Al Syahadah Travel

Al Syahadah Travel Al Syahadah Travel Sdn Bhd (AST) kami menyediakan perkhidmatan pakej Umrah yang Mesra dan Selesa
(1)

14/12/2022
AssalamualaikumKisah Sahabat rasulullahMush'ab bin Umair https://youtu.be/c4pl0BU0WvE
20/10/2020

Assalamualaikum
Kisah Sahabat rasulullah
Mush'ab bin Umair
https://youtu.be/c4pl0BU0WvE

Kisah Sahabat Nabi: Mush'ab bin Umair Majlis Perpisahan Dan Tahlil Arwah @ LADANG KURMA 1 FAB 2020 Al Syahadah travel Ustaz Sayid Basit @ Habib

25/09/2020

Assalamualaikum
Semalam viral senarai 25 nama syarikat yang diberi lesen khas umrah.

Bersama ini dilampirkan kenyataan rasmi PAPUH ( Persatuan agensi pelancongan umrah & haji malaysia)


𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑Belajar untuk berpuas hati, meski tak cukup.Belajar memahami, walau tidak sehati.Belajar ikhlas, mes...
07/09/2020

𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑

Belajar untuk berpuas hati, meski tak cukup.
Belajar memahami, walau tidak sehati.
Belajar ikhlas, meski belum rela.
Belajar setia, meski ada godaan fikiran.
Belajar memaafkan, walau disakiti.

Belajar untuk bersabar, walau terbebani
Kerana Allah s**a dengan hambaNya yang bersabar.

Belajar untuk kuat ketika ujian hadir.
Kerana ujian itu hadir bersebab.

Belajar untuk melepaskan.
Kerana tak semua yang kita miliki akan kekal.

Belajar untuk menerima kenyataan biarpun ia pahit.
Kerana tak semua hal itu akan sentiasa menyenangkan.

Belajar untuk bersyukur.
Kerana ada yang di luar sana mungkin tidak ada seperti yang kita miliki.

Allah s.w.t berfirman didalam Alquran surah Toha ayat 132;وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَس...
04/09/2020

Allah s.w.t berfirman didalam Alquran surah Toha ayat 132;

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Moga hari jumaat yang penuh dengan keberkatan ini, marilah kita bersama-sama sentiasa ingat memperingati antara satu sama lain agar mendirikan solat, walau dimanapun kita berada.

𝐒𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐪𝐨' Kekalnya Zat Allah S.W.TAllah adalah kekal. Allah tidak berubah. Allah tidak akan musnah. Sifat baqa' menafi...
27/08/2020

𝐒𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐪𝐨'
Kekalnya Zat Allah S.W.T

Allah adalah kekal. Allah tidak berubah. Allah tidak akan musnah. Sifat baqa' menafikan dan menolak bahawa Allah itu berubah iaitu dari tiada menjadi ada, atau dari kecil menjadi besar, atau dari muda menjadi tua dan seterusnya. Sifat baqa' juga menolak Allah ada kesudahannya (musnah). Allah tidak berubah maka Allah akan kekal berterusan tanpa awal tanpa akhir..

Setiap yang binasa itu adalah lemah. Jika ALLAH bersifat lemah, adalah mustahil ALLAH boleh mencipta alam semesta dan segala isi di dalamnya.

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ . وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

"Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan"
-surah ar rahman ayat 26 - 27

Iktikad tauhid mengatakan bahawa:
"Apa yang ada pada ALLAH tidak boleh ada pada yang selain ALLAH. Dan apa yang ada pada yang selain ALLAH tidak boleh ada pada ALLAH."

Sifat baqo' menolak dan menafikan bahawa ALLAH itu ada kesudahannya. Sesuatu yang ada kesudahannya adalah bersifat kekurangan.

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

"Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
-surah al hadid ayat 3-

𝑯𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉: Allah s.w.t telah berfirman berkenaan Hijrah didalam Surah Annisaa ayat 100 yang berbunyi,وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَ...
21/08/2020

𝑯𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉: Allah s.w.t telah berfirman berkenaan Hijrah didalam Surah Annisaa ayat 100 yang berbunyi,

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّـهِ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا•

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Hijrah ada dua perspektif:

1. Hijrah fizikal: Perpindah dari suatu tempat yang berbahaya & mengancam keselamatan ke tempat yang lebih selamat & aman.

2. Hijrah Maknawi: Berpindahnya seseorang itu dari keburukan menuju kepada Kebaikan dan amal soleh.

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

“Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 kepada Allah dan RasulNya maka 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 kepada Allah dan RasulNya, dan siapa yang 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 mengikut apa yang dia 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 kepadanya”.

𝗤𝗶𝗱𝗮𝗺  ialah sedia adanya. Iaitu adanya Allah tidak ada permulaannya. Sifat Qidam artinya terdahulu. Allah adalah sang p...
17/08/2020

𝗤𝗶𝗱𝗮𝗺 ialah sedia adanya. Iaitu adanya Allah tidak ada permulaannya. Sifat Qidam artinya terdahulu. Allah adalah sang pencipta yang menciptakan alam semesta beserta isinya. Sebagaima sebagai pencipta, Allah ada lebih dahulu dari segala sesuatu yang diciptakannya. Oleh karena itu, tidak ada pendahulu atau yang mengawali selain Allah s.w.t.

Setiap yang dijadikan bersifat kekurangan. Yang menjadikan setiap sesuatu itulah yang bersifat sempurna dari segala sifat kekurangan dan itulah Allah yang terhindar dari sifat kekurangan.

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

"Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
-Surah al Hadid ayat 3-

Erti awal di dalam ayat ialah yang terdahulu yang tidak ada permulaan. Wujudnya Allah tidak ada permulaannya. Di awal kejadian Allah sudah sedia ada. Allah tidak dibatasi oleh tempat dan masa. Tempat dan masa adalah ciptaan Allah. Allah wujud tanpa tempat dan masa. Tidak adanya masa bererti Allah tidak ada masa dahulu (permulaan). Maka jika Allah tidak ada masa permulaan, Allah sudah pasti bersifat qidam iaitu sedia adanya.

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭.𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢..Ya Allah, lancarkanlah urusan setiap Hambamu dihari ini, indahkanlah dengan hubungan ...
14/08/2020

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭.
𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢..

Ya Allah, lancarkanlah urusan setiap Hambamu dihari ini, indahkanlah dengan hubungan silatur rahmi yang baik dan limpahkanlah rezeki yang halal lagi baik dan berkat.

𝑺𝒊𝒇𝒂𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒘𝒂𝒋𝒊𝒃 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒔.𝒘.𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂; 𝑾𝒖𝒋𝒖𝒅وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Maksudnya:...
12/08/2020

𝑺𝒊𝒇𝒂𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒘𝒂𝒋𝒊𝒃 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒔.𝒘.𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂; 𝑾𝒖𝒋𝒖𝒅

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya: “Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin.” Surah al-Zariyat: 56

Menurut Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari, wujud adalah Zat itu sendiri (‘ain mawjud), dan bukan sesuatu yang lain dari Zat. Ini kerana beliau menolak konsep ahwal iaitu
𝒔𝒆𝒔𝒖𝒂𝒕𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊 𝒂𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂 𝒘𝒖𝒋𝒖𝒅 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒂𝒅𝒂 (‘adam). Menurutnya, sesuatu itu sama ada benar-benar ada atau tiada. Tidak ada sesuatu yang berada di pertengahan antara keduanya.

𝑫𝒂𝒍𝒊𝒍 𝑵𝒂𝒒𝒍𝒊:

Maksud ayat: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” Surah al-Baqarah: 164

𝑫𝒂𝒍𝒊𝒍 𝑨𝒒𝒍𝒊:

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa tingkatan kejadian manusia daripada air mani, ‘alaqah, mudghah, izam, lahm adalah dalil akan wujudnya Pencipta. Ini kerana perpindahan dari satu peringkat ke satu peringkat itu mustahil dilakukan sendiri oleh manusia. Manusia juga tidak mampu untuk mencipta anggota tubuh dengan sendiri kerana kelemahannya. Begitu juga peringkat usia daripada bayi hinggalah menjadi tua, yang diaturkan oleh-Nya.

الْعَجز عَن دَرك الْإِدْرَاك إِدْرَاك

Maksudnya: “Kelemahan untuk menggapai pengetahuan dengan mendalam tentang-Nya adalah tanda mengenal-Nya.”

𝐔𝐦𝐮𝐫Umur yang tersisa saat ini, sungguh tak ternilai harganya,Sebab hari esok belum tentu akan menjadi sebahagian dari h...
10/08/2020

𝐔𝐦𝐮𝐫
Umur yang tersisa saat ini,
sungguh tak ternilai harganya,
Sebab hari esok belum tentu akan menjadi sebahagian dari hidup kita..

Jika hari berlalu tiada kebaikan yang kita lakukan, maka keringlah batin kita...

Jangan tertipu dengan usia muda, kerana syarat untuk mati bukanlah harus tua.

Jangan terpedaya dengan badan sihat, kerana syarat untuk mati tidaklah harus sakit....

Teruslah berbuat baik,
Berkata baik,
Tepis semua perkara yang tak baik,
Walau tak banyak orang yang mengenalimu,
Namun kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan,
Akan menentukan kita kepada kebahagiaan,
Yang akan di kenang oleh orang yang kita tinggalkan kelak.

: 𝑺𝒊𝒇𝒂𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒘𝒂𝒋𝒊𝒃 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒔.𝒘.𝒕Mengucapkan kalimah syahadah yang pertama menunjukkan pengakuan tauhid kita.  Manakal...
10/07/2020

: 𝑺𝒊𝒇𝒂𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒘𝒂𝒋𝒊𝒃 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒔.𝒘.𝒕

Mengucapkan kalimah syahadah yang pertama menunjukkan pengakuan tauhid kita. Manakala kalimah syahadah yang kedua p**a menunjukkan pengakuan kita ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah.

Allah s.w.t berfirman:
اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

maksudnya: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)" ٍSurah al-baqaroh ayat 255

Sebagai umat Islam, meyakini adanya Allah s.w.t dan mengetahui sifat-sifatnya adalah amat mustahak agar dapat menjadi mukmin yang sejati.

Iman adalah pengakuan di dalam hati, diucapkan dengan lisan dan dikerjakan dengan anggota badan.

Allah s.w.t berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنزَلَ مِن قَبْلُ ۚ وَمَن يَكْفُرْ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasulnya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasulnya (Nabi Muhammad s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatnya, dan Kitab-kitabnya, dan Rasul-rasulnya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." Surah an-nisa ayat 136

Bersambung....

𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑱𝑼𝑴𝑨𝑨𝑻 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑯𝑼𝑳𝑼 𝑲𝑬𝑷𝑨𝑫𝑨 𝑺𝑬𝑮𝑨𝑳𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُن...
03/07/2020

𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑱𝑼𝑴𝑨𝑨𝑻 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑯𝑼𝑳𝑼 𝑲𝑬𝑷𝑨𝑫𝑨 𝑺𝑬𝑮𝑨𝑳𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰

الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ

Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” [Riwayat Muslim (233)]

Imam al-Nawawi menyatakan setiap yang disebut di dalam hadith tersebut boleh menghapuskan dosa sekiranya terdapat dosa kecil untuk dihapuskan. Sekiranya tidak terdapat dosa kecil atau besar maka akan dicatat baginya kebaikan dan diangkat darjatnya. Sekiranya terdapat dosa besar dan tidak terdapat dosa kecil, mudah-mudahan perkara tersebut dapat meringankan dosa besar yang dilakukan.

hari Jumaat merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Untuk itu, kita sebagai seorang muslim sama ada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini terutamanya pada hari-hari yang agung seperti hari Jumaat ini agar kita tidak mensia-siakan kebesaran hari tersebut. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang ikhlas dalam beribadah kepada-Nya serta memberi kita kekuatan untuk terus beristiqamah dalam melakukan amal soleh. Amin.

Cc: irsyad fatwa

: 𝕸𝖚𝖐𝖒𝖎𝖓 Daripada Shuhaib r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap...
29/06/2020

: 𝕸𝖚𝖐𝖒𝖎𝖓
Daripada Shuhaib r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim)

Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya. Apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut.

Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin.

𝐒𝐚𝐮𝐝𝐢 𝐀𝐫𝐚𝐛𝐢𝐚 𝐢𝐬 𝐛𝐚𝐭𝐭𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐚 𝟐𝐧𝐝 𝐰𝐚𝐯𝐞 𝐨𝐟 𝐜𝐨𝐫𝐨𝐧𝐚𝐯𝐢𝐫𝐮𝐬 𝐢𝐧𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧𝐬, 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐣𝐣 𝐮𝐧𝐥𝐢𝐤𝐞𝐥𝐲.Saudi Arabia is seeing a second wave...
18/06/2020

𝐒𝐚𝐮𝐝𝐢 𝐀𝐫𝐚𝐛𝐢𝐚 𝐢𝐬 𝐛𝐚𝐭𝐭𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐚 𝟐𝐧𝐝 𝐰𝐚𝐯𝐞 𝐨𝐟 𝐜𝐨𝐫𝐨𝐧𝐚𝐯𝐢𝐫𝐮𝐬 𝐢𝐧𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧𝐬, 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐣𝐣 𝐮𝐧𝐥𝐢𝐤𝐞𝐥𝐲.

Saudi Arabia is seeing a second wave of coronavirus infections after initially curbing the spread of COVID-19 through strict measures, including barring thousands of Muslim pilgrims from around the world visiting the holy city of Mecca.

Since June 1, the number of new COVID-19 cases confirmed every day has more than doubled again. The Ministry of Health reported 4,919 new cases on Wednesday alone — the highest single-day tally recorded in the kingdom since the beginning of the pandemic.

The number of deaths blamed on the disease has climbed over 1,090, with more than 141,000 people having tested positive overall. Saudi Arabia now has more than 80% of the COVID-19 cases confirmed across all Persian Gulf nations, and by far the highest recorded in any Arab country.

There are more than 7,400,000 foreign workers living in Saudi Arabia, the majority from India, Bangladesh, Pakistan, Sri-Lanka and other South Asian countries. Most live in overcrowded, shared accommodation — ideal conditions for the virus to spread.

The Saudi government authority in charge of planning pilgrimages has already urged Muslim countries to postpone making plans for their citizens to attend this year's hajj. Four countries — Indonesia, Singapore, Malaysia and Brunei — have cancelled their participation this year. Other countries have said they'll make a final decision in the coming days.

Cc: CBS News

𝑮𝒂𝒏𝒋𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒉𝒂𝒍𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒖𝒂𝒓 𝒃𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒂𝒖𝒎 𝒎𝒖𝒔𝒍𝒊𝒎𝒊𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒌𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒐𝒍𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒎𝒂𝒍 𝒔𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒅𝒊 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒈𝒂-𝒕𝒊𝒈𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 𝒔𝒖𝒄𝒊; ...
16/06/2020

𝑮𝒂𝒏𝒋𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒉𝒂𝒍𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒖𝒂𝒓 𝒃𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒂𝒖𝒎 𝒎𝒖𝒔𝒍𝒊𝒎𝒊𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒌𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒐𝒍𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒎𝒂𝒍 𝒔𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒅𝒊 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒈𝒂-𝒕𝒊𝒈𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 𝒔𝒖𝒄𝒊; 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 𝑨𝒏-𝑵𝒂𝒃𝒂𝒘𝒊, 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 𝑨𝒍-𝑯𝒂𝒓𝒂𝒎 𝒅𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 𝑨𝒍-𝑨𝒒𝒔𝒂.

Daripada Jabir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "sekali solat di Masjidku (Masjid an-nabawi) lebih afdhal daripada 1000 kali solat di masjid-masjid yang lain, kecuali masjid al-haram di Makkah dan sekali solat di masjid al-haram p**a lebih afdhal daripada 100,000 kali solat di masjid-masjid yang lain"

Daripada Anas Bin Malik r.a bahawa baginda nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Solat di dalamnya (Baitul Maqdis ataupun Masjid al-aqsa adalah sama dengan 500 kali solat ditempat lain"

Lokasi bagi ketiga-tiga wilayah masjid suci ini adalah tempat yang paling dicintai oleh Allah s.w.t Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Negeri ini juga dirindui oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda sebagai tempat istirehat terakhir.

𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐇 𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐂𝐈 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇𝟭. 𝗞𝗘𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗔𝗚𝗜...
12/06/2020

𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐇 𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐂𝐈 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇

𝟭. 𝗞𝗘𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗜𝗡𝗜 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗔𝗡.

𝟮. 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗞𝗘 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧.

𝟯. 𝗥𝗔𝗬𝗨𝗔𝗡 𝗛𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨𝗜 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗜𝗡𝗜.

𝐾𝑒𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑙𝑎𝑛𝑗𝑢𝑡 𝑠𝑖𝑙𝑎 𝑘𝑒 𝑙𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑚𝑖 𝑇𝑎𝑏𝑢𝑛𝑔 𝐻𝑎𝑗𝑖 @ Al Syahadah Travel

Arab Saudi akan hentikan perintah berkurung pada 21 Jun, kecuali di MekahArab Saudi akan mula mengurangkan sekatan perge...
11/06/2020

Arab Saudi akan hentikan perintah berkurung pada 21 Jun, kecuali di Mekah

Arab Saudi akan mula mengurangkan sekatan pergerakan dan perjalanan, lebih dua bulan selepas pergerakan diperketatkan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Sekatan itu akan dikurangkan bermula 21 Jun ini dalam tiga fasa kecuali bagi kota suci Mekah, lapor agensi berita negara

Ibadah haji dan umrah yang menarik berjuta-juta pelancong dari seluruh dunia, bagaimanapun, akan terus ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Dalam masa sama, kerajaan turut membenarkan penerbangan domestik beroperasi, namun larangan penerbangan antarabangsa tetap diteruskan.

Masjid-masjid juga dibenarkan mengerjakan solat namun tertakluk kepada penjarakan sosial dan langkah kebersihan diutamakan, namun di Mekah, larangan kehadiran tetap dilaksanakan.

Mekah akan ketinggalan satu fasa ke belakang dengan tempoh berkurung diubah kepada jam 3 petang hingga 6 pagi sehingga 20 Jun.

Arab Saudi merekod 74,795 kes COVID-19 dengan 399 kematian dan lebih 2,000 kes dicatatkan sehari.

Cc: Berita Harian

*COVID-19 DISINFECTION SERVICES BY REDHA MARKETPLACE*Assalamualaikum & Salam SejahteraRedha Marketplace is providing dis...
06/06/2020

*COVID-19 DISINFECTION SERVICES BY REDHA MARKETPLACE*

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Redha Marketplace is providing disinfect services for indoor and outdoor. Our main focus is eliminating 99.9% bacteria and viruses (include CORONAVIRUS) in all premises such as home, workplace, public area, clinic & hospital.

Our proven disinfectant, 100% made in Netherland.

Clean, disinfect and coating.
👍Non chlorine
👍Non alcohol
👍Safe on skin
👍Latest certified against Coronavirus
👍SGS certified
👍NEA approved
👍US EPA approved

Use for disinfecting building, interior exterior, general surface, hand and body sanitizing, food washing, spray misting and coating, car interior, clothing, office and home use etc

Call @ whatsapp us for services:

Phone : 01111859082
Email : [email protected]
Website : www.redhamarketplace.com
Fb Page : redhamarketplace

By Klinik Pergigian Redha

"Together, we prevent the spread through good hygiene practices"

Promosi Nyahkuman
Ayuh tempah slot anda sekarang!
Kami belum buka offer lagi dah full slot minggu ni😅
Untuk dapatkan harga promosi ni kena tempah awal & cepat, sebab slot sangat-sangat terhad
Boleh klik link di bawah atau di bio untuk tempahan
http://nak.la/promosinyahkuman

Ya Allah... Berikanlah kepada kami kesempatan, untuk hadir ke rumahMu Untuk beribadah, menyembahMu & Berserah segalanya ...
03/06/2020

Ya Allah... Berikanlah kepada kami kesempatan,
untuk hadir ke rumahMu
Untuk beribadah, menyembahMu & Berserah segalanya KepadaMu..

O Allah Subhanahu wa ta'ala, grant our Viewers and the Muslims around the globe the opportunity to perform Umrah & Hajj soon.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami wargaAL SYAHADAH TRAVEL
23/05/2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami warga
AL SYAHADAH TRAVEL

Kekayaan sebenar..Salam 27 Ramadhan.
20/05/2020

Kekayaan sebenar..

Salam 27 Ramadhan.

Assalamua'laikum, Ramadan Mubarak.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,

"Kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa."
Riwayat al Bukhari & Muslim.

Hampir setiap orang ada cita-cita untuk menjadi kaya.

Sehingga manusia berusaha dan bersusah payah untuk menjadi kaya.

Bahkan lebih teruk lagi, ada yang sanggup melakukan dosa semata-mata untuk menjadi kaya. Nauzubillah.

Ada yang anggap ada rumah besar dan mewah itu kaya.

Ada yang anggap ada kereta mahal itu kaya.

Ada yang anggap ada duit melimpah, mampu kelilingi dunia bila-bila masa itu kaya.

Namun, hakikatnya kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa.

Jiwa yang merasa cukup dengan apa yang ada. Bersyukur dan tidak mengeluh.

Memiliki kekayaan jiwa mampu mendorong kita untuk menjadi hamba yang taat pada Allah dan Rasulullah SAW.

Berusahalah untuk memilikinya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, AIlah mengunjungimu pada bula...
14/05/2020

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)

Imam al-Qurtubi berkata:

"Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar."

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil."

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah s.a.w apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Adapun berlakunya malam Lailatul Qadar secara tepat itu tidaklah ditetapkan malamnya, melainkan pada malam-malam yang ganjil.

Selamat beramal. Moga kita memperolehi malam keberkatan malam lailatul Qadar.

Ramadhan bulan BerpuasaDari awal hingga akhir bulan Ramadhan kita menegakkan satu dari 5 rukun (tiang)agama  Islam yang ...
11/05/2020

Ramadhan bulan Berpuasa

Dari awal hingga akhir bulan Ramadhan kita menegakkan satu dari 5 rukun (tiang)agama Islam yang sangat penting, iaitu puasa. Kewajiban berpuasa adalah penting sebagaimana kewajiban solat 5 waktu.

Sebulan penuh seseorang Muslim menumpukan diri beribadah sebagaimana ia mendirikan solat Subuh atau Maghrib yang memakan waktu beberapa minit dengan menjaga segala syarat sah & batalnya solat. Puasa Ramadhan dilakukan setiap hari dari terbitnya fajar sehingga terbenam matahari (Maghrib)

Puasa bermaksud menahan diri dari makan, minum dan berjimak serta segala macam maksiat di siang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Jadi, untuk mencapai kesempurnaan puasa, selain menahan diri dari makan, minum dan jimak, kita juga perlu menahan diri dengan meninggalkan perbuatan maksiat dan perkara-perkara yang makruh.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka puasa itu dapat:

- Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya.

- Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam kerana bulan ini Allah SWT menurunkan al-Quran al-Karim, berlakunya malam “Lailatulqadar” dimana malam tersebut lebih mulia dan berkat daripada seribu bulan.

- Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah SWT sehinggalah ia berbuka, oleh itu hendaklah mereka yang berpuasa memperbanyakkan doa demi kebaikan hidup mereka di dunia dan juga di akhirat.

wallahua'lam

Allah s.w.t mengistimewakan Ramadhan sekaligus menyediakan sasaran terbesar, iaitu menjadikan Al-Quran sebagai pedoman h...
04/05/2020

Allah s.w.t mengistimewakan Ramadhan sekaligus menyediakan sasaran terbesar, iaitu menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup.

Ayat dibawah menjelaskan bahawa tujuan utama amalan pada bulan Ramadhan ialah membentuk insani bertakwa yang menjadikan Kitabullah (Al-Quran) sebagai manhajul hayat (pedoman hidup). Dapat dikatakan bahawa Ramadhan tidak dapat dipisahkan dengan Al-Quran.

Rasulullah s.a.w menerima wahyu pertama pada bulan Ramadhan dan di setiap bulan Ramadhan, Malaikat Jibril AS akan datang sehingga dua kali untuk menguji hafalan dan pemahaman Rasulullah SAW terhadap Al-Quran.

tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 2 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah secara beransur-ansur.

hikmahnya diturunkan secara bernasur-ansur adalah:

1. Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya.

2. Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur.

3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai.

wallahua'lam

::Ramadhan Bulan Keberkatan::Bulan ini penuh keberkatan dan manfaat. Detik demi detik di bulan Suci ini bagaikan rangkai...
25/04/2020

::Ramadhan Bulan Keberkatan::

Bulan ini penuh keberkatan dan manfaat. Detik demi detik di bulan Suci ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman kerana semua perbuatan kita ketika berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya langsung dari Allah s.w.t Amal baik sekecil mana sekalipun akan dilipatgandakan asalkan ikhlas.

Keberkatan yang Allah s.w.t berikan akan dicapai sekiranya kita menggunakan waktu yang terhad ini untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t sebagaimana saranan Rasulullah s.a.w.

::Ramadhan Bulan Kebesaran::Sesuatu yang diagungkan Rasulullah s.a.w tentulah memiliki nilai yang jauh lebih besar dan s...
25/04/2020

::Ramadhan Bulan Kebesaran::

Sesuatu yang diagungkan Rasulullah s.a.w tentulah memiliki nilai yang jauh lebih besar dan sangat mulia dengan sesuatu yang diagungkan oleh manusia biasa. Bergembiralah kerana Allah s.w.t juga mengagungkan bulan ini.

Ramadhan diagungkan oleh Allah s.w.t kerana pada bulan inilah Allah s.w.t mewajibkan puasa sebagai salah satu dari lima rukun Islam. Allah Yang Maha Pemurah Penyayang telah menetapkan dan mensucikan bulan ini dan kemudiannya memberikan segala kemurahan, kasih sayang, dan kemudahan bagi hamba-hamba yang ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, AIlah mengunjungimu pada bula...
22/04/2020

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)

bergembiralah dan beramallah sebanyak yang mungkin di bulan Ramadhan nanti,.

moga kita memperolehi keberkatan serta pengampunan dari Allah s.w.t

::Doa:: ia merupakan senjata yang paling ampuh bagi orang yang beriman. Bahkan doa adalah ibadah yang utama yang tidak b...
16/04/2020

::Doa::

ia merupakan senjata yang paling ampuh bagi orang yang beriman. Bahkan doa adalah ibadah yang utama yang tidak boleh dicuaikan oleh setiap muslim.

Justeru doa adalah merupakan inti kepada ibadah. Bahkan doa bukan sahaja inti ibadah, lebih dari itu ia merupakan kunci bagi segala kebaikan dan penutup bagi segala pintu keburukan dan kejahatan.

bersempena dengan waba yang melanda di dunia ini khususnya negara kita yg tercinta, tadahlah tangan dan mohonlah kepada Allah s.w.t

Address

9C. Town Park 5, Jalan Suarasa 8/7, Bandar Tun Hussein Onn
Cheras
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Syahadah Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Al Syahadah Travel:

Share

Category

Nearby travel agencies