25/10/2020
Assalamu’alaikum semua☺️
Kali ini Admin nak kongsi cerita terbaru tentang SKUTER ELEKTRIK di Masjidil Haram pada umrah terkini di musim COVID-19.
Skuter elektrik ni ada harga baru tau! Kalau sebelum ni, harganya adalah 50riyal bagi satu seater dan 100riyal bagi 2 seater kan?
Harga yang terkini dah naik sikit, almaklumlah VAT(GST) pun dan jadi 15% sekarang di Arab Saudi.
Harganya yang terbaru:
🛵 Satu kerusi: 58riyal untuk tawaf sahaja, kalau pakej tawaf & saie kali lah 2 = 116riyal.
🛵 Dua kerusi: 115riyal untuk tawaf sahaja, kalau tawaf & saie kali 2 = 230riyal.
Kaunter skuter elektrik ada betul-betul bersebelahan dengan bukit Safa di tempat saie.
Tapi kalau anda ingin menggunakannya ketika tawaf, sila beritahu kepada mana-mana pegawai yang akan membawa anda ke dataran Mataf.
Trek skuter elektrik untuk umrah norma baru ni pun dah lain. Kalau dulu anda harus pergi je tingkat dua setengah berdekatan dengan kawasan saie untuk menyewa skuter ini dan menunggangnya di trek khas, tapi kini anda boleh menunggangnya di Mataf (dataran Ka’bah) sendiri untuk tawaf, dan untuk saie p**a di lantai ground floor yang berbukit di Safa dan Marwah bersama dengan jemaah-jemaah yang lain.
Siapa yang sudi baca lagi tentang skuter elektrik di Masjidii Haram ni, jom Admin nak imbas kembali kenangan kita bersama skuter elektrik atau bahasa omputihnya “Electric scooter”, bahasa arabnya “العَرَبِيَّاتُ الكَهْرَبَائِيَّةُ" Al-Arabiyyaatu al-Kahrabaaiyyah”.
Siapa yang pernah naik skuter ni semasa tawaf dan saie?🙋🏻♀️🙋🏻♂️
Eh, Admin-admin pun pernah naik ke skuter elektrik ni? Bukan ke muda remaja lagi boleh berjalan? Sah ke tawaf tu?
Pernaaaah... dan hukumnya, boleeeh~ Kira sah lah tawaf dan saie dengan menggunakan skuter elektrik ni. Kalau tak sah, tak lah Pentadbiran Masjidil Haram menyediakan kenderaan ini untuk ditunggangi semasa tawaf dan saie, betul tak?
Terdapat hadith daripada Jabir R.A yang menyebut:
"Nabi SAW telah tawaf di atas tunggangan di Ka’bah, sa’ie di antara Safa dan Marwah, orang ramai melihatnya dan Baginda dapat menyelia untuk mereka bertanya kepada Baginda, maka sesungguhnya orang ramai mengerumuni Baginda."
Maka, pendapat yang mengatakan tawaf dan saie menggunakan kenderaan ini sah kerana alasan Nabi Muhammad S.A.W pernah tawaf dalam keadaan menunggang.
Namun, walau dalam meraikan pendapat yang membenarkan ini, kita tetap harus beri perhatian bahawa tawaf seperti biasa iaitu dalam keadaan berjalan tu, jauh LEBIH AFDHAL, LEBIH BAIK DAN LEBIH UTAMA kerana ia merupakan perbuatan Nabi S.A.W pada kebanyakan keadaan dan juga para sahabat r.a.
Dulu kan, masa mula-mula kenderaan ini dirasmikan di Masjidil Haram, Admin tengok pun excited dah😆. Macam ‘fun’ je, macam ‘best’ je. Macam nak try je.. hehe.. Tapi balik pada keperluan lah. “Takkanlan aku yang sihat-sihat gini, kaki masih kuat, masih boleh berjalan nak naik skuter p**ak?” Selalu bermonolog dengan diri sendiri.
Ingat lagi waktu Ramadhan tahun 2011, Admin teringin sangat nak buat umrah Ramadhan, masa tu tengah sarat mengandung 8 bulan. Haa... ni lah masanya kita memanfaatkan kemudahan yang disediakan😁.
Pada masa tu, skuter elektrik ini hanya boleh digunakan untuk sa’ie sahaja, harganya 50riyal unyuk satu kerusi, dan 100riyal untuk 2 kerusi. Jadi Admin tawaf dulu dengan berjalan 7 pusingan, habis tawaf je, sewa skuter dan vroom vroom terus menunggang skuter hingga selesai umrah.
Alhamdulillah, pengalaman pertama yang boleh dikatakan menyeronokkan.. dan yang paling seronok sebenarnya sebab dapat buat umrah walau dalam keadaan yang sedang sarat pada waktu tu.
Bila trek khas tawaf menggunakan skuter elektrik ni dah siap, rupanya ramai juga rakyat Malaysia dan Singapura kita yang menunggang skuter ni untuk tawaf dan saie.
Kalau anda nak tahu, kalau bukan musim umrah bagi jemaah Malaysia, Singapura dan Indonesia, sebenarnya tak ramai tau yang menggunakan skuter ni, selain kita nampak orang Arab je yang ramai, jemaah-jemaah dari negara-negara lain seperti India, Turki dan lain-lain, kita boleh lihat hanya mereka yang teramat memerlukan sahaja yang akan sanggup untuk menyewa skuter ni untuk ditunggang semasa tawaf dan saie.
Tapi kalau musim umrah orang asia kita, boleh Admin katakan, penuh dengan orang kita saje yang beratur nak dapatkan skuter😅.
Sampai satu masa tu, ingat lagi, orang kaunter tu pernah cakap: “Orang Malaysia ni kaya, sebab tu ramai yang senang nak bayar sewa skuter untuk tawaf sa’ie!” Iyaaa ... sampai macam tu tanggapan mereka pada orang kita kerana skuter.
Dulu kalau orang tanya pada kami, “Boleh ke nak guna skuter ni, sah ke?” Kami jawab: “Kalau ada keperluan dan keuzuran pakailah, kaki sakit ke, tak larat ke...” Tapi sekarang ni, kita tengok ramai je yang guna, tak kira umur dan tak kira keadaan.
Apa pun kita berbalik kepada asal, tawaf seperti biasa itu lebih afdhal!👍🏻
https://JomDaftarUmrah.wasap.my
https://JomDaftarUmrah.wasap.my
https://JomDaftarUmrah.wasap.my