INAP DESA Putrajaya
Inap Desa Putrajaya berada hanya 3 km dari pusat bandar Putrajaya, sebuah bandar yang terletaknya pejabat pentadbiran kerajaan. Selain dari pejabat pentadbiran, Putrajaya juga terkenal sebagai pusat pelancongan dengan tarikan-tarikan tempat menarik untuk dikunjungi seperti Taman Ekuestrian, Taman Botani, Taman Warisan, Taman Wetland dan banyak lagi.
Lengkap 3bilik tidur 3bilik air serta dapur dan mampu memuatkan sehingga 9 dewasa dengan selesa pada satu masa, INAP DESA Putrajaya yang terletak di Desa Pingggiran Putra, Kajang mempunyai halaman berkonsep hari keluarga, dilengkapi dengan kolam renang serta tempat unggun api yang boleh diubah menjadi set tempat bbq untuk santai berkelah keluarga diwaktu siang mahupun malam.
INAP DESA Putrajaya juga menawarkan aktiviti menarik yang boleh dijalankan seisi keluarga. Selain dari aktiviti mandi manda, santai BBQ juga boleh dijalankan disini. Aktiviti anak kecil boleh divariasikan selain aktiviti mandi manda dengan adanya taman permainan kanak-kanak. Bagi para remaja mahupun dewasa (set abah-abah), meja billiard ada disediakan untuk riadah anda.
Inap Desa dilengkapi penghawa dingin dikedua biliknya serta ruang tamu. Astro NJoi disediakan diruang tamu dan Mytv didalam bilik. Dapur untuk memasak serta beberapa alatan perkakas dapur. Air mandi panas disediakan dibilik tidur utama.