RANGKUMAN VIDEO SEKITAR MAJLIS SIDANG MEDIA & PENYAMPAIAN PENGHARGAAN PENGAMAL MEDIA FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KALI KE - 27 BAGI TAHUN 2025
1 Februari 2025 (Sabtu) - Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bersama Persatuan Pelayang Johor (PPJ) dan Majlis Pelayang Malaysia (MPM) dengan kerjasama beberapa rakan strategik seperti Tourism Johor, Tourism Malaysia, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang Dan Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang akan menganjurkan acara Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-27, 2025 bermula pada 12 hingga 16 Februari 2025 bertempat di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang Johor dengan bertemakan "Stay Clean Enjoy Fly" yang membawa maksud mengajak pengunjung dan masyarakat untuk sentiasa mengekalkan kebersihan persekitaran disamping menikmati keriangan bermain layang-layang.
Majlis perasmian festival akan diadakan pada 15 Februari 2025, bertempat di Astaka Tradisional Bukit Layang-Layang yang akan dirasmikan oleh YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.
Penganjuran kali ini akan menyaksikan pembabitan seramai 126 peserta antarabangsa dari 44 buah negara dan lebih 300 orang peserta tempatan.
Penganjuran festival ini mensasarkan seramai 500,000 orang pengunjung dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun termasuklah Pertandingan Drone Bercahaya, Pertandingan karaoke, Persembahan Artis Jemputan, Pertandingan Mewarna canting batik, pemberian layang-layang percuma, gerai pameran, gerai jualan dan pelbagai lagi.
Turut dilangsungkan pada majlis sidang media tersebut adalah majlis penyampaian penghargaan Anugerah Media kepada 8 orang pengamal media yang dipilih berdasarkan liputan terbaik mereka sepanjang Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-26, 2024.
Seterusnya, majlis diserikan dengan gimik pelancaran pelepasan Konvoi Ride Promosi, yang melibatkan warga kerja MBPG dimana konvoi ini akan bergerak ke beberapa hentian R&R arah utara dan selatan bagi mempromosikan festival kepa
🪭Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2025!🧧🎉
Ikhlas daripada:-
Pengarah
Dan Seluruh Warga Kerja
Tourism Johor
Closing Ceremony of ASEAN Tourism Forum 2025
ASEAN Tourism Forum 2025
The Soft Launch of Visit Johor 2026 Logo
Johor marked a historic moment with the unveiling of the Visit Johor 2026 logo, officiated by YAB Deputy Prime Minister of Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, and YAB Menteri Besar of Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, during the grand opening of the ASEAN Tourism Forum 2025 in Johor.
The logo stands as a symbol of Johor’s rich heritage and promising future, seamlessly integrating elements that highlight the state’s unique identity. Designed in the shape of a diamond, it reflects the essence of Jauhar, a nod to Johor’s historical roots. Central to the logo is the iconic Sultan Ibrahim Building, which serves as a bridge connecting Johor’s glorious past with its aspirations for the future. The inclusion of the tiger and pineapple further symbolizes the state’s strength in conservation and agriculture, celebrating its cultural vibrancy and economic potential.
With this launch, Johor embarks on a mission to showcase its breathtaking landscapes, cultural wealth, and modern infrastructure to the world. The Visit Johor 2026 campaign positions the state as a global tourism hub, welcoming visitors with pride and warmth. It also reflects Johor’s commitment to strengthening its economy through sustainable and innovative tourism initiatives, ensuring a future where heritage and progress coexist harmoniously.
This momentous event marks Johor’s rise as a leading destination, ready to captivate the world with its charm, culture, and forward-thinking vision. Let us come together to support this extraordinary journey and celebrate Johor’s transformation into a beacon of global tourism.
—————————————-
Pra Pelancaran Logo Visit Johor 2026
Johor mencipta detik bersejarah hari ini apabila secara rasminya logo Visit Johor 2026 dilancarkan dengan penuh gemilang, ia disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, dan YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi,
TANJUNG BALAU, 22 Disember - KEJORA Surfing Cup 2024 telah berjaya diadakan bermula dari 20 hingga 22 Disember 2024 di Pantai Tanjung Balau.
Majlis Perasmian Penutup serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Kawasan Penawar merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA. Hadir sama mengiringi; Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA telah mengiringi YB Puan Fauziah binti Misri, untuk menyempurnakan gimik penutup kejohanan KEJORA Surfing Cup 2024.
KEJORA Surfing Cup 2024 bukan sekadar sebuah kejohanan sukan, tetapi juga lambang usaha bersepadu KEJORA dan KKDW dalam membangunkan bakat muda dan promosi warisan desa, sekaligus membawa manfaat yang berterusan kepada Wilayah Johor Tenggara dan generasi akan datang.
#tourismjohor
#majesticjohor
#visitjohor2026
#kejorasurfingcup2024
#kejora
KERAJAAN NEGERI JOHOR MEMPERKENALKAN MURAL UNTUK MEMPERKASAKAN PELANCONGAN DI JOHOR BAHRU
20 Disember 2024 | Jumaat Kerajaan Negeri Johor bersama- sama Tourism Johor amat komited dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri dengan pelbagai inisiatif kreatif termasuk penghasilan mural.
Selari dengan saranan Y.A.B Menteri Besar Johor dalam menjayakan kempen Johor Bersih, serta usaha mengindahkan kawasan Pusat Bandaraya Johor Bahru.
Turut hadir bersama liputan ialah YB Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, di iringi Encik Sharil Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor.
Mural ini bukan sahaja mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam mempromosikan pelancongan, tetapi juga menyokong keindahan, daya tarikan produk pelancongan sedia ada di sekitar Jalan Tan Hiok Nie, Jalan Bukit Timbalan, dan kawasan berhampiran. Usaha ini diharapkan dapat menceriakan suasana bandar Johor Bahru sambil memperkenalkan budaya dan sejarah Johor kepada pengunjung.
Selain menjadi daya tarikan baharu, inisiatif mural ini juga merupakan langkah persediaan
awal menjelang ASEAN Tourism Forum 2025 dan Tahun Melawat Johor 2026. Usaha ini
turut bertujuan bagi memperkenalkan pakej pelancongan di Bukit Timbalan sebagai satu lagi
aset pelancongan negeri Johor yang berpotensi besar.
Mural ini telah disiapkan dalam tempoh dua minggu dan akan diteruskan di tempat- tempat yang telah dipilih untuk menceriakan lagi suasana di Bandar Johor Bahru.
Bersama-samalah kita menjaga dan memelihara kebersihan dan keindahan bandaraya Johor Bahru supaya generasi akan datang boleh menikmati keindahan Bandar Johor Bahru dan menjadi simbol pelancongan di negeri Johor.
#berhentivandalisme
#jagabandarkita
#jbmampan
#jbthinkgreen
#visitjohor2026
FESTIVAL KRAF JOHOR 2024
Nantikan Festival Kraf Johor (FKJ) 2024 & Festival Kota Selatan (FKS) 2024
🗓️19 Disember - 30 Disember 2024
⏰10.00 pagi - 10.00 malam
📍Padang Akasia, Angsana Johor Bahru Mall
Pelbagai aktiviti menarik diadakan di FKJ 2024:
🔹Jualan Produk Kraf
🔸Jualan Komuniti Kraf
🔹Pameran Seni Bina Laman dan Taman
🔸Pameran MYCRAFTSHOPPE
🔹Pameran Institut Kraf Negara (IKN)
🔸Pameran Adiguru Kraf
🔹Demonstrasi Adiguru kraf/ Demonstrasi kraf
🔸Interaktif Kraf & Fun Craft
🔹Permainan Rakyat
🔸Lawatan Berpandu Berkumpulan
PROGRAM FESTIVAL KOTA SELATAN 2024
🔹Warung Sajian Tradisi
🔸Persembahan Kesenian
🔹Pertandingan
🔸Malam Gala
🔹Persembahan Teater
🔸Pameran Rumah Seni Bangsa Johor
Daftar Lawatan Berkumpulan ke Festival Kraf Johor (FKJ) 2024 & Festival Kota Selatan (FKS) 2024 dengan klik link dibawah:
https://forms.gle/X3PHbLoUwhbMFqAg6
#Tourismjohor
#Majesticjohor
#visitjohor2026
#festivalkrafjohor2024
#angsanamall
#kraftanganmalaysia
#festivalkrafjohor
#haribatikmalaysia
#IniKrafMalaysia
MAJLIS PERASMIAN PINETREE MARINA & RESORT PUTERI HARBOUR
12 Disember 2024 ( Khamis) - Sekitar majlis perasmian Pinetree Marina & Resort di Marina Walk, Puteri Harbour, Johor.
Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dengan ucapan perasmian seterusnya memotong belon dan melepaskan ikan sebagai tanda gimik perasmian majlis.
Turut hadir bersama ialah YB Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, YB Datuk Haji Pandak bin Ahmad, ADUN Kota Iskandar, Tuan Sharil Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor, Encik Johnny Lau, Pengurus Besar Fraser Place Puteri Harbour dan Encik Ong Yoong Nyock, Pengarah Urusan Kumpulan Tiong Nam Logistics Holdings Bhd.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah buat pihak penganjur serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang menarik ini.
#tourismjohor
#majesticjohor
#visitjohor2026
#PuteriHarbour
#Pinetree
✨Gastronomi terbaru di Johor Bahru✨
“Nikmati hidangan laut yang istimewa”. Sang Seafood kini telah dibuka di Taman Damansara Aliff, Johor Bahru. Sebuah restoran yang patut anda cuba terutamanya bagi peminat makanan laut.
Majlis Pelancaran restoran Sang Seafood dilancarkan oleh YB Dato’ Haji Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Turut mengiringi; Ybhg Encik Sharil Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor, Mr John Ang, Co Founder Grand Pacific F&B Sdn Bhd, Puan Daeng Fatin Zulaikha binti Daeng A Malek, Managing Director Grand Pacific F&B Sdn Bhd serta dif-dif jemputan.
Sebagai jenama yang dibanggakan di bawah Grand Pacific F&B Sdn Bhd, Sang Seafood menawarkan makanan laut gaya Cina dengan komitmen terhadap keterangkuman dan kualiti.
#visitjohor2026
#tourismjohor
#majesticjohor
#pinetree
#PuteriHarbour
Iskandar Puteri, 9 Disember - Tourism Johor dengan kerjasama Jomstay Digital Technology (M) Sdn. Bhd. melancarkan Jomstay Johor, platform pelancongan pintar dan Kempen 'Johor Safe Travel' yang pertama di negara ini, bersempena persediaan Tahun Melawat Johor 2026.
Majlis Pelancaran platform Jomstay Johor dan Kempen 'Johor Safe Travel’, diserikan oleh YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor di Rimbunan event space hall di Mall of Medini.
Hadir sama mengiringi, YB Datuk Pandak Ahmad, Ahli Dewan Negeri kawasan Kota Iskandar, Bapak Wahyu Kusumanegara, wakil rasmi Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, YBhg. Encik Sharil Nizam Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor serta YBhg. Encik Fairuz Iskandar Abdul Aziz, Pengarah Urusan Jomstay Digital Technology (M) Sdn. Bhd.
Kempen 'Johor Safe Travel' pula menterjemahkan komitmen negeri ini menyediakan persekitaran selamat bagi menggalakkan pelancong mengutamakan keselamatan dengan pembelian insurans perjalanan melalui platform Jomstay Johor.
Tourism Johor dan Jomstay Digital Technology komited untuk memperluaskan keupayaan platform ini dan memupuk kerjasama yang dapat meningkatkan kedudukan Johor di peta pelancongan global. Kerajaan negeri berharap Kempen Johor Safe Travel akan menggalakkan penggunaan insurans perjalanan secara meluas, menetapkan piawaian baharu bagi keselamatan dan kemudahan dalam industri pelancongan.
#tourismjohor
#majesticjohor
#visitjohor2026
#johorsafetravel
#jomstay
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP FESTIVAL D’KUKUP DAN KUKUP MOTORDAY 2.0 PENGHUJUNG BENUA ASIA, TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIAI TAHUN 2024.
Telah berlangsung Majlis Perasmian penutup Festival D’Kukup dan Kukup Motorday 2.0 Penghujung Benua Asia yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Sharil Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor bertempat di Taman Negara Tanjung Piai, Pontian Johor.
Pelbagai acara, pertandingan telah dianjurkan serta jualan dan pameran oleh Agensi yang mengambil bahagian.
Hadir sama mengiringi termasuklah Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian, YB Dato’ Haji Jefridin bin Haji Atan, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Kukup, Tuan Taufik bin Bahar, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Tuan Haji Abd Razak bin Khalid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian, Tuan Haji Ir.Shahrudin bin Ismail, Ketua Jurutera Daerah JKR Pontian, Tuan Haji Abd Rahman bin Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Tuan Haji Zahrul-lail bin Ab Moez, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) SMK Sri Kukup serta dif-dif jemputan.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah buat pihak penganjur serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang menarik ini.
#tourismjohor
#majesticjohor
#visitjohor2026
#motorday2.0
#festivaldkukup
Menjunjung Kasih Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor mencemar duli ke Majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Pelancongan Johor 2024 Bagi Piala Cabaran Tunku Panglima Johor yang berlangsung di The Els Club, Desaru Coast pada hari ini.
Kejohanan Golf Pelancongan Johor 2024 Bagi Piala Cabaran Tunku Panglima Johor kali ini disertai seramai 136 peserta dari dalam dan luar negara serta diserikan dengan penyertaan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Turut hadir pada majlis penyampaian hadiah, Tuan Haji Miswan bin Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Mohd Johari bin Tarmidi, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pengerang, Encik Sharil Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor, dan Colonel Jamal bin Salleh, Pengerusi Johor Golf Tourism Association.
Kehadiran individu-individu terkemuka ini menambah seri dan nilai acara, yang turut berperanan sebagai medium untuk meningkatkan kesedaran mengenai potensi pelancongan golf di Johor.
Acara ini juga menunjukkan komitmen Johor dalam memperkasa industri pelancongan melalui sukan, khususnya golf, dan memberikan peluang kepada para peserta untuk bertanding dalam suasana bertaraf dunia.
#visitjohor2026
#tourismjohor
#majesticjohor
#golftournament2024