04/02/2023
Terma dan Syarat
Berikut merupakan terma dan syarat yang wajib dipatuhi oleh setiap tetamu Homestay Dalam Bandar Dungun :
CHECK-IN DAN CHECK-OUT
– Check-in – 3 petang
– Check-out – 12 tengah hari
– Satu salinan IC diperlukan semasa check-in (kegagalan mengemukakan IC akan menyebabkan tempahan tidak dapat disahkan).
BOOKING/TEMPAHAN
– Membuat bayaran deposit RM 100 bagi mengesahkan tempahan anda. Kami mengamalkan konsep ‘FIRST COME, FIRST SERVE’. Setelah deposit dibuat, barulah tempahan anda untuk tarikh tersebut ‘CONFIRM’.
– Bayaran penuh MESTILAH dibayar sewaktu check in pada hari tersebut.
-Contoh : Jika menyewa 1 hari, tetamu perlu membayar kadar penuh untuk 1 hari semasa check-in. Kadar 1 hari ini BUKAN baki dari deposit yang telah diberikan.
– Sekiranya pembatalan dibuat, sila beritahu kami dengan kadar segera.
– Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya tempahan dibatalkan oleh pihak anda atas sebarang sebab.
– Wang deposit akan dikembalikan jika tiada sebarang masalah setelah check-out.
-Sekiranya berlaku penyalahgunaan dan kerosakan melebihi jumlah deposit (contoh: TV pecah hingga tidak dapat dibetulkan, bilik air tersumbat, tidak menutup suis lampu/kipas/aircond) harga penuh perkakas yang rosak atau kadar penyelenggaraan penuh akan dicajkan ke atas tetamu.
SYARAT AM
– Menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah. Sila buang sampah/sisa ke dalam bakul atau tong sampah yang disediakan.
– Dilarang membawa masuk haiwan peliharaan.
– Dilarang membawa masuk barangan tidak halal disisi Islam seperti arak (alkohol) dan khinzir.
– Dilarang berkhalwat dengan pasangan yang bukan muhrim, terlibat dengan kegiatan maksiat dan tidak bermoral, dilarang berjudi.
-Muslim dan muhrim sahaja yang dibenarkan menginap di homestay.
-Sekiranya tempahan diterima daripada seorang muslim, tetapi penginap homestay adalah bukan muslim, pihak pengurusan homestay berhak menolak tempahan tersebut pada bila-bila masa.
– Jaga rumah dan fasiliti yang disediakan seperti rumah sendiri. Jaga kelengkapan rumah dengan cermat, seperti sedia ada.
– Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj, kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
– Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.
– Meletakkan kenderaan dengan berhemah dengan tidak mengganggu lalu lintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran.
– Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.
– Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. Pastikan pintu, gril dan pagar dikunci, samada ketika anda sedang berada di rumah, mahupun apabila anda meninggalkan rumah walaupun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kejadian atau kehilangan barang berharga semasa anda menginap di sini.
– Bilik air ~ Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
– Laporkan sebarang kerosakan/kejadian tidak diduga yang berlaku. Wang cengkeram (sekiranya ada) anda mungkin dikira sebagai gantirugi/pampasan ke atas kerosakan/kejadian tersebut yang berlaku akibat kecuaian/kelalaian anda.
– Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum anda check-out.
-Pihak pengurusan homestay boleh mengubah Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa makluman awal.
Setiap tetamu dianggap telah maklum dan jelas memahami Terma dan Syarat kami apabila membuat bayaran deposit.
Terima kasih atas kerjasama anda!