AJK Biro Pelancongan KPG Pangkalan Tebang

AJK Biro Pelancongan KPG Pangkalan Tebang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AJK Biro Pelancongan KPG Pangkalan Tebang, Tourist Information Center, Kampung Pangkalan Tebang, Bau.

Hi everyone, it’s good news to inform that:Trip to B**g Sa’a a. Rm20-per head-Registration/EntryPlease contact us by Wha...
24/07/2024

Hi everyone, it’s good news to inform that:

Trip to B**g Sa’a

a. Rm20-per head-Registration/Entry

Please contact us by WhatsApp📞
Receptionist:
+601129403879 Puan Ann
+60128447664 Puan Nur

notes : please inform/contact our receptionist 1 day before hiking date to make confirmation your trip.

📍Alamat : Kampung Pangkalan Tebang 94000 Bau, Sarawak.

Location google Maps : Malaysia, Sarawak, Bau, Kampung tebang, jalan krokong, bau sarawak郵政編碼:郵政編碼:, 94000

Open Trip to B**g Sa’a on this coming Wednesday Labour Day 01/05/2024.1. Open Slot on this 01/05/2024Wednesday - japanes...
28/04/2024

Open Trip to B**g Sa’a on this coming Wednesday Labour Day 01/05/2024.

1. Open Slot on this 01/05/2024Wednesday - japanese Bunkers- B**g Sa’a

Price including car park,registration & Guide charge. Total all just :Rm30 per Person.

Please contact us by calling or WhatsApp📞
+6⁨013-437 7818⁩ Mr Ayee
+601129403879 Puan Ann
+60128447664 Puan Nur

📍Alamat : Kampung Pangkalan Tebang 94000 Bau, Sarawak.

21/04/2024

Trail To B**g Sa’a Kampung Pangkalan Tebang Bau, Sarawak. Summit 389 meters.

-Aktiviti pemasangan tali pemegang & membina tempat duduk secara tradisional (Pingumas) di B**g Sa’a.

17/04/2024
14/04/2024
Sukacita dimaklumkan bahawa B**g Sa'a telah buka dan beroperasi seperti biasa bermula 26/03/2024.Sekian terima kasih.
26/03/2024

Sukacita dimaklumkan bahawa B**g Sa'a telah buka dan beroperasi seperti biasa bermula 26/03/2024.
Sekian terima kasih.

*NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA B**G SA'A*Sukacita dimaklumkan bahawa segala aktiviti² ke B**G SA'A akan ditangguhkan buat se...
11/03/2024

*NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA B**G SA'A*

Sukacita dimaklumkan bahawa segala aktiviti² ke B**G SA'A akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga tarikh 'Greenlight' dikeluarkan oleh Biro Pelancongan & Kebudayaan Kampung Pangkalan Tebang. Ia terpaksa ditutup bagi menghormati pantang larang upacara *Gawai Otak Paip & Gawai Jojak* yg akan diadakan pada 16/03/2024(Sabtu) manakala PANTANG LARANG akan bermula/berlangsung selama 8 ke 9 hari sehingga 25/03/2024(Isnin).
Disini juga saya ingin menyatakan bahawa tiada sesiapa pun yang akan dibenarkan masuk ke hutan selama tempoh berpantang. Sesiapa didapati melanggar adat pantang,individu tersebut akan dihukum mengikut *Adat Bidayuh 1994*.
Segala kerjasama dari semua pihak & saya wakil bagi pihak JKKK serta Biro Pelancongan & Kebudayaan Kampung Pangkalan Tebang dahului dengan jutaan terima kasih🙏

*Nelton Losia*
*Ketua Kaum Kampung Pangkalan Tebang*

Salam sejhtra semua kawan2 /tuan puan, sitok nang semadi support & promosi business kawan di area kampung…Nang hari tok ...
22/12/2023

Salam sejhtra semua kawan2 /tuan puan, sitok nang semadi support & promosi business kawan di area kampung…Nang hari tok panas2 best jua minum air sejuk nang haus…meh mari singgah sitok mun ada limpas ka atau memang yg dh tau..singgah aja, confirm s*k menyesal….

[Menu Drinks]
🧋
[Iced Rm5]
Coffe latte
Americano
Matcha latte
*icecream topping*

[Iced Rm3]
Ribena Gas
Strawberry Gas
Green Tea Thai

Colek Asam [Rm5]
• Limau
• Nanas
• Apple
• Sengkuang
* Serbuk Homemade

*Sago gula Melaka-Rm2

*Kek Batik Indulgence 1slice=Rm2

*Goreng Klebang 3=Rm3

*Popia Sayur 2=Rm1

Tunggu apa lagi Mari singgah sini…🫰🏻

📌Location: Kampung Pangkalan Tebang 94000 Bau, Sarawak.

*Untuk Maklumat lanjut boleh direct wasap aja nombor telefon yg d laman page tok.

SekianTerimaKasih❤️.

10/12/20234.0 Trip to B**g Sa’a Supporting group team ever..See you again ❤️..
14/12/2023

10/12/2023
4.0 Trip to B**g Sa’a
Supporting group team ever..
See you again ❤️..

9/12/2023Third Trip to B**g Sa’a ✅Done.
14/12/2023

9/12/2023
Third Trip to B**g Sa’a ✅Done.








Trip to B**g Sa’a with Bitobang communities video by  Bayting
14/12/2023

Trip to B**g Sa’a with Bitobang communities video by Bayting

'a

06/10/2023

B**g Sa'a | Trail ❤
See you there | 🤗

  is impossible,  regets,  ,   of your achievement. Hiking trail to > B**g Sa'a
05/10/2023

is impossible,
regets,
,
of your achievement. Hiking trail to > B**g Sa'a

02/10/2023

Beautiful&Love

SEJARAH KEWUJUDAN KAMPUNG PANGKALAN TEBANGKampung Pangkalan Tebang mempunyai seramai 380 orang penduduk dan terletak kir...
22/09/2023

SEJARAH KEWUJUDAN KAMPUNG PANGKALAN TEBANG

Kampung Pangkalan Tebang mempunyai seramai 380 orang penduduk dan terletak kira-kira 20km dari Bandar Bau menggunakan jalan darat.

Pentadbiran pelbagai urusan sosial, pembangunan, tanah adat/NCR dan keselamatan kampung adalah dibawah pentadbiran Ketua Kaum iaitu Encik Matnor anak Lajus yang turut dibantu oleh AJKK yang dipilih. Kampung Pangkalan Tebang mempunyai keunikannya yang tersendiri dan salah satunya ialah kepelbagaian kaum, bangsa dan agama yakni terdiri daripada majority Bidayuh, Cina, Melayu serta Iban dan menganut agama Kristian, Buddha, Islam. Namun begitu ada juga yang masih mengamalkan adat lama iaitu Pagan

Sejarah kewujudan Kampung Pangkalan Tebang amat menarik perhatian kerana penduduk asal kampung ini adalah bermula daripada dua adik beradik yang berbangsa cina yang telah berkahwin dengan wanita berbangsa bidayuh yang berasal dari Kampung Gumbang.

Selepas Perang Teladuk (Perang diantara bangsa Dayak dengan Jawa Kalimantan) pada lewat tahun 1800-an, dua beradik ini adalah yang diantara kaum cina yang terselamat daripada perang tersebut yang memohon perlindungan(Suaka Politik) dan menetap di Kampung Gumbang

Dua beradik yang dimaksudkan ialah Hiew Piang Ted berkahwin dengan Redup manakala adik beliau Hiew Kang Choi p**a berkahwin dengan Simbuay Kemudian sekitar tahun 1897, mereka menjalankan aktiviti pertanian dan bercucuk tanam, mereka berpindah dari Kampung Gumbang dan memulakan penempatan baru di satu kawasan yang diberi nama Tebang(nama sebatang sungai tainu Sungal Tebang) Hasil perkahwinan diantara Hiew Piang Ted dengan Redup, pasangan ini melahirkan 5 orang anak iaitu Hiew Shin Soon, Hiew Joon Chin, Hiew Joon Thian, Hiew Kap Jin dan Hiew Bu Sen Manakala pasangan Hiew Kang Choi dengan Simbuay p**a tidak memiliki anak dan oleh kerana faktor usia yang telah. lanjut mereka telah mengambil seorang cucu angkat bernama Hiew Kui Nyan yang kini telah berusia 87 tahun. Kini keturunan mendiang Hiew Piang Ted telah memasuki generasi ke-7.

Kewujudan keturunan kaum cina menggunakan "Surname" atau nama keluarga Tan, Chin, B**g, Jong, Chu dan Then adalah mereka yang dijadikan hamba abdi semasa penjajahan tentera Jepun sekitar tahun 1942 sehingga tahun 1945. Tentera Jepun telah mendirikan kubu mereka sambil melombong emas dan lain-lain jenis logam di satu tempat dalam kawasan Kampung Pangkalan Tebang pada masa itu yang diberi nama Tading @ Gading dan Sungi Nosu.

Sejarah nama Kampung Pangkalan Tebang p**a adalah hasil gabungan perkataan bidayuh iaitu "Bikalan" dan "Toban" "Bikalan" bermaksud Pangkalan atau Lapangan utama membawa hasil dagangan manakala "Toban" p**a bermaksud membawa barang dagangan dari Sungai Tebang maka dengan itu terhasil lah nama "Pangkalan Tebang". "Bikalan" ini juga adalah tempat mengambil sumber air dan pada masa itu menjadi pusat perdagangan strategik kaum Cina dan Melayu membawa barang dagangan mereka dengan menggunakan perahu dari Krokong kerana pada masa itu Sungai Pedid menjadi laluan altenatif untuk menjalankan aktiviti perdagangan Sementara itu kaum Dayak dari Gumbang, Tringgus,sekitar Krokong dan Dayak dari Kalimantan Indonesia menggunakan jalan darat yang melalui laluan hutan untuk membawa barang-barang dagangan mereka ke Kampung Pangkalan Tebang

Sumber pendapatan penduduk Kampung Pangkalan Tebang kini adalah daripada hasil pertanian kecilan,penorehan getah ladang kelapa sawit melalui anak syarikat milik kerajaan negeri iaitu SALCRA yang ditubuhkan pada awal 90an. Ada juga yang bekerja sebagai penjawat awam dalam sektor kerajaan, sektor swasta, kontraktor binaan serta ramai juga yang bekerja sendiri.Kemudahan insfrastruktur seperti jalan raya berturap juga telah dibina sejauh 20km dari bandar Bau serta jalan-jalan dari rumah ke rumah atau lorong-lorong jalan kampung. Penduduk kampung juga mendapat bekalan air dari paip gravity dan paip air terawat. Sementara itu bekalan elektrik 24 jam telah beroperasi sejak lewat 90an Salah satu perkhidmatan daripada pihak Majlis Daerah Bau (MDB) adalah lori pembuangan sampah dan penebasan rumput di sepanjang jalan-jalan utama termasuk lorong-lorong jalan dalam kampung.

Kampung ini juga berpotensi menjadi salah satu destinasi pelancongan namun perlu diberi perhatian sewajarnya seperti menambah baik serta menaik taraf tempat-tempat tumpuan seperti kawasan perkelahan di tebingan Sungai Muara Tehang. Nosu dan Putih, tapak peninggalan Tentera Jepun di Tading @ Gading dan laluan redah hutan (Jungle Trekking) dan banyak lagi yang belum dikomersilkan setakat ini.

Disediakan oleh Nelton Losia (Setiausaha JKKK Kampung Pangkalan Tebang) dan Matnor anak Lajus (Ketua Kaum Kampung Pangkalan Tebang)

Diceritakan oleh Encik B**g Miaw Shin & Encik B**g Man Chiu

Tarikh : 20 February 2020

Address

Kampung Pangkalan Tebang
Bau
94000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60134377818

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AJK Biro Pelancongan KPG Pangkalan Tebang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AJK Biro Pelancongan KPG Pangkalan Tebang:

Videos

Share

Nearby travel agencies


Other Tourist Information Centers in Bau

Show All