Trippal -Japan Private & Customized Trip-

Trippal  -Japan Private & Customized Trip- Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Trippal -Japan Private & Customized Trip-, Trippal Sdn Bhd, Block 3730, Persiaran APEC, Cyberjaya.

Perkongsian mengenai Jepun, Pengalaman as Tour Guide and Personal Shopper Jepun

serta

Itinerary, Tempat Menarik di Jepun dan Trip Backpackers, Unique, Private dan Lain daripada yang Lain untuk ke Jepun

-Private Trip ke Jepun Terbaik bersama Wan Chan in Japan-Assalamualaikum dan selamat pagi. Kami mengelola trip ke Jepun ...
24/11/2022

-Private Trip ke Jepun Terbaik bersama Wan Chan in Japan-

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kami mengelola trip ke Jepun yang terbaik untuk mendalami dan mengeksplorasi negara Jepun.

Ayuh bersama kami mengembara ke Jepun dengan private trip, trip ke Jepun yang tidak bercampur dengan group lain, hanya anda dan kump**an anda sahaja.

Mudah untuk mendapatkan quotation dan itinerary. Hanya propose pada kami jumlah peserta kump**an anda, destinasi airport dan tempat yang ingin dikunjungi serta hari dan tarikh trip yang anda inginkan.

Mari bersama-sama kami explore tempat-tempat menarik dan rare seperti destinasi sapporo, shirakawago dan destinasi percutian di Jepun yang lain

-Open trip survey 2023- destinasi sapporo -Sepanjang saya menjadi tour guide jepun sejak 2016, saya telah mengatur beber...
11/11/2022

-Open trip survey 2023- destinasi sapporo -

Sepanjang saya menjadi tour guide jepun sejak 2016, saya telah mengatur beberapa trip yang kebanyakkannya private trip. Namun tidak lupa juga saya pun ada mengatur semi private, atau open or mix trip.

Open or mix trip ni mencabar dan sentiasa mendebarkan semasa mencari peserta tetapi membawa kepuasan maksima sekiranya trip berjaya dijalankan dan keseronokkan yang unik kerana peserta dapat mengenali antara satu sama lain.

Sepanjang saya buat comeback 2022 setelah 3 tahun trip ke jepun tidak dapat dijalankan, ada beberapa request untuk open trip dan insyaallah saya pun bercadang ingin membuat open trip waktu terdekat ni terutamanya ke sapporo.

Cumanya saya ingin survey2 la pada followers2 setia (cewah) kalau2 saya ingin buat open trip bersediakah anda nak join, nak ke destinasi mana dan bila tarikhnya?

Salah satu cadangannya saya ingin buat awal march ke sapporo public transportation. Jika anda ingin ke Jepun, anda ingin ke mana? Dan bila?

Wan chan in Japan x Trippal private trip in JapanApa yang kami perlukan untuk merangka percutian idaman anda di Jepun1. ...
26/10/2022

Wan chan in Japan x Trippal private trip in Japan

Apa yang kami perlukan untuk merangka percutian idaman anda di Jepun

1. Bilangan peserta trip (pax)

Bagi setiap bilangan pax harga per pax akan berlainan harga bagi setiap per pax. Bagi driving trip, bilangan pax paling murah per pax bermula dari 7 orang diikuti pax yang lebih rendah

2. Tarikh trip

Tarikh trip berbeza akan menentukan harga yang berlainan untuk setiap tarikh yang diberi. Ada tarikh di mana harga tiket lebih mahal dan ada tarikh di mana harga tiket lebih murah jadi trip anda akan lebih murah

3. Destinasi percutian

Tokyo, Hokkaido, Osaka, Fukuoka, Okinawa. Destinasi percutian ataupun destinasi ketibaan pesawat untuk percutian anda diperlukan bagi membuat itinerary untuk percutian idaman anda. Ada destinasi juga lebih murah berbanding destinasi lain mengikut tarikh tertentu

4. Bilangan hari

Berapa hari berapa malam penting bagi menentukan itinerary percutian anda serta berapa harga bagi percutian anda di Jepun. Lebih lama percutian anda lebih mahal harga percutian anda di Jepun

5. Umur kanak-kanak & infant

Umur kanak-kanak dan infant diperlukan bagi keperluan infant @ child seat jika private trip dengan private transportation

6. Tour with public or private transportation

Tour with public and private transportation diperlukan bagi menyediakan quotation beserta harga pengakutan anda bagi tour di Jepun nanti. Private transportation lebih mahal namun menjamin keselesaan percutian anda semasa di Jepun nanti

Berminat untuk private trip ke Jepun? Whatsapp kami di 0102983571 untuk inquiry!

Pelancong MUNGKIN boleh Kembali melancong ke Jepun seawal Jun 2022 ini!Dalam rujukkan terhadap berita-berita media utama...
09/05/2022

Pelancong MUNGKIN boleh Kembali melancong ke Jepun seawal Jun 2022 ini!

Dalam rujukkan terhadap berita-berita media utama Jepun serta pengumuman dari PM Jepun, Jepun bakal membuka sempadan negara mereka untuk pelancong asing bermula Jun ini. Ini sejajar dengan sokongan beberapa pegawai tertinggi di Jepun yang merasakan Jepun bakal bersedia untuk menerima pelancong ke negara matahari terbit itu seawal musim panas tahun ini sejajar dengan negara G7 dan negara maju yang lain

Buat masa sekarang itu antara pengumuman atau ‘hint’ awal yang diberikan kerajaan Jepun terhadap berita pembukaan sempadan kepada orang ramai dan media berita. Masih belum ada lagi prosedur mahupun keperluan atau requirement untuk pelancong masuk keluar Jepun atau untuk melancong ke Jepun

Kita harapkan agar prosedurnya tidak terlampau ketat dan sempadan Jepun dibuka sepenuhnya tanpa syarat sejajar dengan harapan kes covid di Jepun tidak meningkat hasil percutian Golden week baru-baru ini malah makin menurun memasuki fasa endemic sejajar dengan negara-negara lain

Anda p**a kalau nak ke Jepun boleh roger Wan Chan ye. Wassap masih boleh di nombor yang sama, 010-298-3571 ye.

P/S:- Digalakkan wassap message aje, melainkan nak call, better wassap dulu bagitau tujuan nak call tu ye~~

Jika ditanya pada saya perbezaan travel seorang atau berkump**an, travel seorang sering kali berfokus pada tema atau mis...
06/04/2022

Jika ditanya pada saya perbezaan travel seorang atau berkump**an, travel seorang sering kali berfokus pada tema atau misi self-discovery, serenity, lone-wolf ness, dan memotivasi diri. Manakala travel berkump**an lebih kepada chaotic, happening, awesome ness, dan energetic.

Kedua-dua jenis travel terdapat pro and cons tersendiri dan saya akui ada antara trip saya dengan guest saya di mana saya meletakkan diri saya seumpama saya ni part of the group of travel dengan guest saya untuk saya dapat feel travel berkump**an

Sepanjang trip selama 8 hari 7 malam Bersama sahabat2 saya ke Tokyo Jepun, saya akui banyak je ups and downs dia tetapi antara ups dia adalah kegilaan kami menikmati keseronokkan melancong ke Jepun serta membuat kawan baru tidak kira dengan sesiapa pun

Malah ada antara kawan2 kami ini yang melawat kami di Malaysia juga! Kegembiraan group travel ini membuatkan antara sebab utama kenapa travel agent dan group travel masih rancak di jalankan kerana antara tujuannya membolehkan peserta membuat kawan baru

Wan Chan ingat nanti dah buka border perkara pertama yang wan chan plan nak buat adalah first group travel ke Jepun pastinya dengan flight Air Asia juga (tunggu Air Asia punya flight dah buka sebab tickets yang murah). Nanti pape roger ok?

“Kyou mo asa gohan o’ onegaishimasu”Ujar saya kepada Son chan, gadis Korea yang bekerja di Osaka Wasabi Guest House ini....
03/04/2022

“Kyou mo asa gohan o’ onegaishimasu”

Ujar saya kepada Son chan, gadis Korea yang bekerja di Osaka Wasabi Guest House ini. Guest House Wasabi bukan sahaja menjadi salah satu ‘rumah’ pilihan utama semasa menetap di Jepun tetapi syarikat pengakutan bas sekump**an sekeluarga dengannya, vip liner juga merupakan pilihan utama kenderaan malam ‘night bus’ bagi destinasi Tokyo-Osaka yang sering kali saya guna.

Apabila tinggal di guest house, staf-staf di situ telah menjadi umpama seperti keluarga saya sendiri, oleh itu, teguran dan ujaran seperti Ohayou Gozaimasu, Konnichiwa telah menjadi lumrah apabila bertemu dengan mereka.

Apabila ‘event day’, seperti di Tokyo Wasabi, saya juga menyambut beberapa sambutan percutian besar di sini seperti pada Hari Christmas, sambutan tahun baru dan Hari Valentine. Teringat saat terkejar-kejar membeli cenderamata untuk staf-staf di sini di waktu mengejar work-life balance Ketika banyak ‘based’ in Osaka

Kini banyak guest house, hostel, kedai-kedai halal kecil seperti ini tiada lagi di Jepun. Yang masih ada terkapai-kapai mencari rezeki. Kalau kita yang mengharapkan Jepun buka sempadan segera bagi kita yang ingin melancong dan melihat negara orang. Apatah mereka yang ternanti-nanti di sana sempadan negera mereka supaya terbuka

Ayuh di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini kita doakan agar sempadan Jepun dibuka segera dan dapat kita bermuasafir ke sana…..

Ahlan wasahlan ya ramadhan. And welcome to sakura season. Selamat menyambut bulan ramadhan dan musim sakura di Jepun. Se...
03/04/2022

Ahlan wasahlan ya ramadhan. And welcome to sakura season. Selamat menyambut bulan ramadhan dan musim sakura di Jepun. Semoga sentiasa di dalam keberkatan

#桜 #春 #花見 #花 #景色

Bahagian 7: Penghargaan dan KesyukuranBahagian Pengenalan:-Buku Travelog Hatiku Terluka di Bumi SakuraDi hari Jumaat yan...
01/04/2022

Bahagian 7: Penghargaan dan Kesyukuran
Bahagian Pengenalan:-Buku Travelog Hatiku Terluka di Bumi Sakura

Di hari Jumaat yang mulia ini, tanggal 29 Syaaban 1443 masihi, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat dan kurniaanya, INSYAALLAH dapat kita bernafas dan hidup di buka bumi ini untuk beribadah. INSYAALLAH, dapat kita bertemu dengan AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN pada Maghrib esok hari. ALHAMDULILLAH

Saya juga sedar x sedar, sudah 2 minggu atau dalam 14 hari/muka surat menulis nukilan buku travelog saya. Alhamdulillah perkongsian yang saya tuliskan kali ini penuh bermakna SEKURANG-KURANGNYA untuk diri saya sendiri.

Bila berbincang tajuk KONSEP THAQWA dan KETUHANAN ini, s**a saya kaitkan dengan orang Jepun. Mana tak nya, dalam pemikiran kita mereka ini adalah kebanyakkan dari mereka kita katakana dalam kekufuran atau jauh lagi dari syiar Islam. 100,000 bilangan Muslim di Jepun, entah berapa ribuan sahaja antara mereka yang merupakan MUSLIM JEPUN

Akan tetapi dalam diri mereka ada prinsip KEPERCAYAAN dan konsep KEAGAMAAN. Dalam diri samurai-samurai mereka terdahulu dan tentera-tentera Jepun Ketika perang dunia kedua dahulu ada dalam mereka prinsip Mati Syahid, Jihad dan MUNGKIN JUGA kehidupan lepas kematian

Kenapa kita sering kali katakan bahawa negara Jepun adalah negara Islam yang belum Islam. Kenapa keimanan mereka dalam tahap yang tinggi walaupun mereka tidak tahu apa rukun iman. Adakah Islam itu PERNAH sampai kepada mereka tetapi bukan dalam bentuk AGAMA tetapi dalam bentuk BUDAYA dan GAYA HIDUP?

Ikhlas Persoalan daripada Wan Chan in Japan: Samurai Bangi Lama, Kampung Bahagia 😉

Bahagian 6: TRIBUTE:- Tokyo Wasabi Guest House, HOME IN TOKYO (Before Uguisudani Hostel) Bahagian Pengenalan:-Buku Trave...
31/03/2022

Bahagian 6: TRIBUTE:- Tokyo Wasabi Guest House, HOME IN TOKYO (Before Uguisudani Hostel)

 

Bahagian Pengenalan:-Buku Travelog Hatiku Terluka di Bumi Sakura

 

Baharu kita berseloka di bab pengenalan (chapter 2) dalam siri buku travelog saya hatiku terluka di bumi Sakura tetapi masih tidak ingin berganjak dari chapter pengenalan lagipun saya

 

Hal ini kerana secara langsung dan tidak langsung banyak orang yang telah berjasa terhadap kejayaan (tengoklah ukuran kejayaan Trippal itu pada mana nanti) Wan Chan in Japan & Trippal

 

“Wan Chan, kyou evento sankasuru?” tanya Aya-Chan. Salah satu pekerja senior dan berkebolehan Guest House Wasabi tersebut. Di waktu BC (Before Corona) banyak aktiviti yang dijalankan Guest House dan boleh disertai Guest sempena menginap di penginapan tersebut

 

Selain memilih hari yang strategik, di hari mana banyak guest menginap, pihak guest house juga memilih hari bertemakan musim waktu event tersebut dijalankan

 

Hari di mana saya sertai event kali ini adalah pada musim Sakura, bersesuaian dan bertepatan dengan musim yang kali ini sedang berlangsung di Jepun

 

Kami dihidangkan makanan ringkas bento Jepun yang dibuat oleh staf-staf Guest House Wasabi yang rata-ratanya simple tetapi enak2 belaka

 

Character Yuki-san, yang (dalam istilah baik JEPUN) bodoh kelakar nya menghidangi makanan untuk guest dan melayan guest antarabangsa walaupun pada waktu itu ketidakbolehan beliau bercakap Bahasa English amatlah sangat ketara

 

Tapi jangan sesekali pandang enteng kebolehan gadis Okinawa ini. Kerana gadis Jepun, terutamanya mereka dari Selatan, apatah lagi Okinawa Girls, dengan semangat Okinawa mereka, Beliau kini berada di UK (Scotland kalau tak silap) di samping memanfaatkan visa work-travel mereka, ditambah rezeki lagi extension tinggal di sana (kerana Covid-19)

 

Apalah Khabar mereka-mereka yang lain dalam gambar ini agaknya~~~~

 

Bahagian 5: PIT STOP:- Excited hingga tidak tidur akibat ‘Peminat’Bahagian Pengenalan:-Buku Travelog Hatiku Terluka di B...
31/03/2022

Bahagian 5: PIT STOP:- Excited hingga tidak tidur akibat ‘Peminat’
Bahagian Pengenalan:-Buku Travelog Hatiku Terluka di Bumi Sakura

Jam menunjukkan waktu 0145 pagi. Kebiasaan waktu ini merupakan waktu daku nyenyak tidur dibuai mimpi indah berselimutkan selimut pink baru menggantikan selimut baby blue bucukku. Namun hati ini terasa sangat excited dalam semangat ingin menulis dan berkarya.

Mana tidaknya, anda mesti ada perasan dalam kebelakangan ini dalam beberapa hari saya “hiatus” sebentar social media. Plan nak buat live x jadi p**a (tunda ke malam ini ok?) apatah lagi penulisan saya terhenti seketika

Dalam seketika saya merasai perasaan mereka yang menulis dan berkarya tidak kira penulis manga Jepun One Piece, Oda Sensei yang beribu episode komik telah ditulis beliau mahupun penulis genre contemporary pieces yang menulis dengan nipis dan bersahaja.

Bila di review balik, al macam baru satu chapter setengah buku yang ingin saya tulis, yang bakal makan 10+ muka surat tetapi bila dah di draft siap-siap perjalanan bukunya hingga ke akhiran, mak ai, jauhnya perjalanan penulisan buku ini. Masyaallah

Walaubagaimanapun marathon 42KM kebiasaan dimulakan dengan Langkah dan 100 meter pertama. Jika tiada pemula, tiada pengakhirannya. Cumanya siri travelog saya kali ini akan bertemakan genre percintaan sedikit. Sedikit je xde banyak2. Kerana kurangnya kisah pengalaman sebegini dalam genre novel fiksyen mahupun bukan fiksyen di Malaysia. Boleh kah macam itu?

P/S: Gambar bertemakan seishun, iaitu keremajaan. Di waktu saya di hostel wasabi Tokyo, melepak dengan student university Jepun kursus pharmacy (x silap) yang baru lepas circle activity. Indahnya zaman university / belajar kan???

Bahagian 4: Sebab saya menulis nukilan travelog sayaBahagian Pengenalan:-Buku Travelog Hatiku Terluka di Bumi Sakura“Ter...
30/03/2022

Bahagian 4: Sebab saya menulis nukilan travelog saya

Bahagian Pengenalan:-Buku Travelog Hatiku Terluka di Bumi Sakura

“Terkenangkan hari-hari Bahagia, saat-saat terindah waktu aku di Jepun, aku bangun dari tidur, dengan salji turun meliputi permukaan bumi, putih. Bertemankan kopi “special” 200 yen special blend 7 Eleven Jepun, daku melayan kerenah pelancong yang ingin ke Jepun dengan Wan Chan in Japan & Trippal”

Jam menunjukkan waktu 8 pagi. Subuh di sini (Hokkaido) umpama waktu tahajjud, (boleh mencecah seawall 2.43 pagi) dan tidak kira jam berapapun aku bangun, aku tahu dan yakin bahawa suasana di kamar tidur akan sentiasa malap.

“Ohayou wan kun, kyo mata sabotteruno!,” Tegur Ko Chan. Gadis Korea berambut pendek, berpewatak tomboy di Guest House kegemaran aku, Ten To Ten Sapporo station sering kali mengusik aku.

Mana tidaknya, jika waktu housekeeping time (sekitar 8 pagi) staf syif pagi akan masuk dan mengemas dormitory, sama ada terdengar dengkuran ku, lampu terpasang dan suara samar2 netflix / movie, ataupun ternampak kelibat aku, “sexy” katanya berseluar pendek melihat aku ber T-shirt singkat berseluar 3 quarter level betis

Dan staf-staf di sini agak familiar dengan peranan dan kerja aku sebagai tour guide. Lagi 30 minit ke jam 10 pagi, aku akan merebut peluang breakfast murah 500 yen all you can eat, walau sekadar salad dan roti. “Ohayou gozaimasu” menyapa staff-staff guest house tersebut.

Ini antara hari-hari Bahagia aku di Jepun. Baru separuh hari je aku cerita, lepas ni aku nak share kan lagi boleh x cerita hari-hari Bahagia aku ni? Ala-ala time breakfast, so anda semua boleh menikmati nya 😉

Bahagian 2: Pengenalan; Sinar Syahadah di Bumi SakuraBahagian Pengenalan :- Buku Travelog Hatiku Terluka di Bumi SakuraT...
24/03/2022

Bahagian 2: Pengenalan; Sinar Syahadah di Bumi Sakura

Bahagian Pengenalan :- Buku Travelog Hatiku Terluka di Bumi Sakura

Teguh menghadapi dakwah dan muasafir di Jepun

Apabila kita bermuasafir di muka bumi ini, tidak kira lah walau sebagai seorang insan yang tinggal di Bangi Lama bersekolah ke Bandar Baru Bangi pun, kita sebenarnya telah menjadi seorang permuasafir lagi2 tujuan kita bermuasafir itu adalah untuk mendapat keberkatanNya

Apatah lagi sekiranya kita itu bermuasafir itu dari walaupun sekadar bumi Hang Tuah dan ke bumi Sakura, iaitu Bumi The Last Samurai. Maka jangan kita bersedih mahupun gusar sekiranya kita merasakan Hijrah dan Muasafir kit aitu kurang keberkatannya kerana bukan dari atau ke Bumi Para Anbiya.

Tapi seharusnya bersyukur bahawa kita dapat atau bakal menjejakkan kaki dengan membawa sinar Islam ke bumi yang asalnya masih kurang dibawa sinar keimanan mahupun diziarahi Jemaah dakwah dan tabligh

Salah satu cabaran dalam menyebarkan Islam di Jepun adalah Bahasa. Penguasaan Bahasa Jepun yang tinggi itu perumpamaannya kita harus mempunyai penggunaan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia yang tinggi. Sebagus mana kita dalam penguasaan Bahasa Aras Tinggi ini tidak kira dalam Bahasa pengantar anda atau ibunda. Itulah cabaran dalam berdakwah di bumi Sakura ini

P/S:- Next nak bawakkan salah satu story dakwah yang agak terkenal dalam puluhan tahun ini dalam kalangan dak2 Jepun 😉. Agak2 citer apa? Ada sesapa yang tahu dan nak cuba teka, hadiahnya 200 gram wagyu jika betui!

Bahagian 1: PengenalanSinar Syahadah di Bumi SakuraBahagian Pengenalan:-2 Buku Travelog Hatiku Terluka di Bumi SakuraDal...
24/03/2022

Bahagian 1: PengenalanSinar Syahadah di Bumi Sakura

Bahagian Pengenalan:-2 Buku Travelog Hatiku Terluka di Bumi Sakura

Dalam 8 tahun selama kembara muasafir di Jepun, banyak antara kawan saya pasti yang mengatakan bahawasanya keseronokkan travel saya adalah sewaktu saya mengexplore ke destinasi baru, merentasi ribut salji serta tembok salji tinggi menebal seperti orang eskimo. Mahupun merentasi Lorong-lorong Sakura di Kakunodate di bandar Akita.

Kesemuanya itu ia tapi bagi saya umpama kemanisan cherry dalam kek muasafir saya sahaja. Nikmat KEK Kemanisan Muasafir saya adalah apabila saya secara langsung atau tidak langsung mempromosikan Islam serta agama saya tidak kira secara saya memperkenalkan secara terus terang mahupun perkenalan secara tidak langsung melalui diri saya

Ramai orang yang tak tahu malah segan ingin memperkenalkan diri sebagai Muslim (termasuk saya zaman awal2 Jahiliyah dahulu) mungkin pada awalnya adalah kerana pandangan sinis terhadap Islam itu adalah terrorist.

Tetapi dalam Bahagian-bahagian dan chapter-chapter akan datang ini akan saya ceritakan (sempena Ramadhan) kemanisan dan keseronokkan saya dalam siri “dakwah kerdil/mini” saya selama di Jepun terutamanya dengan kenalan-kenalan dan kawan-kawan saya yang sempat saya berkenalan di Jepun juga ada yang saya berkenalan di Malaysia…

Insyaallah

Japan My Second Home (Program Perlancongan Hebat menjadikan Jepun sebagai Rumah Kedua untuk Rakyat Malaysia)Bahagian dal...
22/03/2022

Japan My Second Home (Program Perlancongan Hebat menjadikan Jepun sebagai Rumah Kedua untuk Rakyat Malaysia)

Bahagian dalam Siri Travelog Hatiku Terluka di Bumi Sakura

Assalamualaikum dan selamat pagi. Diharapkan anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT. Seperti yang mungkin ada yang sedia maklum (terutamanya orang Jepun), saya merupakan salah seorang agent dalam servis Malaysia My 2nd Home, iaitu program untuk orang luar yang ingin menjadikan Malaysia sebagai destinasi rumah kedua mereka

Program ini telah dengan jayanya memikat banyak orang terutamanya rakyat Jepun serta memberi peluang kepada mereka untuk menjadikan Malaysia rumah kedua mereka. Tetapi ada juga yang kalangan client saya yang dari Malaysia yang propose atau mengusulkan cadangan agar saya mencari jalan agar mereka boleh menjadikan Jepun sebagai rumah kedua mereka

Pelbagai tujuan yang mereka ingin capai selain keseronokkan tinggal di negara 4 musim, ada dalam kalangan mereka juga yang ingin anak-anak mereka belajar dengan system pembelajaran negara Jepun tidak kira dalam tempoh jangka masa pendek atau Panjang

Segala buah fikiran atau idea yang kami sembangkan atau dapat dari client-client saya bukanlah sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sudah ada segala perancangan rapi, tinggal untuk perlaksanaannya dan mencari mereka yang lain yang berminat untuk join sahaja

Insyaallah….Moga Dipermudahkan segala urusan….

Port exercise dan outdoor gym yang baru. Dekat je ngn umah. Hehehehe
21/03/2022

Port exercise dan outdoor gym yang baru. Dekat je ngn umah. Hehehehe

HATIKU TERLUKA DI BUMI SAKURA: PRELOGUE 1BERAKHIRNYA SEBUAH PERJALANANBERAKHIRNYA SEBUAH MUASAFIRBak kata pepatahTinggi-...
18/03/2022

HATIKU TERLUKA DI BUMI SAKURA: PRELOGUE 1

BERAKHIRNYA SEBUAH PERJALANAN
BERAKHIRNYA SEBUAH MUASAFIR
Bak kata pepatah
Tinggi-tinggi terbang bangau
Akhirnya hingga di belakang kerbau juga

Sejauh mana saya pergi dan kembara, tidak sama sekali saya lupakan asal usul saya. Apatah lagi kampung halaman, tempat menuntut ilmu jua sahabat handai yang dekat tapi jauh (eh) di Malaysia

Banyak persoalan yang timbul dari client2 saya. Ada yang jenis baca sekali harung, ada yang baca berkali-kali. Ada yang jenis tanya teruih, xpa la saya faham. Tapi nak memudahkan anda memahami, Insyaallah yang pernah travel dengan saya, bisa lagi untuk travel dengan saya. Tapi bukan dengan syarikat Bernama Trippal lagi lah.

Dan saya hampir (berkemungkinan besar) tidak akan membuka servis trip saya untuk public, melainkan melalui referral system sahaja. Tu sahaja yang penting.

Jika ingin bertanyakan lebih lanjut kenapa hentikan Trippal ni? Senang aja aih, Objective dan Matlamat penubuhan TRIPPAL itu telah pun dicapai. Tu je

Apakah itu? Adalah, nanti lah Wan Chan cite. Dah lama kan x baca cite2 wan chan, sembang2 wanchan, celoteh2 wan chan, nanti akan saya Kembali aktif la balik. Insyaallah.

P/S:- Kalau isu semasa atau yang simple, takat orang lain, blogger bishe2 sume al pasal Jepun ley jawab, biarkan la mereka jawabkan dulu. Saya biar jadi kambing itam jawab soklan orang x brani jawab je. Hehe. Cam contoh, bila boleh travel balik? X bulan 4 ni, bulan 5-6. X pun summer. Dah. Selesai. Huhu :P

SOS! CALL FOR MEETING! MAY DAY MAY DAY MAY DAY! TO ALL ALUMNI UNIKL MIATAssalamualaikum dan Selamat Malam Semua. Seperti...
15/03/2022

SOS! CALL FOR MEETING! MAY DAY MAY DAY MAY DAY! TO ALL ALUMNI UNIKL MIAT

Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua. Seperti yang anda (kalangan UniKL MIAT terutamanya) pasti mengetahui bahawa saya kini aktif Bersama AMAL (Alumni MIAT Action League) yang ditubuhkan dengan matlamat ingin membantu alumni MIAT dalam kesusahan dan mencari ikhtiar hidup seperti side income sewaktu zaman penuh cabaran era Covid-19 ini

Sewaktu Bulan 10, 2020, usaha terhenti akibat kerana ancaman Covid-19 2.0 yang kita menyaksikan Tsunami kes Covid-19 yang lebih mencanak tinggi dan lebih banyak menggugat kehidupan seharian serta income isi rumah ramai orang

Saya tidak sedar, di waktu saya sedang follow PKP, mengawal diri saya dari bergerak, ramai yang dalam kesusahan bukan takat mengira duit simpanan hingga ke sen yang terakhir, malah ada juga yang menghitung dan mencatu beras

Untuk tidak membuang masa dan membazirkan peluang yang ada, INSYAALLAH pada Hari Khamis, 17/03/2022 bertempat di UniKL MIAT Subang, kami akan call for meeting terus merangkap AGM untuk Alumni MIAT Action League (AMAL) ini, merangkap sebagai Social Enterprise untuk Alumni UniKL MIAT

Ringkasan adalah seperti Berikut

Perkara :- Meeting AGM AMAL Bersama Alumni MIAT with Original Members AMAL, and Prof Zahir
Waktu/Tarikh :- 1100 pagi, 17/03/2022, Khamis
Tempat :- UniKL MIAT Subang
Jemputan :- Terbuka kepada semua Alumni UniKL MIAT (Terutama yang dalam kesusahan atau menghadapi cabaran)
Pengisian :- Pengenalan AMAL dan Hala Tuju AMAL 2.0

Insyallah, share dan sampaikan pada mereka yang berkaitan. Insyaallah kita akan lebih proaktif dalam membantu dan support alumni2 kita tidak kira, susah senang, janji ita sentiasa Bersama.

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTITapi Hilang nya TRIPPAL INIKesudahannya hanya Tuhan yang tahu PastiSaya mulakan biz Trippal ...
14/03/2022

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Tapi Hilang nya TRIPPAL INI
Kesudahannya hanya Tuhan yang tahu Pasti

Saya mulakan biz Trippal ini hasil daripada inspirasi backpacking ke pelbagai dan banyak negara yang saya mulakan pada tahun 2014 lagi

Saya style travel, bukan saya touch n go dan try hit banyak negara atau tourist spot. Tapi saya style yang pergi ke pelusuk ceruk dan hidden gem negara-negara tersebut terutamanya Vietnam, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dll

Ditambah lagi dengan berkawan dan berkenalan dengan orang tempatan, BOND yang terbina antara kami itu ada yang saya share melalui beberapa trip khas TRIPPAL, KIZUNA trip, di mana peserta berpeluang tinggal Bersama-sama dengan orang Jepun/tuan rumah serta berinteraksi dan bercuti Bersama

Kini TRIPPAL Namanya tinggal hanya untuk dijual. Bagi yang berminat, memang mencecah jutaan bukan kerana nilainya sahaja, list name dan data client VVIP, SOP, Staff serta saya sendiri sebagai Director dengan pengalaman sebagai CEO selama lebih 5 tahun Bersama TRIPPAL

Tujuan tutup, TRIPPAL sudah mencapai objektif nye sendiri, ada juga la sebab peribadi tapi Insyaallah juga kerana HIJRAH saya sendiril. Apabila berHIJRAH, saya kena la juga bersedia untuk BerKORBAN

APA Hotel (eh?) yang saya korbankan. Ada lah, nantikan akan datang. Siri Samarinda, Hatiku Terluka Dalam Tangisan Hujan Kelopak Sakura. Akan datang di………..

Address

Trippal Sdn Bhd, Block 3730, Persiaran APEC
Cyberjaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trippal -Japan Private & Customized Trip- posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Trippal -Japan Private & Customized Trip-:

Videos

Share

Tentang Kami

Private Trip Japan Muslim Friendly, Free to Customized Itinerary dan flexible time Private Trip khas untuk pelancong dan pengembara generasi kini.

Kami merupakan bekas pengembara, pelancong serta kini consultant perlancongan bagi destinasi Jepun

Private Trip kami khas untuk Negara Jepun, dari Daerah Sapporo, Tokyo, Osaka serta ke destinasi baru, Fukuoka.

Servis terdiri daripada day trip dan day driving trip, full private package dan driving package