Afiq Travel & Tours Sdn. Bhd.

Afiq Travel & Tours Sdn. Bhd. Sebuah syarikat agensi pelancongan yang mempunyai lesen IOTU dari MOTAC.

Sebuah rakan kerjasama strategik Afiq Travel menawarkan Kursus Khas Haji 2024 / 1445 Hijrah. Boleh hubungi nombor terter...
21/02/2024

Sebuah rakan kerjasama strategik Afiq Travel menawarkan Kursus Khas Haji 2024 / 1445 Hijrah. Boleh hubungi nombor tertera untuk tempahan slot atau pertanyaan.

*** Update terkini***Assalamualaikum. Terdapat perubahan pada iklan pakej Badal Haji kami yang lepas untuk Badal Haji 20...
21/02/2024

*** Update terkini***
Assalamualaikum. Terdapat perubahan pada iklan pakej Badal Haji kami yang lepas untuk Badal Haji 2024/ 1445 Hijrah. Bersesuaian dengan perubahan kadar matawang asing dan juga perubahan harga pelaksanaan di Tanah Suci Mekah, kami sertakan pakej Badal Haji 2024 / 1445 Hijrah untuk rujukan.

Kami juga turut menawarkan pakej Qurban Haramain bagi mereka yang ingin membuat ibadah kurban di tanah suci. Boleh rujuk pada iklan yang dinyatakan.

Kami kini membuka pendaftaran untuk melaksanakan Badal Haji/Upah Haji/Ganti Haji kepada golongan-golongan tua umurnya yang kurang berkemampuan dari segi fizikal, uzur atau sakit yang mudarat baginya melaksanakan ibadah haji yang tiada harapan untuk sembuh serta orang yang meninggal dunia sedangkan ia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.
Slot badal haji kini dibuka sehingga bulan April 2024.

Boleh hubungi kami untuk tempahan atau pertanyaan lanjut.

Assalamualaikum. Kami kini membuka pendaftaran untuk melaksanakan Badal Haji/Upah Haji/Ganti Haji kepada golongan-golong...
24/11/2023

Assalamualaikum. Kami kini membuka pendaftaran untuk melaksanakan Badal Haji/Upah Haji/Ganti Haji kepada golongan-golongan tua umurnya yang kurang berkemampuan dari segi fizikal, uzur atau sakit yang mudarat baginya melaksanakan ibadah haji yang tiada harapan untuk sembuh serta orang yang meninggal dunia sedangkan ia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.

Slot badal haji kini dibuka sehingga bulan April 2024. Boleh hubungi kami untuk tempahan atau pertanyaan lanjut.

Telah datang seorang wanita dari kalangan bani Khas’am lalu bertanya kepada Nabi SAW:
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ فَرِيضَةَ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ فِي الْحَجِّ أَدْرَكَتْ أَبِي شَيْخًا كَبِيرًا، لاَ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْتَوِيَ عَلَى الرَّاحِلَةِ فَهَلْ يَقْضِي عَنْهُ أَنْ أَحُجَّ عَنْهُ قَالَ ‏ "‏ نَعَمْ ‏"‏‏
Maksudnya: "Wahai Rasulullah SAW, sesunguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu untuk duduk dengan baik di atas haiwan tunggangan / kenderaan, maka apakah aku boleh menunaikan haji baginya? Rasulullah SAW menjawab” : “Boleh”.
(Hadis Riwayat Bukhari, No.1854)
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Abi Razin yang bertemu Rasulullah SAW:
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَبِي شَيْخٌ كَبِيرٌ لَا يَسْتَطِيعُ الْحَجَّ وَلَا الْعُمْرَةَ وَلَا الظَّعْنَ قَالَ احْجُجْ عَنْ أَبِيكَ وَاعْتَمِرْ
Maksudnya: “Ya Rasulullah sesungguhnya ayahku sudah tua sekali, tidak mampu menunaikan haji dan umrah dan tidak berkemampuan ke sana, Rasulullah SAW bersabda '' Haji dan Umrahkanlah untuk ayahmu''.
(Hadis Riwayat Abu Daud, No.1810)
Kredit: Pejabat M***i Wilayah Persekutuan
(https://muftiwp.gov.my/.../2951-al-kafi-1003-badal-haji...)

Assalamualaikum, Salam Jumaat yang penuh rahmat.Afiq Travel & Tours kembali menawarkan pakej umrah bagi tahun 2024. Pake...
24/11/2023

Assalamualaikum, Salam Jumaat yang penuh rahmat.

Afiq Travel & Tours kembali menawarkan pakej umrah bagi tahun 2024. Pakej yang dinyatakan untuk bulan Januari sehingga Februari 2024 sahaja. Seramai 40 orang jemaah umrah sahaja bagi satu kump**an/penerbangan. Sekiranya terdapat kump**an kecil, boleh hubungi kami untuk susunan khas (pakej custom) mengikut susunan aktiviti (itenerary) kump**an.

Harga tertakluk kepada perubahan kadar tukaran matawang asing Malaysia berbanding Saudi Riyal, insahaALLAH kami berikan pakej pada kadar yang terbaik kepada pelanggan kami.

Sekiranya kump**an memilih untuk melaksanakan ibadah umrah semasa musim cuti sekolah (10 Februari 2024 - 10 Mac 2024) satu bayaran tambahan akan dikenakan oleh pihak penerbangan. Kami akan maklumkan bagi mengelakkan kekeliruan.

Hubungi kami atau wakil jualan untuk tempahan atau pertanyaan lanjut. Boleh juga berhubung melalui aplikasi WhatsApp kami pada nombor yang tertera di poster.



Assalamualaikum.Pakej terbaharu dan terkini dari kami. Menggunakan visa Umrah untuk keselesaan para jemaah. Terhad kepad...
15/08/2023

Assalamualaikum.
Pakej terbaharu dan terkini dari kami. Menggunakan visa Umrah untuk keselesaan para jemaah. Terhad kepada 35-40 orang jemaah bagi satu kump**an. Ditawarkan bermula hari ini sehingga penghujung Oktober 2023. Tawaran pakej dinyatakan seperti gambar poster promosi kami.

Hotel 5 bintang yang baru selesai pembinaan. Mewah dengan kemudahan. Jaraknya 1.5km dari Masjidil Haram. Bas perantara disediakan khas oleh pihak hotel untuk jemaah yang menginap disini. Terdapat dua pusat membeli belah disekitar hotel ini.

Terdapat juga pakej-pakej (umrah) yang akan kami kemaskini dari masa ke semasa. Bergantung kepada situasi dan perkembangan semasa di Arab Saudi

Boleh hubungi kami untuk pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pakej ini.

Assalamualaikum. Jika berkesempatan dan tiada halangan InshaALLAH esok kita dijangka berpuasa sekiranya proses melihat a...
22/03/2023

Assalamualaikum. Jika berkesempatan dan tiada halangan InshaALLAH esok kita dijangka berpuasa sekiranya proses melihat anak bulan Ramadhan petang ini berjalan lancar. Kami pihak pengurusan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Kareem (Ramadhan yang diberkati) buat semua muslimin dan muslimat.

Semoga kita beroleh keberkatan dalam melaksanakan ibadah didalam bulan yang mulia ini. Kami memohon ampun maaf atas segala kekurangan mahupun ketidaksempurnaan dalam menyantuni muslimin muslimat semua.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Assalamualaikum wbt.Syukur Alhamdulillah, Afiq Travel & Tours Sd...
09/03/2023

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.
Syukur Alhamdulillah, Afiq Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan satu lagi pakej ibadah umrah pada bulan April 2023 akan datang.
Pakej ini terhad kepada 35 - 40 orang jemaah sahaja agar jemaah dapat menghayati dan menikmati suasana menjalani ibadah umrah dan ziarah dengan lebih selesa.

Segala terma dan syarat ada dinyatakan pada borang pendaftaran yang boleh diperolehi terus melalui kami atau wakil-wakil jualan/ejen kami.

Jika tuan-tuan dan puan-puan berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi wakil syarikat seperti yang dinyatakan ataupun berhubung terus melalui media sosial ataupun emel kepada kami.

Semoga yang baik-baik untuk semua.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمAlhamdulillah, 27 Februari 2023 kami diberi peluang untuk menyantuni duyufurrahman ...
02/03/2023

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Alhamdulillah, 27 Februari 2023 kami diberi peluang untuk menyantuni duyufurrahman dari Kuching, Sarawak yang dikelolakan oleh Syarikat AM Salam diketuai oleh ketua rombongan Tuan Haji Ismail Maharop bersama Dr Mastika Lamat.

Jemaah umrah seramai 66 orang terbang dari Kuching, Sarawak pada jam 11:00 malam dan telah selamat tiba di KLIA2 lebih kurang jam 1:00 pagi (28 Februari). Menaiki 2 buah bas bergerak ke KLIA untuk penerbangan antarabangsa. Dibekalkan snek semasa sesi taklimat sementara menunggu waktu penerbangan Saudia Airlines pada jam 7:10 pagi.

Alhamdulillah rombongan ini selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Jeddah, Arab Saudi lebih kurang jam 11:50 pagi waktu Saudi (4:50 petang waktu Malaysia). Perjalanan jemaah sebagai tetamu Allah di haramain menuju ke Madinah.

Semoga semua tetamu Allah selamat dalam perjalanan menuju ke Baitullah, dipermudahkan urusan sepanjang bermusafir, diberi kesihatan yang baik serta mendapat ketenangan dalam beribadah sepanjang berada di sana.

جَعَلَ اللّٰهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيٰمًا لِّلنَّاسِ وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ وَالْهَدْيَ وَالْقَلَاۤىِٕدَ ۗذٰلِكَ لِتَعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ يَعْلَمُ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَرْضِۙ وَاَنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ

Allah telah menjadikan Ka‘bah rumah suci tempat manusia berkumpul. Demikian p**a bulan haram, hadyu dan qala'id. Yang demikian itu agar kamu mengetahui, bahwa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahwa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Al-Mai'dah (5):97)

Assalamualaikum. Kami kini membuka pendaftaran untuk melaksanakan Badal Haji/Upah Haji/Ganti Haji kepada golongan-golong...
19/01/2023

Assalamualaikum. Kami kini membuka pendaftaran untuk melaksanakan Badal Haji/Upah Haji/Ganti Haji kepada golongan-golongan tua umurnya yang kurang berkemampuan dari segi fizikal, uzur atau sakit yang mudarat baginya melaksanakan ibadah haji yang tiada harapan untuk sembuh serta orang yang meninggal dunia sedangkan ia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.

Firman di dalam Al-Quran:

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Maksudnya: “Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”
(Surah Al-Imran: 97)

Jika wang yang dikumpulkan sudah mencukupi untuk menampung pembayaran ibadah haji, tetapi tidak dapat untuk melaksanakan atas sebab sakit atau uzur, adakah boleh diwakilkan kepada waris atau orang lain untuk melakukan badal haji? Merujuk kepada soalan yang diajukan, pada situasi ini, telah sampai kewajipan bagi dirinya untuk menunaikan haji. Namun begitu, faktor usia dan kesihatan adalah perkara yang perlu dititik beratkan ketika menunaikan haji. Bahkan, Sheikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fatani menyatakan bahawa mereka yang tidak mampu untuk menaiki kenderaan atau tunggangan atas sebab terlalu uzur, maka beliau perlu menaiki usung yang diusung oleh beberapa orang lelaki. Jika tidak mampu, maka dibenarkan kepada waris melaksanakan haji bagi dirinya atau mengupah orang lain melaksanakan ibadah ini.


Telah datang seorang wanita dari kalangan bani Khas’am lalu bertanya kepada Nabi SAW:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ فَرِيضَةَ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ فِي الْحَجِّ أَدْرَكَتْ أَبِي شَيْخًا كَبِيرًا، لاَ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْتَوِيَ عَلَى الرَّاحِلَةِ فَهَلْ يَقْضِي عَنْهُ أَنْ أَحُجَّ عَنْهُ قَالَ ‏ "‏ نَعَمْ ‏"‏‏

Maksudnya: "Wahai Rasulullah SAW, sesunguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu untuk duduk dengan baik di atas haiwan tunggangan / kenderaan, maka apakah aku boleh menunaikan haji baginya? Rasulullah SAW menjawab” : “Boleh”.
(Hadis Riwayat Bukhari, No.1854)


Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Abi Razin yang bertemu Rasulullah SAW:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَبِي شَيْخٌ كَبِيرٌ لَا يَسْتَطِيعُ الْحَجَّ وَلَا الْعُمْرَةَ وَلَا الظَّعْنَ قَالَ احْجُجْ عَنْ أَبِيكَ وَاعْتَمِرْ

Maksudnya: “Ya Rasulullah sesungguhnya ayahku sudah tua sekali, tidak mampu menunaikan haji dan umrah dan tidak berkemampuan ke sana, Rasulullah SAW bersabda '' Haji dan Umrahkanlah untuk ayahmu''.
(Hadis Riwayat Abu Daud, No.1810)

Kredit: Pejabat M***i Wilayah Persekutuan
(https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2951-al-kafi-1003-badal-haji-kepada-orang-yang-tidak-sihat)

Assalamualaikum.Satu hebahan untuk para pelanggan dan juga bakal pelanggan kami yang hormati. Hebahan ini dimuatnaik seb...
31/12/2022

Assalamualaikum.
Satu hebahan untuk para pelanggan dan juga bakal pelanggan kami yang hormati. Hebahan ini dimuatnaik sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan salah faham dan sebarang unsur penipuan atau scammer. Semoga kita dijauhkan dari terlibat mahupun menjadi mangsa penipuan,InshaALLAH.

Selamat Tahun Baru 2023.
Semoga tahun baru memberi kita kebaikan dan nikmat yang berpanjangan, Aamiin.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Assalamualaikum wbt.Syukur Alhamdulillah, Afiq Travel & Tours Sd...
11/11/2022

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah, Afiq Travel & Tours Sdn. Bhd. berpeluang menawarkan satu lagi pakej khas ibadah umrah pada bulan Januari 2023 akan datang.

Pakej ini terhad kepada 40 orang jemaah agar jemaah dapat menghayati dan menikmati suasana menjalankan ibadah umrah dan ziarah dengan lebih selesa.

Segala terma dan syarat ada dinyatakan pada borang pendaftaran yang boleh diperolehi terus melalui kami atau wakil-wakil jualan/ejen kami.

Jika tuan-tuan dan puan-puan berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi wakil syarikat seperti yang dinyatakan ataupun berhubung terus melalui media sosial kami ataupun emel kepada kami.
Semoga yang baik-baik untuk semua.

Dengan Nama Allah yang Maha Pangasih dan Maha Penyayang.Assalamualaikum wbt.Syukur Alhamdulillah, Afiq Travel & Tours Sd...
14/10/2022

Dengan Nama Allah yang Maha Pangasih dan Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah, Afiq Travel & Tours Sdn. Bhd. berpeluang menawarkan satu pakej khas ibadah umrah pada bulan Disember 2022 ini.

Pakej ini terhad kepada 40 orang jemaah agar jemaah dapat menghayati dan menikmati suasana menjalankan ibadah umrah dan ziarah dengan lebih selesa.

Segala terma dan syarat dinyatakan pada borang pendaftaran yang boleh diperolehi melalui wakil-wakil kami. Jika berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, tuan-tuan dan puan-puan boleh menghubungi wakil syarikat seperti yang dinyatakan ataupun berhubung terus melalui media sosial kami ataupun emel kepada kami.

Semoga yang baik-baik untuk semua.

‎بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ‎اَلْحَمْدُلِلّهِ dengan berkat dan rahmat ‎اللّهُ pihak Afiq Travel telah selama...
11/10/2022

‎بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

‎اَلْحَمْدُلِلّهِ dengan berkat dan rahmat ‎اللّهُ pihak Afiq Travel telah selamat menghantar serta mengiringi jemaah Umrah untuk trip Oktober 2022 (9-21 Oktober 2022) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Didoakan semoga para jemaah Afiq Travel mendapat umrah yang mabrur dan barokah disamping diberi kekuatan fizikal dan mental dalam mengerjakan ibadan umrah dan ziarah dibumi anbia.

Semoga perjalanan ini menyimpulkan ikatan memori indah semasa melaksanakan ibadah umrah dan ziarah.

Lagi bingkisan semasa menghantar dan mengiringi jemaah Umrah Afiq Travel untuk trip Oktober 2022.
11/10/2022

Lagi bingkisan semasa menghantar dan mengiringi jemaah Umrah Afiq Travel untuk trip Oktober 2022.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada rakan2 FB semua. Dengan ini kami ingin memaklumkan bahawa kami sedia menyantuni...
13/09/2022

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada rakan2 FB semua. Dengan ini kami ingin memaklumkan bahawa kami sedia menyantuni anda bagi merealisasikan impian anda untuk melancong di dalam dan luar negara serta menyantuni Dhuyufurrahman dengan pakej2 Umrah Afiq Travel & Tours Sdn Bhd . Sebarang pertanyaan sila hubungi kami ditalian +603-48207908 /+6017-2470642 Anda Keutamaan Kami.

*RALAT*
Alamat Email yang diguna pakai : [email protected]
(terdapat kesilapan pada alamat email di dalam gambar)

13/09/2022
Dengan Nama Allah yang Maha Pangasih dan Maha Penyayang.Assalamualaikum wbt.Syukur Alhamdulillah, Afiq Travel & Tours Sd...
16/07/2022

Dengan Nama Allah yang Maha Pangasih dan Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah, Afiq Travel & Tours Sdn. Bhd. berpeluang menawarkan satu pakej khas ibadah Umrah pada bulan Oktober 2022 ini. Pakej ini terhad kepada bilangan yang kecil (boleh rujuk pada gambar disediakan) agar jemaah menghayati dan menikmati suasana menjalankan ibadah Umrah dan ziarah dengan lebih selesa.

Segala terma dan syarat dinyatakan pada borang pendaftaran yang boleh diperolehi melalui wakil-wakil kami. Jika berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, tuan-tuan dan puan-puan boleh menghubungi wakil syarikat seperti yang dinyatakan ataupun berhubung terus melalui media sosial kami ataupun emel kepada kami.

Mengenai SOP terkini bagi menjalankan ibadah Umrah, kami akan kemaskini melalui posting didalam page ini dari semasa ke semasa. Semoga yang baik-baik untuk semua.


Address

No 9-2, Jalan PPS 1, Pusat Perdagangan Selaseh
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60348207908

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Afiq Travel & Tours Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Afiq Travel & Tours Sdn. Bhd.:

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Travel Agencies in Batu Caves

Show All