28/11/2023
๐Terjemahan surat yang ditulis oleh seorang tahanan Israel kepada Briged Al-Qassam beberapa jam sebelum meninggalkan semenanjung Gaza โฆ!
Kepada jeneral yang telah menemani saya dalam beberapa minggu kebelakangan ini, nampaknya esok kita akan berpisah. Namun di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dari lubuk hati saya atas sifat kemanusiaan luar biasa yang kalian tunjukkan terhadap anak perempuan saya, Emilia. Kalian seperti ibu bapa untuknya, membenarkan dia masuk ke bilik kalian pada bila-bila masa dia mahu. Emilia mengakui bahawa dia merasakan kalian semua adalah kawannya. Bukan hanya sekadar kawan, malah orang yang benar-benar dikasihi dan dilayani dengan sangat baik.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih atas kesudian anda menghabiskan banyak masa sebagai penjaganya. Terima kasih kerana bersabar dengannya dan memberinya banyak gula-gula, buah-buahan dan segala-galanya yang ada walaupun kalian tidak memilikinya.
Kanak-kanak tidak sepatutnya dikurung, tetapi terima kasih kepada kalian dan orang baik yang kami temui sepanjang tempoh ini. Anak perempuan saya berasa seperti seorang permaisuri di Gaza... Secara umum, dia berkata perasaan itu bagaikan dialah segala-galanya. Sepanjang tempoh yang panjang ini, dia tidak pernah dia bertemu dengan sesiapa yang dari pangkat rendah sehingga ke pimpinan tertinggi yang tidak melayannya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan cinta.
Saya selamanya akan rasa terhutang budi dan bersyukur kerana dia tidak terperangkap di kawasan dengan trauma psikologi seumur hidup. Saya akan kenang budi baik baik kalian di sini walaupun situasi sangat sukar dan kalian alami kerugian di sini, di Gaza. Saya berharap kita dapat menjadi kawan baik di dunia ini.
Saya doakan kalian semua sentiasa sihat dan dalam keadaan sejahtera... Semoga dikurniakan kesihatan dan kasih sayang kepada kalian dan anak-anak keluarga kalian. Terima kasih banyak-banyak.
Danyal dan Emilia
27 Nov 2023