02/10/2019
ONE WEEK ONE HADIS
Rujukan :
Hadis 40 ~ Imam Nawawi
HADIS 9- PILIH YANG MUDAH DAN TINGGALKAN YANG SUSAH
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Abdul Rahman bin Shakhr r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda :
" Apa pun yang saya larang kamu lakukan,maka jauhilah; dan apapun yang saya perintahkan kamu lakukan,maka kerjakanlah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka(tidak mahu taat dan patuh)".
Riwayat Al-Bukhari
Huraian:
Hadis ini terdapat dalam Kitab Muslim daripada Abu Hurairah,dia berkata: Rasulullah berkhutbah dihadapan kami,sabda Baginda yang brmaksud: "Wahai manusia,Allah telah mewajibkan ke atas kamu haji,maka berhajilah.
' Al-Aqra' bin Habis r.a bertanya: Wahai Rasulullah,adakah setiap tahun?'
Baginda diam,sampai 'Al-Aqra' tanya tiga kali,lalu Nabi SAW jawab: 'Kalau aku katakan ya,nescaya menjadi wajib sedangkan kamu tidak akan sanggup melakukannya.'
Kemudian Baginda bersabda: 'Biarlah aku dengan apa yang aku diamkan,kerana kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana banyak bertanya dan membangkang nabi-nabi mereka. Maka jika aku perintahkan melakukan sesuatu,kerjakanlah menurut kemampuan kamu,tetapi jika aku melarang kamu melakukan sesuatu,maka tinggalkanlah."
Para ahli usul fiqh mempersoalkan perintah dalam agama, apakah perintah itu harus dilakukan berulang-ulang atau tidak.
Sebahagian besar ahli usul fiqh dan ahli ilmu kalam menyatakan tidak wajib berulang-ulang. Akan tetapi, yang lain tidak menyatakan setuju atau menolak,tetapi menunggu penjelasan selanjutnya.
Hadis ini dijadikan dalil bagi mereka yang bersikap menanti,kerana sahabat tersebut bertanya: "Adakah setiap tahun?" Sekiranya perintah itu dengan sendirinya mengharuskan pelaksanaan berulang-ulang atau tidak,tentu Nabi SAW tidak menjawab dengan kata-kata: " Kalau aku katakan: 'Ya,nescaya menjadi wajib dan kamu tidak akan sanggup melakukannya." Bahkan tidak ada gunanya hal tersebut ditanyakan.
Akan tetapi,secara umum perintah itu mengandungi pengertian tidak perlu dilaksanakan undang-undang.
Kaum muslimin sepakat bahawa menurut syariat, haji itu hanya wajib dilakukan sekali seumur hidup.
Jenis Larangan:
✏larangan agama: jangan meninggalkan ibadah.
✏larangan peribadi: jangan minum yang memabukkan atau membunuh diri.
✏larangan harta: jangan mencuri, merompak,membinasakan wang ringgit.
✏larangan masyarakat: jangan bermusuh dan bergaduh.
:)