Cahaya Delima Travel & Tours

Cahaya Delima Travel & Tours Agensi pelancongan yang berdaftar sah di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia. Age Lesen 8543). Di mana insurans termasuk dalam Pakej Lawatan.

TERMA & SYARAT

TERMA & SYARAT AM TEMPAHAN
Cahaya Delima Travel & Tours Sdn Bhd, ditubuhkan pada 4 September 2014 dan adalah agensi pelancongan berlesen penuh di bawah undang-undang Malaysia (No. Dengan membeli mana-mana pakej secara luar talian atau dalam talian, Pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat berikut. Nota:
Semua harga pakej pelancongan adalah u

ntuk rakyat Malaysia sahaja dan tidak termasuk tambang penerbangan kecuali dinyatakan sebaliknya. Kadar boleh berubah sekiranya berlaku kenaikan atau penurunan kadar pertukaran mata wang yang tidak konsisten dan pelarasan pada saat akhir atau surcaj tambahan yang dikenakan oleh operator penginapan, pengendali pengangkutan darat, air dan udara, pengusaha restoran, tempat tarikan, taman tema, lokasi lawatan dan pengendali pelancongan. Cahaya Delima Travel akan dirujuk sebagai "Syarikat" dan anda sebagai "Pelanggan" dalam Terma dan Syarat yang disenaraikan di bawah: -

1. HARGA LAWATAN ATAU PAKEJ TERMASUK
(a) Di mana berkenaan, pembayaran tiket penerbangan Kelas Ekonomi ATAU Kelas Perniagaan tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dilencongkan ke destinasi lain, termasuk Cukai Lapangan Terbang, Surcaj Bahan Api dan caj-caj lain yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (b) Tempat penginapan dan makanan adalah seperti yang dinyatakan dalam Program Lawatan. (c) Kanak-kanak di bawah umur dua (2) tahun pada tarikh penerbangan, dikelaskan sebagai bayi dan tambang pelancongan akan dikenakan hanya untuk komponen udara atau tambang udara serta cukai yang berkaitan, jika berkenaan. (d) Kanak-kanak di bawah 12 tahun (2 hingga 11 tahun) dengan merujuk kepada tarikh lahir jatuh pada tarikh sebelum tarikh penerbangan dari Malaysia, layak untuk mendapat tambang kanak-kanak (jika ada). (e) Komponen udara atau tambang udara adalah berbeza di kalangan syarikat penerbangan dan akan dinyatakan apabila diminta oleh pelanggan. (f) Lawatan dan aktiviti ke lokasi yang ditentukan seperti yang ditetapkan dalam Program Lawatan. (g) Insurans perjalanan adalah termasuk seperti yang ditetapkan dalam Program Lawatan, melainkan dinyatakan sebaliknya.


2. HARGA LAWATAN TIDAK TERMASUK
(a) Pengecualian daripada Harga Pelancongan berbeza dari pakej dan produk. Pengecualian boleh dirujuk kepada Seksyen 'Harga Pakej Tidak Termasuk' untuk setiap program. Cahaya Delima Travel hanya bertindak sebagai agensi untuk mengumpul caj ini dan oleh itu tertakluk kepada Terma dan Syarat pihak berkuasa yang berkenaan.

3. TEMPAT PENGINAPAN DAN PERMINTAAN KHUSUS
(a) Penginapan adalah berdasarkan perkongsian Berkembar untuk dua (2) orang dewasa melainkan Pelanggan meminta secara khususnya untuk Penginapan Tunggal bagi Pakej Pelancongan Kumpulan. Perkongsian Ber-Tiga, Ber-Empat atau Ber-lima ditawarkan untuk Pakej Umrah dan Pakej Swasta sahaja. Walau bagaimanapun, Cahaya Delima Travel TIDAK BOLEH MENJAMIN pilihan tempat tidur yang diminta. Permintaan ini akan di hantar ke hotel dan ianya tertakluk kepada ketersediaan bilik. (b) Harga bilik untuk kanak-kanak adalah berdasarkan kepada (kanak-kanak 2-11 tahun Dengan Katil) atau tanpa katil (kanak-kanak berumur 2-6 tahun), dan akan berkongsi dua (2) dewasa sebagai orang ketiga dalam bilik tidur berkembar. Di mana, untuk kes ini, katil tambahan adalah katil tambahan sebenar atau katil gulung, seperti yang ditentukan oleh hotel mengikut polisi mereka yang telah dipersetujui oleh Pelanggan. (c) Secara umum, umur kanak-kanak 2-11 tahun diguna pakai di kebanyakan negara tetapi jika di mana ia berbeza, Cahaya Delima Travel akan memaklumkan Pelanggan menerusi penerbitan umum atau Program Lawatan. (d) Di mana seorang (1) kanak-kanak berkongsi bilik dengan seorang (1) orang dewasa, harga bilik untuk kana-kanak tersebut diambil kira sebagai harga dewasa ATAU harga kanak-kanak Dengan Katil. (e) Jika kanak-kanak berumur 23 bulan ke bawah, harga Kanak-kanak akan berasaskan harga untuk Bayi. (f) Untuk nama hotel yang tertera di dalam program lawatan, Cahaya Delima Travel akan berusaha untuk memastikan pelanggan akan menginap di hotel tersebut, kecuali untuk sebab-sebab ketiadaan atau keselamatan, hotel alternatif dalam klasifikasi yang sama akan disahkan. Cahaya Delima Travel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan hotel. (g) Untuk mana-mana Pakej Berkumpulan atau Pakej Umrah Berkumpulan, bilik-bilik yang disertakan adalah berdasarkan Bilik Standard sahaja. Penaikan taraf bilik akan diatur atas permintaan dengan penambahan caj. (h) Sebarang perubahan bilik pada minit terakhir tidak akan dilayan. Sekiranya Pelanggan menuntut perubahan itu, Pelanggan akan menanggung caj tambahan atau penalti semasa pengaturan perubahan tersebut. Cahaya Delima Travel tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos tambahan yang dikenakan.


4. PERMINTAAN UNTUK PENAMBAHAN MASA/PENYIMPANGAN DARI PENERBANGAN/LAWATAN ASAL
(a) Permintaan untuk Penambahan masa atau Penyimpangan dari penerbangan/lawatan asal yang dirancang atau dari tarikh perjalanan adalah tertakluk kepada Sekatan, Terma & Syarat Tiket Penerbangan dan caj yang dikenakan atau tambang tambahan. (b) "Mana-mana ""detour"" dari jadual Kumpulan Pelancongan atau Jadual Pelancongan Umrah adalah tidak dibenarkan. Sekiranya ""detour"" berlaku, sebarang penalti atau caj tambahan yang berlaku perlu dibayar oleh Pelanggan pada masa kejadian. Cahaya Delima Travel tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos tambahan yang dikenakan. (c) Pelanggan mesti memastikan permintaan tersebut dibuat dan dipersetujui sebelum pengesahan tempahan pakej Lawatan. (d) Sekiranya tempahan pakej Lawatan sudah dibuat, dan deposit telah dibayar, sebarang pembatalan Tempahan Lawatan disebabkan oleh kegagalan untuk mengatur Pelanjutan dan / atau Penyimpangan penerbangan/lawatan akan dikenakan Caj Pembatalan menurut Klausa 9.3 Terma & Syarat ini. (e) "Apa-apa Pelanjutan dan / atau Penyimpangan percutian adalah atas permintaan Pelanggan adalah pada tanggungjawab Pelanggan dan Cahaya Delima Travel tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ketidakselesaan yang disebabkan atau kos tambahan yang timbul akibat Pelanjutan dan / atau Penyimpangan. Pelanggan bertanggungjawab terhadap penalti yang dikenakan untuk sebarang Pelanjutan dan / atau Penyimpangan.

5. PROSEDUR TEMPAHAN
Setelah menerima bayaran deposit dari Pelanggan, Cahaya Delima Travel akan meneruskan untuk membuat tempahan penerbangan, penginapan hotel, kenderaan pelancongan dan panduan pelancongan yang diperlukan.
5.1 Pindaan kepada Tempahan
(a) Setelah pengesahan tempahan pakej Lawatan, sebarang perubahan berikutnya yang dibuat ke atas tempahan Pelanggan adalah tertakluk kepada caj pindaan wajib sebanyak RM 50.00 setiap orang untuk setiap perubahan. Tiada perubahan boleh dibuat dalam tempoh empat puluh lima (45) hari bekerja sebelum tarikh berlepas. Perubahan termasuk perubahan jumlah peserta, dsb. (b) Sebarang permintaan empat puluh lima (45) hari sebelum tarikh pelepasan tidak akan dilayan.

5.2 Pindaan kepada Jadual Perjalanan:
(a)Cahaya Delima Travel akan berusaha untuk mengelakkan perubahan pada jadual perjalanan. Walau bagaimanapun, Syarikat mempunyai hak untuk mengubah perjalanan, urusan perjalanan, tempahan hotel pada bila-bila masa (tanpa pampasan) disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh puncak atau sekiranya berlaku force majeure. (b) Cahaya Delima Travel tidak menjamin kesediaan apa-apa barang atau kemudahan yang disebutkan, terutamanya di mana Cahaya Delima Travel tidak mempunyai kawalan langsung. (c) Sekiranya terdapat ketidakselarasan maklumat antara versi Bahasa Inggeris dan terjemahan bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

5.3 Nama orang yang Melancong
(a) Adalah penting untuk Pelanggan yang membuat tempahan untuk memasukkan semua nama yang menyertai Lawatan dengan betul. Jika nama pangillan atau singkatan lain dimasukkan sebagai nama tetamu, syarikat penerbangan dan hotel berhak untuk menolak tempahan. Kesemua nama yang melancong mestilah sama seperti yang dinyatakan dalam pasport.

5.4 Pewaris
(a) Pelanggan mesti menyediakan butiran Pewaris untuk tujuan insurans semasa membuat tempahan. Pewaris hanyalah merujuk kepada keluarga terdekat Pelanggan (Bapa, ibu dan adik-beradik sahaja).

5.5 Keadaan Kesihatan dan Perubatan
(a) Pelanggan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Cahaya Delima Travel mengenai keadaan kesihatan semasa Pengesahan tempahan dan memegang sijil kesihatan semasa untuk pengesahan. Cahaya Delima Travel mempunyai hak untuk menasihati dan untuk menafikan Pelanggan dari menyertai lawatan jika Cahaya Delima Travel percaya bahawa keadaan kesihatan boleh mengakibatkan masalah kelak. (b) Jika Pelanggan berkeras untuk menyertai Pakej Lawatan, Cahaya Delima Travel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian semasa Lawatan. (c) Jika Pelanggan berkeras semasa membuat Tempahan Lawatan tetapi membuat pembatalan pada minit terakhir disebabkan oleh keadaan perubatan, Caj Pembatalan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Klausa 9.3 istilah ini akan dikuatkuasakan. (d) Jika Pelanggan gagal memaklumkan keadaan kesihatan sebenar atau memberikan maklumat palsu dan membuat pembatalan minit terakhir disebabkan oleh keadaan perubatan, Cahaya Delima Travel berhak untuk tidak membayar balik Pelanggan.

6. DOKUMEN PERJALANAN (PASPORT & PERMOHONAN VISA)
6.1 Pasport
(a) Adalah tanggungjawab Pelanggan untuk memastikan bahawa mereka mempunyai Paspot Antarabangsa yang sah dengan tempoh minimum 6 (enam) bulan dari tarikh pulang. (b) Halaman utama pasport mesti dihantar melalui e-mel/whatapps ke Cahaya Delima Travel setelah pengesahan tempahan untuk membolehkan syarikat memastikan ketepatan maklumat ketika membuat tempahan penerbangan, pengeluaran tiket, daftar penyenaraian dan dokumen dan pengaturan lain. (c) Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan yang mereka tidak disenarai hitam oleh Badan Pengawalseliaan seperti Jabatan Hasil Dalam Negeri, Bank, Jabatan Insolvensi dan badan-badan lain yang boleh menyekat pelanggan dari keluar negara. Cahaya Delima Travel tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pembayaran balik, perubahan atau penangguhan perjalanan yang disebabkan oleh sekatan tersebut.

6.2 Permohonan Visa
(a) Jika yuran visa termasuk di dalam pakej yang dibeli oleh pelanggan, Cahaya Delima Travel akan memohon visa bagi pihak pelanggan. Dokumen yang sah mestilah diberi kepada syarikat semasa pengesahan tempahan. Pemohonan Visa biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya (3 minggu) untuk diproses. (c) Cahaya Delima Travel tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan pasport disebabkan oleh sebarang sebab, termasuk dan tidak terhad kepada kecuaian di bahagian Cahaya Delima Travel, kakitangan, ejen dan pekerjanya. (d) Cahaya Delima Travel tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan, pembayaran balik atau bayaran balik perjalanan atau caj perjalanan sekiranya pelanggan ditolak masuk oleh mana-mana negara sebelum keberangkatan, semasa lawatan atas apa jua alas an.

6.3 Insurans Perjalanan
(a) Semua pelanggan akan dilindungi insurans perjalanan untuk tempoh Lawatan mereka. (b) Untuk tujuan ganti rugi, sekiranya Pelanggan sudah mempunyai perlindungan insurans atau enggan membeli insurans, Pelanggan dikehendaki menandatangani pernyataan penafian bahawa sebarang ganti rugi tidak boleh dituntut dengan pihak syarikat sekiranya berlaku sebarang keadaan malang yang mungkin timbul semasa dalam Lawatan. Borang indemniti akan disediakan oleh Jabatan Operasi kami untuk ditandatangani oleh Pelanggan sebelum hari penerbangan. (c) Pelanggan boleh dinafikan perjalanan sekiranya borang indemniti itu tidak ditandatangani dan dikembalikan. Di mana perjalanan yang ditolak itu berlaku, Cahaya Delima Travel tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bayaran balik perjalanan.

7. MASA PENERBANGAN DAN PRESTASI MASA
(a) Waktu dan jadual penerbangan tidak dijamin dan bukan sebahagian daripada kontrak. Semua jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan atau pembatalan oleh Syarikat Penerbangan atau Badan Pengawalseliaan negara. Cahaya Delima Travel akan berusaha sebaiknya untuk mengatur semula Lawatan atau penerbangan yang membolehkan pelanggan untuk meneruskan Lawatan tersebut. (b) Merujuk kepada item 7 (a), Cahaya Delima Travel tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab terhadap sebarang pembatalan atau caj tambahan yang disebabkan oleh perubahan atau pembatalan jadual penerbangan oleh Syarikat Penerbangan atau Badan Kawal Selia.
8. TERMA PEMBAYARAN
8.1 Cara Pembayaran:
(a) Bayaran boleh dibuat melalui perbankan dalam talian atau pembayaran menggunakan wang tunai dan cek. Bayaran dalam talian mestilah disertakan bersama bukti pembayaran. Bayaran dalam bentuk cek hanya akan diterima jika dikemukakan kepada Syarikat sekurang-kurangnya enam puluh (60) hari bekerja sebelum tarikh berlepas.

8.2 Deposit & Pembayaran Penuh
(a) Bayaran deposit mestilah dibuat dalam masa 5 hari waktu berkerja selepas pengesahan tempahan. Tempahan akan dilepaskan jika bayaran tidak diterima. Bayaran deposit tertakluk kepada Jadual Pembayaran klausa 8.3. (b) Bayaran Penuh mesti dijelaskan dalam masa 45 hari bekerja sepertimana diletakkan di Jadual Pembayaran klausa 8.3. (c) Deposit dan Pembayaran Penuh tidak boleh dikembalikan di luar Tempoh Pembatalan. Pengecualian adalah seperti berikut:
1.Kematian
2.Kemasukan ke Hospital
3. Sebab-Sebab Kesihatan - Mesti disertakan dengan surat dari Hospital (Surat dari Klinik tidak akan diterima). Bayaran balik akan dirujuk kepada Polisi Pembatalan seperti di Jadual Klausa 8.3. Sebarang perubahan pada minit terakhir disebabkan oleh keadaan perubatan yang tidak dimaklumkan oleh Cahaya Delima Travel, Pelanggan tidak akan dibayar balik seperti dalam Klausa 5.5 (c)
(d) Pengecualian seperti dalam Klausa 8.2 (c) adalah tertakluk kepada kelulusan tunggal dari Cahaya Delima Travel, yang bergantung kepada syarikat penerbangan dan pembekal yang berkenaan, dan bayaran balik tersebut, jika diluluskan, mungkin berbeza dari jumlah yang telah dibayar oleh Pelanggan. (e) Caj pentadbiran tambahan sebanyak 5% daripada jumlah harga pakej akan dikenakan ke atas sebarang kelewatan pembayaran.

8.3 Pembatalan
(a) Pembatalan tempahan Lawatan boleh berlaku atas sebab-sebab berikut:
1. Kegagalan untuk mematuhi tarikh akhir bayaran penuh seperti yang ditetapkan oleh Cahaya Delima Travel mengikut Terma dan Syarat Klausa 8.2 (b) ini.
2. Oleh pelanggan – Notis untuk pembatalan Tempahan Lawatan oleh pelanggan HARUS dibuat secara bertulis atau melalui e-mel untuk mengelakkan sebarang masalah komunikasi. Pembatalan melalui telefon tidak akan diterima. Tarikh notis yang diterima oleh Cahaya Delima Travel akan menjadi asas untuk pengiraan caj penalti. (b) Polisi pembatalan syarikat penerbangan ke atas tambang promosi khas akan dikenakan sebagai tambahan kepada caj pembatalan Lawatan mengikut Jadual Pembayaran/Pembatalan. (c) Semua pembatalan tiket penerbangan adalah tertakluk pada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan. (d) Untuk mana-mana penangguhan Pakej Lawatan ke tarikh dan destinasi berbeza, Pelanggan perlu membatalkan tempatan pertama terlebih dahulu untuk membuat tempahan baharu, dan mengikut Klausa 5.1 (a), yuran pindaan wajib sebanyak RM50.00 akan dikenakan ke atas setiap seorang bagi setiap pindaan. Pelanggan tidak boleh memindahkan deposit tempahan awal ke tempahan baharu kerana deposit tersebut akan dilucuthakkan. Pakej Lawatan adalah tertakluk pada ketersediaan dan Harga Lawatan adalah berdasarkan harga atau promosi semasa sewaktu tempahan baharu dibuat. (e) Pembatalan oleh Syarikat: Cahaya Delima Travel berhak untuk membatalkan Lawatan Berkumpulan atau Siri disebabkan oleh:
i. Force Majeure - sebarang Bencana Alam dan Peperangan,
ii. Mogok, rusuhan, perang saudara atau rampasan kuasa
iii. Bilangan penumpang yang tidak mencukupi untuk mencukupkan saiz kumpulan minimum seramai 25 orang

(f) Lanjutan daripada Klausa 8.3 (e)(i) dan (ii), dipersetujui bahawa pembatalan Lawatan Berkumpulan atau Siri adalah bergantung pada notis rasmi yang dikeluarkan untuk sekatan perjalanan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia (dirujuk sebagai “Wisma Putra”). (g) Lanjutan daripada Klausa 8.3 (f), selepas pengesahan dan pengeluaran notis oleh Wisma Putra, Cahaya Delima dengan ini bersetuju bahawa masa pemprosesan untuk bayaran balik tersebut akan mengambil masa dalam 90 hari. (h) Pembatalan Lawatan Berkumpulan atau Siri sebagai lanjutan daripada Klausa 8.3 (e)(iii), Cahaya Delima Travel hendaklah membayar balik kepada Pelanggan harga Lawatan yang dibayar. (i) Sekiranya pembatalan diminta oleh pelanggan untuk insiden yang berlaku seperti 8.3 (e)(i) dan (ii) tanpa pemberitahuan sekatan perjalanan rasmi yang dikeluarkan oleh Wisma Putra, Cahaya Delima Travel berhak untuk meluluskan atau menolak permintaan bayaran balik tersebut daripada pelanggan dan jumlah bayaran balik tersebut mungkin tidak sama dengan amaun yang dibayar oleh pelanggan. (j) Keputusan oleh Cahaya Delima Travel adalah MUKTAMAD DAN TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN. JADUAL PEMBAYARAN / PEMBATALAN ( SETIAP SEORANG )
PAKEJ DEPOSIT TIDAK BOLEH DIBAYAR BALIK SELEPAS PENGESAHAN BAYARAN PENUH
(PALING LEWAT) CAJ PEMBATALAN
30-59 Hari sebelum perlepasan 20-29 Hari sebelum perlepasan 19 Hari sebelum perlepasan Peserta tidak tiba di lapangan terbang
PA UMRAH RM1,000 45 Hari
sebelum penerbangan 50% daripada
harga lawatan
80% daripada
harga lawatan 100% daripada
harga lawatan 100% daripada
harga lawatan
PAKEJ BERKUMPULAN RM1,000 45 Hari
sebelum penerbangan 50% daripada
harga lawatan 80% daripada
harga lawatan 100% daripada
harga lawatan 100% daripada
harga lawatan
PAKEJ OUTBOUND RM1,000 45 Hari
sebelum penerbangan 50% daripada
harga lawatan 80% daripada
harga lawatan 100% daripada
harga lawatan 100% daripada
harga lawatan
PAKEJ DOMESTIK RM1,000 45 Hari
sebelum penerbangan 50% daripada
harga lawatan 80% daripada
harga lawatan 100% daripada
harga lawatan 100% daripada
harga lawatan
TIKET PENERBANGAN Bayaran Penuh (Tiada bayaran balik)


10. BAYARAN BALIK
(a) Acara Pelancongan: Apa-apa pembayaran (deposit dan bayaran penuh) semasa acara pelancongan seperti MATTA Fair, Roadshow dll., tidak akan dibayar balik. (b) Perkhidmatan yang Tidak Digunakan: Untuk mana-mana Perkhidmatan yang Tidak Digunakan semasa Lawatan oleh mana-mana peserta, tiada bayaran balik akan dibuat berkenaan penginapan, makanan, rombongan, lawatan, tambang penerbangan atau perkhidmatan lain yang termasuk dalam Harga Lawatan. (c) Isu-isu Perjalanan Luar Negara: Bayaran balik penuh akan dibuat jika Tempahan Lawatan dibuat sebelum apa-apa pengumuman amaran perjalanan dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia khususnya buat rakyat Malaysia. Jika tempahan dibuat selepas amaran perjalanan dikeluarkan, tiada bayaran balik akan dibuat seperti yang dinyatakan dalam Klausa 9.3 (e)(i) dan (ii). (d) Keadaan Kesihatan: Untuk keadaan perubatan atau kesihatan, apa-apa bayaran balik boleh atau tidak boleh dibuat seperti yang dinyatakan dalam Klausa 5.5 (c) dan (d). (e) Kes-kes Khas: Berdasarkan kes-kes tertentu, bayaran balik akan dipertimbangkan oleh Syarikat. (f) Cahaya Delima Travel juga berhak untuk membatalkan dan membayar balik deposit pelanggan tanpa apa-apa sebab. (g) Tertakluk pada kelulusan tunggal daripada Cahaya Delima Travel yang bergantung sepenuhnya pada syarikat penerbangan, pembekal berkaitan dan sebagainya, bayaran balik, jika diluluskan, mungkin berbeza daripada jumlah yang telah dibayar oleh pelanggan. (h) Jika layak untuk bayaran balik, tempoh pemprosesan oleh Cahaya Delima Travel akan dibuat dalam masa sembilan puluh (90) hari dari tarikh permohonan bayaran balik. Pelanggan akan mendapat bayaran balik pada hari yang ke sembilan puluh (90). (i) Sebarang bayaran balik hendaklah dipertimbangkan dalam bentuk kredit boleh ditebus yang boleh digunakan untuk tempahan akan datang, dan bukan dalam bentuk tunai.

11. CUKAI LAPANGAN TERBANG & CUKAI BAHAN BAKAR
(a) Cukai lapangan terbang & cukai bahan bakar adalah tertakluk kepada perubahan semasa ke semasa yang disebabkan oleh kenaikan dan penurunan kadar pertukaran mata wang antarabangsa. Pelanggan akan dimaklumkan tentang sebarang kenaikan cukai lapangan terbang & bahan bakar semasa prosedur tempahan.

12. CUKAI BANDAR, CUKAI PELANCONG, CUKAI TEMPATAN DAN CUKAI PENGINAPAN
(a) Oleh sebab Cahaya Delima Travel sentiasa memperluaskan destinasi kami, ini bermakna beberapa properti mempunyai polisi yang berbeza berkenaan cukai, sama ada cukai bandar, cukai pelancong atau cukai tempatan. Kadar kami termasuk mana-mana cukai hotel yang berkaitan, melainkan dinyatakan sebaliknya. (b) Walau bagaimanapun, sesetengah cukai pelancong dan cukai tempatan secara amnya termasuk penggunaan perkhidmatan tempatan. Dalam kes ini, ia perlu dibayar secara terus kepada hotel. Maklumat ini juga dinyatakan di baucar prabayar. (c) Mana-mana cukai bandar, cukai pelancong atau cukai lain yang berkenaan akan dikutip oleh pihak hotel semasa daftar keluar.

13. MAKLUMAT HOTEL DAN FASILITI
13.1 Maklumat hotel
(a) Cahaya Delima sentiasa berusaha untuk menyampaikan maklumat yang tepat berkenaan hotel, walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan maklumat ini atau untuk mana-mana fasiliti yang mungkin atau tidak tersedia di hotel semasa penginapan anda atau tidak sesuai dengan citarasa dan keinginan individu. (b) Penghiasan semula/pengubahsuaian dan penyelenggaraan diperlukan untuk memastikan hotel sentiasa dalam keadaan baik dan mungkin dilakukan tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada Cahaya Delima Travel; namun begitu, pengusaha hotel atau pembekal akan memastikan kesulitan berada pada tahap minimum. Kerosakan ini boleh dijangkakan di dalam hotel dan perkara ini berada di luar bidang kuasa kami. (c) Cahaya Delima Travel tidak bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan atau kesulitan kepada pelanggan yang di luar bidang kuasanya atau kemalangan atau kerugian di hotel yang disebabkan oleh pengurusan hotel atau kakitangan itu sendiri. (d) Gambar hotel dan bilik disediakan untuk memberikan gambaran keseluruhan hotel kepada Pelanggan. Gambar bilik hotel tersebut berkemungkinan daripada kategori bilik hotel yang berbeza daripada yang anda tempah dan tidak sama dengan bilik yang diperuntukkan untuk anda di hotel.

13.2 Caj tambahan yang dikenakan oleh hotel
(a) Cahaya Delima Travel tidak mempunyai kawalan terhadap apa-apa caj tambahan yang mungkin ditentukan oleh pihak hotel untuk dilaksanakan ke atas pelanggan mereka seperti penyaman udara, peti keselamatan, peti sejuk mini, alat kawalan jauh televisyen dll. Sebarang caj tersebut mestilah dibayar terus kepada pihak hotel oleh pelanggan dan Cahaya Delima Travel tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang caj sampingan yang dikenakan oleh pihak hotel. (b) Cahaya Delima Travel tidak mempunyai kawalan terhadap apa-apa fi yang dikenakan oleh pihak hotel untuk penggunaan simpanan bagasi, sauna, spa dan kolam renang, yuran bayaran tempat letak kereta dll.
13.3 Hotel Tidak Dapat Menyediakan Penginapan yang Ditempah
(a) Jika hotel asal yang ditempah tutup, penuh atau mempunyai masalah penyelenggaraan dan/atau tidak boleh menyediakan bilik yang ditempah, Pelanggan mestilah menerima bahawa pengusaha hotel atau pembekal bertanggungjawab mencari penginapan alternatif yang setaraf. Jika Cahaya Delima Travel mendapat notis terlebih dahulu berhubung perkara ini, pihak kami akan menghubungi anda melalui e-mel. (b) Sekiranya hotel penuh, Cahaya Delima Travel akan bertanggungjawab untuk menawarkan anda hotel alternatif. (c) Tempahan dianggap sebagai tempahan berkumpulan apabila terdapat 10 orang atau lebih. Cahaya Delima Travel berhak untuk membatalkan mana-mana tempahan FIT yang dibuat untuk kumpulan atau jika dianggap tempahan hanya dibuat untuk jualan akan datang. (d) Cahaya Delima tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau peningkatan kos yang mungkin berlaku disebabkan oleh pemindahan lokasi kerana ia berada di luar kawalan kami.

13.6 Perubahan Kadar yang Diterbitkan
(a) Cahaya Delima Travel berhak untuk membetulkan sebarang kesilapan pada harga atau ralat yang dipaparkan dan/atau komisen. Ini termasuk kesilapan dan/atau komisen daripada pembekal atau pengusaha hotel. (b) Sekiranya terdapat kesilapan pada harga dan/atau komisen, kami akan menawarkan pilihan sama ada meneruskan tempahan dengan kadar yang betul, membatalkan tempahan atau tertakluk pada ketersediaan, menawarkan hotel alternatif yang sesuai. Hal ini terpakai untuk kedua-dua tempahan yang disahkan dan tempahan yang diminta oleh pelanggan. (c) Bukan semua kadar hotel boleh digunakan untuk pasaran tempatan dan untuk kes sedemikian, hotel berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu.

14. KOD PROMOSI
(a) Kod diskaun tidak boleh digabungkan dengan mana-mana promosi dan tawaran lain daripada Cahaya Delima Travel sama ada secara dalam talian atau luar talian. Pihak syarikat berhak menukar pelaksanaan Pakej Lawatan dan Kadar hotel yang ditawarkan untuk kod diskaun ini pada bila-bila masa.

15. ACARA KARNIVAL DAN TARIKH KHAS SEMASA PERJALANAN
(a) Sepanjang tempoh tertentu seperti acara sukan, festival dan karnival, hotel mungkin mengenakan sekatan ketat mengenai syarat penginapan. Ada kemungkinan perubahan ini dimaklumkan kepada Cahaya Delima Travel selepas tempahan dibuat. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian tersebut.

16. MAKLUM BALAS
(a) Cahaya Delima Travel mengalu-alukan sebarang maklum balas yang membina daripada Pelanggan kami dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami. Sebarang pertikaian berhubung dengan Lawatan hendaklah dikemukakan secara bertulis dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh kembali. Cahaya Delima Travel tidak akan melayan sebarang pertikaian yang dibuat selepas tempoh ini.

18. KESELAMATAN DAN PRIVASI
18.1 Laman Web & Laman Media Sosial Rasmi Syarikat
(a) Pihak syarikat menjamin semua maklumat sensitif seperti nama, alamat dan nombor kad kredit anda akan dilindungi dengan amalan keselamatan terbaik yang tersedia semasa melakukan transaksi melalui internet. Teknologi Lapisan Soket Selamat (SSL) yang digunakan menjamin privasi dan keselamatan semua transaksi. Teknologi SSL menyulitkan data sebelum dihantar supaya hanya penerima yang dibenarkan sahaja boleh mengaksesnya.

18.2 Penggunaan Imej, Gambar dan Video
(a) Cahaya Delima Travel semasa lawatan di luar negara mungkin mengambil gambar individu atau kumpulan dan/atau merakam video, selepas ini dirujuk sebagai “Bahan Pemasaran” untuk tujuan berikut, namun tidak terhad kepada:
1. Pemasaran Laman Web
2. Buku Kecil atau Risalah
3. Kempen Media Sosial termasuk Facebook, Instagram dan Blog
4. Media Elektronik seperti Televisyen
(b) Pelanggan dengan ini bersetuju dan memberi kebenaran kepada Cahaya Delima Travel untuk menggunakan “Bahan Pemasaran” ini bagi tujuan promosi dan pemasaran Cahaya Delima Travel.

19. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI
(a) Sebarang urusan penyediaan pengangkutan, penginapan, rombongan dan perkhidmatan Lawatan atau pelancongan lain dibuat oleh Cahaya Delima Travel melalui ejen-ejen yang dilantik oleh pihak kami. Cahaya Delima Travel tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kerosakan, kemalangan, kehilangan, kelewatan, kecurian, kuarantin, peraturan kastam, mogok, bencana alam dan perubahan jadual perjalanan, pengusiran atau larangan masuk daripada imigresen. (b) Pelanggan bertanggungjawab ke atas semua kerugian dan perbelanjaan daripada penyitaan pihak berkuasa akibat daripada dokumen perjalanan yang tidak wajar, pemilikan barangan-barangan yang menyalahi undang-undang atau ketidaktentuan. Dokumen perjalanan yang sewajarnya adalah diharapkan daripada semua Pelanggan. (c) Cahaya Delima Travel juga berhak untuk meminta mana-mana individu menarik diri daripada lawatan jika dianggap bahawa tingkah laku atau kelakuannya menjejaskan atau tidak bersesuaian dengan kesihatan, keselamatan, kepentingan, keharmonian dan kebajikan peserta lawatan dan kumpulan lawatan lain. Di bawah keadaan berikut, Cahaya Delima Travel tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana individu sedemikian. (d) Cahaya Delima Travel tidak akan terikat dan bertanggungjawab ke atas mana-mana kenyataan atau perwakilan daripada ketua kumpulan atau pemandu pelancong, pekerja atau ejen Cahaya Delima Travel melainkan secara bertulis dan ditandatangani oleh eksekutif pengurusan syarikat. (e) Cahaya Delima Travel tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa barangan yang dibeli semasa lawatan. Barangan yang rosak, barangan yang tidak sesuai untuk kegunaan pelanggan, barangan yang tidak sejajar dengan sampel yang disediakan atau barangan yang ditolak oleh pelanggan atas alasan-alasan lain adalah bukan tanggungjawab Syarikat. Walaupun barangan-barangan tersebut dibeli di kedai-kedai yang menjadi sebahagian daripada Pakej Lawatan atau yang disyorkan secara khusus oleh perkhidmatan pelancongan, pemandu pelancong, pekerja, kakitangan atau kontraktor bebas, Cahaya Delima Travel atau perkhidmatan pelancongan tidak akan bertanggungjawab ke atas wang pelanggan yang digunakan untuk membeli barangan-barangan tersebut. (f) Cahaya Delima Travel tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian dan perbelanjaan tiket penerbangan domestik, hotel tempatan, pengangkutan dari dan ke lapangan terbang dan perkhidmatan perjalanan peribadi lain yang ditempah oleh pelanggan disebabkan oleh perubahan penerbangan antarabangsa atau dibatalkan termasuk jika bilangan ahli kumpulan lawatan tidak mencukupi pada saat-saat akhir. (g) Jadual perjalanan, harga, perkhidmatan dan syarat adalah tepat semasa tempahan dibuat. Cahaya Delima Travel berhak untuk menyemak semula tambang lawatan dan menentukan tarikh permulaan tambang lawatan tersebut. (h) Cahaya Delima Travel akan berusaha untuk menjawab segala pertanyaan Pelanggan dalam tempoh 24 jam sehingga maksimum 5 hari bekerja. (i) Bergantung pada jenis pertanyaan anda, sila berikan masa sehingga enam puluh (60) hari bekerja terutamanya dalam hal-hal berkaitan pertanyaan tempahan lalu supaya pihak kami boleh menyiasat pertanyaan ini dengan lebih lanjut. (j) Cahaya Delima berhak untuk menukar, meminda, memasukkan atau memadam mana-mana terma dan syarat, polisi yang terkandung dalam dokumen ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa notis terlebih dahulu. PENAFIAN
Cahaya Delima Travel tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesalahan dan berhak mengubah maklumat yang diterbitkan pada bila-bila masa dan tanpa notis terlebih dahulu

Ibadah & Amalan Pada Malam Lailatul Qadar:- 1. Melakukan solat malam (Qiamullail)2. Berdoa memohon keampunan dan dihapus...
12/04/2023

Ibadah & Amalan Pada Malam Lailatul Qadar:-

1. Melakukan solat malam (Qiamullail)
2. Berdoa memohon keampunan dan dihapuskan dosa yang lalu
3. Melakukan iktikaf
4. Sekurang-kurangnya melakukan solat fardhu secara berjemaah

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah kita serta memasukkan kita dalam dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa melakukan kebaikan dan ketaatan kepada-Nya. Amin.
JOM UMRAH BERSAMA KAMI !! 🕋
Hubungi kami untuk maklumat yang lebih lanjut.
03-61776388 (OFFICE)
https://alvo.chat/tXX (Cik Linda)

06/04/2023
Puasa Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai d...
06/04/2023

Puasa Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan.

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah kita serta memasukkan kita dalam dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa melakukan kebaikan dan ketaatan kepada-Nya. Amin.
JOM UMRAH BERSAMA KAMI !! 🕋
Hubungi kami untuk maklumat yang lebih lanjut.
03-61776388 (OFFICE)
https://alvo.chat/tXX (Cik Linda)

Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala:-1. Solat Malam2. Memberi Makan Orang Berbuka3. Tadarus al-Quran4. Bersedekah 5....
05/04/2023

Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala:-

1. Solat Malam
2. Memberi Makan Orang Berbuka
3. Tadarus al-Quran
4. Bersedekah
5. Berzikir
6. Iktikaf Atau Qiamulail
7. Mencari Lailatul Qadr
8. Tarawih
9. Menjaga Silaturrahim

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah kita serta memasukkan kita dalam dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa melakukan kebaikan dan ketaatan kepada-Nya. Amin.
JOM UMRAH BERSAMA KAMI !! 🕋
Hubungi kami untuk maklumat yang lebih lanjut.
03-61776388 (OFFICE)
https://alvo.chat/tXX (Cik Linda)
https://alvo.chat/tXY (Cik Izzah)

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝘽𝙀𝙍𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝙏𝙀𝙏𝘼𝙈𝙐 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃Telah berlepas semalam pada tarikh 22/2/23 seramai 45 orang pada jam 6:00 petang.Perginya ...
23/02/2023

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝘽𝙀𝙍𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝙏𝙀𝙏𝘼𝙈𝙐 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃

Telah berlepas semalam pada tarikh 22/2/23 seramai 45 orang pada jam 6:00 petang.

Perginya kalian dengan mengharapkan keampunan dan redha Allah swt. Semoga kepulangan diiringi dengan kemabruran

"Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dgn kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu"

Selamat jalan ibu, ayah, adik, abang, kakak dan semua yang bakal melaksanakan umrah ziarah bersama Cahaya Delima Travel & Tours

Dari semasa ke semasa kami akan update tarikh2 flight. Bulan Mei tinggal jadual penerbangan 3 Mei dan 9 Mei sahaja. Sambut Raya kt Mekah jom😍

Alhamdulillah jadual Julai - Ogos - September ada banyak lagi🤲🏻

JOM UMRAH BERSAMA KAMI !! 🕋

Hubungi kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

03-61776388 (OFFICE)
https://alvo.chat/tXX (WHATSAPP)

Group 1/2/2023 Ziarah luar di kota madinah
09/02/2023

Group 1/2/2023 Ziarah luar di kota madinah

DOA BUAT TURKI DAN SYRIASALAM TAKZIAH DARI KAMIPihak Syarikat Cahaya Delima Travel & Tours merakamkan ucapan takziah kep...
08/02/2023

DOA BUAT TURKI DAN SYRIA

SALAM TAKZIAH DARI KAMI

Pihak Syarikat Cahaya Delima Travel & Tours merakamkan ucapan takziah kepada warga Turki dan Syria yang dilanda gempa bumi yang meragut banyak nyawa. Ingatan dan doa kami kepada mereka yang terjejas. Semoga semua dilindungi Allah SWT.


𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝘽𝙀𝙍𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝙏𝙀𝙏𝘼𝙈𝙐 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃(Group ke-9) Februari 2023 telah berlepas semalam pada tarikh 7/2/23 seramai 44 orang pada...
08/02/2023

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝘽𝙀𝙍𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝙏𝙀𝙏𝘼𝙈𝙐 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃

(Group ke-9)

Februari 2023 telah berlepas semalam pada tarikh 7/2/23 seramai 44 orang pada jam 4:40 petang.

Perginya kalian dengan mengharapkan keampunan dan redha Allah swt. Semoga kepulangan diiringi dengan kemabruran

"Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dgn kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu"

Selamat jalan ibu, ayah, adik, abang, kakak dan semua yang bakal melaksanakan umrah ziarah bersama Cahaya Delima Travel & Tours

Dari semasa ke semasa kami akan update tarikh2 flight. Dalam masa terdekat banyak dah full sampai bulan Jun 2023

Bulan Mei tinggal jadual penerbangan 3 Mei dan 9 Mei sahaja. Sambut Raya kt Mekah jom😍

Alhamdulillah jadual Julai - Ogos - September ada banyak lagi🤲🏻

❗️Terus tengok komen bawah❗️

Sifat sabar adalah suatu sifat yang wajib ada pada setiap insan yang bergelar "Mukmin" bagi meneruskan Kehidupan dan Men...
03/02/2023

Sifat sabar adalah suatu sifat yang wajib ada pada setiap insan yang bergelar "Mukmin" bagi meneruskan Kehidupan dan Menggamit kejayaan di dalam kehidupan baik di dunia mahupun di akhirat. Bayangkan jikalau manusia tidak mempunyai sifat sabar, sudah pasti berlakunya kucar-kacir dan porak peranda dunia dek kerana manusia telah ditelan oleh sifat amarah dan didorong oleh hawa nafsu di dalam setiap perbuatannya. Disebabkan itu, Allah telah menurunkan Rasulullah untuk menyampaikan risalah yang terakhir dan menjadi contoh ikutan terbaik untuk manusia dan umatnya yang paling ramai sekali dari nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain yakni diturunkan kepada seluruh umatnya sehingga hari kiamat.

JOM UMRAH BERSAMA KAMI !! 🕋

Hubungi kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

03-61776388 (OFFICE)
https://alvo.chat/tXX (Cik Linda)
https://alvo.chat/tXY (Cik Izzah)

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝘽𝙀𝙍𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝙏𝙀𝙏𝘼𝙈𝙐 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃(Group ke-7) Februari 2023 telah berlepas semalam pada tarikh 1/2/23 seramai 63 orang pada...
02/02/2023

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝘽𝙀𝙍𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝙏𝙀𝙏𝘼𝙈𝙐 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃

(Group ke-7)

Februari 2023 telah berlepas semalam pada tarikh 1/2/23 seramai 63 orang pada jam 4:40 petang.

Perginya kalian dengan mengharapkan keampunan dan redha Allah swt. Semoga kepulangan diiringi dengan kemabruran

"Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dgn kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu"

Selamat jalan ibu, ayah, adik, abang, kakak dan semua yang bakal melaksanakan umrah ziarah bersama Cahaya Delima Travel & Tours

Dari semasa ke semasa kami akan update tarikh2 flight. Dalam masa terdekat banyak dah full sampai bulan Jun 2023

Bulan Mei tinggal jadual penerbangan 3 Mei dan 9 Mei sahaja. Sambut Raya kt Mekah jom😍

Alhamdulillah jadual Julai - Ogos - September ada banyak lagi🤲🏻

❗️Terus tengok komen bawah❗️

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝘽𝙀𝙍𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝙏𝙀𝙏𝘼𝙈𝙐 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃(Group ke-8) Februari 2023 telah memulakan penerbangan direct Madinah Al-munawwarah serama...
02/02/2023

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝘽𝙀𝙍𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝙏𝙀𝙏𝘼𝙈𝙐 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃

(Group ke-8)

Februari 2023 telah memulakan penerbangan direct Madinah Al-munawwarah seramai 46 orang pada jam 10:00 pagi.

Perginya kalian dengan mengharapkan keampunan dan redha Allah swt. Semoga kepulangan diiringi dengan kemabruran

"Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dgn kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu"

Selamat jalan ibu, ayah, adik, abang, kakak dan semua yang bakal melaksanakan umrah ziarah bersama Cahaya Delima Travel & Tours

Group ke-9 Februari 2023 akan berangkat pada 7 Februari nanti

27 April 2023 fully board

Insya Allah🤲

Dari semasa ke semasa saya akan update tarikh2 flight. Dalam masa terdekat banyak dah full sampai bulan Jun 2023

Bulan Mei tinggal jadual penerbangan 3 Mei dan 9 Mei sahaja. Sambut Raya kt Mekah jom😍

Alhamdulillah jadual Julai - Ogos - September ada banyak lagi🤲🏻

❗️Terus tengok komen bawah❗️

Kursus Umrah dijayakan ust azman. Lokasi di kelang
31/01/2023

Kursus Umrah dijayakan ust azman. Lokasi di kelang

Ziarah Thoif Jemaah 25/01/2023 di bawah bimbingan Tuan Haji Masrol, Pengerusi Syarikat Cahaya Delima Travel & Tours. Sem...
27/01/2023

Ziarah Thoif Jemaah 25/01/2023 di bawah bimbingan Tuan Haji Masrol, Pengerusi Syarikat Cahaya Delima Travel & Tours. Semoga Allah mempermudahkan aktiviti ziarah dan umrah para Jemaah sekalian In Shaa Allah.

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI ❤️Imam al-Nawawi menyatakan setiap yang disebut di dalam hadith tersebut boleh menghapuskan ...
27/01/2023

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI ❤️

Imam al-Nawawi menyatakan setiap yang disebut di dalam hadith tersebut boleh menghapuskan dosa sekiranya terdapat dosa kecil untuk dihapuskan. Sekiranya tidak terdapat dosa kecil atau besar maka akan dicatat baginya kebaikan dan diangkat darjatnya. Sekiranya terdapat dosa besar dan tidak terdapat dosa kecil, mudah-mudahan perkara tersebut dapat meringankan dosa besar yang dilakukan. [Al-Minhaj, 3/113]

JOM UMRAH BERSAMA KAMI !! 🕋

Hubungi kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

03-61776388 (OFFICE)
https://alvo.chat/tXX (Cik Linda)
https://alvo.chat/tXY (Cik Izzah)

IBU BAPA JALAN KITA KE SYURGA.Mereka lah yang menjaga, mendidik, malah mereka sanggup berkorban diri untuk kita dari kit...
26/01/2023

IBU BAPA JALAN KITA KE SYURGA.

Mereka lah yang menjaga, mendidik, malah mereka sanggup berkorban diri untuk kita dari kita kecil hingga lah kita dewasa. Pengorbanan mereka itulah satu pengorbanan yang tidak akan mampu untuk kita balas. Biar ringgit yang ada berjuta, biar rumah yang ada mewah dan megah, biar nama dan takhta menjadi tanda, Namun tidak sedikit pun dari kemewahan tersebut dapat membalas jasa mereka. Kasih dan sayangi mereka sebaiknya, jangan jadikan kehilangan mereka satu penyesalan di masa kelak.

JOM UMRAH BERSAMA KAMI !! 🕋

Hubungi kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

03-61776388 (OFFICE)
https://alvo.chat/tXX (Cik Linda)
https://alvo.chat/tXY (Cik Izzah)

Alhamdulillah selesai check in jemaah dan sesi taklimat sebelum penerbangan 25/01/23 seramai 50 orang. Jemaah pada kali ...
25/01/2023

Alhamdulillah selesai check in jemaah dan sesi taklimat sebelum penerbangan 25/01/23 seramai 50 orang. Jemaah pada kali ini dibimbing sendiri oleh Pengerusi Syarikat Tuan Haji Masrol. Semoga dipermudahkan segala urusan para jemaah sepanjang berada di tanah suci In Shaa Allah. 🤲🏻

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umum adalah :•Berpuasa•M...
23/01/2023

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umum adalah :

•Berpuasa
•Memperbanyakkan bersedekah
•Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
•Memperbanyakkan berzikir
•Memperbanyakkan solat-solat sunat

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah kita serta memasukkan kita dalam dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa melakukan kebaikan dan ketaatan kepada-Nya. Amin.

JOM UMRAH BERSAMA KAMI !! 🕋

Hubungi kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

03-61776388 (OFFICE)
https://alvo.chat/tXX (Cik Linda)
https://alvo.chat/tXY (Cik Izzah)

Alhamdulillah Selamat landing group 10/1 pimpinan. PU johani Dan bos tuan Ahmad rosliza. Semoga ukhwah terjalin erat Dan...
21/01/2023

Alhamdulillah Selamat landing group 10/1 pimpinan. PU johani Dan bos tuan Ahmad rosliza. Semoga ukhwah terjalin erat Dan menjadikan perlajanan jihad musafir Umrah yang akan di kenang sepanjang hayat.

BERIMAN KEPADA ALLAH DAN ISTIQAMAHLAH.Istiqamah bukan sesuatu perkara yang mudah, namun kesungguhan dalam istiqamah itu ...
20/01/2023

BERIMAN KEPADA ALLAH DAN ISTIQAMAHLAH.

Istiqamah bukan sesuatu perkara yang mudah, namun kesungguhan dalam istiqamah itu lah yang menjadi tanda keyakinan kita kepada Allah dalam mengubah diri ke arah yang lebih baik.

JOM UMRAH BERSAMA KAMI !! 🕋

Hubungi kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

03-61776388 (OFFICE)
https://alvo.chat/tXX (Cik Linda)
https://alvo.chat/tXY (Cik Izzah)

Ziarah tambahan yang di atur oleh mutawwif ust PU Johani .
19/01/2023

Ziarah tambahan yang di atur oleh mutawwif ust PU Johani .

Aktiviti ziarah luar kota madinah group ust hafis 11/1
19/01/2023

Aktiviti ziarah luar kota madinah group ust hafis 11/1

Alhamdulillah selesai ibadah di haramain. Masa untuk pulang group 9/1 pimpinan hj hasnal pesawat saudia airlines
19/01/2023

Alhamdulillah selesai ibadah di haramain. Masa untuk pulang group 9/1 pimpinan hj hasnal pesawat saudia airlines

Sesi taklimat jemaah 10/1 di tanah suci sebelum ke madinah bersama PU Johani, turut bersama Encik Ahmad Pengarah eksekut...
17/01/2023

Sesi taklimat jemaah 10/1 di tanah suci sebelum ke madinah bersama PU Johani, turut bersama Encik Ahmad Pengarah eksekutif Cahaya Delima Travel.

Ziarah luar mekah group 10/1 bersama PU Johani.
17/01/2023

Ziarah luar mekah group 10/1 bersama PU Johani.

17/01/2023

Niat menurut bahasa tujuan hati atau kehendak hati. Niat mengikut istilah syarak ialah gerak hati ke arah sesuatu pekerjaan untuk mencari keredaan Allah dan menyatakan tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Oleh itu, setiap amal mesti disertai dengan niat hanya untuk Allah.

JOM UMRAH BERSAMA KAMI !! 🕋

Hubungi kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

03-61776388 (OFFICE)
https://alvo.chat/tXX (Cik Linda)
https://alvo.chat/tXY (Cik Izzah)

*PAKEJ AMMAN PALESTINE CAIRO*[𝟮𝟬𝟮𝟯] 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗔𝗠𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡𝗘 𝗖𝗔𝗜𝗥𝗢 𝟭𝟬𝗛𝟳𝗠𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗥𝗠 𝟴,𝟳𝟵𝟬 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝟯 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗣𝗔𝗥...
16/01/2023

*PAKEJ AMMAN PALESTINE CAIRO*

[𝟮𝟬𝟮𝟯] 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗔𝗠𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡𝗘 𝗖𝗔𝗜𝗥𝗢 𝟭𝟬𝗛𝟳𝗠
𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗥𝗠 𝟴,𝟳𝟵𝟬 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝟯 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗬𝗔

𝗣𝗮𝗸𝗲𝗷 𝗟𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗔𝗟𝗟 𝗜𝗡 𝗙𝘂𝗹𝗹𝗯𝗼𝗮𝗿𝗱 𝗸𝗲 𝗝𝗼𝗿𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗶𝘁𝘂𝗹 𝗠𝘂𝗾𝗮𝗱𝗱𝗶𝘀 & 𝗠𝗲𝘀𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝟭𝟬 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝟳 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺

Jom kembara ke bumi para nabi dan melawat makam nabi-nabi serta para sahabat.
Deposit rendah, hanya RM 700 Seorang‼️

𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 Travel Bagpack dari Cahaya Delima Travel
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 :
📆 09 May - 18 May 2023 (Spring)
📆 06 Jun - 15 Jun 2023 (Summer)
📆 01 Aug - 10 Aug 2023 (Summer)
📆 12 Sep - 21 Sep 2023 (Autumn)
📆 17 Oct - 26 Oct 2023 (Autumn)
📆 07 Nov - 16 Nov 2023 (Autumn)
📆 05 Dec - 14 Dec 2023 (Winter)
📆 19 Dec - 28 Dec 2023 (Winter) 𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵

𝗣𝗮𝗸𝗲𝗷 𝗧𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 :
✅ Tiket Penerbangan 2 Hala Termasuk Bagasi 30KG
✅ 7 Malam penginapan Hotel bertaraf 3-5 Bintang
✅ Sajian makan 3x Sehari (Breakfast, Lunch & Dinner)
✅ Pengangkutan Berhawa Dingin
✅ Tour Guide Berlesen
✅ Tour Leader Berpengalaman Dari Malaysia
✅ Tempat Lawatan Bersejarah
✅ Visa Bagi Rakyat Malaysia

Jom booking sekarang‼️
Untuk pertanyaan lanjut👇🏻👇🏻👇🏻

𝐓𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐀𝐩𝐩

https://wa.link/d08w54 (En Hazli)
https://wa.link/eaen3n (En Naza)
https://wa.link/2jsai9 (En Aiman)

16/01/2023

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِي سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Ghafir: 60).

JOM UMRAH BERSAMA KAMI.!! 🕋

Hubungi kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

03-61776388 (OFFICE)
011-27038743 (Cik Linda)
017-2726842 (Cik Izzah)

14/01/2023

Selamat menonton! semoga mendapat ilmu yang bermanfaat

Alhamdulillah group 10/01/2023 telah selesai tawaf  bimbingan PU JOHANI dan pengarah eksekutif cahaya delima travel En A...
12/01/2023

Alhamdulillah group 10/01/2023 telah selesai tawaf bimbingan PU JOHANI dan pengarah eksekutif cahaya delima travel En Ahmad.. semoga mendapat umrah yg mambrur..

Alhamdulillah selesai check in jemaah dan sesi taklimat sebelum penerbangan 10/01/23. 46 pax.Mutawwif yg dibimbing PU JO...
11/01/2023

Alhamdulillah selesai check in jemaah dan sesi taklimat sebelum penerbangan 10/01/23. 46 pax.Mutawwif yg dibimbing PU JOHANI semoga jemaah dipermudahkan segala urusan di tanah suci insya-Allah. grounp ni juga special ada pengarah eksekutif cahaya delima travel jugak terbang bersama para jemaah..

Address

54-G, Jalan 2, BATU CAVES CENTRE POINTS
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60361783708

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cahaya Delima Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cahaya Delima Travel & Tours:

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies