D'Amari Nusantara Home2stay

D'Amari Nusantara Home2stay Clean,friendly & safe environment.
3R aircond.Kitchen and dining.TV, fridge, auto washing machine,

08/01/2025

Alhamdulillah sudah seminggu kita melangkah di bulan Rejab & tahun baru semoga bertambah ilmu, amal dan iman🤲...dan berkurangnya perkara2 yang mengurangkan pahala kita di neraca timbangan.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSELAMAT HARI RAYAMAAF ZAHIR BATIN"Waktu itu seperti sungai, kita tid...
15/04/2024

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

"Waktu itu seperti sungai, kita tidak akan dapat menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya..."

Terima Kasih Allah..moga kita dapat istiiqomah seperti dalam bulan Ramadhan 🤲😊

15 April 2024
06 Syawal 1445H

11/01/2024

Alhamdulillah. Ini buku terbaru untuk tahun 2024, 30 Fakta Unik Dalam Al-Quran Yang Jarang Didedahkan. Saya ringkaskan 30 Fakta ini dalam 1 poster.

Kita datangkan sekali dengan program. Mahu beli buku sahaja pun boleh.

Untuk memahami lebih lanjut, silakan berkunjung ke

https://abbascentre.onpay.my/order/form/WEBFAKTAUNIK

Semoga Ustaz sihat selalu
11/01/2024

Semoga Ustaz sihat selalu

Bagi pesakit kanser, graf kesihatan kita ada up and down.

Bila sel darah putih kita rendah, akan rasa lemah, letih dan lesu walau doktor dah sahkan kita bebas kanser.

Ada grafnya.
Ramai orang yang tak faham.

Grafnya bila rendah, kita lemah sangat.
Ada satu hari lepas kimoterapi 24 jam lemah.
Sampai hari ke 14 kimoterapi, sel darah putih kita dah ok ketika itu akan jadi segar balik.

Turun naik itu biasa.
Apa-apa pun kita kena berjuang.

Dua minggu lepas Ustaz ada ceramah di UK Perdana.
Tengah-tengah ceramah, En.Zulhisham yang jemput Ustaz beritahu ibunya juga terkena kanser.

Dulu dah kena, kemudian datang semula serangan kedua.
Serangan kedua ni sangat bahaya.
Kena betul-betul berjaga.

Jangan ingat bila doktor kata dah bebas kanser ia tak kan kembali.
Sekarang ibunya jalani rawatan semula di Institut Kanser Negara.
Mudah-mudahan Allah bagi kesembuhan kepada ibunya.

Tahun 2024 ni geng, kita hargai kesihatan dan keamanan yang kita ada.

Ingat geng, hidup ni setiap saat perlu disyukuri.
Jangan mengeluh, merungut dan marah kepada kesukaran yang menimpa diri.

Kita ada isteri, ada anak, ada keluarga, ada rumah, ada peluang nak dapat pendapatan dengan macam-macam cara, ada kesihatan, keamanan dan kehidupan.

Kehidupan takkan dapat berulang.
Takkan ada peluang kedua.
HARGAI, SYUKURI selagi ada.

Semua yang hadir dalam hidup kita adalah nikmat.

وَمِنْ رَّحْمَتِهٖ جَعَلَ لَكُمُ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوْا فِيْهِ وَلِتَبْتَغُوْا مِنْ فَضْلِهٖ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ

"Berkat rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang agar kamu beristirahat pada malam hari, agar kamu mencari sebagian karunia-Nya (pada siang hari), dan agar kamu bersyukur kepada-Nya."

Surah Al Qasas : 73

Baru-baru ni ustaz terjumpa seorang kenalan VVIP.

MasyaAllah tabarakallah
Dia bercerita.
Masa ayahnya hidup, ramai dikalangan adik beradik dan isterinya tidak menghargai arwah.
Bila arwah meninggal dunia, mereka semua yang benci, marah, mengumpat menyesal tak sudah.
Macam meroyan.

Geng, ambil pengajaran.
Manusia ni, selama namanya manusia atau insan daripada perkataan nasia maknanya LUPA.

Kita tak sempurna.
Mana ada suami yang sempurna.
Mana ada isteri yang sempurna.
Mana ada anak yang sempurna.
Sempurna maknanya ALLAH sahaja.
Maafkanlah dan hargailah saat bersama mereka.

Ada yang cerita dengan ustaz dia sedang bergaduh dengan mak.
"Ish, tak sukalah perangai mak saya ustaz."

Fikir dalam-dalam.
Mak ni jangan main-main.
Terima dia manusia dan tak sempurna.
Sabar dan telan.
Mungkin dengan kesabaran kita tu, Allah kurniakan sesuatu yang besar dalam hidup kita.

Kita tak tahu.

Mungkin kita sabar dengan kerenah mak kita,
Allah mudahkan urusan kerja kita.
Allah selamatkan daripada kemalangan jalan raya.
Mungkin kita sabar dengan kawan di pejabat yang sanggup pijak kepala kita sebab nak naik pangkat.
Banyak politik di pejabat ni tak terkata.
Sabar dan cuba telan.
Insya-Allah, Allah selamatkan kita dan mudahkan hidup kita di waktu lain.

Sebab itu, kalau ada mak dan ayah minta doa daripada mak ayah.
Ustaz kalau masuk kereta nak ke mana-mana terus minta doa.

Jom geng, sambil tengok muka anak-anak bermain, tengok wajah isteri suami, suasana keluarga, tengok keadaan diri terus ucap,

"Alhamdulillah ya Allah, terima kasih atas kurniaan ini. Aku hargai dan syukurinya, mungkin dengan semua ini asbab menjadi amal soleh aku berbakti kepada mereka. Aku buat untuk gembirakan Engkau ya Allah. Tahun 2024 ini insyaAllah aku buat yang terbaik dalam hidup. Tolong dan bantu aku ya Allah untuk terus sabar dan kuat."

Dua kisah di atas ni cukup mengajar kita erti mensyukuri kesihatan diri dan nikmat bekerluarga.

Jom pujuk hati kita, hargai sebelum ia hilang.
Lalui kehidupan walau ia susah.

Keep moving and stay strong geng!

P/S : Gambar ni gambar throwback ustaz waktu sakit dan sihat

11/01/2024

"Ya Allah, berkahi kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikan kami di bulan Ramadhan"

Amiin Ya Rabbal 'Alamin

05/01/2024

"Alhamdulillah bertemu kita Jumaat hari mulia "

__🍃Pesananan tanggungjawab ke atas keluarga🍃__

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.

Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

(QS. At-Tahrim 66: Ayat 6)

__🍃MARI SEMARAKAN SELAWAT__🍃

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

“Semoga Allah memberikan rahmatNya kepada Nabi Muhammad"



Pengikut Nabi Isa a.s tidak lah sama dengan pengikut agama Kristian.Jika keliru carilah ilmu...perbalahan akan menjauhka...
04/01/2024

Pengikut Nabi Isa a.s tidak lah sama dengan pengikut agama Kristian.

Jika keliru carilah ilmu...perbalahan akan menjauhkan jurang.

ASHABUL KAHFI: KRISTIAN ATAU MUSLIM?

Soalan: Adakah wujud kisah Ashabul Kahfi disebutkan di dalam Bible sebagaimana yang dinyatakan PMX?

Jawapan: Tidak

Soalan: Adakah kisah Ashabul Kahfi disebutkan di dalam Taurat?

Jawapan: Tidak

Soalan: Adakah kisah Ashabul Kahfi disebutkan di dalam al-Quran?

Jawapan: Ya. Kisah Ashabul Kahfi merupakan kisah benar mengenai sekump**an pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua. Di dalam Surah al-Kahfi ayat 9 hingga 26, diceritakan kisah beberapa orang pemuda beriman yang telah melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana Allah SW menidurkan mereka selama 309 tahun.

Soalan: Jadi, dari manakah kisah Ashabul Kahfi muncul di dalam agama Kristian?

Jawapan: Riwayat terawal yang ditemui adalah ia merupakan kisah yang di bawa dalam khutbah singkat dalam gereja Ortodoks Timur yang dikarang oleh seorang pemuisi terkenal dari Eddessan iaitu Jacob of Sarug (450-521 Masihi). Lihat Gibbon, Edward. The History of the Decline and Fall of the Roman Empire, (London: Penguin Classics, 2001). 387-388; Al-Majdub, Ahmad ‘Ali. Ahl al-Kahf fi al-Injil wa al-Tawrah wa al-Qur’an, (Kaherah: al-Dar al-Misriyyah al-Lubnaniyyah, t.t.) 58.

Soalan: Apakah sebab turun ayat 9-26 daripada Surah al-Kahfi

Jawapan: Beberapa orang pendeta Yahudi telah menyampaikan kepada wakil pembesar Quraisy yang menghantar Uqbah bin Abi Mu’ayt dan Nazar bin Harith untuk bertanya kepada Rasulullah SAW tentang tiga perkara:
i. Pemuda-pemuda yang keluar dari masa lampau.
ii. Lelaki yang telah sampai ke timur dan barat bumi.
iii. Roh.
Huraian Ibn Kathir secara panjang lebar berkenaan tiga persoalan boleh diteliti secara lebih lanjut. Lihat Ibn Kathir. Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, (Riyadh: Dar Taybah, 1999), 5: 136.

Tujuan pertanyaan itu adalah untuk menguji Rasulullah SAW kerana kisah Ashabul Kahfi memang masyhur dalam kalangan para pendeta Yahudi dan agak mustahil diketahui “orang luar”. Kalau Baginda seorang Nabi dan Rasul, sudah tentu hal ini diketahui. Jika sebaliknya, terbukti Baginda penipu. Setelah berlalu 15 hari, Jibril datang dan membawakan wahyu berupa jawapan bagi ketiga-tiga persoalan tersebut.

Soalan: Apakah definisi Kristian?

Jawapan:
1. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Kristian adalah agama yg penganut-penganutnya mempercayai bahawa Nabi Isa ialah anak Tuhan. Lihat https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=Kristian

2. Menurut Alkitab, perkataan “Kristian” hanya dipakai tiga kali sahaja di dalam Perjanjian Baru dan setiap contoh merujuk kepada “Kristian” di dalam gereja awal.

“...dan selama setahun mereka berkumpul dengan jemaah di situ sambil mengajar banyak orang. Di Antiokha, untuk kali pertama pengikut-pengikut Yesus disebut orang Kristian” (Kisah Rasul-Rasul 11:26).

“Raja Agripa bertitah kepada Paulus, ‘Kamu fikir kamu boleh menjadikan beta seorang Kristian, dalam tempoh yang singkat ini?’” (Kisah Rasul-Rasul 26:28).

“Tetapi jika kamu menanggung penderitaan oleh sebab kamu orang Kristian, janganlah malu kerananya. Bersyukurlah kepada Allah, kerana kamu pengikut Kristus” (1 Petrus 4:16).

Mereka digelar “Kristian” kerana kelakuan, perwatakan serta pertuturan yang mirip dengan Yesus Kristus. Istilah “Kristian” bermaksud, “pengikut Yesus Kristus” ataupun “mereka menjadi kepunyaan Yesus.”

Kesimp**annya, Kristian adalah seseorang yang telah menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat mereka dan mempunyai satu hubungan peribadi dengan Yesus Kristus.

Apakah ciri-ciri seorang Kristian? Seorang penganut Kristian tidak dapat tidak, mesti berpegang dengan Apostles’s Creed. Apa intipatinya? Konsep triniti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Kudus.

Soalan: Bolehkah menyatakan bahawa Ashabul Kahfi itu beragama Kristian?

Jawapan: Saya nampak, sudah ada sedikit salah faham timbul dalam kalangan masyarakat awam dalam memahami isu ini apabila kenyataan PMX agak tergantung. Misalnya, ada seorang hamba Allah menulis, “Agama mereka adalah Nasrani (kini dipanggil Kristian).”

Ini kesimp**an yang tersasar.

Apa yang jelas dalam kitab-kitab tafsir bi al-ma’thur, Ashabul Kahfi tidak dinisbahkan sebagai Nasrani atau Masihi, kecuali dalam al-Bidayah wa al-Nihayah (2: 114), Ibn Kathir menyatakan mereka beragama Nasrani. Pen*sbahan mereka kepada agama Nasrani boleh ditemui dalam kitab-kitab tafsir bi al-ra’yi misalnya oleh Ibn ‘Asyur.

Saya cenderung kepada penjelasan al-Tabari bahawa mereka dinyatakan sebagai “Muslim mengikut agama ‘Isa”. Lihat al-Tabari. Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Qur’an, (Giza: Dar Hijr, 2001), 15: 162. Bahkan, inilah kesepakatan umat Islam dan seluruh para ulama’. Sabda Rasulullah SAW:

‌الْأَنْبِيَاءُ ‌إِخْوَةٌ ‌لِعَلَّاتٍ: ‌دِينُهُمْ ‌وَاحِدٌ، ‌وَأُمَّهَاتُهُمْ ‌شَتَّى
Para nabi bagaikan saudara sebapa, agama mereka satu [Islam], dan syariat mereka berbeda-beda." (Riwayat Ahmad, no. 9632)

Boleh jadi Ashabul Kahfi berada dalam kelompok Ibiyuniyyah (Ebionites), kelompok Yahudi pengikut ajaran Nabi Isa yang menolak ketuhanan Nabi Isa dan menganggap Baginda hanya seorang utusan Allah. Mungkin sebab itulah kisah mereka menjadi buah mulut para pendeta Yahudi Madinah turun temurun. Cuma kita tidak boleh lagi panggil mereka “Kristian” kerana Kristian kemudiannya telah pun menyesatkan mereka. Lihat Rev. J. M. Fuller, "Ebionism and Ebionites", dalam Henry Wace (ed.) Wace Henry. Dictionary of Christian Biography and Literature to the End of the Sixth Century A.D., with an Account of the Principal Sects and Heresies, (Massachusetts: Hendrickson Publishers, t.t.), 608; Hakkinen, S. “Ebionites” dalam A Companio to Second-Century Christian Heretics, ed. Antti Marjanen & Petri Luomanen, (Netherlands: Brill), 272.

Sebagai penuntut ilmu yang dilatih dalam bidang Akidah, Perbandingan Agama, dan Pemikiran Islam sejak peringkat Sarjana Muda sehingga kini sebagai calon Doktor Falsafah (doakan urusan tesis saya dipermudahkan), pendefinisian dan rujukan kepada etimologi amat dititikberatkan kerana ia adalah nilai keadilan yang kita letakkan kepada satu-satu perkara.

Justeru, pandangan saya tidak sesuai lagi dan tidak tepat - pada masa kini - untuk menyatakan mereka beragama Kristian.

Soalan: Tapi, mengapa kita boleh temui ada pandangan ulama silam dan kontemporari yang menisbahkan mereka kepada Nasrani?

Jawapan: Ia sesuai pada zaman dan uruf tertentu apabila masyarakat memahami bahawa pen*sbahan Nasrani itu merujuk kepada pengikut Nabi Isa yang membawa ajaran yang bukan difahami sebagai ajaran Kristian hari ini.

Secara peribadi – tanpa mengurangkan rasa hormat kepada PMX – saya tetap berpandangan ucapan beliau agak tergantung dan boleh menimbulkan kekeliruan dan konteks umat Islam di Malaysia sehingga “terpaksa” diperjelaskan p**a oleh sebahagian asatizah dan pendakwah. Jika beliau kekal sahaja dengan terjemahan teks al-Qur’an tanpa menyebut “kalau kita cerita begini, orang Kristian pun senang…”, itu sudah memadai kerana fokus beliau dalam video berkenaan adalah menceritakan tentang komitmen Ashabul Kahfi kepada pendirian / akidah mereka.

Kaedah fiqh menyebut
عادة جمهور قوم في قول أو فعل
“Adat kebiasaan sesuatu kaum adalah pada pertuturan dan perbuatan mereka.” Lihat al-Zarqa. Mustafa Ahmad. al-Fiqh al-Islami fi Thawbihi al-Jadid, Beirut: Dar al-Fikr, 1968), 557.

Saya yakin tidak ada dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang memahami Ashabul Kahfi sebagai penganut Kristian (dengan kefahaman Kristian pasca Persidangan Nicea). Kita diajar Ashabul Kahfi itu mengikut ajaran Nabi Isa, dan beriman dengan agama Allah. Definisi Kristian yang saya bawakan di atas sudah memadai untuk menjadi hujah.

Para ulama menggunakan uruf sebagai asas pembinaan hukum berdasarkan athar yang diucapkan oleh Abdullah ibn Mas’ud:
ما رأى المسلمون حسنا فهو عند الله حسن ، وما رآه المسلمون قبيحا فهو عند الله قبيح
“Apa yang umat Islam melihatnya sebagai kebaikan, maka ia dianggap baik di sisi Allah. Apa yang umat Islam melihatnya sebagai keburukan, makai a dianggap buruk di sisi Allah.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, no., 3602)

Menamakan mereka sebagai penganut Kristian amat janggal sekali dalam pemahaman, bahasa dan kebudayaan umat Islam di Malaysia, walaupun tidak salah dalam uruf di tempat lain atau masa lalu.

Kesimp**an

Kisah Ashabul Kahfi tidak dinyatakan dalam Bible. Mereka adalah Muslim, mengikut ajaran Nabi Isa yang asal, bukan penganut Kristian.

Semoga isu ini selesai dengan baik tanpa lanjutan perbalahan. Dari sudut positif, saya pasti sudah ramai mendapat ilmu baharu dalam isu ini, baik yang pro mahupun kontra. Kita doakan sesiapa sahaja yang mengangkat kisah ini dengan niat yang baik, dirahmati Allah SWT.

Ashabul Kahfi kekal sebagai kisah yang tidak dihuraikan lanjut dalam al-Qur’an kerana objektif dalam kisah itu adalah untuk kita meneladani keteguhan iman mereka. Itulah yang wajar kita pegang dan hayati bersama. Wallahu a’lam.

*Gambar ketika di Masjid Agung Çamlıca, Üsküdar, Istanbul, Türkiye. Anjing Ashabul Kahfi besar lagi kot dari anjing-anjing di Türkiye ni?

MOHAMAD RAZIF BIN MOHAMAD FUAD
https://t.me/raziffuad

04/01/2024

Address

Jalan Nusaria 2/2
Gelang Patah
81550

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Amari Nusantara Home2stay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to D'Amari Nusantara Home2stay:

Share