Semoga kita semua mengambil berat tentang perkara ini dan janganlah bersangka buruk atau menuduh sembarangan diantara satu sama lain insya Allah kita semua dirahmati oleh Allah ...amin...
Penjelasan CEO TG Al-Haramain terhadap tohmahan ejen² Juara Travel & Tours Sdn Bhd.
بسم الله الرحمن الرحيم
Penjelasan isu antara TG al-Haramain dan Juara Travel berkenaan logo Juara Travel, Dan juga tuduhan Scammer & Palsu ke atas TG al-haramain tanpa dikaji dan diselidiki terlebih dahulu oleh Pengurus Pentadbiran yang baru ini kerana tidak mengambil berat akan maklumat kerjasama yang erat dan rapat telah termeterai sekian lama sebelum ini bersama CEO Juara Travel (arwah Hj.Mazlan Mansur) sejak dari tahun 2017 lagi, setelah diberi penjelasan di ibu pejabat Juara Travel (Pengurus Besar Baru) Hj.Ahyat Roslan dalam keadaan begitu semangat setia kawan dan sahabat karib bersama industri umrah ini.
Dengan persetujuan kedua belah pihak kami bermaaf-maafan dan diarah memadamkan segera semua jenis iklan Tidak Benar,Palsu dan Scammer yang ditularkan melalui Page FB Juara Travel dan ejen-ejen dibawahnya.
Alhamdulilah tamat sudah isu ini dgn perpisahan Mahabbah Rahmah dan mungkin akan ada kerjasama dengan pentabiran yang baru ini mengikut syarat semasa di masa hadapan.
Kami memohon jika ada sahabat-sahabat diluar sana yang masih lagi menularkan iklan Palsu & Scammer ke atas Asatizah Mutawwif TG al-Haramain di FB atau mana-mana media sosial, Harap dipadam dengan segera kerana ia adalah satu Fitnah dan Berdosa Besar dan TG al-Haramain tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang lebih keras.
Dan juga saya mohon Jutaan kemaafan dari semua sahabat Mutawwif TG al-Haramain atau waris keluarga yang melalui Tuduhan Fitnah itu dan juga saya bersedih hati sangat, semoga Allah Taala memberi Rahmat dan Ganjaran Pahala berganda keatas kesabaran dan kemaafan kalian semua.
Zakaria Ismail
Rujukan: https://www.facebook.com/443400359045216/posts/5011504482234758/