26/01/2023
"PROGRAM MUTAWIF CEMERLANG DARI PERSPEKTIF PELANGGAN"
Buat julung kalinya Az Zuha Group Travel & Tours akan menganjurkan sebuah program yang melibatkan lebih 100 orang Pembimbing Umrah dan beberapa orang bekas jemaah Az Zuha Travel yang dipilih secara rawak pada hari Sabtu 28 Januari 2023 ini di Le Venue Hotel, Bangi.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan Pembimbing Umrah kepada jemaah. Selain itu, program ini memberi peluang kepada Jemaah sendiri untuk menyuarakan pandangan dan cadangan kepada Pembimbing Umrah secara langsung bagi menambahbaik perkhidmatan dan bimbingan di tanah suci.
Di dalam program yang sama juga, satu majlis menandatangani kerjasama MOU di antara Universiti Islam Selangor (UIS) dengan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd bakal dimeterai.
Program kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada Modul Pemantapan Pembimbing Umrah. Jalinan kerjasama ini bakal menjadi pemangkin bagi meningkatkan piawaian kualiti perkhidmatan dan servis para Pembimbing Umrah Az Zuha secara khususnya.
Program ini juga antara respon syarikat terhadap maklum balas dan saranan daripada pelanggan di beberapa tempat bagi meningkatkan lagi mutu berkaitan perkhidmatan Pembimbing Umrah Az Zuha.
Pembimbing Umrah yang menyertai program ini akan memperolehi pengiktirafan melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) setelah berjaya menghabiskan keseluruhan modul tersebut. Modul yang bakal dibangunkan ini bertepatan dengan Wawasan Gemilang Az Zuha 2030 yang ingin menjadi syarikat pelancongan bertaraf antarabangsa suatu hari nanti, insya Allah.
Doakan semoga Program "Mutawif Cemerlang Dari Perspektif Pelanggan" dan Program Kerjasama bersama Universiti Islam Selangor (UIS) ini akan berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat yang berterusan kepada kedua belah pihak pada masa kini dan juga pada masa hadapan, Aamiin ๐คฒ