Umrah Al Amen

Umrah Al Amen Percayalah, semua orang mampu untuk menunaikan umrah. Niatkan dengan betul, kami akan bantu merealisa
(1)

Jom pergi UMRAH2022whatsapp untuk keterangan lanjut.Harga dan Pakej yang menarik untuk anda.wasap.my/60196117225/umrah20...
03/06/2022

Jom pergi UMRAH2022
whatsapp untuk keterangan lanjut.
Harga dan Pakej yang menarik untuk anda.
wasap.my/60196117225/umrah2022

Jom pergi UMRAH.whatsapp untuk keterangan lanjut.Harga dan Pakej yang menarik untuk anda.wasap.my/60196117225/umrahnorma...
11/12/2021

Jom pergi UMRAH.
whatsapp untuk keterangan lanjut.
Harga dan Pakej yang menarik untuk anda.
wasap.my/60196117225/umrahnormabaru

JOM UMRAH NORMA BARU.Tarikh-tarikh penting dalam kalender islam. Jom menunaikan Umrah dan Ziarah Maqam Rasulullah. Saya ...
10/12/2021

JOM UMRAH NORMA BARU.
Tarikh-tarikh penting dalam kalender islam. Jom menunaikan Umrah dan Ziarah Maqam Rasulullah. Saya akan bantu anda dengan pakej-pakej yang menarik.

whatsapp atau call untuk maklumat lanjut.
wasap.my/60196117225/umrahnormabaru

Assalamualaikum para Duyufurrahman๐Ÿ•‹ PAKEJ SAFA (12H 10M)HARGA dari RM6690 (Israk Mikraj)*Harga termasuk kos PCR Test 72 ...
08/12/2021

Assalamualaikum para Duyufurrahman

๐Ÿ•‹ PAKEJ SAFA (12H 10M)
HARGA dari RM6690 (Israk Mikraj)
*Harga termasuk kos PCR Test 72 jam sebelum balik ke Malaysia
๐Ÿ•‹ Visa Umrah
๐Ÿ•‹ Tarikh : *Boleh Pilih dari Jadual tersedia.
๐Ÿ•‹ Makanan: Fullboard (3x sehari).
๐Ÿ•‹ Mutawwif Berpengalaman
๐Ÿ•‹ Sektor : KUL - JED - JED - KL
๐Ÿ•‹ Penerbangan: Saudi Airlines/MAS.
๐Ÿ•‹ Harga untuk 2 orang sebilik
๐Ÿ•‹ Muatan bas: 25 orang
๐Ÿ•‹ Hotel di Mekah : Nada Deafah @ setaraf (+_250m)
Hotel di Madinah : Huda Taiba atau setaraf (+_150m)
Sila Hubungi Pegawai Pemasaran Umrah AlFajr Selangor :

www.wasap.my/+60196117225/UmrahAlFajr

UMRAH NORMA BARU.VISA PELANCONG- masalah bila tiba di Arab Saudi untuk slot Umrah/Raudah bila tawakalna bertukar purple ...
07/12/2021

UMRAH NORMA BARU.
VISA PELANCONG- masalah bila tiba di Arab Saudi untuk slot Umrah/Raudah bila tawakalna bertukar purple seolah kita tidak vaksin. Mungkin kita tidak dapat menunaikan Umrah sehingga balik Malaysia.

Sila tanya travel agent samaada visa umrah atau visa pelancong sebelum bayar deposit.

Insya Allah kami menawarkan visa umrah.

JOM UMRAH NORMA BARU.whatsapp atau call untuk maklumat lanjut.wasap.my/60196117225/umrahnormabaru
07/12/2021

JOM UMRAH NORMA BARU.

whatsapp atau call untuk maklumat lanjut.
wasap.my/60196117225/umrahnormabaru

JOM KITA MENUNAIKAN UMRAH NORMA BARU.Untuk keterangan lanjut sila whatsapp segerawasap.my/60196117225/umrahnormabaru
06/12/2021

JOM KITA MENUNAIKAN UMRAH NORMA BARU.

Untuk keterangan lanjut sila whatsapp segera
wasap.my/60196117225/umrahnormabaru

Salam SemuaHati-Hati dgn SCAMMER di AL-HARAMAIN Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah x ada Scammer, Ada rupanya....
03/12/2021

Salam Semua

Hati-Hati dgn SCAMMER di AL-HARAMAIN

Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah x ada Scammer, Ada rupanya.. bezanya ada yg kena cara halus dan cara kasar saja..

CARA KASAR:-
Cara 1.
1. Sudah pastinya bag kita di seloknya atau di torehnya dengan pisau sama ada kita sedang melakukan Tawaf @ Saie, cara depa buat ni mmg kita pun x perasan langsung.. ni memang berani dan pro.. Hasil yang dia dapat pun kasar jugak, mau riban-riban & Handphone pun boleh dapat. (Kebiasaanya cara 1 ni wanita adalah target utama)

Cara 2:-
2. Scammer jadi pengiring (kononnya es**rt kita) utk cium Hajarul Aswad, ini orang Indonesia, dia akan himpit kita dan bertanya "pak, mau cium Hajarul Aswad, kalau kita cakap mau, dia mintak siap2 400 Saudi Riyal, kadang2 1000 Riyal pun ada. kita cakap x ada @ x mau, then dia blah lah.. tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang... ada juga kes, yang ikut kita sampai ke hotel utk tuntut duit.. so, hati2..

Cara 3:-
3. Hati2 bila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, selalu konfius sebab warna duitnya MERAH. saya pernah tgk depan mata saya jemaah wanita tua dia nak beli air mineral 1 riyal, dia kasi 100 riyal, sepatutnya baki 99 Riyal, tapi dip**angnya baki 9 riyal saja.. then, makcik tu tanya "saya bagi 100 riyal, then dia cakap tak, makcik bagi 10 riyal, lalu dia angkat 10 Riyal.. makcik tu pun terkiyal-kiyal dgn mamat tu.. Hakikatnya saya tgk sendiri makcik tu bg dia 100 riyal. (Dalam kes ni saya campur tangan, sebab geram.. so makcik dpt lah balik baki duitnya 99 Riyal)- hati2 dgn penjual yg duduk atas food-truck di Jabal Rahmah.

Cara 4:-
4. Mak-mak arab yg berjubah hitam yg dok menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam), ini lagi profesional punya scammer, depa boleh buat 1001 macam cerita siap dengan drama dan watak2 pelakon sampingan lagi.. so, awas jgn cepat melatah dan bermurah hati sangat.. sekali kita bagi, habissss... kitaa akan dikerumun oleh "mereka"

Cara 5:-
5. Geng Teksi pun sama, awalnya kita dah deal harga dari airport jeddah ke Hotel di Mekah 200 Riyal, nanti bila sampai di Mekah dia akan buat2 pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat2 cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan... (padahal itulah game plan dia org..) kalau nak secure baik amek GRAB/UBER terus.

CARA HALUS
(Lebih kepada Psychology)

1. Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17) saya dah x heran sgt dgn kaki Scam ni sebab dah tau game depa, saya layan (sebab nak tgk game depa)... saya didatangi oleh seorang lelaki pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih), dia tarik saya ke tepi, dan bermulalah cerita sedihnya yg dia kena selok, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua, yg sedang baring) utk memberikan kita yakin dgn ceritanya, dia mintak 500 Riyal utk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tau dia SCAM, saya cakap saya x ada duit dan terus saya blah, dengan nada cengei skit la..

Saya intai dia dan geng2 dia mencari mangsa yg lain dari jauh, yup.. ternyata mangsa keduanya berjaya, dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit, dan terus blah.. (geng sendikit 4 ke 5 org) kalau sehari dia dah kaut 1000 Riyal kalau sebulan dah berapa..

saya perati rata2 mangsa scam geng ini adalah jemaah umrah & haji rakyat Malaysia, indonesia, brunei, mungkin easy target kot @ kita ni mmg s**a bersedekah.

KESAN PADA JEMAAH:-

1. Kita akan hilang focus utk beribadat.. dok menyesal atas kealphaan kita..

2. Membuatkan keluarga yg dok di Malaysia ni jadi risau, atas kejadian yg menimpa.

3. Bila dah hilang pertimbangan tu, mulalah mulut kita pun sama naik mencarut dan memaki hamunnya.. (niat asal dan focus utama ke Tanah Suci dah hilang).

4. Mula rasa takut-takut pada keadaan sekeliling..

5. Murung

Inilah beberapa jenis Scammer yg ada di Tanah Suci Mekah & Madinah.

Pada saya senang saja, kalau nak sedekah, sedekah kepada tukang sapu sampah di dalam atau di luar Masjid. Selagi namanya manusia berhati-hatilah dengan langkah dan gerak, mata mau TAJAM, kalau silap langkah pasti ada yg nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita, sebab kat sana bukannya semua Malaikat, TAPI ada sekelompok manusia yg sentiasa menyambil kesempatan. Orang2 mcm ni depa peduli apa, bukannya depa heran di Tanah Haram ka X Tanah Haram ka, janji Masyuk... Jemaah juga DIINGATKAN kalau pi MASJID tu tak payah la gatai-gatai nak bawa duit beratus-ratus dan beriban-riban.. bawa duit SR50 ke SR100 sudah.. duit yang riban-riban kita bawa tu simpan saja di hotel. (dalam bag berkunci ka dalam peti box keselamatan ka, atau mintak tolong mutawwif / mutawwifah simpankan ka)

Saya pesan, sebab kita bukannya tiap2 bulan mai Mekah dan Madinah, kena menabung dan menyimpan baru boleh datang, jadi bila sampai sini kena penaya ngan org2 mcm ni p**ak.. kesian pun ada... jadinya pakat2 beringat.. bila dah kat sana letakkan diri pada Allah SWT, mintak doa kat dia utk dijauhi dari pekara2 mcm ni. andaikata terkena scam mcm ni "kalau" amountnya kecik anggapkan sedekah dan x ada rezeki kita lah tu.. TAPI, kalau AMOUNTNYA BESAR, terus buat report polis, ajak Mutawwif pegi buat report.

Sementara musim haji ni pesan2 lah kepada jemaah dan rakan taulan yg ada di Tanah Suci.. SEKADAR BERINGAT...

* kredit gambar kepada Memori Terindah di Tanah Suci

UMRAH NORMA BARU- Ada masalah mengenai MAHRAM. Kami ada penyelesaiannya dan Insya Allah boleh menunaikan Umrah.- Visa UM...
30/11/2021

UMRAH NORMA BARU
- Ada masalah mengenai MAHRAM. Kami ada penyelesaiannya dan Insya Allah boleh menunaikan Umrah.
- Visa UMRAH (bukan visa pelancong)
- Hotel di Makkah dan Madinah bilik berdua (2 orang)
- Menunaikan Umrah dan lawatan ke Raudah terjamin oleh Muasassah
- Insuran covid19 tersedia dan swab test covid19 Arab Saudi di buat di Hotel penginapan.
- Hanya 25 orang peserta sahaja untuk setiap kump**an jemaah.
- Kursus Umrah Norma Baru percuma.
- dan banyak lagi kemudahan.

Syarikat Al Fajr Sdn Bhd adalah yang PERTAMA dari Malaysia menghantar Jemaah UMRAH selepas kebenaran Kerajaan Malaysia.

Whatsapp segera untuk sebarang pertanyaan dan soalan.
www.wasap.my/60196117225/umrahnormabaru

PAKEJ yang menarik menanti anda. Jangan lepas peluang

๐’๐š๐ฅ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐š๐›๐š๐ฐ๐ข Hajah! Hajah! Sana Sana ! Begitulah agaknya yang dikatakan oleh pengawal pintu Masjid Na...
26/11/2021

๐’๐š๐ฅ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐š๐›๐š๐ฐ๐ข
Hajah! Hajah! Sana Sana !
Begitulah agaknya yang dikatakan oleh pengawal pintu Masjid Nabawi setiap kali Jemaah wanita tersalah masuk laluan Jemaah lelaki. Masjid Nabawi mempunyai 100 buah pintu termasuk pintu-pintu yang berada dalam Masjid, jadi tak hairanlah kalau Jemaah tersilap masuk laluan lain.
Untuk makluman anda, Masjid Nabawi tidak sama dengan Masjidil Haram ya, dimana Masjid Nabawi menyediakan pintu yang khas untuk muslimin dan muslimat. Bahkan ruang solat juga turut dipisahkan.
Buat para muslimat sekalian, ruang solat anda terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama disebelah kiri Masjid dan yang kedua adalah disebelah kanan Masjid. Macam mana nak tahu kanan kiri Masjid?
Penentuan kanan atau kiri Masjid adalah berdasarkan arah kiblat. Dari sebelah kanan masjid, pintu 13 dan 16 adalah untuk kaum Hawa. Sebelah kiri p**a adalah pintu 25 dan 29. Dari ruang solat sebelah kiri ini dapat bantu anda terus menuju ke Raudhah. Jadi sangatlah untung kalau anda pilih penginapan dari sebelah kiri masjid.
Sebahagian tempat solat lelaki akan ditutup dengan tirai apabila tiba waktu melawat untuk wanita. Sekiranya anda bersama kami, anda berpeluang untuk menetap di penginapan yang terdekat dengan pintu Raudhah iaitu pintu 25.
Jadi apa lagi, Jom daftar umrah sekarang.

www.wasap.my/+60196117225/UmrahAlFajr

Selamat Berangkat & Menunaikan UMRAH kepada tetamu Allah yang terpilih.Semoga mendapat umrah yang mabrur. Di doakan semo...
16/10/2021

Selamat Berangkat & Menunaikan UMRAH kepada tetamu Allah yang terpilih.
Semoga mendapat umrah yang mabrur.
Di doakan semoga Allah permudahkan urusan, sentisa dalam Rahmat & LindunganNya.

Tahniah ALFAJR TRAVEL & TOURS atas usaha menguruskan rombongan jemaah umrah pada hari ini SABTU 16 OKTOBER 2021. Rindunyaaa kami ke Baitullah & Menziarahi RASULULLAH SAW.

Sesiapa rasa yang sama boleh berurusan dengan kami wakil umrah AlFajr www.wasap.my/+60196117235/UmrahAlFajr

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Alhamdulillah, telah selesai upacara menyingkap Kiswah Kaabah setinggi 3 meter. Lalu digantikan dengan kain putih. Kelam...
02/07/2021

Alhamdulillah, telah selesai upacara menyingkap Kiswah Kaabah setinggi 3 meter. Lalu digantikan dengan kain putih. Kelambu yang menutup pintu Kaabah juga dibuka, menampakkan keindahan saduran emas padanya.
Ini merupakan acara tahunan yang dilakukan di Masjidilharam sejak zaman berzaman.
Hal ini berlaku, sekaligus menandakan bahawa Hari Arafah sudah semakin dekat. Kota Mekah kini sudah bersedia untuk menerima kehadiran jemaah haji yang ramai.
Tahun-tahun sebelum ini mencatatkan kehadiran sehingga jutaan jemaah. Namun tahun ini, dihadkan sekitar 60,000 orang sahaja yang terdiri daripada penduduk Arab Saudi sendiri. Semuanya dek penangan wabak COVID-19.
Simbolik ini sebenarnya dilakukan untuk mengelakkan Kelambu Kaabah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dengan jemaah yang ramai dan bersesak-sesak di dataran Kaabah, pihak berkuasa pun tak mampu lagi dah nak mengawal keadaan. Oleh sebab itulah, kelambunya diangkat naik setinggi 3 meter. Kira-kira orang tak boleh nak capai nanti.
Kain putih yang digantikan itu dipilih sebagai simbolik kepada pemakaian ihram para pelaksana haji. Nak cakap yang, hari inilah betapa ramainya umat Islam berkumpul dengan hanya satu tujuan, satu pakaian. Meninggalkan segala pangkat, harta dan dunia.
Biasanya upacara ini dilakukan pada 15 Zulkaedah pasa setiap tahun. Namun disebabkan tahun ini kehadiran jemaah ke Masjidilharam diterhadkan, jadi kerja-kerja ini menjadi semakin mudah dek tiada jemaah yang ramai di dataran Kaabah.
Jadi, pihak pengurusan melambatkan sedikit sehingga ke tarikh semalam, 20 Zulkaedah.
Itulah.
Najmi Farisham,

copy and paste.

Ketetapan baru di Saudi berkenaan SOP Masjid:1) Di batalkan larangan penjarakan satu saf antara dua saf jadi kita tiada ...
21/06/2021

Ketetapan baru di Saudi berkenaan SOP Masjid:

1) Di batalkan larangan penjarakan satu saf antara dua saf jadi kita tiada jarak antara saf dengan saf, namun jarak antara musolli masih lagi di kekalkan.
2) Penggunaan Mushaf Masjid akan kembali dibenarkan namun membawa mushaf dari rumah adalah lebih baik.
3) Jarak antara azan dengan iqamat di lebihkan dari 15 minit kepada 20 minit, sementara di waktu fajr 25 minit.
4) Pengajian di masjid-masjid kembali dibenarkan
5) Antara azan dan iqamah di hari Jumaat kembali seperti sediakala.

17/06/2021

Madinah Al Munawarah.. ๐Ÿฅฒ๐Ÿฅฒ๐Ÿฅฒ๐Ÿฅฒ

Surat terkini dari Al Fajr Travel mengenai Umrah semasa musim pandemik Covid19.
27/05/2021

Surat terkini dari Al Fajr Travel mengenai Umrah semasa musim pandemik Covid19.

Bahagian imam depan kaabah dan nmpak tak di sebelah kiri bahagian depan (Syazarwan) ada petak tanda batu kemerahan, ada ...
30/03/2021

Bahagian imam depan kaabah dan nmpak tak di sebelah kiri bahagian depan (Syazarwan) ada petak tanda batu kemerahan, ada riwayat mengatakan tempat itu adalah tempat Jibrail AS mengimamkan nabi dan mengajar nabi tentang solat dan waktu solat.
Pada malam Isra' dan Mi'raj inilah Allah telah mewajibkan solat fardhu lima waktu kepada baginda dan umatnya. kemudian pada keesokan harinya, ketika matahari tergelincir, Allah mengutuskan Malaikat Jibril supaya mengajarkan cara melakukan solat dan waktunya kepada baginda. Ini berdasarkan kepada hadis Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud
"Jibrail a.s. telah mengimamkan aku di sisi kaabah sebanyak dua kali. Malaikat Jibrail mendirikan solat Zohor bersama ku ketika matahari sedang gelincir. Kemudian Malaikat Jibrail mendirikan solat asar bersamaku ketika bayang sesutu objek sama panjang dengan objek itu. Kemudian Jibrail mendirikan solat maghrib bersamaku ketika orang yang berpuasa berbuka puasa, kemudian Jibrail menunaikan solat Isyak ketika tenggelamnya syafaq (kemerahan di kaki langit). kemudian Jibrail mendirikan solat Subuh bersamaku ketika orang yang akan berpuasa diharamkan makan dan minum. Pada keesokan harinya p**a, Jibrail mendirikn solat Zohor bersamaku ketika bayang sesuatu objek itu sama panjang dengan objek itu. Kemudian Jibrail mengerjakan solat Asar ketika bayang sesuatu objek itu panjangnya dua kali ganda objek asal. Kemudian Jibrail mendirikan solat Maghrib bersamaku sewaktu orang berpuasa berbuka puasa. Kemudian Jibrail mendirikan solat Isyak bersamaku ketika satu pertiga malam dan Jibrail mendirikan solat fajar bersamaku ketika matahari telah shafa' (cerah), kemudian jibrail berpaling kepadaku sambil berkata : Wahai Muhammad, inilah waktu solat para nabi sebelummu dan waktu solat ialah di antara kedua-dua waktu ini." HR An Nasaie.
Lebih kurang satu depa ke sebelah kanan pintu Kaโ€™abah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril a.s. semasa mengimamkan RasuluLlah s.a.w. selepas turunnya perintah soLat dalam peristiwa Israโ€™ Mikraj.

KISAH RASULULLAH ๏ทบBahagian 116ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ุฏ *Taufan*Selama perang Ahzab yang men...
08/03/2021

KISAH RASULULLAH ๏ทบ
Bahagian 116
ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ุฏ
*Taufan*
Selama perang Ahzab yang mencekam itu tak henti-hentinya Rasulullah ๏ทบ berdoa siang dan malam merendahkan diri kepada Allah memohon agar pas**an Ahzab dikalahkan dan diguncangkan.
Pada suatu malam, angin taufan mengamuk melanda Madinah dan sekitarnya. Kaum muslimin segera berlindung dibalik pagar pertahanan. Rasa dingin begitu menusuk tulang. Pada saat itu, Rasulullah ๏ทบ berseru mengalahkan deru angin,
โ€œAdakah orang yang bersedia mencari berita musuh dan melaporkannya kepada ku, mudah-mudahan Allah menjadikannya bersamaku pada hari kiamat!โ€
Semua sahabat terdiam. Rasulullah ๏ทบ mengulangi seruannya sampai tiga kali, Namun semua sahabat dicekam dahsyatnya taufan. Rasulullah ๏ทบ pun berseru,
โ€œBangkitlah wahai Hudzaifah, carilah berita dan lapurkan kepadaku!โ€
Hudzaifah bangkit dan mendengarkan pesan Rasulullah ๏ทบ,
โ€œBerangkatlah mencari berita musuh dan janganlah engkau melakukan tindakan apa pun.โ€
Hudzaifah berangkat dengan membawa panah. Ia berjalan dengan susah payah melawan angin.
Hudzaifah menceritakan sendiri pengalamannya. Aku berjalan seperti orang yang sedang dicengkam kematian, hingga tiba di markas musuh.
Kulihat Abu Sufyan sedang menghangatkan punggungnya di unggun api. Aku segera memasang anak panah pada busur ku, namun aku teringat pesan Rasulullah ๏ทบ, โ€œJanganlah engkau melakukan tindakan apapun!โ€ Kalau aku panah pasti akan kena pahanya.
Pada saat itu, angin dan tentera Allah sudah mengucar kacir musuh, menerbangkan kuali, memadamkan api, dan menumbangkan perkhemahan. Abu Sufyan bangkit dan berkata,
โ€œWahai kaum Quraisy setiap orang hendaknya melihat siapa teman duduknya.โ€
Aku segera memegang tangan orang yang berada di sampingku lalu bertanya,
โ€œSiapakah Anda?โ€ Dia menjawab, โ€œFulan bin Fulanโ€ Selanjutnya Abu Sufyan berkata,
โ€œWahai orang-orang Quraisy! Demi Allah. Sesungguhnya kalian tidak tinggal di tempat yang layak. Kuda unta dan ternak kita banyak yang mati. Bani Quraizhah telah mengkhianati janjinya kepada kita. Badai ini membuat peralatan dapur kita kucar-kacir, tidak dapat menyalakan api, dan tidak satu tiang pun yang berdiri tegak. Oleh kerana itu, p**anglah kalian. Aku sendiri juga akan p**ang.โ€
*Bergerak ke Bani Quraizhah*
Hudzaifah p**ang dengan bersusah payah dan melaporkan apa yang dilihatnya kepada Rasulullah ๏ทบ. Beliau menyelimuti Hudzaifah dengan kain yang biasa digunakan untuk sholat. Hudzaifah pun tertidur sampai pagi. Kemudian, sambil bergurau. Rasulullah ๏ทบ membangunkan Hudzaifah.
โ€œBangun, wahai tukang tidur!โ€
Kaum muslimin memandang tempat yang baru saja beberapa jam lalu dipenuhi ribuan musuh bersenjata lengkap itu, kini kosong, kecuali serpihan tenda dan peralatan lain yang berserakan di sana-sini.
Berakhirlah Perang Khandaq pada tahun kelima Hijriah.
Ketika semuanya telah terpana. Rasulullah ๏ทบ bersabda,
โ€œSegala puji bagi Allah. Dialah yang telah menolong hambanya dan memberi kekuatan kepada tenteranya. Dialah yang mengalahkan pas**an Ahzab dengan dirinya sendiri. Orang-orang Quraisy tidak akan pernah lagi menyerang ke sini. Sebaliknya, kita yang akan memerangi mereka. Kalian yang akan memasuki Mekah, lalu menghancurkan patung patung nya.โ€
Kaum muslimin bertakbir. Mereka kembali ke rumah masing-masing dengan diliputi rasa syukur dan bangga dengan kemenangan ini. Mereka telah melewati cubaan yang teramat berat. Sejak saat itu mereka yakin dakwah mereka akan menjadi ajaran baru yang dihormati dan di tunggu-tunggu kedatangannya.
Namun masih ada persoalan yang menggantung dengan bani Quraizhah. Rasulullah ๏ทบ memerintahkan kaum muslimin melakukan sholat Ashar di depan perkampungan bani Quraizhah. Dengan ketaatan yang mengagumkan, kaum muslimin yang sudah sangat lelah dalam perang Ahzab itu mengikuti perintah tersebut.
Rasulullah ๏ทบ memberikan bendera kepada Ali bin Abi Tholib. Namun, begitu Ali tiba di depan benteng bani Quraizhah, ia mendengar orang-orang Yahudi mencaci-maki Nabi Muhammad ๏ทบ dan hendak mencemarkan nama istri-istri beliau.
Rasulullah ๏ทบ segera menampakkan diri dan mendadak semua cacian itu berhenti.
โ€œWahai golongan kera, Allah sudah menghinakan kamu, bukan? Allah sudah menurunkan murkanya kepada kamu sekalian bukan?โ€ Demikian seru Rasulullah ๏ทบ.
Kaum muslimin mengepung bani Quraizhah selama 25 hari terus menerus.
Bersambung..
Sila ikuti penceritaan ini dari episod awal..
Sila like dan share..

KISAH RASULULLAH ๏ทบBahagian 115ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ุฏ*Rasulullah Mengutus Nuโ€™aim bin Masโ€™u...
08/03/2021

KISAH RASULULLAH ๏ทบ
Bahagian 115
ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ุฏ
*Rasulullah Mengutus Nuโ€™aim bin Masโ€™ud*
Bersabar bukan berarti berdiam diri. Rasulullah ๏ทบ memanggil Nuโ€™aim bin Masโ€™ud yang baru saja masuk Islam dan hal itu tidak diketahui oleh musuh. Pada masa jahiliyah Nuโ€™aim sangat erat bersahabat dengan bani Quraizhah dan Ghathafan.
โ€œYa Rasulullah, sesungguhnya kaum saya tidak mengetahui keislaman saya. Karena itulah silahkan kalau mau berbuat apa saja yang engkau inginkan terhadap diri saya,โ€ kata Nuโ€™aim.
Rosululloh ๏ทบ menjelaskan rencananya kepada Nuโ€™aim, setelah itu Rasulullah ๏ทบ bersabda,
โ€œLaksanakanlah rencana ini, Nuโ€™aim karena suatu pertempuran itu memang penuh tipu daya.โ€
Apa yang dilakukan Rasulullah ๏ทบ adalah strategi yang luar biasa untuk memecah-belah musuh. Atas perintah Rasulullah ๏ทบ, Nuโ€™aim pergi menemui bani Quraizhah. Nuโ€™aim berkata,
โ€œKalian semua telah tahu betapa aku sangat mencintai kalian,โ€
โ€œKami memang tidak menaruh curiga sama sekali kepada-mu,โ€ jawab bani Quraizhah.
Nuโ€™aim melanjutkan,
โ€œSebenarnya orang-orang Quraisy dan Ghathafan tidak sama dengan kalian sebab ini adalah negeri kalian. Di sini lah kalian menyimpan harta dan isteri-isteri kalian. Sementara itu harta dan isteri-isteri orang Quraisy serta kekuatan ada di tempat masing-masing.
Lagi p**a pengepungan sudah berjalan terlalu lama. Orang Quraisy dan Ghathafan mulai kehabisan bekal. Kuda-kuda dan unta-unta mereka sudah semakin kurus kerana rumput di sekitar Madinah telah menggundul. Sebentar lagi mereka akan p**ang, sementara kalian akan ditinggalkan sendiri untuk menghadapi Muhammad dan pengikutnya.
Mengapa kalian sampai hati menghianati Muhammad? Bukankah kalian mengetahui bahwa Muhammad itu sangat jujur dan setia? Ia pasti akan membela kalian jika kalian dalam kesulitan seperti yang tertera dalam perjanjian di antara kalian dan Muhammad.
Jika pas**an al-Ahzab datang posisi kalian akan terjepit. Yang pasti kalian tidak akan mampu menghadapi Muhammad dan para pengikutnya, jika kalian dan mereka saling berhadapan langsung.โ€
โ€œApa yang harus kami lakukan?โ€ tanya orang Yahudi itu bingung.
โ€œMinta tebusan dari pihak Quraisy dan Ghathafan. Dengan demikian keduanya tidak akan p**ang melainkan bertempur bersama kalian. Janganlah kalian mahu disuruh menyerang sebelum tebusan tebusan dari pihak Ahzab ada di tangan kalian,โ€ jawab Nuโ€™aim bin Mashud.
Bani Quraizhah menyetujui usul yang menurut mereka sangat baik ini.
*Musuh Terpecah Belah*
Kemudian secara diam-diam Nuaim melanjutkan visinya, ia pergi ke perkemahan bani Ghathafan yang juga sahabatnya. Kepada mereka Nuaim berkata,
โ€œSebenarnya bani Quraizhah merasa menyesal telah memusuhi Muhammad. Mereka enggan meneruskan pertempuran di pihak kalian. Hati-hati, mereka akan berpura-pura meminta tebusan kepada kalian, padahal tebusan itu akan diserahkan kepada Muhammad, agar Muhammad memaafkan perbuatan mereka.โ€
Mendengar itu para pemimpin Ghathafan dan Quraisy jadi ragu-ragu terhadap bani Quraizhah. Abu Sufyan pun menulis surat kepada Kaab pemimpin bani Quraizhah.
โ€œKami sudah cukup lama tinggal di tempat ini dan mengepung Muhammad. Menurut hemat kami, besok kalian harus sudah menyerbu Muhammad dari belakang dan kami akan menyusul.โ€
โ€œBesok hari Sabtu,โ€ tulis Kaab. โ€œPada hari Sabtu kami tidak dapat berperang atau bekerja apa pun.โ€
โ€œCari hari Sabtu lain saja sebagai pengganti Sabtu besok,โ€ geram Abu Sufyan dalam surat balasannya.
โ€œSebab besok Muhammad sudah harus diserbu. Kalau kami sudah mulai menyerang Muhammad sedang kamu tidak turut serta dengan kami, persekutuan kita dengan sendirinya bubar dan kamulah yang akan kami serbu lebih dahulu sebelum Muhammad!โ€
Bani Quraizhah tidak berani melanggar pantangan pada hari Sabtu. Mereka mengulangi jawaban itu dengan tambahan bahawa ada golongan mereka yang dapat kemurkaan Tuhan karena telah melanggar hari Sabtu, sehingga berubah menjadi monyet dan babi.
Kemudian bani Quraizhah malah meminta tebusan dari pihak Ahzab untuk ditahan di benteng mereka agar yakin bahawa orang Quraisy dan Ghathafan tidak akan pergi begitu saja.
Mendengar itu, yakinlah pas**an Ahzab bahwa apa yang dikatakan Nuโ€™aim benar. Keraguan besar segera melanda pas**an Ahzab. Jika bani Quraizhah tidak menyerang dari belakang, mereka terpaksa harus menyerang dari depan melalui parit. Padahal parit itu tidak akan diseberangi dengan cara bagaimanapun.
Kerana orang Quraisy menolak menyerahkan tebusan. Yakinlah bani Quraizhah bahawa mereka akan ditinggalkan.
_Shallu โ€˜alan Nabiโ€ฆ_
Bersambung..
Sila ikuti penceritaan ini dari episod awal
Sila like dan share..

KISAH RASULULLAH ๏ทบBahagian 114ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ุฏ*Kaum Muslimin Sangat Terkejut*Tentu ...
08/03/2021

KISAH RASULULLAH ๏ทบ
Bahagian 114
ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ุฏ
*Kaum Muslimin Sangat Terkejut*
Tentu saja Rasulullah ๏ทบ dan para sahabatnya terkejut setelah mendengar Yahudi Bani Quraizhah telah membelot ke pihak musuh. Ini berarti pas**an muslim yang jumlahnya jauh lebih sedikit itu harus membahagikan pas**an dalam dua kelompok pertempuran. Keadaan ini benar-benar memberatkan.
Rasulullah ๏ทบ mengutus Saad bin Muadz pemimpin suku Aus yang pernah menjadi sekutu sekaligus pelindung bani Quraizhah ditemani Saโ€™ad bin Ubadah pemimpin suku Khazraj dan beberapa orang sahabat Rasulullah ๏ทบ meminta mereka memujuk keadaan bani Quraizhah.
Para sahabat itu kemudian pergi menemui bani Quraizhah yang telah mengurung diri dalam benteng mereka. Saad bin Muadz mencuba mengingatkan perjanjian damai yang berisi saling bantu antara kaum muslimin dan bani Quraizhah.
โ€œAntara kami dan Muhammad tidak ada ikatan apa-apa dan tidak ada perjanjian apa-apa,โ€ jawab bani Quraizhah kepada Saad bin Muadz
Saad berusaha menyedarkan bani Quraizhah terhadap risiko yang akan mereka hadapi kerana membelot dari perjanjian dengan kaum muslimin. Saad meminta mereka agar tetap mahu menjadi sekutu dengan segala kejujuran sebagaimana pada masa-masa lalu dan tetap menjaga hak kedua belah pihak agar tidak mengecewakan Rasulullah ๏ทบ pada saat-saat sulit seperti ini.
Namun jawaban bani Quraizhah sangat kasar dan menghina. Saad bin Muadz marah sekali sampai terjadi perang mulut antara Saad bin Muadz dan bani Quraizhah. Akhirnya Saad dan para sahabat yang lain p**ang dengan hati kesal.
โ€œBiarkan mereka menentang dirimu, sebab jika dilayani hanya akan menambah banyak pertengkaran antara kita dan mereka,โ€ kata Saโ€™ad bin Ubadah kepada Saad bin Muadz.
Saad bin Muadz menemui Rasulullah ๏ทบ dan melapor,
โ€œYa Rasulullah, mereka telah melanggar perjanjian sebagaimana dulu dilakukan suku Adhal dan Qarah.โ€
Mendengar itu Rasulullah ๏ทบ bersabda,
โ€œAllahu akbar, Bergembiralah wahai kaum muslimin!โ€
Saad masuk Islam pada usia 31 tahun. Pada usia 37 tahun Ia pergi menemui Syahidnya. Hari-hari keislaman sampai wafatnya diisi semua dengan karya-karya gemilang dalam berbakti kepada Allah ๏ทป dan rasulnya ๏ทบ.
*Suara Kaum Munafik*
Kata-kata hiburan Rasulullah ๏ทบ yang penuh semangat itu tidak ditanggapi dengan baik oleh orang-orang munafik dan mereka yang lemah Iman.
Memang benar, keadaan seperti itu membuat hampir seluruh sahabat dilanda kecemasan. Al-Qurโ€™an melukiskan bahawa keadaan kaum muslimin waktu itu sedang diuji dengan guncangan yang amat dahsyat sampai-sampai tidak tetap lagi penglihatan mereka. Terasa sesak naik sampai ke tenggorokan dan mereka menyangka bermacam-macam terhadap Allah. Akan tetapi bagaimanapun keadaannya orang yang imannya kuat tidak beranjak dari sisi Rasulullah ๏ทบ.
Berbeza halnya dengan orang-orang munafik. Mereka berkata,
โ€œMuhammad berjanji kepada kita semua bahawa suatu saat kita akan merebut kekayaan Kaisar Persia dan Romawi. Nyatanya? Hari ini saja tidak seorang pun dari kita merasa aman, bahkan untuk sekedar pergi ke jamban.โ€
Suara-suara Sumbang yang lain juga terdengar,
โ€œMuhammad rumah kami saat ini sedang kosong tak berpenghuni. Ijinkanlah kami keluar dari barisan tempur untuk p**ang ke rumah masing-masing karena rumah kami terletak di luar Madinah.โ€
Para sahabat setia menjadi marah,
โ€œMereka sungguh-sungguh penghianat. Ya Rasulullah, izinkanlah kami memenggal leher-leher mereka!โ€
Rasulullah ๏ทบ tidak ingin memaksa seseorang untuk bertempur. Beliau mengizinkan orang-orang lemah iman itu untuk p**ang, biarlah hanya orang-orang yang mampu menghadapi bahaya dan benar-benar menginginkan mati syahid saja yang tetap bertahan di barisan pas**an. Orang-orang lemah iman justru akan menularkan rasa takutnya kepada banyak orang.
Dan penilaian Rasulullah ๏ทบ ini tepat sekali. Setelah perginya orang-orang pengecut, barisan tempur yang tersisa justru semakin bulat tekadnya untuk bertempur dan berjuang.
Rasulullah ๏ทบ menyampaikan wahyu Allah ๏ทป bahwa, jika orang melarikan diri dari kematian, seandainya pun bisa hanya akan mengecap kesenangan dunia sebentar saja. Tak layak seorang lari dari bencana, padahal bencana itu datang atas izin Allah ๏ทป dan Allah ๏ทป -lah yang satu-satunya sumber pertolongan dan perlindungan.
*Pas**an Quraisy Mulai Putus Asa*
Rasulullah ๏ทบ merancang suatu strategi baru. Beliau ingin menawarkan kepada pas**an Ghathafan sepertiga hasil perkebunan Madinah jika mereka mau kembali p**ang. Tidak ragu lagi. Orang Ghathafan pasti akan menyambut baik dan jika mereka p**ang pas**an musuh yang tersisa tinggal 4 ribu prajurit Quraisy.
Rasulullah ๏ทบ meminta pendapat terlebih dahulu kepada Saad bin Muadz dan Saโ€™ad bin Ubadah sebagai pemimpin penduduk asli Madinah.
โ€œYa Rasulullah Jika Allah yang memerintahkan kami pasti tunduk dan patuhโ€ demikian jawab keduanya,
โ€œnamun jika ini pendapat Tuan kami tidak sependapat. Dulu orang Ghathafan tak pernah merasakan kurma Madinah, kecuali dengan membeli atau sedang diundang jamuan padahal waktu itu kami semua masih musyrik. Lalu mengapa kini setelah Allah memuliakan kami dengan Islam kami harus menyerahkan harta kami seperti itu? Demi Allah kami tidak akan memberikan sesuatu kepada mereka kecuali tebasan Pedang.โ€
Rasulullah ๏ทบ mengangguk setuju,
โ€œini memang pendapatku sendiri sebab aku melihat orang-orang Arab menyerang kita dengan panah.โ€
Pertempuran dilanjutkan, Rasulullah ๏ทบ memerintahkan agar perajuritnya tidak menampakkan diri kecuali dengan berbaju besi lengkap. Namun Saad bin Muโ€™adz terkena panah hingga menembus urat tangannya. Saat itu ia hanya mengenakan baju besi yang pendek.
Doa Saad pada waktu itu adalah,
โ€œYa Allah Sesungguhnya engkau tahu bahwa aku amat mencintai Jihad melawan orang-orang yang mendustakan Rasulullah dan mengusirnya.
Ya Allah, jika engkau masih menyisakan sedikit peperangan melawan orang-orang Quraisy, berikanlah sisa kehidupan kepadaku agar aku boleh memerangi mereka kerana Engkau semata.โ€
Nah pada suatu malam pas**an Quraisy yang sudah hampir kehilangan akal untuk menerobos parit mencuba kembali menyeberangi parit dengan pas**an berkuda pimpinan Ikrimah bin Abu Jahal. Pas**an muslim menebarkan hujan panah. Dalam gelap Rasulullah ๏ทบ berhasil memanah Ikrimah sehingga pas**an musuh terperosok dan kembali mundur.
Abu Sufyan mengirim surat kepada Rasulullah ๏ทบ yang isinya menuduh Rasulullah ๏ทบ sebagai pengecut, Abu Sufyan menantang muslimin untuk bertempur di lapangan terbuka.
Rasulullah ๏ทบ tersenyum dan membalas surat itu. Isinya mengatakan bahawa dalam waktu dekat ini beliau memang akan keluar menemui mereka untuk mengikis habis berhala-berhala Quraisy di Mekah. Pada hari-hari ini kesabaran memang menjadi senjata terampuh untuk meraih kemenangan.
Bersambung..
Sila ikuti penceritaan ini dari episod awal
Sila like dan share

Address

Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60196117225

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah Al Amen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Umrah Al Amen:

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Travel Agencies in Batu Caves

Show All