Cuti-cuti murah

Cuti-cuti murah Untuk awak-awak yang nak jalan tapi budget CIPUT jer.....

10/08/2024
10/08/2024

Resepi Kek Coklat Moist Leleh versi saya. 😘😘

BAHAN A :
- 1 cwn gula
- 1 cwn koko
- 1 cwn minyk masak
- 1 cwn susu pekat
- 1 tin susu cair
MASAK atas dapur guna api kecil. Kacau sampai bahan sebati. Dah siap ketepikan.

BAHAN B :
3 biji telur
1 sk esen vanilla
Pukul hingga kembang dan campur ke dalam BAHAN A

BAHAN C :
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bikarbornat (sudu rata)
1 sk baking powder (sudu membukit baru gebus)

Ayak dan campur bahan di atas ke dalam bekas tadi dan kacau hingga sebati.

Masukkan ke dalam bekas kecik dan kukus selama 15 minit. Kalau loyang besar dalam 50 minit atau sehingga masak. (cucuk dgn lidi kalau tak melekat dah masak le tu.. 🤣🤣)

Tips :
⚠️ Gunakan cawan yang sama untuk s**at.
⚠️ Pastikan cawan jangan lebih besar dari tin susu.

RESEPI TOPPING :
1 cwn koko
1 1/2 susu pekat (nak manis boleh tambah lg)
1 cwn minyk masak
1/2 cwn air panas (air biasa pon boleh tapi guna panas cepat sebati)

Kacau bagi rata kemudian baru kacau di atas dapur menggunakan api kecil. Kalau rajin boleh buat double boil.

Dah siap topping biarkan sejuk dan boleh curah atas kek. PASTIKAN KEK SEJUK baru curah ye..

Kredit : Empunya Resepi

10/08/2024
10/08/2024

Tornado Chocolate Cheese Cake

(A) Kek Coklat
-1 cwn susu pekat*
-1 cwn susu cair*
-1 cawan butter cair / minyak jagung*
-1 cawan cocoa powder*
-1 cawan gula*
-1/2 tsp garam*
-4 biji telur saiz sederhana
-1 cawan tepung gandum
-1 sdt rata serbuk penaik
-1 sdt rata soda bikabornat
-1 sdt esen vanilla

Cara-cara:
1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda (*) dalam periuk, kacau sebati.
2. Panaskan campuran tadi hingga gula larut berkilat (jangan sampai mendidih)
3. Tutup api, rehatkan sebentar.
4. Dalam bekas yang lain, pukul telur (menggunakan whisker sahaja) dan masukkan ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
4. Ayak tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
5. Tuang ke dalam loyang bersize lebar (sebab nak kek tu nipis), alas dengan baking paper.
6. Bakar pada suhu 180’C selama 23-30 minit (hingga masak) atau boleh juga dikukus .

(B) Cream cheese
-250 gram cream cheese (suhu bilik)
-200ml Dairy whipping cream (sejuk)
-2 sdb susu pekat
Cara-cara:
Pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang, masukkan whipping cream, puku hingga gebu.

(C) Chocolate ganache
-250 gram Beryls dark choc
-250ml Dairy Awhipping cream
-2 sudu besar mentega
Cara-cara:
Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih), tuang pada choc, biar sebentar dan kacau rata.

Cara susun:
- Susun lapisan kek coklat pada lapisan pertama kemudian cream cheese pada lapisan kedua dan seterusnya kek coklat pada lapisan ketiga . Pada lapisan paling atas ratakan chocolate ganache sehingga mentupi kesemua bahagian kek dan cheese. Akhir sekali, tabur choc flakes/choc nibs/choc rice (ikut s**a). Sejukkan.

Kredit: sarina seman

26/07/2024
25/07/2024

Check out Nur Farahin | perhentian’s video.

13/06/2024

Nak dapatkan pakej perhentian boleh tekan di link Bio

15/04/2024

Pakej honeymoon 3Hari2Malam

Address

Bandar Jerteh
Jerteh
22000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cuti-cuti murah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies