08/03/2022
KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN 😭
Innalillahiwainna Ilaihirojjiuun…
Insan Terpilih.. Di Kalangan Ribuan Orang Yg Datang Ke Tanah Suci.. Arwah Terpilih Utk Meninggal Di SANA..
Arwah Merupakan Jemaah Umrah Emraz Travel & Tours SB.. Drpd Group 1 Utk Trip 28Feb-11Mac 2022..
Arwah Inilah Bersama² Dgn Rakan Sebiliknya Sahabat Saya Shahril Adzuwan Yg Belanja Saya Makan Di Kedai Fast Food ALBAiK Yg Saya Ceritakan Tempohari.
Siapakah Gerangan Arwah Ini?
Namanya Hj Kamaruddin Hj Marjuki, Bekas Pesara Polis Berpangkat Sub/Insp, Berumur 65 Tahun.. Berasal Dari Bukit Gambir, Tangkak, Johor.
Hasil Temubual Saya Dgn Ahli Keluarganya.. Arwah Ini Ketika Hayatnya Sangat S**a Belanja Orang Makan, Tidak Pernah Kedekut, S**a Menyantuni Orang.. Dan Yg Paling Hebat.. Arwah Sbg Seorang Bendahari Kebajikan Anggota Polis Di Tangkak, Sering Terlibat Dalam Hal Urusan Kebajikan Anggota Termasuklah Dalam Urusan Kematian.
Malah, Sebagai Seorang Bendahari, Arwah Seringkali Mendahulukan Duitnya Bagi Melancarkan Urusan Kematian Anggota Persatuan Polis. Selalu Mempermudahkan Urusan Orang.. Kini Bahagiannya Dijemput Allah Dalam Husnul Khotimah.. Sudah Selesai Ibadat Umrah Yg Wajib Pada 5 Mac Beberapa Hari Lalu, Dan Masih Dalam Keadaan Wuduk Pada Hari Ini Kerana Baru Sahaja Selesai Solat Maghrib.. Diserang Sakit Angin Pasang Secara Tiba² Dan Dengan Mudahnya Allah Menjemputnya Sebaik Sahaja Kedengaran Suara Azan Isyak Di Masjidil Haram..
Allahuakbar.. Betullah Kata Baginda Nabi Muhammad SAW.. Mukmin Yg Baik Ialah Yg S**a Menyebarkan Salam, Yg S**a Belanja Atau Menjamu Orang Makan Dan Yg S**a Menyambung Silaturrahim… Arwah Ini Ada Ketiga²nya.. Alhamdulillah..
Hajat Arwah Utk Berjumpa Dengan Ust Hj Jafri Abu Bakar Mahmoodi, Allah Sudah Tunaikan Ketika Mana Berada Di Bumi Madinah Al-Munawwarah.. Teringin Sekali Ingin Ambil Berkat Orang² Alim Katanya..
Itulah Sebuah Kisah Utk Dijadikan Tauladan Buat Kita Semua.. Jom Sahabat² Saya Semua.. Kita Doakan Kebaikan Ke Atas Arwah Hj Kamaruddin Hj Marjuki Dan Kita Mohon Kepada Allah Agar Mengampunkan Segala Dosa² Arwah, Dan Doakan Agar Allah Memasukkan Arwah Ke Dalam Syurga Bersama Para Nabi dan Solihin Dengan Penuh Rahmat Dan Kasih SayangNya.
Allahummagfirlahu Warhamhu Wa’a Fihi Wa’fuanhu..
SYEIKH KYAIRDER SYAMZAREY HJ WAN IDRIS
Mutawwif Emraz Travel & Tours SB
28 Feb - 11 Mac 2022