Mumtaz Travel HQ

Mumtaz Travel HQ Akaun kedua Mumtaz Travel Sdn Bhd (KPL/LN7270)

Setiap perjalanan bermula dengan niat. Jika hati sudah terpanggil, yakinlah Allah akan permudahkan.Semoga setiap langkah...
05/02/2025

Setiap perjalanan bermula dengan niat. Jika hati sudah terpanggil, yakinlah Allah akan permudahkan.
Semoga setiap langkah diberkati dan ibadah umrah ini diterima Allah SWT. Semoga semua sahabat yang membaca ini juga diberi peluang menjejakkan kaki ke Haramain. Amiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ•‹๐Ÿฅฐ

Maklumat lanjut klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ“ฒ bio.link/mumtaztravel
๐Ÿ“ฒ bio.link/zamzuri

Jemaah bimbingan Ust Zaieme di Masjid Qubaโ€™. Masjid Qubaโ€™ adalah masjid pertama yang dibina atas dasar taqwa oleh Rasulu...
05/02/2025

Jemaah bimbingan Ust Zaieme di Masjid Qubaโ€™.

Masjid Qubaโ€™ adalah masjid pertama yang dibina atas dasar taqwa oleh Rasulullah SAW ketika dalam perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, โ€œbarang siapa yang pergi ke Masjid Qubaโ€™ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk, dan solat sunat 2 rakaat di masjid Quba, maka ganjarannya adalah satu kali pahala umrahโ€.

Maklumat lanjut klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ“ฒ bio.link/mumtaztravel
๐Ÿ“ฒ bio.link/zamzuri

๐Ÿ“Ziarah luaran Madinah Jemaah Umrah + Turkiye Jabal Uhud adalah saksi bisu Perang Uhud pada tahun 3 Hijriah, di mana Ras...
04/02/2025

๐Ÿ“Ziarah luaran Madinah Jemaah Umrah + Turkiye

Jabal Uhud adalah saksi bisu Perang Uhud pada tahun 3 Hijriah, di mana Rasulullah ๏ทบ dan para sahabat berjuang mempertahankan Islam.

Di kaki gunung ini juga terletak Makam Para Syuhada, makam kepada lebih 70 sahabat yang gugur, termasuk Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib. Hingga kini, Jabal Uhud menjadi tempat ziarah yang mengingatkan kita akan perjuangan besar demi Islam.

Maklumat lanjut klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ“ฒ bio.link/mumtaztravel
๐Ÿ“ฒ bio.link/zamzuri

๐—ก๐—ฎ๐—ธ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฐ๐—ฟ๐˜‚๐—ถ๐˜€๐—ฒ ๐—ป๐—ถ? ๐— ๐—ฒ๐—ต ๐˜€๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฎ๐—น ๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ!๐Ÿ”ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—ข๐—ฆ๐—œ ๐—š๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—š๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ ๐Ÿ”ฅโœ… Harga bermula dari ๐—ฅ๐—  ๐Ÿฏ,๐Ÿฑ๐Ÿต๐Ÿด ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐Ÿฎ ...
04/02/2025

๐—ก๐—ฎ๐—ธ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฐ๐—ฟ๐˜‚๐—ถ๐˜€๐—ฒ ๐—ป๐—ถ? ๐— ๐—ฒ๐—ต ๐˜€๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฎ๐—น ๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ!

๐Ÿ”ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—ข๐—ฆ๐—œ ๐—š๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—š๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ ๐Ÿ”ฅ

โœ… Harga bermula dari ๐—ฅ๐—  ๐Ÿฏ,๐Ÿฑ๐Ÿต๐Ÿด ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐Ÿฎ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด!!

Apa tarikan yang ada?!
๐ŸŠโ€โ™€๏ธ Swimming pool & water slide
๐ŸŽญ Zodiac Theatre
๐Ÿง—๐Ÿผโ€โ™€๏ธ Rope Course Zipline & Rock Climbing
โ›ณ๏ธ Mini Golf
๐ŸŽณ Glow in the dark Bowling dan macam macam lagi!! Memang best!

โš“ Tambahan lain:
โ€ข ๐—ฃ๐—ผ๐—ฟ๐˜ ๐—–๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฒ: ๐—ฅ๐—  ๐Ÿฏ๐Ÿญ๐Ÿฑ/๐—ฝ๐—ฎ๐˜…
โ€ข ๐—š๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ถ๐˜๐˜† ๐—™๐—ฒ๐—ฒ: ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿด๐Ÿญ๐—ฆ๐—š๐——/๐—ฝ๐—ฎ๐˜…

Tunggu apa lagi! Jom lah rebut harga istimewa ni!!

Maklumat lanjut klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ“ฒ bio.link/mumtaztravel
๐Ÿ“ฒ bio.link/zamzuri

๐Ÿ›๏ธ Muzium Al-AmoudiSalah satu lawatan tambahan jemaah bimbingan Mutawwif Ust Shukri di Mekah.Muzium ini memaparkan kehid...
04/02/2025

๐Ÿ›๏ธ Muzium Al-Amoudi

Salah satu lawatan tambahan jemaah bimbingan Mutawwif Ust Shukri di Mekah.

Muzium ini memaparkan kehidupan masyarakat Arab dari pelbagai era, dengan pameran yang merangkumi busana tradisional serta peralatan harian yang digunakan.

Maklumat lanjut klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ“ฒ bio.link/mumtaztravel
๐Ÿ“ฒ bio.link/zamzuri

โ›ด๏ธ Bosphorus Cruise, Turkiye ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ท Jemaah Umrah + Turkiye menikmati salah satu aktiviti pelancongan paling pop**ar di Istan...
03/02/2025

โ›ด๏ธ Bosphorus Cruise, Turkiye ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ท

Jemaah Umrah + Turkiye menikmati salah satu aktiviti pelancongan paling pop**ar di Istanbul, Turki. Bosphorus cruise menawarkan pengalaman unik untuk menikmati pemandangan indah Selat Bosphorus yang memisahkan Benua Eropah dan Asia.

Maklumat lanjut klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ“ฒ bio.link/mumtaztravel
๐Ÿ“ฒ bio.link/zamzuri

Alhamdulillah, tiket percuma Haramain high speed train untuk jemaah seperti yang kami janjikan. Yang bestnya, jemaah tak...
03/02/2025

Alhamdulillah, tiket percuma Haramain high speed train untuk jemaah seperti yang kami janjikan.

Yang bestnya, jemaah tak perlu berpening pening nak bawa beg besar bersama utk naik Haramain Highspeedtrain, beg kami hantar naik bas ke Madinah. Jemaah pun lebih selesa nak bergerak ๐Ÿ˜‡

Ada yang teringin nak naik Haramain Highspeed speedtrain? Jom kami belanja ๐Ÿคฉ

Maklumat lanjut klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ“ฒ bio.link/mumtaztravel
๐Ÿ“ฒ bio.link/zamzuri
๐ŸŒ www.mumtaztravel.com.my

Alhamdulillah, kami bersama jemaah Umrah + Turkiye berpeluang menunaikan solat Zohor di sebuah masjid bersejarah yang me...
02/02/2025

Alhamdulillah, kami bersama jemaah Umrah + Turkiye berpeluang menunaikan solat Zohor di sebuah masjid bersejarah yang menjadi saksi penawanan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

Hagia Sophia, sebuah monumen ikonik, dahulunya merupakan gereja sebelum dibeli dan diubah menjadi masjid pada era kegemilangan Uthmaniyyah. Kemudian, ia ditukar menjadi muzium sebelum akhirnya kembali berfungsi sebagai masjid, sambil mengekalkan peranannya sebagai lokasi bersejarah yang dikunjungi ramai.

Bagi Muslimin dan Muslimat yang ingin menunaikan solat di Hagia Sophia, disarankan untuk bersiap sedia sekurang-kurangnya satu jam sebelum masuk waktu solat. Pihak keselamatan akan memberi laluan kepada penduduk tempatan Turkiye terlebih dahulu, sebelum membuka ruang kepada jemaah lain. Pada waktu ini, lawatan bagi non-Muslim akan ditutup sementara.

Selain waktu solat, Hagia Sophia dibuka kepada pengunjung dengan bayaran sekitar โ‚ฌ40 seorang, membolehkan pelawat menikmati keindahan seni bina dan sejarahnya yang agung.

Ada yang berhajat nak ikut PAKEJ UMRAH + TURKIYE kami akan datang? Boleh klik link inj ya
๐Ÿ“ฒ bio.link/mumtaztravel

02/02/2025

Keadaan terkini di Masjidil Haram 2 Februari 2025 jam 8.30am waktu Makkah

๐Ÿ•Œ Masjid Hassan Anani, JeddahJemaah bimbingan Mutawwif Ust Hafiz dan Ustazah Raudah berkesempatan mengunjungi Masjid Has...
02/02/2025

๐Ÿ•Œ Masjid Hassan Anani, Jeddah

Jemaah bimbingan Mutawwif Ust Hafiz dan Ustazah Raudah berkesempatan mengunjungi Masjid Hassan Anani.

Masjid ini merupakan mercu tanda terkenal di Corniche Jeddah, dengan seni bina putih yang indah, kubah emas, dan menara yang tinggi. Struktur berbentuk bulan sabit biru di hadapan masjid menambah keunikan seni binanya.

Terletak di tepi laut, memberikan pemandangan yang menenangkan, terutama semasa matahari terbenam.

Tak pasti ini yang keberapa kali sampai ke bumi Turkiye. Tapi yang pasti, ini yang paling sarat dengan sirah dan sejarah...
01/02/2025

Tak pasti ini yang keberapa kali sampai ke bumi Turkiye. Tapi yang pasti, ini yang paling sarat dengan sirah dan sejarah. Turkiye dipandang dari sudut yang berbeza, yang berkait rapat dengan Sabda Rasulullah SAW sewaktu perang Khandak โ€˜Islam akan menawan Kota Konstantinopolโ€™

โ€œSesungguhnya Konstantinopel pasti akan ditakluk. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukannya.โ€
โ€” (Riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan dan kesempatan untuk menyebarkan kisah keagungan Daulah Uthmaniyah, agar semakin ramai yang menyedari betapa hebatnya Islam pada zaman silam. Semoga dengan ilmu dan kesedaran ini, Islam terus bangkit dan bertambah kuat dari hari ke hari, insya-Allah.

01/02/2025

Para jemaah Umrah + Turkiye dengan penuh rasa syukur telah mengagihkan Sabil (sedekah) makanan di Makkah, tepat di hadapan Hotel Sawaed Al Khair. Sebanyak 533 pek makanan telah berjaya diedarkan hasil daripada sumbangan ikhlas para jemaah serta sahabat handai yang turut berkongsi rezeki. Semoga setiap sumbangan ini menjadi amal jariah yang diterima di sisi Allah dan membawa keberkatan kepada semua yang memberi serta menerima.

UMRAH + TURKIYE 24/1/2025-08/2/2025โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขKami membawa jemaah menziarahi Makam seora...
01/02/2025

UMRAH + TURKIYE 24/1/2025-08/2/2025
โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข

Kami membawa jemaah menziarahi Makam seorang sahabat Baginda Rasulullah SAW yang sering diceritakan dalam sirah-sirah nabi iaitu Saidina Ayub Al-Ansari.

๐€๐›๐ฎ ๐€๐ฒ๐ฒ๐ฎ๐› ๐€๐ฅ-๐€๐ง๐ฌ๐š๐ซ๐ข: ๐’๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐˜๐š๐ง๐  ๐ƒ๐ข๐ฆ๐š๐ค๐š๐ฆ๐ค๐š๐ง ๐๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ญ๐š๐ง๐›๐ฎ๐ฅ

Abu Ayyub Al-Ansari (Khalid bin Zaid) ialah seorang sahabat Rasulullah SAW yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Islam.

๐Ÿ“Œ Menjadi Tuan Rumah Rasulullah SAW
Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, baginda menginap di rumah Abu Ayyub setelah untanya berhenti di hadapan rumahnya. Beliau begitu menghormati baginda sehingga tidak sanggup tinggal di tingkat atas sementara Rasulullah berada di bawah.

โš” Pahlawan Dalam Peperangan
Abu Ayyub menyertai banyak peperangan bersama Rasulullah, termasuk Perang Badar, Uhud, dan Khandak. Beliau terus berjuang menyebarkan Islam selepas kewafatan Nabi SAW di bawah pemerintahan para khalifah.

๐Ÿฐ Menyertai Penaklukan Constantinople (Istanbul)
Ketika berusia lanjut, beliau menyertai ekspedisi tentera Islam ke Constantinople pada zaman Khalifah Muโ€™awiyah. Sebelum wafat, beliau berwasiat agar dikebumikan sedekat mungkin dengan kota musuh, sebagai motivasi kepada tentera Islam.

๐Ÿ“ Makam di Istanbul
Kuburnya ditemukan pada zaman Sultan Mehmed II (Al-Fatih) dan kini dikenali sebagai Makam Eyรผp Sultan. Ia menjadi salah satu tempat ziarah terkenal di Turkiye.

๐Ÿ”น Abu Ayyub Al-Ansari adalah contoh sahabat sejati yang berkorban demi agama hingga akhir hayatnya. Semoga kita mencontohi semangat perjuangannya!

Ziarah kali ini kami bawa jemaah ke Masjid Namirah sebab ramai dikalangan jemaah kami adalah jemaah haji yang lepas-lepa...
01/02/2025

Ziarah kali ini kami bawa jemaah ke Masjid Namirah sebab ramai dikalangan jemaah kami adalah jemaah haji yang lepas-lepas. Seronok dan sebak mengimbau kenangan manis di Masjid Namirah waktu wukuf di Padang Arafah.
Sebelum itu kami ke Jabal Rahmah dimana merupakan titik tengah Padang Arafah. Kami tak lama di Jabal Rahmah kerana ribuan jemaah mula membanjiri kawasan Jabal Rahmah, lepas mendengar penerangan sirah dari Ustaz Abu Ziyad, pekena p**a sebatang ais krim baru kami ke Masjid Namirah.

Selesai ziarah Masjid Namirah, kami ke Masjid Jaaranah p**a untuk jatuhkan niat Umrah yang ke-2. Dalam perjalanan p**ang, kami melalui kawasan Jabal Thur dan Jabal Nur sambil menghayati sirah Baginda Rasulullah SWT yang disampaikan oleh Mutawwif kami Ustaz Abu Ziyad.

Sejarah Ringkas Masjid Namirah

Masjid Namirah terletak di Arafah, sekitar 20 kilometer dari Masjidil Haram, Mekah. Masjid ini mempunyai kepentingan besar dalam sejarah Islam kerana ia berkaitan dengan khutbah terakhir Rasulullah SAW semasa Haji Wadaโ€™ pada tahun 10 Hijrah.

Asal-usul dan Lokasi

โ€ข Dibina di kawasan di mana Rasulullah SAW dikatakan berhenti dan menyampaikan khutbah terakhirnya kepada para jemaah haji.

โ€ข Sebahagian besar masjid ini terletak di luar kawasan Arafah, tetapi mihrab dan ruang utama berada dalam kawasan Arafah.

Perkembangan dan Pembinaan

โ€ข Masjid Namirah mula dibina semasa pemerintahan Khalifah Abbasiyah, kemudian diperluas dan diperkukuh oleh dinasti-dinasti Islam seterusnya, termasuk kerajaan Uthmaniyah dan Arab Saudi.

โ€ข Kini, ia menjadi salah satu masjid terbesar di dunia, mampu menampung ratusan ribu jemaah haji.

Kepentingan dalam Ibadah Haji

โ€ข Pada 9 Zulhijjah setiap tahun, masjid ini menjadi lokasi utama bagi khutbah Arafah, yang disampaikan sebelum solat Zuhur dan Asar dijamak dan diqasarkan tanpa azan kedua.

โ€ข Jemaah haji berhimpun di sini sebelum berwukuf di Padang Arafah, yang merupakan rukun haji yang paling penting.

Masjid Namirah bukan hanya berfungsi sebagai tempat ibadah tetapi juga sebagai simbol sejarah penting dalam Islam, mengingatkan umat Islam tentang khutbah terakhir Nabi SAW yang menegaskan prinsip tauhid, persamaan, dan keadilan sosial.

Ziarah Hudaibiyah, bersama Mutawwif Ustaz Zaieme ke Masjid Hudaibiyah.Sebuah tempat menandakan tapak di mana gencatan se...
01/02/2025

Ziarah Hudaibiyah, bersama Mutawwif Ustaz Zaieme ke Masjid Hudaibiyah.

Sebuah tempat menandakan tapak di mana gencatan senjata antara Nabi Muhammad (SAW) dan suku Quraisy Makkah ditandatangani. Ia adalah satu peristiwa penting yang mencerminkan perdamaian dan diplomasi dalam sejarah Islam.

๐Ÿ“ฒ bio.link/mumtaztravel
๐Ÿ“ฒ bio.link/zamzuri
๐ŸŒ www.mumtaztravel.com.my

๐Ÿ•Œ Masjid Nabawi, MadinahSemoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita sebagai hari terakhir denganmu untuk menziarahimu a...
31/01/2025

๐Ÿ•Œ Masjid Nabawi, Madinah

Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita sebagai hari terakhir denganmu untuk menziarahimu ataupun berada di sisimu Ya Rasulullah.
Jika ada umur lagi, Insya-Allah kami akan datang menemuimu semula Ya Rasulullah ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’›

๐Ÿ“ฒ bio.link/mumtaztravel
๐Ÿ“ฒ bio.link/zamzuri

Aktiviti ziarah Jaaranah jemaah Umrah + Turkiye. Para jemaah dibawa ziarah ke tempat-tempat manasik Haji seperti Jabal R...
30/01/2025

Aktiviti ziarah Jaaranah jemaah Umrah + Turkiye. Para jemaah dibawa ziarah ke tempat-tempat manasik Haji seperti Jabal Rahmah, Padang Arafah, melalui kawasan Mina dan Muzdalifah dan banyak lagi.

Ziarah ini dapat meningkatkan pemahaman tentang Ibadah Haji terutamanya rukun dan wajib haji serta memberikan gambaran yang lebih jelas tentang setiap peringkat pelaksanaan haji ๐Ÿ˜Š๐Ÿ•‹

Maklumat lanjut klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ“ฒ bio.link/mumtaztravel
๐Ÿ“ฒ bio.link/zamzuri

Address

20-01 , Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Heights
Johor Bahru
80100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 13:00

Telephone

+60127718371

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mumtaz Travel HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mumtaz Travel HQ:

Videos

Share

Category