Sarah's Homestay Batu Pahat

Sarah's Homestay Batu Pahat Cozy and affordable guest house and accomodation

Kami follow SOP.Semua tamu yang nak cek in diwajibkan isi My Sejahtera ini.
02/08/2020

Kami follow SOP.

Semua tamu yang nak cek in diwajibkan isi My Sejahtera ini.

Alhamdulillah lepas balik kerja petang ni, sempat Kak Sarah pergi visit homestay.Lepas tamu check out, dan memudian dike...
08/07/2020

Alhamdulillah lepas balik kerja petang ni, sempat Kak Sarah pergi visit homestay.

Lepas tamu check out, dan memudian dikemas oleh assistant, Kak Sarah akan datang buat quality check. Ini untuk pastikan keadaaan Sarah's Homestay sentiasa tiptop untuk menerima kedatangan tetamu seterusnya.

Biarlah penat, dan jauh sikit nak pusing lepas balik kerja sebelum balik ke rumah sendiri, Kak Sarah tetap nak pastikan semuanya dalam keadaan teratur.

Maklumlah assistant yang kemas semalam lama cuti :)

Weekend ni ada kosong gais.

Cepat contact Kak Sarah untuk booking ya.

01/07/2020
07/06/2020

Sarah's Homestay dibuka semula sempena PKPP.
Sila hubungi Kak Sarah untuk membuat tempahan ya gais :)

TerbaikBersihSelesaMemang selalu Kak Sarah dapat komen sebegini.Happy nau rasanya hati Kak Sarah ni :)
23/12/2019

Terbaik
Bersih
Selesa

Memang selalu Kak Sarah dapat komen sebegini.

Happy nau rasanya hati Kak Sarah ni :)

Semalam Kak Sarah buat keputusan untuk order set autogate yang baru.Sebenarnya Sarah's Homestay pada asalnya memang ada ...
22/12/2019

Semalam Kak Sarah buat keputusan untuk order set autogate yang baru.

Sebenarnya Sarah's Homestay pada asalnya memang ada autogate. Tapi nasib kami tak berapa baik, box autogate yg ditepi pagar tu dah dilanggar oleh kereta tamu kami.

Box tu rosak. Tayar kereta tamu pecah. Sedih :'(

Tapi syukurlah tamu tu nak tanggung separuh daripada kos pembelian mesin autogate yang baru. Kak Sarah pun s**a sorak sorai walaupun separuh aje :D

Eehhh bukan senang nak dapat tamu yang sanggup nak tanggung kos kerosakan macam ni. Kebanyakannya bila kita mintak terus lesap, hilang, block kita dan tak jawab call kita.

Kak Sarah syukur sangat. Kak Sarah percaya kalau kita baik, orang pun akan baik dengan kita. Prof Muhaya kata, ada baik, beri baik, dapat baik. Begitulah juga sebaliknya.

Sebenarnya Kak Sarah nak cerita tentang autogate yang baru je kami pasang 2 hari lepas.

Alhamdulillah lepas ni dah takde masalah kena hujan lagi bila tamu nak cek in. Tamu boleh tekan je button buka, taraaaaa terbukalah pagarnya.

Selamat menikmati fasiliti yang sangat memudahkan ini ya! Terima kasih kepada Safiq Aircond and Servis atas harga yang wowww dan servis yang mantappp!

Yang ni anak bongsu Kak Sarah.Bila kami mengemas memang akan bawa dia sekali. Dengan harapan dia akan tolong mengemas ta...
14/12/2019

Yang ni anak bongsu Kak Sarah.

Bila kami mengemas memang akan bawa dia sekali. Dengan harapan dia akan tolong mengemas tapi lain p**a jadinya.

Tengok tu, ada saja yang nak dikacaunya. Cadar katil dah tegang dia akan naik atas katil dan lompat-lompat.

Lepastu dia buka p**a laci, untuk keluarkan isi-isi yang ada dalam tu.

Haishhh anak oh anak.

So bila macam ni, Kak Sarah akan minta sorang abangnya untuk pantau dia. Main dengan dia ke, nyanyi sama-sama ke. Tengok tv cerita kartun ke. Apa-apalah asalkan dia tak mengacau.

Korang yang ada anak kecil tapi perlu mengemas homestay, cer cerita sikit macamana handle situasi macam ni.

Weekend ni kami kena mengemas berturut-turut.Tamu masuk satu hari satu hari.Biasanya memang Kak Sarah lebih prefer ambil...
14/12/2019

Weekend ni kami kena mengemas berturut-turut.

Tamu masuk satu hari satu hari.

Biasanya memang Kak Sarah lebih prefer ambil tamu yang nak masuk 2 hari atau 3 hari terus. Sebab boleh jimat kos mengemas dan mudahkan pengurusan.

Tapi wekeend kali ni, tamu dah start masuk hari Khamis, chek out Jumaat. Kemudian tamu lain masuk Jumaat dan check out Sabtu. Ada lagi tamu masuk Sabtu dan check out Ahad. Nanti Isnin ada lagi yang nak masuk 2 hari. Kadang last minute pun mungkin ada yang nak masuk Ahad cekout Isnin. Phewww kental juga kami nak mengemas.

Pembantu p**a cuti. Jadi kamilah anak beranak yang mengemas.

Musaa, anak Kak Sarah yang nombor 3 tugasnya bukak dan pasang sarung bantal dan mengelap semua meja.

Ameen p**a yang nombor 2 menyedut habuk satu rumah.

Kakak p**a yang nombor 1 mengemop lantai. (Lupa nak ambil gambar dia)

Kak Sarah jadi mando dan buat quality check. Hihihi. Bila diorang buat tak sempurna Kak Sarah lah yang jadi tukang bebel dan buat semula kerja diorang. Itulah tugas mak-mak kannnn. @ Sarah's Homestay Batu Pahat

Kak Sarah baru aje ambik toto dari kedai dobi. Wangi sungguh baunya.Bulan 12 time cuti sekolah ni memang tamu keluar mas...
11/12/2019

Kak Sarah baru aje ambik toto dari kedai dobi. Wangi sungguh baunya.

Bulan 12 time cuti sekolah ni memang tamu keluar masuk tak kira weekend ke weekdays.

Yang paling sibuk ni siapa lagi?

Tentulah ahkak kan :P

Yelah. Sebab Kak Sarah kenalah pastikan semua fasiliti di Sarah's Homestay dalam keadaan tiptop, cadar towel toto semua dalam keadaan bersih dan wangi harummm.

Untuk Disember ni yangkosong cuma dari 22-27 haribulan aje ya. Tarikh lain semua fully booked :*

Ada tamu masuk semalam.Kontraktor untuk pemasangan pendawaian Telekom.Katanya nak duduk 7 hari 6 malam :) Jadi, kalau ad...
19/11/2019

Ada tamu masuk semalam.

Kontraktor untuk pemasangan pendawaian Telekom.

Katanya nak duduk 7 hari 6 malam :)

Jadi, kalau ada tamu yang duduk bagi tempoh yang agak panjang, biasanya Kak Sarah akan ambil deposit tinggi sikit dan ambik gambar meter elektrik ni dengan bacaan pada hari tamu check in.

Kak Sarah jugak pesan kat diorang harap dapat tutup aircond dan semua suis lampu dan kipas bila keluar pergi kerja.

Selain dapat jimatkan elektrik, kita juga dapat selamatkan bumi kita dari pemanasan global. Tersengih2 mereka bila Kak Sarah sebut tentang global warming tu.

Mesti dalam hati diorang kata, Kak Sarah ni bebel macam mak diorang :P hahhahah

Bukan apa, bacaan meter ni penting nak pantau penggunaan elektrik diorang. Jadi bila mereka cek out, jika bacaannya lebih dari purata kebiasaan, Kak Sarah akan caj dari deposit tu lah.

Mudahkan.

Maka takdelah tamu nak kata tak puas hati dan Kak Sarah pun takdelah menanggung kerugian yang tinggi.

Boleh gitu.

Bila ditanya tentang komen tetamu ttg Sarah's Homestay dan jawapannya sangat ringkas dan padat berbunyi macam ni: "SANGA...
17/11/2019

Bila ditanya tentang komen tetamu ttg Sarah's Homestay dan jawapannya sangat ringkas dan padat berbunyi macam ni: "SANGAT SELESA''.

Hati Kak Sarah berbunga-bunga girang, happy, puas hati dan bahagia.

Yelah mana taknya, bukan senang tau nak bagi keselesaan pada orang. Sebab kehendak dan preferences orang kan berbeza-beza.

Kak Sarah ni jenis yang tak sampai hati bila tamu tak dapat keselesaan maksimum di Sarah's Homestay.Bilik Masterbedroom ...
17/11/2019

Kak Sarah ni jenis yang tak sampai hati bila tamu tak dapat keselesaan maksimum di Sarah's Homestay.

Bilik Masterbedroom ni agak besar dan Kak Sarah letakkan 2 katil Queen kat sini. Sebenarnya ada juga kipas siling kat bilik ni yang boleh dilaras gunakan remote control.

Aircond yang lama di bilik ni, walaupun dah servis tapi tak sejuk macam aircond di bilik-bilik lain. Mungkin dah sampai jangka hayat dia agaknya.

Jadi lepas buat kira-kira, Kak Sarah rasa memang dah perlu untuk tukar satu unit aircond yang baru. So semalam Kak Sarah pun buat order.

Cepat aje mereka pasang. Dalam 2 jam dah siappp.

So bilik ni dah sejuk sangat tauuu. Jangan lupa bawa baju tebal bila nak datang menginap di sini. Suhu ala-ala winter Sonata gitu. Hahahah.

Hujung minggu lepas Kak Sarah bawa anak-anak mengemas homestay.Macam-macam gelagat 2 beradik ni :) Kadang-kadang confuse...
17/11/2019

Hujung minggu lepas Kak Sarah bawa anak-anak mengemas homestay.

Macam-macam gelagat 2 beradik ni :)

Kadang-kadang confuse juga Kak Sarah sebab nampak macam si adik yang lebih pandai dan rajin mengemas daripada si abang :*

Tapi lepas Kak Sarah tanya diorang, rupanya diorang bagi-bagi tugas sama rata. Lepas abang dah sedut habuk di bilik pertama, si adik di bilik yang lain p**a. Hihihihi katanya keadilan penting untuk keharmonian dalam kerja berpas**an :D

Ada-ada saja anak Gen Z ni :P

Tengok tu siap nyanyi-nyanyi lagi si abang. Nampak diorang enjoy buka dan pasang cadar.
Happy lettew sebab lepas kemas homestay dapat reward main Minecraft di komputer masing-masing.

Banyak yang Kak Sarah nak kena tambah baik.Kak Sarah meraikan semua komen dari para tetamu Kak Sarah.Syukur sangat merek...
17/11/2019

Banyak yang Kak Sarah nak kena tambah baik.

Kak Sarah meraikan semua komen dari para tetamu Kak Sarah.

Syukur sangat mereka puas hati. Kak sarah memang bimbang sangat kalau mereka tak selesa dan tak mencapai kehendak dan keperluan mereka.

8/10 dah cukup baikkkk sangat buat Kak Sarah. Alhamdulillah :)

Bila tamu call, dia cakap "ni Kak Sarah ya???" tetiba terkedu j*p dan berfikir bila p**a mak lahirkan sorang adik ni. Te...
24/10/2019

Bila tamu call, dia cakap "ni Kak Sarah ya???" tetiba terkedu j*p dan berfikir bila p**a mak lahirkan sorang adik ni. Tertanya-tanya p**ak betul ke yang kita ni anak bongsu :P Rasanya aruah abah takde kawin lain dulu hihihi :D

Sebenarnya terlupa yang kita bahasakan diri 'Kak Sarah' dalam fesbook ni. Hahaha :D

Tamu ni pun pandai, dia panggil2 macam tu nak rasa mesra dan nak minta diskaun lepas tu agaknya :*

Untuk cuti Deepavali ni dah fully book. Tamu bersilih ganti masuk untuk tempoh seminggu ni mulai esok hingga akhir bulan.

Kak Sarah happy sangat dapat bantu penuhi keperluan tetamu dan selesaikan masalah penginapan mereka.

Kalau nak booking bulan 11 nanti, cepat-cepat contact Kak Sarah maklumlah musim cuti sekolah :)

Fasiliti di Sarah's Homestay Batu Pahat๐Ÿ˜Š๐Ÿก4 bilik (3 bilik di tingkat atas semua beraircond) 3 bilik air4 double bed 2 si...
12/10/2019

Fasiliti di Sarah's Homestay Batu Pahat๐Ÿ˜Š๐Ÿก

4 bilik (3 bilik di tingkat atas semua beraircond)
3 bilik air
4 double bed 2 single bed
3 extra toto dan extra bantal
TV (Astro Njoi)
7 helai tuala
Iron dan ironing board
Sejadah
Fridge
Kettle
Microwave
Periuk Nasi
Pinggan mangkuk dan mug
2 parking lot dalam pagar
3 parking lot di luar pagar berhampiran Petronas

Kemudahan berhampiran (jalan kaki sahaja) :
Petronas
Speedmart
Dobi Layan diri
Warung dan gerai makan
Surau
Taman Permainan Kanak-Kanak

Berminat sila hubungi Kak Sarah wasap.my/+60137793007 @ Sarah's Homestay Batu Pahat

Lepas balik keje petang tadi Kak Sarah pergi cek homestay. Sejak dah duduk jauh sikit dari homestay ni, selalu aje tak s...
22/07/2019

Lepas balik keje petang tadi Kak Sarah pergi cek homestay. Sejak dah duduk jauh sikit dari homestay ni, selalu aje tak sempat.

Lepas pembantu Kak Sarah kemas, selalunya Kak Sarah akan buat quality cek :D yelah manatau ada yang kurang sempurna atau ada kerosakan yang nak diperbaiki.

Sejak awal bulan Julai ni master bedroom Kak Sarah dah upgrade. Sekarang dah ada 2 katil queen. Sebelum ni cuma satu aje. Macam dalam gambar tu :) kan dah ada 2.

Yelah kan senang kalau tamu ada keluarga yang ramai. Tak payah gaduh-gaduh anak beranak :P

Kat master bedroom ni juga ada arm chair bunga-bunga yang sangat selesa untuk duduk santai-santai sambil borak-borak anak beranak.

Ada juga lampu tidur yang cantik dan super romantik. Kak Sarah beli kat Ikea tu :) dan lagi ada bunga yang dihias cantik atas meja.

Suasana tenang, damai dan homey begini tentu yang dicari-cari oleh ramai tetamu kan.

Untuk bulan Ogos ni hampir fully booked setiap weekend. Siapa cepat dia dapat :D

Wasap aje Kak Sarah untuk booking: wasap.my/+60137793007

18/05/2019

Booking di Sarah's Homestay telah penuh dari 4 June - 8 June sempena Hari Raya Aidilfitri.

Harap maklum.

Ruang tamu Kak Sarah ni simple aje. Ada 7 seater sofa, coffee table, TV with Astro Njoi. Kemudian ruang makan p**a ada 6...
11/04/2019

Ruang tamu Kak Sarah ni simple aje. Ada 7 seater sofa, coffee table, TV with Astro Njoi. Kemudian ruang makan p**a ada 6 seater meja makan. Kami ada 2 kipas siling di ruang tamu ini. Insya allah tak rasa panas.

Ruang tamu ini juga ada ambience yang cantik dan menenangkan kerana silingnya dah dicornish dan ada face wall yang berwarna light pink dengan frame menara Eiffle di Paris.

Tetamu Kak Sarah tentu s**a kan :)

April ni agak sibuk juga dengan tamu keluar masuk.

Tapi Sabtu 13/4 dan Ahad 14/4 ni masih kosong. Cepat booking ya.

Baru-baru ni Kak Sarah ada buat site visit ke Green Flag awarded School (dinobatkan oleh WWF Malaysia). Teruja sangat Ka...
04/04/2019

Baru-baru ni Kak Sarah ada buat site visit ke Green Flag awarded School (dinobatkan oleh WWF Malaysia). Teruja sangat Kak Sarah lihat hasil kreativiti pelajarnya yang hasilkan art work dari bahan-bahan terbuang.

Gambar rambut tu sebenarnya dibuat dari old newspaper :O

Yang kedua p**a kepala orang dgn plastik dan lid botol di sekelilingnya :D

Yang bawah sekali adalah straw dan unused buttons.

Kak Sarah wish dapat hasilkan art work yg macam ni dari bahan terbuang supaya environment kita selamat dan sustainable. Tapi apakan daya, Kak Sarah ni kreatif 'sangat' hahahaha :)

22/03/2019

Sarah's homestay malam ini masih ada kekosongan.

Tamu kami last minute terpaksa cancel booking kerana ada kemalangan ahli konvoinya. Takziah kami ucapkan.

Jika ada yang nak masuk malam ni wasap Kak Sarah ya.

Pantai Minyak BekuJarak pantai ini dari Sarah's Homestay cuma 15 km dan mengambil masa dalam 15-20 minit saja.Pantai ini...
19/03/2019

Pantai Minyak Beku

Jarak pantai ini dari Sarah's Homestay cuma 15 km dan mengambil masa dalam 15-20 minit saja.

Pantai ini sesuai kalau nak bersantai menikmati pemandangan laut, kapal dan bot nelayan berdekatan pantai sambil berkelah dengan keluarga.

Namun kawasan sepanjang pantai ini dipenuhi batu dan mungkin kurang sesuai untuk bermandi-manda.

Kalau datang ke sini, boleh try masakan asam pedas yang sedap di salah satu gerai di situ. ๐Ÿ‘๐Ÿป

Brand new aircond utk Bilik ke 2 Sarah's Homestay.Kak Sarah faham sangat sekarang memang tengah musim panas terikkk kat ...
03/02/2019

Brand new aircond utk Bilik ke 2 Sarah's Homestay.

Kak Sarah faham sangat sekarang memang tengah musim panas terikkk kat tempat kita.

Oleh kerana aircond di bilik ni dah bocor dan menyebabkan suhunya dah suam-suam kuku, dan masukkan gas pun tak bertahan lama.

Maka dengan happynya dan relanya demi guest tercinta, Kak Sarah korbankan untung bulan ni utk upgrade ke aircond baru :D

Sebab Kak Sarah yakin dan percaya, bila kita beri yang terbaik kita juga akan dapat yg sama Insya Allah. Keselesaan tetamu adalah keutamaan Kak Sarah sebagai pengusaha homestay.

Hari ni 3/2 ada kosong. Besok dan lusa penuh. Cepat contact Kak Sarah kepada yg nak cek in. Maklumlah musim perayaan ni laku keras memanjang. Lambat sikit je sold out. Hihihihoho.

Bila kedua-dua pembantu Kak Sarah tak dapat bantu kemas homestay, Kak Sarah ada pembantu cilik yang boleh diharapkan.Ini...
17/01/2019

Bila kedua-dua pembantu Kak Sarah tak dapat bantu kemas homestay, Kak Sarah ada pembantu cilik yang boleh diharapkan.

Ini anak kedua Kak Sarah. 11 tahun umurnya. Boleh diharap. Tapi perlu disuruh. Anak-anak sekarang memang macam tu.

Kak Sarah minta dia sapu kawasan porch. Sekarang musim angin kuat jadi banyak daun kering yg masuk ke porch dan perlu disapu. Kerja ringan je ni berbanding kerja-kerja menyedut habuk dan mengemop lantai.

Bila diberi beberapa pilihan bahagian mana yang dia nak bantu kemas, tentu pilihannya kerja yang paling ringan kan. Takpelah nak, yang penting kamu tahu tidak mudah nak dapat duit.

Kak Sarah ni kadang-kadang ada sejenis penyakit perfectionist. Mana taknya Kak Sarah tak boleh tengok cadar yang renyuk....
25/12/2018

Kak Sarah ni kadang-kadang ada sejenis penyakit perfectionist. Mana taknya Kak Sarah tak boleh tengok cadar yang renyuk. Rasa geli geleman nak baring atas katil yang cadarnya renyuk sangat.

Jadi sepagian hari krismas ni Kak Sarah dok menggosok semua cadar, sarung bantal dan selimut yg dicuci di dobi layan diri semalam. Habistu dah takde papa santa yang nak tolong nak buek camana.

Sibuk benau rasa hari-hari cuti ni. Yelah, kej*p lagi tamu cek out pukul 12. Lepas tu ada p**a yang nak cek in jam 3 petang. Dari Rompin Pahang katanya.
Mudah-mudahan tamu yang masuk hari ni dapat menghidu bau harum cadar-cadar ni yang dah dibasuh bersih dan digosok tegang hendaknya.

Tamu hepi, Kak Sarah puas hati. @ Sarah's Homestay Batu Pahat

Malam jumaat beginilah Kak Sarah biasanya buat quality check. Yalah sebab esok tak kerjakan.Lagipun tadi ada tamu check ...
29/11/2018

Malam jumaat beginilah Kak Sarah biasanya buat quality check. Yalah sebab esok tak kerjakan.

Lagipun tadi ada tamu check out. Assisstant Kak Sarah dah siap kemas petang tadi.
Sebelum tamu lain check in, Kak Sarah singgah kej*p untuk buat pemantauan.

Kak Sarah pastikan:

1. Cadar yang wangi dipasang tegang
2. Langsir diikat rapi ditengah atau dikiri kanan daun tingkap
3. Lantai tiles putih licin divacuum dan dimop dengan pencuci Mr Muscle
4. Meja makan dilap kilat
5. Sofa kemas tersusun sekata
6. Anak tangga bersih dari sebarang rambut dan habuk
7. Cermin digilap tiada sebarang tanda
8. Bunga-bunga hiasan disusun rapi

Kak Sarah percaya tamu yang masuk malam ni tentu puas hati sangatlah.

Memang beruntung menginap di Sarah's homestay ni. @ Sarah's Homestay Batu Pahat

Kak Sarah menerima kunjungan daripada adik-adik pemain Sofball mewakili Pulau Pinang.Hebat adik-adik ni, mereka bertandi...
27/11/2018

Kak Sarah menerima kunjungan daripada adik-adik pemain Sofball mewakili Pulau Pinang.

Hebat adik-adik ni, mereka bertanding di Batu Pahat peringkat kebangsaan. Mereka menginap di Sarah's Homestay selama 4 hari 3 malam. Walaupun tak dapat masuk ke pusingan final, mereka tetap positif dan happy.

Tadi masa depa nak check out Kak Sarah datang.

"Saya Sarah pemilik homestay ni." Kata Kak Sarah pada mereka.

Salah sorang dari mereka kata, "Segak rupanya Kak Sarah ni. Kami ingat orang nya dah tua".

Hahahaha. Kak Sarah senyum aje tersipu-sipu.

Kak Sarah doakan adik-adik ni akan berjaya dalam s**an softball kelak dan menjadi pemain kebanggaan negara Malaysia.

Kalau datang ke Batu Pahat, menginaplah ke Sarah's Homestay lagi ya. @ Sarah's Homestay Batu Pahat

Aircond di bilik kedua kami dah kurang sejuknya.Jadi sepantas kilat Kak Sarah panggil Mr Phua untuk cek apa sebabnya. Di...
20/11/2018

Aircond di bilik kedua kami dah kurang sejuknya.

Jadi sepantas kilat Kak Sarah panggil Mr Phua untuk cek apa sebabnya. Di kata mungkin kabelnya dah bocor. Jadi dia cadangkan masukkan gas, kita lihat berapa lama boleh tahan sejuknya.

Harap-harap bertahan lamalah hendaknya.

Sebab Sarah's Homestay fully booked ni. Ada guest masuk untuk 10 hari. Kemudian guest dari Penang p**a akan masuk 4 hari. Lepastu guest lain akan sewa untuk kenduri kahwin berdekatan Sarah homestay p**a 2 hari.

Disember p**a every weekend dah penuh.

Kalau ada yang nak selit booking boleh contact Kak Sarah ya. Wasap.my/+60137793007 @ Sarah's Homestay Batu Pahat

Address

140, Jalan Gemilang 2, Taman Bukit Flora
Batu Pahat
83000

Telephone

+60137793007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarah's Homestay Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sarah's Homestay Batu Pahat:

Videos

Share


Other Vacation Home Rental in Batu Pahat

Show All

You may also like