21/12/2022
Info untuk semua
AMARAN HUJAN BERTERUSAN ๐ง๏ธ๐ง๏ธ๐ง๏ธ
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)
I) Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) sehingga Khamis, 22 Disember 2022.
II) Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) โข Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Khamis, 22 Disember 2022.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)
I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan โข Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) โข Pahang (Jerantut dan Maran) โข Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian) sehingga Khamis, 22 Disember 2022.
II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang dalam tempoh Jumaat, 23 Disember 2022 sehingga Sabtu, 24 Disember 2022.
III) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat โข WP Labuan dalam tempoh Jumaat, 23 Disember 2022 sehingga Isnin, 26 Disember 2022.
๐ง๏ธ๐ง๏ธ๐ง๏ธAmaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.
๐ง๏ธ๐ง๏ธ๐ง๏ธAmaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.
๐ง๏ธ๐ง๏ธ๐ง๏ธAmaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
Dikeluarkan pada: 3:00 petang, 21 Disember 2022