Kayangan Banting

Kayangan Banting "Experience Villa Kayangan Banting: Where Memories Are Made." SARAPAN Min 10 pax -RM 10/pax

بوڠا رامڤأي اينده برسري،تريما كاسيه ستولوس هاتي.سوكوڠن دبري كامي هرڬاي،كنڠن ترچيڤتا ككال ابادي.
19/09/2024

بوڠا رامڤأي اينده برسري،
تريما كاسيه ستولوس هاتي.
سوكوڠن دبري كامي هرڬاي،
كنڠن ترچيڤتا ككال ابادي.

26/08/2024

Slot 3H2M super hot
🔥 14 -16 Sept 2024🔥
dibuka semula untuk tempahan. Hubungi min sekarang juga. Link wasap di komen..

04/06/2024

No.11 terletak 20 minit sahaja masa perjalanan dari Villa Kayangan Banting
Selamat berkerja semula semua.
Rancang percutian anda bersama kami di sini nanti


Check in awal dan check out lewat.Seperti kebanyakkan homestay lain, Kayangan Banting  juga flexible utk anda check in a...
05/05/2024

Check in awal dan check out lewat.

Seperti kebanyakkan homestay lain, Kayangan Banting juga flexible utk anda check in awal dan check out lewat sekiranya TIADA guest sebelum ataupun selepas anda.

Terima kasih kepada guest sepanjang bulan Syawal. Anda semua terbaik.

Min sangat rekomen bercuti 3H2M utk betul2 enjoy healing dan berbaloi anak-anak mandi kolam siang dan malam :)

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Berwaspadalah daripada jadi mangsa SCAMMER DURJANA! 🚨😡🤬Adakah anda mencari penginapan yang selesa dan memuaskan untuk be...
15/02/2024

Berwaspadalah daripada jadi mangsa SCAMMER DURJANA! 🚨😡🤬
Adakah anda mencari penginapan yang selesa dan memuaskan untuk bercuti?
Sebelum anda membuat keputusan, ada satu perkara penting yang perlu anda tahu. Scammer homestay sedang berkeliaran, menipu dan merosakkan impia percutian kita.
Jangan jadi mangsa seterusnya! Min ingin berkongsi pengalaman yang menyakitkan apabila ada customer min yang terjebak dengan scammer homestay. Mereka ambil duit tetapi menghilang begitu sahaja apabila dihubungi semula. Alangkah kecewanya rasa hati!
Jadi, nasihat min kepada anda semua, jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang "to good to be true". Selidiki dan pastikan homestay yang anda pilih mempunyai reputasi yang baik. Baca review dari pelanggan sebelumnya, dan pastikan untuk berhati-hati.
Jika anda atau sesiapa yang anda kenal pernah menjadi mangsa scammer homestay, jangan duduk diam! Laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis atau SKMM. Bersama-sama, kita boleh menghentikan penipuan ini dari terus berlaku.
Ingatlah, keselamatan dan keselesaan anda adalah yang paling penting. Jangan biarkan impian bercuti anda musnah hanya kerana scammer yang tidak bertanggungjawab. Bersatu kita teguh, bersama kita menangani masalah ini!

09/02/2024

Masih ramai yang menghubungi untuk mencari penginapan pada cuti CNY.

Semoga dipermudahkan urusan kalian 🤍

Beza Antara Surcharge dengan Security Deposit? Penerangan Ringkas Untuk Semua Pelanggan Yang Kami Hormati. 🙏Mari kita ku...
31/01/2024

Beza Antara Surcharge dengan Security Deposit? Penerangan Ringkas Untuk Semua Pelanggan Yang Kami Hormati. 🙏
Mari kita kupas secara santai, apa itu 'surcharge' dan 'security deposit' yang sering menjadi topik hangat dalam biz homestay ini

========
Surcharge
========
Ini adalah caj tambahan yang kami kenakan pada waktu-waktu tertentu. Contohnya, semasa musim cuti sekolah, hari kelepasan umum atau hujung minggu yang sibuk. Ia refleksi permintaan yang tinggi dan untuk memastikan kami dapat memberikan servis terbaik kepada anda.

=============
Security Deposit
=============
Sementara itu, 'security deposit' p**a adalah satu bentuk jaminan kecil dari pihak anda kepada kami. Deposit ini dipegang sebagai benteng sekiranya ada berlaku kerosakan atau kehilangan barang. Ini adalah amalan biasa dalam servis hospitaliti, dan jangan bimbang, ia adalah refundable selagi homestay kami diserahkan kembali dalam keadaan baik.
Kedua-dua bayaran ini adalah satu perkara normal ya dalam industri hospitaliti dan sangat penting untuk menjamin pengalaman yang terbaik bagi kedua-dua pihak baik pelanggan dan juga kami.
Kami harap dengan penjelasan ini, segala salah faham telah terurai.
Jika masih ada tanda tanya, kami di sini untuk anda – tanya je, dan min akan bantu!
P/s: Untuk cuti sekolah 10hb Februari - 10hb Mac 2024 masih ada beberapa sahaja lagi slot yang available untuk anda!. Booking segera sebelum kehabisan. Rancang percutian anda bersama keluarga tersayang sekarang juga. ♥️

Bubur selasih ubi keladi,Lemak manis santan kelapa,Terima kasih jasa dan budi,Tersemat di hati tidak dilupa.Kain songket...
18/01/2024

Bubur selasih ubi keladi,
Lemak manis santan kelapa,
Terima kasih jasa dan budi,
Tersemat di hati tidak dilupa.
Kain songket di dalam istana,
Pakaian indah puteri kayangan,
Berkongsi suasana cerita berguna,
Secubit rasa jadi kenangan.
Terima kasih puan Laila di atas kiriman di aplikasi TikTok.
Merakamkan momen yang tenang semasa menginap di sini.
Jemputlah lihat video pendek ini dan jalan lupa follow beliau di sana okay!
❤️❤️❤️

Check out Lea Racun Tiktok's video.

Pengalaman Menginap Yang Tak Akan Dilupakan di Kayangan Banting!Kami di Villa Kayangan Banting sentiasa berusaha untuk m...
18/01/2024

Pengalaman Menginap Yang Tak Akan Dilupakan di Kayangan Banting!
Kami di Villa Kayangan Banting sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada tetamu kami. Dan, bila kami menerima maklum balas seperti ini, pastinya hati kami berbunga riang! 💗💗
Tetamu kami yang baru-baru ini berstaycation bersama keluarga, telah berkongsi pengalamannya:
Kalau min boleh summary beginilah lebih kurang ayatnya mengikut pemahaman min
"Servis tiptop dari Villa Kayangan! Makanan sedap-sedap belaka, portion yang banyak membuatkan perut dan hati kami semua puas. Sampai mak dan ayah pun puji tidak henti! Tak sangka boleh jumpa servis homestay macam ni, rasa macam duduk hotel bintang lima!"
Maaf kalau min tersalah tafsir. Sebab min teruja sangat!
Apapun, buat tetamu ini, terima kasih kerana memilih Villa Kayangan Banting sebagai destinasi staycation anda! Kami berjanji akan terus menyediakan servis yang berkualiti serta pengalaman yang tak akan pernah dilupakan kepada semua yang berkunjung ke sini..
Anda bila lagi? Jangan hanya dengar cerita, datang dan alami sendiri kehangatan serta keselesaan di Villa Kayangan Banting. Tempah sekarang untuk pengalaman yang tidak akan anda lupakan. 🌟🏡
Wasap min sekarang!
https://kayanganbanting.wasap.my
https://kayanganbanting.wasap.my
https://kayanganbanting.wasap.my
---

10/01/2024

Keluarga Haji Sidek - Kebanggaan Kanchong Darat, Banting ❤️
Kisah keluarga ini sangat menginspirasikan bagi sesiapa pun yang mendengarnya.
Bukan sahaja menjadi bualan di dalam negara. Malah mengangkat nama Malaysia di mata dunia.
Bagi yang berkunjung ke sini, Tugu Badminton yang dibina khas di hadapan rumah keluarga ini sebagai peringatan atas jasa bakti dan titik peluh keringat anak-anak Hj Sidek memenangi Piala Thomas adalah destinasi wajib.
Lokasinya hanya 5 minit dari Kayangan Banting

🏰 Misteri dan Sejarah di Banting! 🏰Tahukah anda tentang Jeti Batu Ampar di Jugra? Tempat ini bukan sahaja penuh dengan k...
09/01/2024

🏰 Misteri dan Sejarah di Banting! 🏰

Tahukah anda tentang Jeti Batu Ampar di Jugra? Tempat ini bukan sahaja penuh dengan kisah lama, tetapi juga menjadi simbol kekuatan dan keunikan Banting suatu masa dahulu.

Jom, kita jelajah dan hargai khazanah kita!

🌅 Selamat Pagi, follower kesayangan Kayangan Banting! 🌅Selamat Tahun Baru 2024. Seminggu telah berlalu. Harap-harap min ...
09/01/2024

🌅 Selamat Pagi, follower kesayangan Kayangan Banting! 🌅

Selamat Tahun Baru 2024. Seminggu telah berlalu. Harap-harap min belum terlambat untuk wish.

Min doakan, semoga tahun ini akan membawa peluang dan rezeki baru untuk anda semua.

Dan mulai saat ini, mari kita ambil satu langkah kecil menuju impian kita. Ingat, setiap perjalanan bermula dengan langkah pertama. 💪

Apa agaknya langkah kecil yang anda akan lakukan hari ini? Kongsikanlah dengan min!

Wahhh! Morib dah ada "landmark signage" yang baru dan besar! Terima kasih kepada pereka yang mengimaginasikannya melalui...
22/12/2023

Wahhh! Morib dah ada "landmark signage" yang baru dan besar!
Terima kasih kepada pereka yang mengimaginasikannya melalui teknologi kecerdasan buatan AI.
Untuk para tetamu kami, di pantai Morib kini sedang berlangsung expo sempena sambutan ambang tahun baru 2024. Min baru je pergi malam minggu yang lalu. Meriah juga. Banyak gerai jualan dan makanan. Ada juga persembahan artis. Boleh bawa keluarga anda bersama ke sana.
10 minit sahaja perjalanan untuk ke lokasi ✅
Semoga info bermanfaat ❤️
Kredit 📸 AI :- Syafx Wawa



SOLD! SOLD! SOLD!Tidak sampai 24 jam tarikh 23-25hb Disember dibuka semula untuk tempahan, slot ini telah diisi dengan j...
22/12/2023

SOLD! SOLD! SOLD!

Tidak sampai 24 jam tarikh 23-25hb Disember dibuka semula untuk tempahan, slot ini telah diisi dengan jayanya oleh 2 pelanggan kami yang bertuah!

1. 23-24hb slot 2H1M
2. 24-25hb slot 2H1M

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan berterusan anda semua kepada kami 🤗❤️
Jadi secara rasmi, dengan lafaz Bismillah min nak umum slot ini telah penuh dan ditutup.

21/12/2023

Tinggal 2 hari sahaja lagi!

Tarikh HOT 23-25 Disember 2023 dibuka semula untuk tempahan. Hubungi min sekarang! 🤍

18/12/2023

Tarikh Weekend 26-28hb Januari 2024 dibuka semula untuk tempahan. PM min sekarang.

Selamat bercuti semua 🤍

Penceritaan fakta yang menarik 'Bandar Diraja' JugraBagi yang menginap di sini boleh menjelajah ke sini. Hanya berjarak ...
12/12/2023

Penceritaan fakta yang menarik 'Bandar Diraja' Jugra
Bagi yang menginap di sini boleh menjelajah ke sini. Hanya berjarak sekitar 10-15min.
Pastinya boleh menambah ilmu dan pengetahuan sejarah anda! ❤️

We are officially fully booked for school holiday on December 2023.Thank you 🙏🙏
08/12/2023

We are officially fully booked for school holiday on December 2023.
Thank you 🙏🙏

Address

Lot 540c, Batu 23 3/4, Kanchong Darat
Banting
42700

Telephone

+60192883332

Website

https://kayanganbanting.pixieset.com/homestay

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kayangan Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share