Get Hotel Discount

Get Hotel Discount We are affiliates and associates with most of the known booking portals.

28/07/2024

Several Ancient Swords in Indonesia.


(Updated)

28/07/2024

KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU 1511: BENARKAH MELAKA KALAH KERANA TIDAK MENGGUNAKAN SENJATA API?

15 Ogos 1511, adalah tarikh yang sangat memilukan umat Melayu. Hari ini, tewasnya sebuah empayar kebangaan umat Melayu keseluruhannya. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, beberapa orang rakan malah guru yang mengejek dan mencemuh dengan kata-kata

"Alah…apalah hebat sangat pada Melaka, Portugis serang tak sampai seminggu terus kalah teruk, lari lintang pukang"

"Melaka kalah dengan mudah kerana teknologi persenjataan yang sangat lemah, bayangkanlah orang kita berperang hanya guna keris, sumpit dan tombak, padahal Portugis guna meriam dan senapang, mana tak kalahnya.."

"Orang Melaka semua jakun sebab tak pernah tengok Meriam lalu lari lintang pukang".

Kalaulah mereka tahu hakikat yang sebenar, kalaulah.

Sebenarnya apakah yang berlaku dalam peristiwa 1511 ini dan bagaimanakah gambaran sebenar detik-detik Melaka mempertahankan dirinya dari diperkosa Portugis?

Hakikat yang sebenarnya ramai tidak tahu adalah Melaka sudah mencapai kedudukan politik yang unggul sementara perdagangannya juga terus berkembang, dan pelabuhannya menggamit pelbagai bangsa datang singgah dari segenap pelusuk dunia. Imej bandar terapung seperti Venice dan Genoa serta pasar dan rumah yang tidak berputusan hingga Muar bukanlah satu khayalan atau cakap-cakap kosong sahaja.

Walaupun memang wujud kepincangan dalam pemerintahan, pergeseran, perebutan dan pelbagai lagi konflik dalaman yang sering kita dengar namun ianya belum cukup parah untuk menjatuhkan Melaka jika dibandingkan dengan serangan Portugis. Tambahan lagi oleh sebab begitu makmurnya Melaka maka banyaklah kaum-kaum ‘asing’ yang mula dengki, hasad dan cemburu akan kekayaan Melaka. Pembelotan kaum-kaum asing ini juga ibarat gunting dalam lipatan yang memudahkan lagi kemaraan Portugis.

Sesungguhnya tidak semua persoalan tentang kejatuhan Melaka dapat kita rungkaikan disini. Namun memadai rasanya untuk kita membuka perbincangan dalam hal kesungguhan dan semangat juang Melaka bagi mempertahankan maruah dan kedaulatannya daripada dinodai oleh Portugis.

Sebelum itu yang paling penting ialah pandangan kita bahawa Melaka ketinggalan dari segi teknologi meriam, senapang atau istinggar dan peluru serta lain-lain senjata api perlu diubah dan dibuang sejauh mungkin. Seperti yang saya pernah sebut dahulu angkatan Portugis dicatatkan membawa p**ang ribuan pucuk meriam dan senapang yang dirampas dari Melaka. Teknologi pembuatan dan penggunaannya juga adalah standing dengan teknologi barat.

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke India.

Catatan yang lain p**a, seperti yang dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. Tiga ribu pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.

Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu.

Menurut Eredia lagi, semua meriam-meriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.

Seorang berbangsa Itali yang terlibat di dalam penyerangan terhadap Melaka pada tahun 1511 menyatakan bahawa terdapatnya penggunaan pelbagai jenis senjata api berat yang telah menyebabkan kehilangan nyawa yang agak ramai di pihak portugis. Menurut beliau, walaupun akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu serta pelbagai.

Thomas John Newbold, seorang pegawai British di Melaka pernah mencatatkan di dalam Political and Statistical Account of the British Settlements in The Straits Of Malacca, Volume 2 bahawa kilang-kilang yang menghasilkan senjata api seperti meriam-meriam milik bangsa Melayu sudah lama bertapak bukan sahaja di Semenanjung Tanah Melayu, bahkan di sekitar Kep**auan Melayu. Terengganu menjadi hub penghasilan senjata api di Semenanjung, manakala Gerisik merupakan hub untuk Pulau Jawa, dan hub untuk Sumatera p**a ialah Minangkabau.

Bahkan Newbold turut mengulas mengenai pemandangan biasa yang dilihatnya ketika berada di Tanah Melayu pada abad ke-18 yang dipercayai Newbold sudah lama budaya itu itu bertapak di Tanah Melayu. Katanya, tidaklah sesuatu yang menghairankan andai dapat melihat pendekar Melayu yang lengkap bertanjak dan berbusana Melayu bersama keris dan senjata api Melayu seperti Istingar.

Kita lihat p**a tulisan R. J. Wilkinson, “The Capture of Malacca, A.D. 1511”. Beliau menyebut mengenai beberapa perkataan sepert “Malay gun-fire” dan “heavy fire” merujuk kepada bala askar Melaka ketika itu ketika menceritakan mengenai kejatuhan Melaka yang boleh dijadikan dalil bahawa orang Melayu kita ketika itu sudah memiliki senjata api.

Diceritakan bahawa ketika askar Portugis cuba memasuki muara Sungai Melaka yang cetek dan berlumpur itu, mereka telah dihujani oleh divisyen askar Melaka yang menggunakan senjata api dan menghujani askar Portugis dengan senjata api

Walaupun dalam naskah Sulalatus Salatin ada ditulis yang serangan meriam Portugis menggemparkan orang Melaka bagai bertih digoreng, namun petikan tersebut harus ditafsir sebagai penyedap cerita untuk khalayak pembaca atau pendengar. Jambatan Melaka yang kita lihat dalam lukisan seperti di muzium atau dalam buku-buku teks sejarah yang sering digambarkan dengan penuh daif dan uzur juga perlu kita buang jauh-jauh.

Catatan Portugis sendiri mendapati jambatan tersebut terbina dengan sangat kukuh, malah rekod-rekod China beberapa dekad sebelum serangan Portugis melaporkan bahawa ada lebih kurang 20 buah kedai di atas jambatan tersebut. Saya menggambarkan jambatan ini seperti jambatan London Bridge yang pada zaman pertengahan penuh dengan kedai-kedai. Pihak Portugis juga mengalami kesukaran dan mengambil masa untuk merobohkan jambatan tersebut atas maklumat risikan dari Ruy de Aroujo.

Di dalam buku teks sekolah juga kita diberitahu atau digambarkan pertempuran berlaku di daratan kota Melaka sahaja, namun dari catatan Portugis didapati pertempuran sebenarnya telah bermula sejak di laut lagi. Sebelum pihak Portugis berjaya mendarat, mereka dilaporkan telah diserang tentera Melaka di perairan yang mengakibatkan kehilangan 100 nyawa di pihak Portugis.

Pihak Melaka menggunakan perahu atau lancara yang diisi dengan minyak dan bahan pembakar kayu serta dihalakan ke kapal-kapal Portugis. Taktik ‘Fire Ship’ ini sering digunakan di Eropah juga seperti dalam perang Inggeris dengan Sepanyol pada zaman ratu Elizabeth.

Selain itu tembakan meriam dari Melaka menghala ke kapal-kapal Portugis juga turut mendatangkan kecelakaan. Oleh itu pendapat yang mengatakan meriam Melaka tidak boleh menembak jauh juga harus dibuang kelaut.

Melaka juga melaksanakan strategi menggertak dan tindakan perang psikologi untuk menakutkan pihak lawan dengan mengeluarkan sejumlah perahu perang, lancara, tongkang, sampan dan sebagainya yang lengkap bersenjata untuk menunjukkan kekuatannya kepada Portugis. Walaupun begitu kekuatan sebenar Melaka yakni armada jong perang gergasinya yang diketuai laksamana pada waktu itu tiada di perairan.

Maklumat daripada catatan Giovani Da Empoli mengesahkan bahawa tentera Melaka telah menggunakan lancara serta perahu berapi untuk memusnahkan kapal Portugis. Di kawasan pantai p**a pertahanan dikukuhkan dengan pancangan kayu dan besi-besi tajam atau kawat beracun serta meriam-meriam pelbagai jenis besar dan kecil beserta dengan peti-peti berisi serbuk peluru.

Sebenarnya saudara sekalian perang Melaka bukan berlaku dalam jangka masa yang singkat. Pada masa ketibaan Portugis pada 28 Jun 1511 pertempuran tidak terus terjadi sebaliknya kedua-dua belah pihak menggunakan taktik tunggu dan lihat, masing-masing menunggu siapa yang akan menyerang dahulu.

Hal ini diselangi dengan sesi perundingan dan diplomasi yang tidak kemana. Pihak Portugis mahu tawanan Portugis termasuk Ruy de Aroujo dibebaskan. Selang tiga minggu dari itu keadaan mula semakin tegang. Beberapa siri pertempuran kecil berlaku di laut dan dikawasan penginapan para pedagang berdekatan pantai.

Portugis menyerang empat kapal Jawa dan sebuah kapal Sumatera. Kemudian kapal-kapal saudagar Gujarat di pelabuhan juga dibakar termasuk rumah penduduk di pantai. Walaupun Sultan kemudiannya membebaskan tawanan, namun perang tetap tidak dapat dielakkan lagi.

Pihak Portugis sebenarnya sangat tahu akan kelemahan Melaka. Hal ini kerana mereka telah mempunyai perancangan yang jitu. Mereka mempunyai kelebihan dari segi risikan atau maklumat yang diberi oleh Ruy de Aroujo dan orang-orang dalaman Melaka sendiri seperti Utimutiraja, seorang perempuan Parsi dan Nainachittu. Melaka mempunyai musuh di setiap penjuru malah didalam kelambunya sendiri. Namun demikian Portugis tidak pernah memperkecilkan kemampuan pertahanan Melaka.

Albuquerque sendiri pernah menyebut bahawa

"Kita tidak akan dapat menawan melaka dengan hanya dua batang pedang yang berkarat!"

Di waktu subuh sebelum serangan habis-habisan dilancarkan, Albuquerque memberi ucapan bahawa Melaka harus ditundukkan supaya aliran rempah tidak akan sampai ke Makkah dan Kaherah dan sinar Islam disini akan padam! Ungkapan beliau ini jelas menunjukkan niat sebenar mereka.

Barisan ketenteraan Portugis sebenarnya lebih ramai dari yang kita ketahui. Namun kita sering mendengar jumlah tentera Portugis hanyalah 1200 orang termasuk 600 tentera upahan Malabari dan kapalnya lebih kurang 19 buah.

Maklumat daripada catatan Giovanni menunjukkan bahawa sewaktu tiba di Pedir, jumlah kapal termasuk yang ditawan di perjalanan mencecah angka 25 buah. Di Pasai, lapan buah kapal dari Cambay lagi menjadi mangsa tawanan atau dirosakkan. Dengan demikian kita menganggarkan lebih kurang 27 buah kapal telah tiba di perairan Melaka.

Malahan terdapat beberapa buah kapal lagi di Melaka yang ditawan dan tawanannya dijadikan barisan sokongan dalam serangan keatas Melaka. Giovanni turut melaporkan bahawa dalam serangan pada 25 julai 1511 terdapat 1500 orang tentera Portugis yang terlibat, dengan pasukan bantuan daripada orang Cina sebanyak 400 orang dan bantuan dari seorang putera Sumatera (Raja Kampar menantu Sultan Mahmud sendiri) juga lebih kurang 400 orang.

Ini semua belum termasuk tentera bantuan dari orang Pegu, Siam, malah orang-orang Keling dibawah Nainachittu dan tentera upahan Jawa yang sengaja berperang dengan tidak bersungguh-sungguh setelah ketua mereka Utimutiraja disogok Portugis.

Pertempuran berlaku dengan sengit di beberapa lokasi seperti di Jambatan, bukit Melaka, Bandar pelabuhan, Istana dan Masjid sultan. Pertahanan Melaka turut diperkuatkan oleh ribuan tentera Jawa yang pada permulaan ogos dibayar tiga bulan gaji terkehadapan disamping barisan pejuang Turki dan Khorusones atau Parsi sejumlah 3000 orang.

Seperti yang saya telah sebutkan tadi, walaupun tentera Jawa ini telah dibayar gaji awal untuk tiga bulan, mereka tetap belot dan tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Melaka kerana penghulu mereka Utimutiraja telah membuat pakatan dengan Alfonso de Albuquerque dan memberitahu anak-anak buahnya agar ‘tidak perlu bersusah payah menggadaikan nyawa sendiri untuk mempertahankan harta benda orang lain’.

Persoalannya adakah kekuatan Melaka yang sebenar telah digunakan sepenuhnya? Sebenarnya kekuatan Melaka yang sebenar adalah terletak pada armada lautnya. Namun demikian armada laut Melaka yang terdiri daripada jong-jong yang besar tidak berada di perairan Melaka pada ketika itu.

Sebelum mulanya serangan yang penghabisan oleh Portugis, Sultan sengaja melambat-lambatkan pelepasan tawanan dan cuba berdiplomasi kerana menunggu armada lautnya bersama Laksamana. Namun tindakan Sultan yang sengaja melengah-lengahkan masa tersebut diketahui Portugis yang menyebabkan serangan total dilakukan sebelum sempat armada itu sampai.

Hal ini disebabkan pihak Portugis sangat takut dengan risikan yang diberikan oleh Ruy de Aroujo yang mengatakan bahawa Sultan Melaka mempunyai satu armada laut yang sangat kuat yang diketuai oleh seseorang yang bernama ‘Laksamana’ yang dapat membakar hangus seluruh armada Portugis jika mereka lambat bertindak.

Terdapat catatan dari Portugis yang menyebut bahawa sewaktu Melaka diserang, Laksamana bersama armada Melaka sedang mengadakan rondaan di kawasan perairan jajahan takluk Melaka, mungkin sekitar Riau-Lingga. Ini kerana dalam catatan tersebut diberitahu bahawa Raja Lingga bersama Laksamana telah berpatah balik apabila mengetahui bahawa Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis dan Sultan Mahmud Shah dan keluarganya berundur ke Bentayan di Muar.

Pada pendapat saya Raja Lingga dan Laksamana tahu bahawa kejatuhan Melaka bukanlah bermakna kejatuhan empayar Melaka kerana adat Melayu itu 10 negeri boleh dicari, selagi ada raja berdaulat. Jadi jika raja berundur maka pembesar dan raja-raja taklukannya tidak akan membuat keputusan sendiri untuk terus menyerang Melaka, sebaliknya berundur bersama Sultan untuk mengatur strategi baru.

Sultan Mahmud Shah juga dikatakan bertitah, adat kita raja Melayu, negeri alah raja mati, yang melambangkan bahawa perjuangan Melaka sebenarnya belum tamat selagi baginda dan waris-warisnya belum mati.

Apa yang dapat saya simpulkan disini ialah kekalahan Melaka kepada Portugis bukanlah satu kekalahan yang mudah seperti yang sering disebut-sebut. Bukan disebabkan teknologi persenjataan yang lemah dan bukan kerana kejakunan tentera Melaka terhadap tembakan meriam tentera Portugis. Barisan pertahanan Melaka telah berjuang berhabis-habisan baik dari segi diplomasi, pertanahan, taktik dan strategi pertempuran.

Pihak Portugis sendiri mengakui bahawa pejuang-pejuang Melayu Melaka adalah gagah perkasa dan terlatih dalam ilmu peperangan serta dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata berpotensi. Namun begitu kita tidak boleh pandang rendah pada kekuatan Portugis. Orang Portugis mempunyai pengalaman tempur dan kepungan laut yang sama hebatnya dengan bangsa Melayu.

Sebelum mereka menyerang Melaka banyak kota pelabuhan lain seperti di India dan Teluk Parsi yang berjaya mereka tawan, malah mereka pernah bertempur dengan armada Turki Uthmaniah yang terkenal hebat itu.

Kekalahan Melaka adalah sebab kurangnya kesepaduan dan kesepakatan diantara ‘Anakvanua’, dan sikap terlalu memberi kepercayaan kepada ‘anak dagang’ atau bangsa ‘asing’.

Bak kata pepatah ‘apalah diharap pada dagang, bertukar musim berlalulah ia’.

Sikap terlalu bertoleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sejak zaman berzaman ini akhirnya memakan diri sendiri apabila golongan-golongan ‘dagang’ ini mula menunjukkan belang mereka dan menikam dari belakang!

Baik dagang Kalingga, dagang Ming, dagang Burma, maupun dagang Kampar dan Mojo yang serumpun sebangsa, semuanya menjadi duri dalam daging. Harapkan pegar,pegar p**a makan padi.

Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran kepada anak-anak vanua pada hari ini, dan bukannya kisah Melaka kalah berperang kerana menggunakan keris dan sumpit semata-mata yang ternyata tidak benar.

Sekian, wallah hu a’lam.

~ASJ dan HE~

Rujukan:

•Prof Emeritus Dr. Muhammad Yusof Hj. Hashim , Kisah Melaka 1511, Institute Kajian Sejarah Dan Patriotism Malaysia, 2006.

•Abdul Aziz Zakaria, Portugis Dalam Sejarah Melaka, DBP, 1963.

•Portuguese Documents on Malacca: 1509-1511, National Archives of Malaysia, 1993.

•Muhammad Yusoff Hashim, Muzaffar Desmond John Tate, The Malay Sultanate of Malacca: A Study of Various Aspects of Malacca in the 15th and 16th Centuries in Malaysian History, Dewan Bahasa & Pustaka, 1992.

*The Capture of Malacca, A.D. 1511 oleh RJ Wilkinson

*Asia Portugueza oleh Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek

* A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries oleh De Burrowss

Sumber Kredit -The Patriot

With Dari Alam Angker – I just got recognised as one of their top fans! 🎉
16/07/2024

With Dari Alam Angker – I just got recognised as one of their top fans! 🎉

27/06/2024

𝗕𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗶𝗹𝗶𝗻𝗴𝗶 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮?

MELAKA: Watak Panglima Awang bukan kisah khayalan penulis Harun Aminurrashid seperti yang dipapar dalam novel berjudul serupa terbitan tahun 1958.

Sebaliknya ia adalah rakaman kisah sejarah mengenai Panglima Awang, orang pertama yang didakwa berjaya mengelilingi dunia.

Bagaimanapun, seperti mana sejarah watan yang terjajah nama anak tempatan selalu ditenggelami dan dalam kes Panglima Awang, 'tuannya' Ferdinand Magellan lebih dikenali. Sedangkan jika mengikut sejarah, Magellan sudah pun mati dibunuh di Filipina.

Baru-baru ini, Universiti Islam Melaka membongkar kisah Panglima Awang menerusi syarahan umum yang disampaikan Pensyarah Universiti Leiden, Belanda, Dr Surya Suryadi.

Dalam syarahannya itu, Suryadi berkata Panglima Awang lebih dikenali sebagai 'Enrique de Malacca' atau 'Henry The Black' dalam kalangan sarjana Barat. Namun ia tidak menenggelamkan fakta beliau sebagai anak Melayu yang belayar mengelilingi dunia antara tahun 1511-1521.

Katanya, berdasarkan catatan sejarah Panglima Awang dikatakan turut berperang menentang Portugis namun akhirnya ditawan yang menyaksikan dia dijadikan tahanan perang.

"Panglima Awang kemudiannya diserahkan kepada Magellan oleh Alfonso de Albuquerque. Ketika itu dia mungkin berumur dalam belasan tahun.

"Ketika itu, Magallen hendak meninggalkan Melaka pada Disember 1511 sesudah Melaka berjaya dikuasai Portugis.

"Menjadi hamba kepada Magellan menyebabkan nama asalnya ditukar kepada 'Henry The Black' atau 'Enrique de Malacca'," katanya.

Kongsi Suryadi, berdasarkan catatan penulis, Antonio Pigafetta yang belayar bersama Magellan antara tahun 1519 hingga 1521, Panglima Awang sentiasa mengikut lelaki Portugis itu belayar ke mana sahaja termasuk ketika pelayaran mengelilingi dunia bersama lima buah kapal dan 270 kelasi.

"Selain kapal Trinidad yang dikenderai bersama Magellan, empat lagi kapal yang turut sama belayar adalah San Antiono, Conception, Victoria dan Santiago," katanya.

Tambah Suryadi, apabila Magellan terbunuh dalam satu kejadian di Cebu, Filipina hanya sebuah kapal iaitu Victoria sahaja selamat sampai ke Portugal bersama 18 kelasi termasuk Pigafetta.

Justeru kata Suryadi, menerusi catatan Pigafetta itulah kisah Panglima Awang diketahui selain fakta berkaitan kematian Magellan.

Bagaimanapun katanya, terdapat dua versi cerita mengenai Panglima Awang. Selain versi Pigafetta, sebuah lagi catatan oleh pembantu Raja Sepanyol iaitu Maximillianus Transylvanus turut menuliskan mengenai Panglima Awang.

Transylvanus katanya, turut mencatatkan temubualnya dengan kapten Kapal Victoria, Sebastian Elcano Juan.

"Namun dalam catatan Pigafetta, walaupun dia menuliskan hanya 18 daripada 270 anak kapal selamat tiba di Portugal, tetapi Panglima Awang tidak ada dalam senarai.

"Bagaimanapun, dipercayai Elcano tahu mengenai kewujudan Panglima Awang justeru salinan catatan Transylvanus seharusnya diperoleh bagi memperincikan lagi mengenai Panglima Awang," katanya.

Tegas Suryadi, catatan Transylvanus itu dipercayai disimpan di Sepanyol dan mampu menyingkap sejarah mengenai tokoh berkenaan secara jelas. Hal ini disebabkan Pigafetta tidak menyatakan dengan tepat sama ada Panglima Awang kembali ke Melaka atau Sumatera malah mungkin terus menetap di Cebu selepas kejadian yang meragut nyawa Magellan.

Katanya, setakat ini catatan milik Transylvanus mengenai Panglima Awang disebutkan anak Melayu asal Maluku, namun Pigafetta mencatatkan lelaki itu berasal dari Sumatera.

Selepas ratusan tahun, kisah Panglima Awang masih menarik perhatian umum terutama dalam kalangan penduduk di alam Melayu. Malah sekitar tahun 40-an dan 50-an, banyak buku mengenai Panglima Awang diterbitkan. Antaranya tulisan Mohd Taha Suhaimi yang diterbitkan dalam Majalah Fajar Asia pada 1944 dengan judul 'Anak Melayu Pertama Mengeliling Dunia'.

Malah katanya, akhbar Straits Times Singapura juga pernah menerbitkan artikel bertajuk ' First Man To Sail Round A World Was A Malay' pada 22 Oktober 1955. Begitu juga tulisan dalam akhbar Waspada dengan judul "Pengeliling Dunia Pertama adalah Seorang Indonesia' pada 2 Julai 1956.

"Bagaimanapun kisah Panglima Awang ini benar-benar pop**ar apabila dinovelkan oleh Harun Aminurrashid dengan judul 'Panglima Awang'

"Malah ia turut disusuli dengan novel Anak Panglima Awang pada 1961 terbitan Pustaka Melayu Singapura," katanya.

Katanya, novel mengenai Panglima Awang turut diterbitkan di Filipina masing-masing pada 1997 dan 2002. Kedua-duanya dihasilkan oleh Carla M Pacis bagaimanapun novel itu ditulis dengan mengambil sudut pandang Filipina dan menjadi menjadi antara teks sekolah menengah di sana.

Suryadi berkata, kisah Panglima Awang turut dirakam oleh HM Tuah Iskandar pada 2003 dengan judul Enrique Mengundang Jauh selain di Indonesia, ia turut dirakam dalam novel Enrique Maluku, dan Pengeliling Bumi Pertama Adalah Orang Indonesia masing-masing tulisan Helmy Yahya dan Reinhard R Tawas yang diterbitkan pada 2014.

Oleh The Jesselton Point Sabah
Note‼️jika ada percanggahan atau penambahan info, boleh kongsikan di ruangan komen

26/06/2024

With Art and Glass Cullet – I just got recognized as one of their top fans!

24/06/2024

HANG TUAH ADALAH PAHLAWAN BERASAL DARI ANAK RAJA DAERAH BAJENG , GOWA, MAKASSAR

Sejarah Laksamana Hang Tuah dan Para Sahabatnya

RIWAYAT HIDUP HANG TUAH:

1. Nama sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Daerah Bajung (ejaan sebenarnya adalah Daerah Bajeng, Gowa, Makassar).

Hikayat Sulatus Al Salitin bertulisan jawi dengan ejaan ‘Ba Alif Jim Nga’ menyebabkan sebutannya menjadi Bajung. Tidak pernah wujud Daerah Bajung di Makassar atau Gowa tetapi yang ada hanyalah Daerah Bajeng, di Gowa, Makassar.

2. Hang Tuah telah dilahirkan pada tahun 1388 Masehi. Ini kerana mengikut riwayat, usia Hang Tuah pada tahun 1400 Masehi adalah 12 tahun. Pada usia tersebut beliau telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng.

3. Kesultanan Gowa:
3.1 Tumanurunga (1300 Masehi)
3.2 Tumassalangga Baraya
3.3 Puang Loe Lembang
3.4 Tuniatabanri
3.5 Karampang ri Gowa
3.6 Tunatangka Lopi (1400 Masehi)
3.7 Batara Gowa Tuminanga ri Paralakkenna
3.8 Pakere Tau Tunijallo ri Passukki
3.9 Daeng Matanre Karaeng Tumapa'risi' Kallonna (1500 Masehi)

4. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, dari Melaka telah datang ke Makassar dan berjumpa dengan Raja Gowa (Batara Gowa Tuminanga Ri Paralakkenna). Raja Gowa menyambut baik kedatangan Seri Bija Pikrama dan ingin mengirim sesuatu kepada Sultan Mansur Syah sebagai balasan dari kunjungan tersebut. Seri Bija Pikrama menyatakan bahawa Sultan Mansur gemar mengumpul anak anak muda yang memenuhi syarat syarat tertentu untuk dijadikan pahlawan negeri Melaka. Mendengarkan hal itu, Raja Gowa telah menyuruh orangnya mencari anak muda seperti yang dikehendaki dan menepati syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dibawa dan dijadikan pahlawan Melaka.

𝙃𝘼𝙉𝙂 𝙏𝙐𝘼𝙃

5. Kisah Hang Tuah membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng sewaktu berusia 12 tahun telah mendapat perhatian Raja Gowa. Hang Tuah telah terpilih untuk menyertai rombongan ke negeri Melaka.

6. Sultan Mansur Syah, sebelum pemilihan Hang Tuah, telah ada 8 orang anak anak muda yang menepati dan memenuhi syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dijadikan pahlawan pahlawan Melaka. Mereka adalah;

6.1 Hang J***t
6.2 Hang Kasturi
6.3 Hang Lekir
6.4 Hang Lekiu
6.5 Hang Ali ( Tun Bija Sura@Tun Ali@Tok Bongkok)
6.6 Hang Iskandar
6.7 Hang Hassan
6.8 Hang Hussin

7. Ketua kepada mereka bersembilan ini adalah Hang Ali@Tun Bija Sura. Hang Ali diberikan jawatan Bendahara Tun Ali sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Shah.

8. Hang Tuah dikatakan melebihi kesemua yang lain didalam ilmu dan kepandaian persilatan. Hang Tuah telah diberikan oleh Sultan Melaka sebilah keris bernama Terupa Melaka semasa sampai di Melaka. Beliau telah banyak berguru kepada hulubalang hulubalang di Melaka.

9. Dalam lingkungan usia antara 25 dan 26 tahun, Hang Tuah telah mengahwini Raja Maznun Mazni binti Raja Azman Shah yang merupakan sepupu kepada isteri Raja Long Alwi. Raja Long Alwi adalah anak saudara kepada Raja Bersiong dan merupakan putera sulung kepada adinda Raja Bersiong iaitu Raja Zulkarnain ibni Almarhum Raja Syahibul Khalid Abdullah. Tujuan pernikahan ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan Hang Tuah dengan kerabat diraja Kedah ketika itu.

10. Perkahwinan kedua Hang Tuah adalah dengan Raja Intan Maimunah binti Raja Ibrahim Malik yang merupakan anak saudara kepada Wan Malini. Keturunan isteri keduanya juga berasal dari Kedah tetapi sudah lama menetap di negeri Kelantan serta ada yang telah berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan.

11. Keturunan Hang Tuah:

Anak dari isteri pertama Tun Sendari (Adik Tun Bija Sura @ Tok Bongkok):
1. Tun Sirah (perempuan) kahwin dengan Maulana Sayyid Fadillah Khan bin Maulana Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Nama lain nya Laksamana Temenggung Khoja Hassan atau Tubagus Pasai atau Falalten atau Raden Hidayat

CUCU DARI ISTERI PERTAMA

1. Tun Abdullah (Lelaki)
2. Tun Biajid (Lelaki)
3. Tun Daerah (Perempuan) - Berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah

CICIT DARI ISTERI PERTAMA

1. Raja Dewi binti Sultan Mahmud Syah
Anak dari Isteri Kedua Tun Ratna, adik Tun Perak Dari keluarga Bendahara Paduka Raja:
1. Tun Guna (Lelaki)
2. Tun Emas Jiwa@ Tun Mas Dewi (Perempuan) - Berkahwin dengan Hang Nadim bin Hang J***t melahir kan Tun Hamzah , beranak kan Tun Mat Ali yang bergelar Datuk Seri Bertam.

CUCU DARI ISTERI KEDUA

1. Tun Mat Ali Hang Nadim
Cicit dari isteri kedua
1. Tun Hamzah Tun Mat Ali
Piut dari isteri kedua
1. Tun Ali Tun Hamzah - Tun Ali bergelar Datuk Seri Bertam

12. Hang Tuah meninggal dunia setelah sekembalinya Hang Nadim dari perjalanan ke Benua Keling. Hang Tuah telah dimakamkan di Tanjung Keling, diMelaka. Pengganti jawatan Laksamana adalah menantunya sendiri, Temenggung Khoja Hassan.

SUMBER RUJUKAN:
1. Hikayat Sulatus Al –Salatin karangan Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang pada tahun 1612 Muka surat 104. Pada masa kini terdapat beberapa versi antaranya versi Winstedt dan versi Shellabear.
2. Naskah Raffles Malay 18 masih tersimpan di Royal Asiatic Society, London atau Sulatus al-Salatin Cod. Or. 1704 yang tersimpan di Universiti Leiden, Belanda
3. Buku "Amando Cortesao - The Suma Oriental of Tome' Pires", Pires adalah seorang Portugis yang berada di Melaka semasa Portugal menyerang Melaka pada 1511, beliau menyatakan "Kalaulah Hang Tuah masih ada di Melaka, Portugis tidak akan berani menyerang".
4. Buku "A. Kobata and M. Matsuda - Ryukyu relations with Korea and south sea countries" A. Kobata telah merujuk kepada kepada catatan bernama "Rekidai Hoan" yang telah ditulis dan disusun pada 1697 oleh Raja kep**auan Ryukyus yang mana didalam catatan tersebut ada menyebut mengenai keberanian Hang Tuah yang telah masuk ke pelabuhan di Kemboja semasa perang saudara sedang berlangsung diketika itu untuk mengambil air minuman dengan menggunakan perahu layar kecilnya.
Sumber diambil daripada:

**SUMBER :
Ustaz Wan Kamarulzaman (PSSGSM), Himpunan oleh Penglipur LaRa

INI GAMBAR PAHLAWAN MELAYU

14/08/2023

ONLY ONE SHOE

Moral Story Of The Day.

A weak old man walked into a shoe store and asked for the price of a pair of shoes. After making his payment, he asked the sales person.
"Could you please show me your trash can?"

She responded.
"Right over there on the left"

The old man then walked towards the bin and dumped one of the shoes he just bought into it.

The sales person saw what he did and broke into uncontrollable giggles. She knew obviously that the old man was drunk. She mocked him and watched him leave the store with only one of the shoes.

The following week, the old man visited the shoe store again to buy another pair of shoes. Having recognized him, the sales person watched him carefully, waiting to see his next silly act. As soon as he paid for the new shoes, he moved towards the garbage bin and threw away one of the shoes, repeating his previous act.

The sales person wouldn't stop laughing at him. When the old man noticed that he was being teased, he felt miserable and left the store with only one shoe.

One week later, the old man came to the store for the third time. But this time around, the sales person had no option but to confront him.

"We don't have any shoes for you, drunk old man" she declared.

The man said calmly.
"But why? I have never owed you money"

The lady scoffed.
"Now listen here drunk old man, I have reported you to my boss, and he said we shouldn't let dumb people like you visit our store. So can you leave now?"

Just then, the store owner arrived and saw the two individuals having a little argument. The sales person was quick to give an explanation, blaming the old man. But on a quest to hear the other side of the story, the store owner asked the old man.

"Why do you always dump one of your shoes in our store?"

The old man paused for a moment, with tears in his eyes, he began to speak.

"When I lost my wife many years ago, I had to raise our only son all by myself. Luckily, he grew up into a bright young man and was the most hardworking and smartest person I knew. I sent him to college, and he made me very proud by graduating with honours. Later on, he worked as a computer engineer and won numerous awards in the course of his employment. But all of a sudden, tragedy struck and changed my son's life forever. Few months to his wedding, three years ago, he had a car accident and lost both his upper limbs and one of his legs. It hurts me so much as a father, and hurts me even more knowing that all my son's dreams in life had been terminated. Now, whenever I buy him shoes, I always discard the other pair because my son has only one foot".

Moral Of The Story:
Do not be too quick in judging other people. Every single person on the planet has a story, so don't judge or criticize anyone without having full knowledge of what they are going through.(Author: Chima_Dickson Official)

PS:If you are interested in moral stories or need motivation tips and strategy,my timeline post will be extremely helpful to you,kindly follow Students Reporter .💯💯💯

Address

Taman Kajang Utama
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Get Hotel Discount posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Travel Companies in Kajang

Show All