Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd

Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd Menyantuni para Dyufurrahman adalah keutamaan kami. Hubungi kami sekarang utk keterangan lanjut.
(7)

02/12/2024

Doa Awan Mendung dan Hujan Turun

Daripada Al-Miqdam dari ayahnya bahawa Aisyah telah mengkhabarkan kepadanya bahwa Nabi SAW apabila baginda melihat awan gelap yang bergerak di antara ufuk yang tinggi, maka baginda meninggalkan semua kegiatannya termasuk solat sunat, sampai menatapnya dan berdoa:

"Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya." Jika turun hujan, maka baginda berdoa: Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) bermanfaat (penuh keberkatan)." (baginda membacanya) dua kali atau tiga kali. Dan jika Allah Azza Wa Jalla menghilangkannya dan tidak jadi turun hujan, maka baginda (bersyukur) memuji Allah atas semua itu." (HR Ibnu Majah No: 3879) Status: Hadis Sahih

Perbanyakkanlah doa perlindungan & sentiasa mengingati Allah SWT dlm susah & senang. Hasbunallah wa'nimalwakil.

Inshaa Allah... Semua yg berlaku adalah dgn izin Allah SWT, Allah Maha Besar & Allah Maha berkuasa

01/12/2024
ALHAMDULILLAH, jemaah umrah trip 19 Nov- 30 Nov 2024 dah selamat sampai ke tanah air melalui penerbangan dari Madinah  M...
30/11/2024

ALHAMDULILLAH, jemaah umrah trip 19 Nov- 30 Nov 2024 dah selamat sampai ke tanah air melalui penerbangan dari Madinah MH159 jam 11:05 pagi tadi.

Kami doakan semoga jemaah beroleh umrah Maqbul & Mabrur. Terima kasih kerana memilih kami sebagai pengendali umrah anda.

Masha Allah Tabarakallah, istimewanya trip Umrah 19 Nov-30 Nov 2024, Sajian madinah di Leader Muna Kareem jemaah dapat m...
28/11/2024

Masha Allah Tabarakallah, istimewanya trip Umrah 19 Nov-30 Nov 2024, Sajian madinah di Leader Muna Kareem jemaah dapat merasa air tangan anak malaysia yang merupakan jemaah juga diberi peluang utk test cook untuk masakan tengahari berupa ayam masak lemak dan sayur kacang panjang goreng citarasa Malaysia di dapur hotel Leader Muna Kareem.. Kami doakan beliau dapat jadi chef di sana nanti.. inshaa Allah.

Anda nak kerjakan umrah sambil intai2 peluang kerja di Saudi, boleh ikuti trip umrah seterusnya

16-26 Apr 2025, - flight confirmed (MAS)

Hubungi 016-487 3341 / 018-2888084

www.umrah2hajjtravel.com
www.kursusmutawif.com

27/11/2024

ADAB-ADAB DALAM MENZIARAHI MAQAM RASULULLAH SAW

Adab-adab dalam menziarahi makam Rasulullah SAW yang diambil dari kitab fiqh terkenal mazhab al-Syafi’e iaitu al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e. Antara adab-adab yang disebutkan adalah:
1. Sunat berazam menziarahi Nabi SAW dan masjidnya ketika menuju ke Madinah supaya mendapat pahala kedua-duanya. Begitu juga, sunat memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW dalam perjalanan tersebut.
2. Sunat mandi sebelum masuk Madinah sekiranya ada kemudahan. Jika tiada kemudahan, mandilah sebelum masuk ke dalam masjid dan pakailah pakaian yang paling bersih.
3. Apabila sampai di pintu masjid, Nabi SAW melangkah masuk dengan kaki kanan sambil membaca:
أَعُوْذُ بِاللهِ العَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ وَبِسُلْطَانِهِ القَدِيْمِ مِنِ الشَّيْطَاِن الرَّجِيْمِ، بِسْمِ اللهِ، وَالْحَمْدُلله، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذُنُوْبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung, dengan zat-Nya yang Maha Mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang Maha Qadim, daripada syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarganya, dan sejahterakanlah mereka! Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu rahmat-Mu untukku.”
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: “Zikir dan doa ini sunat dibaca di setiap masjid, sebagaimana yang dinyatakan dalam beberapa hadith sahih dan yang lainnya.”
4. Setelah bersolat di Raudhah, pergilah ke maqam Baginda yang mulia. Berdirilah di situ dengan membelakangi kiblat dan menghadap dinding maqam kira-kira 4 hasta jaraknya daripada bahagian kepala.
Sambil tunduk menghadap dinding maqam, kosongkanlah fikiran daripada hal-hal keduniaan, seolah-olah berhadapan dengan Baginda dengan segala kemuliaan dan kedudukannya yang tinggi dan ucapkanlah salam dengan perlahan:
السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهَ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا نَبِيَّ اللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا خَيْرَةَ اللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا خَيرَةَ رَبِّ العَالَمِيْنَ. جَزَاكَ اللهُ يَا رَسُوْلَ اللهَ عَنَّا أَفْضَلَ مَا جَزَى نَبِيًّا وَرَسُوْلاً عَنْ أُمَّتِهِ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّكَ عَبْدُهُ وَرَسُوْلِهِ مِنْ خَلْقِهِ، وَأَشْهَدُ أَنَّكَ قَدْ بَلَّغْتَ الرِّسَالَةَ، وَأَدَّيْتَ الأَمَانَةَ، وَنَصَحْتَ الأُمَّةَ، وَجَاهَدْتَ فِي اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ
Maksudnya: “Sejahtera atasmu wahai Rasulullah. Sejahtera atasmu wahai Nabi Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Tuhan seluruh alam. Semoga Allah memberi balasan kepadamu bagi pihak kami wahai Rasulullah, sebaik-baik balasan yang Allah berikan kepada Nabi dan Rasul bagi pihak umatnya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa engkau adalah hamba-Nya dan Rasul dari kalangan makhluk-Nya. Aku bersaksi juga bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad untuk Allah sebenar-benar jihad.”

Kemudian, bergeraklah sedikit ke kanan di tempat kubur Abu Bakar dan ucapkanlah salam:
السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا أَبَا بَكْرِ الصِّدِّيْقِ
Maksudnya: “Sejahtera ke atasmu wahai Abu Bakar al-Siddiq.”

Kemudian, bergerak lagi ke kanan di tempat kubur Umar bin al-Khattab dan ucapkanlah salam:
السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا عُمَرَ بِنْ الْخَطَّابِ
Maksudnya: “Sejahtera ke atasmu wahai Umar bin al-Khattab.”

Kemudian, kembalilah ke tempat permulaan. Sambil menghadap kiblat, berdoalah untuk diri sendiri dan semua orang Mukmin, sebarang doa yang dihajati. Sesungguhnya itulah masa berdoa yang mustajab, Insya-Allah.
5. Tidak harus tawaf di maqam Nabi SAW. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: “Makruh melekapkan badan di dinding maqam, mengusap-usap dan mengucupnya, sebagaimana yang banyak dilakukan oleh mereka yang jahil. Cara yang beradab adalah dengan berada jauh dari maqam tersebut, seolah-olah berada di hadapan Baginda ketika hayatnya.”
6. Sebaik-baiknya, bersolatlah di masjid Rasulullah SAW selama berada di Madinah dan ziarahilah perkuburan Baqi’ pada setiap hari dan juga perkuburan para syuhada’ di Uhud.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapat menyemarakkan lagi cinta kita terhadap Baginda SAW namun yang lebih penting dari itu adalah dengan mengamalkan segala sunnah Nabi SAW yang sahih dan semoga dengannya akan beroleh keberkatan. Wallahu a’lam.

www.umrah2hajjtravel.com
www.kursusmutawif.com

Gua Hira' adalah sebuah gua yang terletak di bukit Nur, sekitar 3 kilometer dari kota Mekkah, Arab Saudi. Gua ini memili...
24/11/2024

Gua Hira' adalah sebuah gua yang terletak di bukit Nur, sekitar 3 kilometer dari kota Mekkah, Arab Saudi. Gua ini memiliki sejarah yang sangat penting dalam perkembangan agama Islam, kerana di sinilah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama dari Allah SWT melalui malaikat Jibril pada usia 40 tahun, tepatnya pada malam Lailatul Qadar.

Pada saat itu, Nabi Muhammad sedang berada di Gua Hira' untuk melakukan muhasabah (mendekatkan diri kepada Allah) . Di tengah keheningan gua tersebut, malaikat Jibril datang dan menyampaikan wahyu pertama melalui surah Al -Alaq ayat 1

اِقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِيْ خَلَقَۚ

ertinya "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan." Wahyu ini merupakan bagian dari surah Al-Alaq ayat 1, yang menjadi titik awal bagi kenabian Nabi Muhammad.

Gua Hira' memiliki suasana yang tenang dan sepi, cocok untuk bertafakur dan menjauh dari keramaian duniawi. Gua ini terletak di ketinggian yang cukup tinggi, yang memerlukan pendakian sekitar 1.500 anak tangga untuk mencapai puncaknya. Meskipun kecil, gua ini memiliki makna yang sangat besar bagi umat Islam, karena menjadi tempat yang menyaksikan awal dari turunnya wahyu Allah yang akhirnya membimbing umat manusia melalui ajaran Islam.

Hari ini, Gua Hira' masih menjadi salah satu tempat yang banyak dikunjungi oleh umat Islam, terutama mereka yang sedang melakukan ibadah haji atau umrah. Meskipun gua ini sendiri tidak terlalu besar atau mencolok, nilai sejarah dan spiritualnya menjadikannya sebagai salah satu tempat suci dalam Islam.

www.umrah2hajjtravel.com
www.kursusmutawif.com

Alhamdulillah, jemaah dah selesai umrah  pertama  (niat umrah atas kapal terbang (Miqat Qarnul Manazil )dan  umrah kedua...
22/11/2024

Alhamdulillah, jemaah dah selesai umrah pertama (niat umrah atas kapal terbang (Miqat Qarnul Manazil )dan umrah kedua Miqat Jikranah

Dan hari ini ke Hudaibiyah (Miqat umrah ketiga)

Kedudukan hotel Safwa Tower yang dekat dengan masjidil haram memudahkan lagi pergerakan ulang alik jemaah ke masjid. Alhamdulillah.. Masha Allah Tabarakallah

untuk anda yang masih mencari- cari pakej umrah 2025 boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Kami menyantuni anda sebagai dhuyufurrahman kerana Allah SWT

trip umrah shawal sudah dibuka, bismillah jom daftar dengan kami sekarang
16/4/2025 - 27/4/2025
Utk maklumat lanjut boleh hubungi .
Www.wasap.my/60164873341/pakejumrah
www/wasap.my/60182888084/pakejumrah
www/wasap.my/60198401091/pakejumrah

Masha Allah Tabarakallah
19/11/2024

Masha Allah Tabarakallah

Alhamdulillah, jemaah Umrah 19 November 2024, dah selamat berangkat ke tanah suci. Kami doakan perjalanan Umrah jemaah b...
19/11/2024

Alhamdulillah, jemaah Umrah 19 November 2024, dah selamat berangkat ke tanah suci. Kami doakan perjalanan Umrah jemaah berjalan lancar & dimudahkan Allah SWT. Beroleh Umrah Maqbul & Mabrur. Aamiin

Terima kasih para Dhuyufurrahman kerana memilih Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd sebagai pengendall Umrah anda. Inshaa Allah anda akan disantuni kerana Allah SWT.

13/11/2024
Tahukah anda masjidil haram mempunyai 262 pintu menurut Madain Project Saudi Arabia, tak semua pintu-pintu ini dibuka pa...
07/11/2024

Tahukah anda masjidil haram mempunyai 262 pintu menurut Madain Project Saudi Arabia, tak semua pintu-pintu ini dibuka pada musim umrah biasa.

Jom kita kenali nama pintu-pintu utama supaya tahu kedudukannya sebagai penunjuk arah kita.

www.umrah2hajjtravel.com
www.kursusmutawif.com

07/11/2024

TAHUKAH ANDA BERAPA JUMLAH PINTU MASUK KE MASJIDIL HARAM?

Tanah suci Mekah adalah tempat yang sewajarnya seorang muslim kunjungi untuk memenuhi serta menyempurnakan Rukun Islam k...
06/11/2024

Tanah suci Mekah adalah tempat yang sewajarnya seorang muslim kunjungi untuk memenuhi serta menyempurnakan Rukun Islam ke 5. Apakah istimewanya tempat ini sehingga umat Islam satu dunia mengunjunginya?

Jawabnya : Tempat ini sarat dengan sejarah dan bumi yang penuh dengan keberkatan.

1. Adanya Jabal Rahmah, terletaknya di Arafah. Tempat pertemuan Nabi Adam A.s & Hawa setelah sekian lama terpisah apabila diperintahkan Allah SWT turun ke bumi.

2. Terletaknya Kaabah- kiblat umat Islam. Dibina oleh Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. Letaknya, telaga zam zam anugerah Allah untuk umat Islam, sebahagian dari kisah Nabi Ismail A.S bersama ibunya Siti Hajar yang berlari-lari dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dalam menjejaki sumber air untuk diberikan kepada bayinya Nabi Ismail A.S, Allah telah memancarkan sumber air dikawasan Nabi Ismail yang sedang menangis kedahagaan dan kelaparan.

3. Sejarah perkembangan Islam dan bumi kelahiran Rasulullah SAW - Mekah adalah tanah kelahiran Nabi Muhammad SAW, Gua Hira' , terletak di Jabal Nur tempat turunnya wahyu pertama... ayat Quran surah Al-Alaq ... bermula sejarah penyebaran dan perkembangan Islam di Mekah Al Mukarammah

4. Kelebihan tanah suci ada dinyataka oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya : Hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ، وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ
Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”.

Jesteru para sahabat mari ambil peluang semasa hidup ini untuk mengunjungi tanah suci.. tanamkan azam untuk sampai ke sini.

Bismillah, Jom susuri sejarah/sirah Nabi Muhammad SAW bersama kami Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd
Tarikh2 keberangkatan yg di buka utk pendaftaran sekarang ;-
19/11/2024 - 30/11/2024 ( penuh)
22/1/2025 - 1/2/2025 (tutup)
1/2/2025 - 12/2/2025
16/4/2025 - 27/4/2025
Utk maklumat lanjut boleh hubungi .
Www.wasap.my/60164873341/pakejumrah
www/wasap.my/60182888084/pakejumrah
www/wasap.my/60198401091/pakejumrah

JABAL RUMAT/RUMAHBukit yang terletak bertentangan dengan Jabal UHUD dikenali juga sebagai bukit pemanah.  Bukit ini meny...
25/10/2024

JABAL RUMAT/RUMAH

Bukit yang terletak bertentangan dengan Jabal UHUD dikenali juga sebagai bukit pemanah. Bukit ini menyaksikan ketumpahan tentera Islam kepada tentera kafir.

Ibrah yang perlu diambil dari peristiwa ini adalah kegopohan dan kerakusan manusia terhadap harta benda dan keingkaran pada arahan ketua boleh membawa kepada kebinasaan.

Bismillah, Jom susuri sejarah/sirah Nabi Muhammad SAW bersama kami Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd
Tarikh2 keberangkatan yg di buka utk pendaftaran sekarang ;-
19/11/2024 - 30/11/2024
22/1/2025 - 1/2/2025
1/2/2025 - 12/2/2025
16/4/2025 - 27/4/2025
Utk maklumat lanjut boleh hubungi .
Www.wasap.my/60164873341/pakejumrah
www/wasap.my/60182888084/pakejumrah
www/wasap.my/60198401091/pakejumrah

Jabal UHUD satu penyaksian perjuangan para shuhadah yang gugur dalam Perang UHUD. Salah seorang shuhadah Saidina Hamzah ...
23/10/2024

Jabal UHUD satu penyaksian perjuangan para shuhadah yang gugur dalam Perang UHUD. Salah seorang shuhadah Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib (bapa saudara nabi).

Ringkasan Peperangan Uhud

Dengan memetik pendapat tokoh sirah Rasulullah SAW iaitu Syeikh Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri berkata:

Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah medan untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.[1]



Natijah Peperangan

Antara natijah yang dapat difahami dalam Peperangan Uhud ialah:

Bilangan tentera Islam yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang manakala jumlah tentera Quraisy seramai 23 orang tetapi angka bilangan ini dipercayai kurang tepat.
Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib telah mati dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah. Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.[2]
Rasulullah SAW berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.


Iktibar dari Peperangan Uhud

Antara pengajaran dan iktibar yang dapat kita pungut ialah:

Jauhi Sifat Tamak
Tamak kepada harta rampasan perang dan Iain-lain habuan kebendaan akan membawa kepada kegagalan seterusnya kekalahan. Ini berlaku dalam pertempuran Uhud, iaitu apabila para pemanah meninggalkan posisi mereka lantaran untuk merebut harta rampasan perang.

Situasi begini juga terjadi dalam pertempuran Hunain apabila orang Islam telah menang pada permulaannya. Sebahagian mereka merasa tamak kepada harta rampasan perang, lalu berhenti daripada mengejar musuh yang berundur. Akibatnya musuh kembali menyerang orang Islam dan mereka tewas. Jika bukan kerana sokongan Allah dan keteguhan Rasul SAW bersama tentera mukmin yang jujur di sekelilingnya untuk tetap bertahan, nescaya kekalahan tersebut tidak akan bertukar kepada kemenangan besar sebagaimana yang berlaku.

Demikian juga sikap tamak para pendakwah terhadap habuan dunia dan tindakan mereka menghimpun harta, rumah dan tanah. Sikap ini akan menjejaskan dakwah dan memberi kesan negatif kepada jiwa manusia. Ia menyebabkan orang ramai meragui kejujuran pendakwah terhadap apa yang diserunya. Ia juga akan mendorong manusia menuduhnya.



Kehebatan wanita dalam mempertahankan Islam
Dalam peperangan Uhud keteguhan Nasibah, Ummu ‘Amarah bersama suami dan anak-anaknya untuk terus tetap berdiri mengelilingi Rasulullah SAW ketika pertahanan tentera Islam bolos, menjadi salah satu bukti penglibatan besar wanita Islam dalam perjuangan dakwah Islam. Ia juga menjadi bukti terhadap keperluan kita pada hari ini kepada wanita Islam yang memikul bebanan dakwah kepada Allah. Wanita Islam berperanan untuk berdakwah kepada Allah di tengah kelompok pemudi, isteri dan ibu. Mereka juga berperanan mengasuh anak-anak untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, berpegang dengan Islam dan ajarannya, juga bekerja untuk kebaikan dan kemurnian masyarakat.



Ujian Kecederaan Rasulullah SAW
Dalam peperangan Uhud, Rasulullah SAW sendiri telah cedera. Ia boleh memberi peransang kepada para pendakwah agar bersabar menghadapi segala cabaran yang menimpa mereka di jalan Allah. Sama ada berbentuk kesakitan tubuh badan, sekatan kebebasan dengan dipenjara mahupun ditangkap ataupun dihukum mati mahupun dibunuh. Allah SWT telah berfirman dalam kitab-Nya yang mulia:

الم ﴿١﴾ أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿٢﴾ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّـهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Maksudnya: “Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata p**a apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”

(Surah al-Ankabut: 1-3)



Mengatur Strategi Asas Kemenangan
Kehebatan dan kepantasan Rasulullah SAW dalam mengatur strategi dan taktik dalam peperangan memberi gambaran jelas kepada kita semua bagaimana tugas nabi bukan hanya tertakluk kepada menyampaikan dakwah sahaja tetapi turut meliputi aspek pemerintahan malah peperangan dalam memastikan kalimah Allah terus berada di tempat yang tertinggi.

Inilah dia peranan sebenar ulama yang dikatakan pewaris nabi maka kerja mereka bukan sahaja pada tempat ibadat tetapi turut memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan juga tunjuk ajar dalam urusan dunia sehingga wujudnya masyarakat yang bukan sahaja taat kepada Allah ketika beribadat khusus tetapi turut patuh dan tunduk pada hukum Allah dalam menjalankan kehidupan seharian.

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 Surah al-Nisa’:

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّـهِ مَا لَا يَرْجُونَ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak)…”

(Surah al-Nisa’: 104)



Bersatu Teguh, Bercerai Roboh
Kesepakatan tunjang kekuatan umat manakala perpecahan dan perbalahan menatijahkan kerugian dan kerosakan. Perpecahan dan ketidaksepakatan yang berlaku ketika itu hanya dalam satu pasukan kecil sahaja daripada keseluruhan tentera Islam. Pasukan pemanah yang ditempatkan oleh Rasulullah SAW di atas bukit Uhud tersebut terdiri daripada hanya lebih kurang 50 orang, bilangan itu tidak sampai 10% daripada bilangan keseluruhan tentera Islam yang terdiri daripada lebih kurang 700 orang. Namun, kesan daripada perpecahan dan ketidaksepakatan tersebut amat besar sehingga mempengaruhi keseluruhan barisan tentera Islam ketika itu.

Sungguh, perpecahan dan perbalahan tidak akan menatijahkan apa-apa hasil melainkan kesan yang buruk dan merosakkan. Ketidaksepakatan hanya akan membuahkan kerugian dan kehilangan yang nyata.

Keberanian Rasulullah SAW
Posisi Baginda berada di barisan hadapan dalam setiap pertempuran dan penglibatan Baginda dalam kancah peperangan bersama tentera Islam (kecuali dalam peperangan yang dicadangkan oleh para sahabat Baginda untuk tidak berbuat demikian), menjadi dalil bahawa jawatan kepimpinan hanya disandang oleh seorang yang berani dan tetap teguh pendiriannya. Mereka yang pengecut dan lemah tidak layak memimpin rakyat, menerajui tentera, atau untuk mengepalai gerakan-gerakan pengislahan dan dakwah kebaikan. Keberanian pemimpin dan pendakwah yang dilihat menerusi tindak tanduk dan gerak kerja beliau akan menaikkan semangat dan motivasi tentera juga penyokongnya. Ia lebih ampuh berbanding 1,000 pidato bersemangat yang disampaikan di khalayak ramai. Menjadi kebiasaan tentera bawahan dan para penyokong untuk mengambil bekalan kekuatan daripada keutuhan panglima dan pemimpin mereka. Sekiranya semasa berlaku pertembungan pemimpin bersikap pengecut dan lemah di saat-saat genting, beliau akan merosakkan perjuangan. Sedangkan beliau yang mengangkat panji-panjinya. Sikap beliau tersebut benar-benar merosakkan perjuangan.



Patuh kepada Arahan Pemimpin
Tentera bawahan dan penyokong dakwah tidak boleh melanggar arahan pemimpin yang tegas lagi berpandangan jauh dalam sesuatu perkara yang diputuskan oleh beliau. Setelah mereka bertukar-tukar pendapat dan mengemukakan pandangan kepadanya, pemimpin yang memikul tanggungjawab paling besar seperti ini patut diberi kepercayaan. Sekiranya selepas perbincangan tersebut, beliau memutuskan sesuatu perkara, mereka mestilah mentaatinya.



Menghormati dan Mengasihi Pemimpin
Sikap waspada tentera bawahan terhadap keselamatan nyawa pemimpin mereka merupakan tindakan yang diputuskan oleh keinginan untuk mencapai kejayaan dalam pertempuran dan dakwah. Seseorang pemimpin perlu menerima keputusan itu kerana hidupnya bererti hidupnya dakwah. Kehilangan nyawanya p**a bererti kekalahan dalam pertempuran.



Penutup

Banyak iktibar yang dapat diambil dalam Peperangan Uhud yang berlaku pada bulan Syawal ini. Antara yang penting perlu diingatkan dan diawasi iaitu bahayanya apabila melanggar arahan pemimpin yang tegas dan jauh pandangannya yang pastinya akan membawa kepada kerugian dalam pertempuran. Ini terjadi dalam Peperangan Uhud. Jika para pemanah yang ditempatkan oleh Rasulullah SAW di belakang tentera Baginda tetap tidak berganjak dari tempat mereka sebagaimana yang diarahkan, nescaya tentera musyrik tidak dapat mengepung tentera Islam.Tentera musyrik juga tidak akan berjaya menukar kekalahan mereka pada permulaan pertempuran kepada kemenangan. Demikianlah kesan melanggar perintah pemimpin. Ia boleh melenyapkan peluang dan memberi kemenangan kepada musuh. Allah telah memberi amaran azab kepada orang-orang mukmin sekiranya mereka melanggar perintah Rasul mereka. Dia berfirman:

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya: “…Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah al-Nur: 63)

Semoga dimensi Malaysia yang baharu dengan semangat yang kental untuk bersaing di persada antarabangsa sebagai negara yang berdaulat dapat direalisasikan. Harapan kami dan doa kami, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang disifatkan sebagai Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur.

jom hayati sirah nabi ..peristiwa Perang Uhud yang berlaku pada bulan Syawal...

Pakej umrah Syawal 2025 dibuka utk pendaftaran ,Utk maklumat lanjut boleh hubungi .
Www.wasap.my/60164873341/pakejumrah
www/wasap.my/60182888084/pakejumrah
www/wasap.my/60198401091/pakejumrah

Address

19-2 Jalan Putra 3, Taman Putra Commercial Centre
Kajang
43000

Telephone

+60182888084

Website

http://www.kursusmutawif.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd:

Videos

Share

Nearby travel agencies