26/12/2020
Assalamualaikum
Terima kasih kerana berminat menginap di *Noee Homestay,Bidor Perak*
SYARAT & PERATURAN
🕋MUSLIM shj🕋
1. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan MAHRAM atau kumpulan rakan yang SAMA JANTINA.👪👭👬
2. Makanan dan minuman HALAL sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.TERMASUK DADAH SERTA APA APA YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG.✋✋✋
3.Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan. DILARANG MEROKOK DALAM RUMAH/TERUTAMA BILIK TIDUR HOMESTAY.
4. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas jika tidak digunakan.
5. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas dan rumah jiran.🚗🚗🚗
6. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di kampung.Jangan menganggu ketenteraman jiran sekeliling dengan membuat bising pada lewat malam(terutamanya waktu Jam12.00 malam ke atas ).🔊🔊🔊🔊
7. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam homestay Pastikan pintu, gril dan pagar homestay dikunci apabila apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay TIDAK AKAN BERTANGJAWAB atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay.💲💵📱💻
8. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan tisu) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.JAGA KEBERSIHAN BERSAMA.💒💒💒💒
10. Anggaplah homestay ini umpama rumah anda sendiri. Harap anda kemas homestay seperti ketika anda masuk (Check In) apabila anda keluar (Check Out).
🌸SEMOGA ANDA BERPUAS HATI DENGAN NOEE HOMESTAY🌸