Penguin Parade at Asahiyama Zoo
Winter Private Trip, Jom Hokkaido
AL MAAROF JELAJAH MUSLIM
011-2197 1599
Day 2 Hokkaido Winter Private Trip,
Jom Hokkaido
AL MAAROF JELAJAH MUSLIM
011-2197 1599
Day 1 Hokkaido Winter Private Trip,
Jom Hokkaido
AL MAAROF JELAJAH MUSLIM
011-2197 1599
Alhamdulillah Selamat berangkat kepada Al Maarof Guest ke Hokkaido.
Enjoy your Journey with fascinating views of Hokkaido.
Jom Hokkaido
AL MAAROF JELAJAH MUSLIM
011-2197 1599
Hokkaido Snowflakes & Snowpowder
Ingin merasai pengalaman disirami SNOWFLAKES dan SNOWPOWDER?
HOKKAIDO winter season package (Dis 2020 ~ Feb 2021) now open.
hubungi kami segera 011.2197.1599
Narathiwat - Pattani - Yala Trip
Stay in Malay-Thai Village Experience - Narathiwat - Pattani - Yala Trip
Pasar Terapung Klong Hae
Pasar Terapung Klong Hae
Pasar Terapung Klonghae terletak di Ampur Hatyai, Songkhla. Walaupun terdapat banyak pasar terapung di serata Thailand seperti di Bangkok, Chiang Mai dan Pattaya, hanya ada satu pasar terapung di Selatan Thai iaitu di Ampur Hatyai.
Pasar terapung itu dikenali sebagai Thalat Klonghae dalam kalangan penduduk tempatan. Thalat bermaksud pasar, nam adalah air manakala Klonghae adalah nama sungai.
Tempat itu mula dibuka kira-kira empat tahun lepas dan beroperasi setiap hari dari pukul 3 petang hingga 9 malam.
Namun, suasananya lebih meriah pada waktu malam, mungkin kerana konsepnya sebagai pasar malam. Apatah lagi, pelancong yang pergi dengan ejen pelancongan, kebanyakannya dibawa ke sana untuk makan malam.
Terdapat kira-kira 60 perahu di sungai menjual pelbagai juadah makanan seperti ayam goreng, udang goreng, nasi ayam, som tam dan mee celup serta pelbagai jenis minuman buah-buahan di situ.
Cara membeli adalah dengan memesan dari tebing dan peniaga akan meletakkan makanan itu di dalam bakul lalu menghulurkan kepada pembeli menggunakan galah atau kayu. Untuk membayar, letakkan sahaja duit di dalam bakul tersebut.
Soal mendapatkan makanan halal juga bukan satu masalah kerana terdapat ramai peniaga Islam di pasar terapung itu.
Untuk membezakan gerai Islam dengan bukan Islam, cari peniaga yang berpakaian muslim seperti bertudung atau berkopiah.
Apa yang uniknya, kalau membeli jus air, ia diisi di dalam bekas buluh, tempurung kelapa dan tembikar pelbagai bentuk seperti watak kartun seperti doraemon dan ultraman serta buluh yang telah dipotong. Bekas ini boleh dibawa pulang untuk dijadikan sebagai cenderamata.