Nikmati keindahan bandaraya Kuala Terengganu dari perspektif berbeza dengan menaiki bot menyusuri sungai melihat keindahan Jambatan Angkat, Masjid Kristal dan Pulau Duyong dengan Pulau Warisan River Cruise atau Payang Water Taxi.
Dapatkan tiket di jeti Pulau Warisan berhampiran Pasar Payang apabila anda berkunjung ke Terengganu.
#staysafe #kitajagakita
Karnival Pantai Terengganu 2019
Karnival Pantai Terengganu 2019 kini sedang berlangsung sehingga 16 Sept 2019. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena Karnival Pantai yang diadakan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu kali ini.
Pakat mari belake deh!
p/s: Homestay Ummi penuh sepanjang hujung minggu ni. Maaf ye.
Mark Wiens di Kuala Berang!
Tak puas makan ICT cicah tempoyak, Mark Wiens ke Kuala Berang untuk menikmati sajian baung masak tempoyak pulak!
Antara keunikan Terengganu adalah juadah kami yang lain dari yang lain, selain dari keramahan rakyatnya yang senyum sokmo.
Homestay Ummi terletak di antara Kuala Terengganu dan Kuala Berang adalah lokasi strategik untuk bercuti di Terengganu.
Layari laman web kami: https://www.homestayummi.com
Video credit: Mark Wiens
https://www.youtube.com/user/migrationology
PULAU KAPAS
Dah boleh start planning untuk bercuti ke Pulau Kapas nanti.
Antara aktiviti menarik selain snorkeling dan mandi-manda adalah aktiviti mencandat sotong.
Jeti ke Pulau Kapas terletak kira-kira 20minit dari Homestay Ummi
Layari laman web kami: https://www.homestayummi.com
Halaman Homestay kami menawarkan privasi dan ruang yang selamat untuk anak-anak bermain dan beriadah tanpa gangguan lalulintas dll.
Dikelilingi kehijauan pepohon merendang serta halaman yang luas sesuai untuk sekeluarga.
PULAU KAPAS
Merancang percutian untuk tahun 2018?
Masukkan Pulau Kapas dalam 'bucket list' pengembaraan anda tahun depan.
p/s: Jeti untuk ke Pulau Kapas di Marang terletak 15 minit dari Homestay Ummi
Vitdaily Datang Terengganu
Apabila VITDAILY datang Terengganu pekene nasi dagang, jering rebus, ICT dll. Saksikan sendiri & share kepada kawan-kawan yang bercadang nak datang ke Terengganu nanti.
Jarak dari Homestay Ummi:
- Nasi Dagang Atas Tol ... 5minit
- Pasar Bukit Payong... 1minit
- ICT ... 30minit
- Ikan Bakar Kuala Ibai ... 15minit
Pantai Chendering terletak kira-kira 15minit sahaja dari Homestay Ummi, antara destinasi utama untuk bersantai bersama keluarga.
#vitaminsea #beach #terengganu #homestay #bukitpayong
Teaser video Homestay Ummi | Homestay Bukit Payong
Teaser video Homestay Ummi | Homestay Bukit Payong
Homestay dalam taman & dusun buah-buahan yang menawarkan ruang privasi, kemudahan lengkap seperti aircond, wifi, tv, dapur, mesin basuh dll. Terletak di Pekan Bukit Payong, lokasi strategik untuk keselesaan anda sekeluarga mengunjungi destinasi menarik sempena Visit Beautiful Terengganu 2017.
Jupe di nung!
Visit Beautiful Terengganu 2017 - Homestay Ummi
Visit Beautiful Terengganu 2017