Nik Hisyam.

Tak lupa juga, terima kasih team PDC yang melancarkan urusan jemaah dari tagging bag sehingga ke balai pelepasan pagi tadi.

Semoga perjalanan dan urusan jemaah Umrah PDC G10 dipermudahkan dan sentiasa dalam rahmat Ilahi. Didoakan agar semua jemaah memperoleh umrah yang mabrur dan diterima segala amal ibadah. Aamiin ya Rabbala'lamin.

Ayuh Bersama Kami Menyelami Setiap Langkah Perjalanan Pakej Umrah Jimat di PDC TravelsSetiap langkah menuju tanah suci a...
20/01/2025

Ayuh Bersama Kami Menyelami Setiap Langkah Perjalanan Pakej Umrah Jimat di PDC Travels

Setiap langkah menuju tanah suci adalah seruan yang menyentuh hati. Bagi kami di PDC Travels, perjalanan ini bukan sekadar ibadah, tetapi sebuah kisah yang ingin kami bawakan dan ceritakan terus kepada anda.

Bermula 31 Januari 2025, kami akan menghidupkan pengalaman Pakej Umrah Jimat melalui vlog, video, dan diari harian. Setiap momen akan dirakam; dari detik persiapan, suasana harmoni sepanjang perjalanan, hingga rasa syukur saat berdiri di hadapan Kaabah yang agung.

Kami ingin anda menyelami setiap sudut perjalanan ini, merasai keindahan dan kesyahduannya seolah-olah anda turut berada di sana. Perjalanan ini bukan hanya untuk mereka yang melangkah, tetapi untuk semua yang ingin lebih memahami erti sebenar ibadah ke tanah suci.

Ikuti kisah-kisah ini, dan semoga ia menjadi inspirasi untuk langkah anda ke arah impian yang sama.

PDC Travels โ€“ Kembara penuh ibrah, ibadah selari sunnah

Kursus umrah 18 Januari 2025. Alhamdulillah, kursus umrah anjuran PDC Travels berjalan dengan lancar pada hari ini. Sera...
18/01/2025

Kursus umrah 18 Januari 2025.

Alhamdulillah, kursus umrah anjuran PDC Travels berjalan dengan lancar pada hari ini. Seramai lebih kurang 60 orang jemaah hadir untuk menambah ilmu pengetahuan ibadah umrah.

Jemaah yang hadir pada hari ini daripada tarikh penerbangan 24 Januari sehinggalah akhir ramadan. Alhamdulillah.

"Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga." (HR Muslim, no. 2699)

Semoga semua perjalanan ibadah umrah jemaah dipermudah Allah swt ๐Ÿ’•

17/01/2025

Jom sertai Umrah Ramadan + Syawal. Hanya berbaki beberapa seat sahaja lagi

Ramadan, sang bulan mulia, hadir dengan wajah penuh cahaya, menabur rahmat di setiap penjuru alam. Ia bagaikan tetamu ag...
16/01/2025

Ramadan, sang bulan mulia, hadir dengan wajah penuh cahaya, menabur rahmat di setiap penjuru alam. Ia bagaikan tetamu agung, mengetuk pintu-pintu hati yang rindu kepada Pencipta. Di balik keheningan malam-malamnya, ada suara lembut yang memanggil, "Datanglah, wahai jiwa yang haus akan maghfirah."

Pakej umrah Ramadan ini bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi pelayaran rohani. Ia adalah jambatan antara diri yang penuh dosa dan rahmat Allah yang tiada tara. Seperti oase di tengah padang pasir, ia menyegarkan hati yang penat dalam liku-liku kehidupan.

Tanah suci Mekah memeluk setiap tetamu dengan kasih sayang, seperti seorang ibu yang menanti anaknya pulang. Kaabah berdiri gagah, bagai raja di tengah istana, memanggil hamba-hamba Allah untuk tunduk menghadapnya. Saf-saf solat bersaksi pada tangisan jiwa yang meluruhkan segala beban dosa.

"Oh Kaabah, engkau adalah saksi ribuan doa yang dititipkan dengan penuh harap," bisik hati yang rapuh. Di sana, setiap sujud adalah perjanjian dengan Allah, setiap doa adalah janji untuk berubah menjadi lebih baik.

Sesungguhnya, hidup ini ibarat perjalanan yang penuh persinggahan. Tetapi Ramadan di tanah suci adalah persinggahan terindah, di mana jiwa dibasuh dengan air keimanan. Jika dosa adalah awan hitam, maka umrah di bulan Ramadan adalah hujan yang menyucikan.

Bagi yang merindukan peluang ini tetapi masih terikat pada urusan dunia, janganlah bersedih. Eufemisme takdir sering kali berbunyi begini: Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Namun, bagi mereka yang diberi peluang, jangan sia-siakan panggilan ini.

Ramadan adalah bulan cinta, dan tanah suci adalah rumahnya. Bersama pakej umrah Ramadan, datanglah sebagai tamu Allah, dan pulanglah sebagai jiwa yang dilimpahi keampunan.

Whatsapp kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan

www.wasap.my/60162498982/umrahramadan
www.wasap.my/60162498982/umrahramadan
www.wasap.my/60162498982/umrahramadan

Diary G09Alhamdulillah, telah berangkat dan telah tiba di Madinah seramai 28 jemaah kelmarin. Penerbangan pertama untuk ...
16/01/2025

Diary G09

Alhamdulillah, telah berangkat dan telah tiba di Madinah seramai 28 jemaah kelmarin. Penerbangan pertama untuk tahun 2025.

Jemaah dipimpin oleh Ustaz Abu Fareena Ryssafiy Nik Hisham, selaku Group Leader dan Mutawwif. Ustaz Nik adalah juga Pengurus Cawangan PDC Travels Sdn Bhd di Kuantan merangkap Pegawai Operasi syarikat.

Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang dirancang. Penerbangan Saudia on time manakala proses check in hotel di Madinah pun berjalan dengan lancar.

Jemaah akan berada di Madinah selama 4 malam dan akan berangkat ke Makkah pada 19hb nanti dengan menaiki keretapi laju.

Alhamdulillah







14/01/2025

Bagi yang nak tahu lebih berkenaan pakej Umrah Ramadan kami, PM kami sekarang dan tinggalkan nombor telefon anda. InsyaAllah pegawai kami akan hubungi anda untuk maklumat terperinci.

Dimanakah HQ PDC Travels Sdn Bhd ni?Ramai yang bertanyakan, dimanakah HQ PDC Travels Sdn. Bhd ni. Okay di sini kami tera...
14/01/2025

Dimanakah HQ PDC Travels Sdn Bhd ni?

Ramai yang bertanyakan, dimanakah HQ PDC Travels Sdn. Bhd ni. Okay di sini kami terangkan di mana lokasi kami di HQ PDC Travels.

Lokasi kami memang mudah nak cari. Betul-betul dekat Bangi Business Park ataupun dibelakang KipMall Bangi atau lebih dikenali dengan nama Warta Mall oleh orang Bangi. Kalau tahu Pejabat Tabung Haji Bangi, kami cuma beberapa pintu je dari situ. Tak payah pening, senang sangat nak singgah. Parking pun percuma je!

Alamat kami :
๐Ÿ“403G, Kompleks Diamond, Jalan Medan Bangi, Bangi Business Park, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Lokasi kami di Google Maps
https://maps.app.goo.gl/yuFiYNWEUvPXMx4VA

Sekiranya anda nak datang ke pejabat HQ kami untuk maklumat lanjut, kami mengalu-alukan kedatangan anda.

14/01/2025

Kami akan bawakan dengan lebih dekat pakej Umrah Jimat kami menerusi Vlog, Video Pendek, dan lain-lain bermula 31 Januari ini.

12/01/2025

Umrah Awal Ramadan & Akhir Ramadan + Syawal masih available.

Ayuh daftar sekarang!

Ramadan menabur rahmat di setiap detik, umrah menyulam kedamaian dalam setiap langkah. Saat kedua-duanya berpadu, terbit...
11/01/2025

Ramadan menabur rahmat di setiap detik, umrah menyulam kedamaian dalam setiap langkah. Saat kedua-duanya berpadu, terbitlah sebuah perjalanan yang menyentuh jiwa dan mendekatkan kita kepada-Nya.

Di bawah langit Ramadan yang penuh keberkatan, biarlah langkah pertama anda bermula bersama PDC Travels Sdn. Bhd. Menyusuri jejak para kekasih Allah, kami bawakan pakej istimewa untuk pengalaman ibadah yang tiada tandingan.

๐Ÿ’ผ Pakej Lengkap Adalah Termasuk:

โœˆ๏ธ Penerbangan Kelas Ekonomi
๐ŸšŒ Bas Pengangkutan Nyaman
๐Ÿ›‚ Visa Umrah & Pelancong (Sah 1 Tahun)
๐Ÿ•Œ Ziarah Makkah & Madinah
๐Ÿ“˜ Kursus & Buku Panduan Umrah
๐Ÿค Mutawwif & Ketua Rombongan Sepenuh Masa
๐Ÿ›ก๏ธ Takaful Umrah Berkelompok
๐Ÿ’ง Air Zamzam Percuma (Tertakluk kepada SOP Saudi)

๐Ÿ“Alamat Ibu Pejabat Kami:
403G, Kompleks Diamond, Jalan Medan Bangi, Bangi Business Park, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Lesen Motac: 8097/IOTU

Whatsapp kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan

www.wasap.my/60162498982/umrahawalramadan
www.wasap.my/60162498982/umrahawalramadan
www.wasap.my/60162498982/umrahawalramadan

Address

403G, Kompleks Diamond, Bangi Business Park, Jalan Medan, Seksyen 1
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60133088982

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PDC Travels Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PDC Travels Sdn Bhd:

Videos

Share

Category