Amwaj Travel & Tours

Amwaj Travel & Tours Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Amwaj Travel & Tours, Travel Agency, Kampong Cheng.

27/01/2025

๐ŸŒ™ Ucapan Israโ€™ & Miโ€™raj ๐ŸŒ™
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…

Kami di Amwaj Travel & Tours ingin mengucapkan Selamat Memperingati Israโ€™ & Miโ€™raj 1446H kepada semua umat Islam.

Semoga peristiwa agung perjalanan Rasulullah SAW ini menguatkan iman kita, meningkatkan ketaqwaan, dan menjadi panduan untuk terus berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh-Nya serta dipermudahkan dalam setiap urusan dunia dan akhirat.

โ€œSesungguhnya dalam peristiwa ini terdapat pelajaran besar bagi yang mahu berfikir.โ€

Ikhlas daripada kami,
Amwaj Travel & Tours

Daripada Abdullah bin Masโ€™ud R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, โ€œLaksanakanlah ibadah haji berserta um...
18/12/2024

Daripada Abdullah bin Masโ€™ud R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,

โ€œLaksanakanlah ibadah haji berserta umrah, maka sesungguhnya kedua-duanya akan menghapuskan kamu daripada kefakiran dan dosa-dosa, sebagaimana al-kir (bahan yang digunakan untuk menghilangkan) segala kekotoran besi, perak dan emas. Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurga.โ€

(Sunan Tarmizi No: 738) Status: Hadis Hasan Sahih

Menjadi kewajipan bagi setiap Muslim yang berkemampuan dan berkuasa untuk melaksanakan ibadat haji dan umrah. Mereka yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan mengeluarkan perbelanjaan yang besar, namun Rasulullah S.A.W menjanjikan keberkahan rezeki dan dijauhkan dari kemiskinan. Dan orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan bersungguh-sungguh akan menjadi penghapus dosa-dosa seperti bahan kimia yang boleh menghilangkan segala kekotoran pada besi, perak dan emas malah diberikan sebaik-baik ganjaran, iaitu syurga untuknya.

โ€œOrang-orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Jika mereka berdoa kepada-Nya, Dia akan memperkenankan...
15/11/2024

โ€œOrang-orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Jika mereka berdoa kepada-Nya, Dia akan memperkenankan doa mereka. Jika mereka memohon ampun, Dia akan mengampuni mereka.โ€

(Hadis Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

08/11/2024

Sedekah Mendapat Ganjaran yang Berlipat GandaAllah SWT menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda kepada mereka yang bersedekah dengan ikhlas.โ€œPerumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji.โ€(Surah Al-Baqarah: 261)

30/10/2024

Hadis riwayat Abu Hurairah: "Sesungguhnya Allah berfirman: 'Jika Aku menguji hamba-Ku yang beriman dengan sesuatu, kemudian dia redha, maka Aku akan memberi balasan kepadanya.'" (HR. Ahmad)

Amwaj Travel & Tours

Orang Yang Kuat Berjaya Menahan MarahุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽ...
23/10/2024

Orang Yang Kuat Berjaya Menahan Marah

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุงู„ุดู‘ูŽุฏููŠุฏู ุจูุงู„ุตู‘ูุฑูŽุนูŽุฉู ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุงู„ุดู‘ูŽุฏููŠุฏู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูŽู…ู’ู„ููƒู ู†ูŽูู’ุณูŽู‡ู ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู’ุบูŽุถูŽุจู

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah." (Sahih Bukhari No: 5649) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Mukmin yang kuat lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah.

2. Kekuatan seseorang bukan terletak pada fizikalnya semata-mata.

3. Orang yang kuat adalah yang berjaya mengawal nafsu menahan marah

4. Orang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikiran, hilang pertimbangan, lidahnya akan memaki hamun dan anggotanya mungkin bertindak diluar kawalan.

5. Kekuatan mukmin bukan terletak kepada kemenangan semasa berkelahi tetapi kemampuan menguasai emosi di saat ia sedang marah.

6. Latihlah diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut dan pemaaf. Kawal dan kuasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah.

Berusahalah mengekang hawa nafsu dan mengawal emosi diri ketika berlaku perselisihan agar tidak cepat marah. Jadilah insan yang lambat marah dan jika marah, ia cepat reda.

Hadis 40 Imam an-Nawawi  (wafat 676H)  adalah himpunan empat puluh dua hadis Nabi SAW yang cukup penting dan signifikan ...
19/10/2024

Hadis 40 Imam an-Nawawi (wafat 676H) adalah himpunan empat puluh dua hadis Nabi SAW yang cukup penting dan signifikan untuk pegangan setiap umat Islam secara amnya. Ini kerana himpunan kesemua hadis secara kolektif boleh dianggap mewakili intipati dan teras bagi ajaran Islam yang sempurna. Kata Imam an-Nawawi: "Setiap hadis daripadanya merupakan kaedah besar daripada kaedah-kaedah utama agama, yang (setiap satunya) disifatkan oleh ulama sama ada berkisar tumpuan ajaran Islam di atasnya, atau ia separuh ajaran Islam, atau sepertiga ajaran Islam, atau ciri yang seumpama itu."

Antara tema agama yang disentuh ialah berkaitan niat, ibadat, iman, ihsan, ketentuan takdir, halal, haram, nasihat, jihad, ketaatan, keyakinan, kasih sayang, kehormatan diri, menghargai orang lain, akhlak mulia, mengikut sunah, bersederhana, penghakiman, mencegah kemungkaran, persaudaraan dan taubat.

Namun, ada pihak yang cuba mengelirukan tema hadis kelapan mengenai jihad yang diriwayatkan daripada lbnu 'Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: โ€Ž โ€Ž"Aku telah diperintahkan supaya memerangi (menggesa sungguh-sungguh) manusia sehingga mereka bersaksi bahawa โ€Ž sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, โ€Ž mereka mendirikan solat dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, โ€Žmaka mereka telah memelihara darah dan harta mereka daripadaku melainkan dengan hak โ€Žlslam, manakala perhitungan amal mereka p**a terserah kepada Allah Taala." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pihak terbabit seolah-olah sengaja memahami secara negatif Nabi SAW diperintahkan supaya menyebarkan Islam secara kekerasan dan paksaan dengan memerangi umat manusia sehingga mereka memeluk Islam. Walhal Allah SWT jelas berfirman: "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)." (al-Baqarah: 256). Maka , hadis berkenaan tidak boleh difahami secara berasingan daripada dalil yang lain.

"Di hati setiap perjuangan terdapat janji kebebasan. ๐Ÿ•Š๏ธ
23/05/2024

"Di hati setiap perjuangan terdapat janji kebebasan. ๐Ÿ•Š๏ธ

07/05/2024

kenangan Amwaj Travel Membawa sekump**an Trip ke Hanoi - Sa Pa..

30/04/2024

Penyampaian ringkas berkaitan puasa 6 oleh Ust Nasir Ketua Mutawwif Amwaj Travel & Tours .

Jemputan Adinas Travel & Tours kepada Amwaj Travel & Tours untuk Saudia Product Briefing pada 26 April 2024 (jumaat) ber...
26/04/2024

Jemputan Adinas Travel & Tours kepada Amwaj Travel & Tours untuk Saudia Product Briefing pada 26 April 2024 (jumaat) bertenmpat di Adinas - Saudia KUL Office.

Nabi S.A.W bersabda;ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุชู’ุจูŽุนูŽู‡ู ุณูุชู‘ู‹ุง ู…ูู†ู’ ุดูŽูˆู‘ูŽุงู„ู ูƒูŽุงู†ูŽ ูƒูŽุตููŠูŽุงู…ู ุงู„ุฏู‘ูŽู‡ู’ุฑูโ€œSesiapa yang be...
19/04/2024

Nabi S.A.W bersabda;

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุชู’ุจูŽุนูŽู‡ู ุณูุชู‘ู‹ุง ู…ูู†ู’ ุดูŽูˆู‘ูŽุงู„ู ูƒูŽุงู†ูŽ ูƒูŽุตููŠูŽุงู…ู ุงู„ุฏู‘ูŽู‡ู’ุฑู

โ€œSesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.โ€

(Riwayat Imam Muslim)

Hukum puasa enam

Di sana terdapat perselisihan antara mazhab feqah mengenai puasa enam. Ada yang mencadangkan supaya berpuasa enam dilaksanakan di penghujung bulan Syawal dan ada yang mencadangkan supaya ia dilakukan berpisah-pisah tidak berturut turut selama 6 hari.

Walau bagaimanapun Mazhab Syafie menghukumnya sebagai sunat sepanjang Syawal, sama ada berturut ataupun berpisah. Dalam permasalahan ini, Imam Nawawi R.A menyimpulkan di dalam syarahnya bagi Hadis Shahih Muslim mengatakan;

ู‚ุงู„ ุฃุตุญุงุจู†ุง: ูˆุงู„ุฃูุถู„ ุฃู† ุชุตุงู… ุงู„ุณุชุฉ ู…ุชูˆุงู„ูŠุฉ ุนู‚ุจ ูŠูˆู… ุงู„ูุทุฑุŒ ูุฅู† ูุฑู‚ู‡ุง ุฃูˆ ุฃุฎุฑู‡ุง ุนู† ุฃูˆุงุฆู„ ุดูˆุงู„ ุฅู„ู‰ ุฃูˆุงุฎุฑู‡ ุญุตู„ุช ูุถูŠู„ุฉ ุงู„ู…ุชุงุจุนุฉ ู„ุฃู†ู‡ ูŠุตุฏู‚ ุฃู†ู‡ ุฃุชุจุนู‡ ุณุชุงู‹ ู…ู† ุดูˆุงู„ุŒ ู‚ุงู„ ุงู„ุนู„ู…ุงุก : ูˆุฅู†ู…ุง ูƒุงู† ุฐู„ูƒ ูƒุตูŠุงู… ุงู„ุฏู‡ุฑ ู„ุฃู† ุงู„ุญุณู†ุฉ ุจุนุดุฑ ุฃู…ุซุงู„ู‡ุงุŒ ูุฑู…ุถุงู† ุจุนุดุฑ ุฃุดู‡ุฑ ูˆุงู„ุณุชุฉ ุจุดู‡ุฑูŠู†

โ€œUlamak Mazhab Syafie menyatakan: Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Aidil Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, (misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal) atau melewatkannya hingga ke hujung bulan, maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutabaโ€˜ah (puasa yang mengiringi) kerana ia benar-benar berniat untuk menyambung enam hari di Bulan Syawal. Ulamak berkata: Dan amalan ini bersamaan berpuasa selama setahun kerana setiap kebaikan itu akan diganjari 10 kali ganda, maka puasa Ramadan bersamaan 10 bulan, dan 6 hari Syawal bersamaan 2 bulan.โ€

Menggabungkan niat dengan puasa qadha

Di sana juga terdapat perbincangan mengenai keharusan menggabungkan niat puasa qadha dengan enam hari di Bulan Syawal. Para ulamak ada menghuraikannya seperti Imam Bujairimi di dalam Hasyiah al Bujairimi, Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalam Fatawa al Kubro, Imam Romli di dalam Fatawanya, dan banyak lagi.

Antaranya di dalam Hasyiah Syarqawi;

โ€œMenurut Imam Syarqawi adalah sah menggabungkan puasa sunat 6 Syawal dengan puasa qadaโ€™ Ramadan tetapi seseorang itu tidak akan mendapat pahala penuh seperti jika seseorang itu berpuasa sunat 6 Syawal berasingan dengan puasa qadaโ€™. Ini kerana penggabungan dua puasa tersebut tidak bertepatan dengan Hadis yang menyebut:

โ€œKemudian dia mengikuti (selepas puasa Ramadan) dengan 6 hari di bulan Syawal.โ€

โ€œIaitu puasa sunat dan Nabi S.A.W tidak menyebut puasa sunat dan qadaโ€™ bahkan Baginda hanya menyebut puasa sunat.โ€

Kesimp**an daripada tulisan tulisan mereka mendapati bahawa puasa itu sah, iaitu dibolehkan untuk menggabungkan niat. Cuma yang lebih afdhal ialah mengasingkannya. Iaitu mengasingkan puasa enam dan puasa qadha.

Antara puasa qadha dan puasa enam mana dahulu?

Sekiranya seseorang itu ingin mengambil pandangan yang afdhal, perlulah mengutamakan puasa qadha dahulu sekiranya berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa keuzuran.

Sekiranya berbuka puasa pada bulan Ramadan disebabkan keuzuran, maka wajar didahulukan puasa enam hari Syawal kerana qadha puasa bagi orang yang berbuka disebabkan keuzuran bersifat muwassaโ€™ (ู…ูˆุณุน) iaitu tempoh waktu yang panjang.

Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyebut di dalam Bughyatut Tullab;

โ€œ(Dan demikian lagi) orang yang tiada puasa dengan uzur sunat dia berpuasa enam hari sunat Syawal melainkan orang yang berbuka puasa Ramadan dengan tiada uzur maka wajib ke atasnya menyegerakan menqadha Ramadan kerana makruh mengerjakan sunat orang yang ada padanya qadha Ramadan dengan tiada uzur maka wajib menyegerakan qadha dahulu.โ€

Kelebihan puasa enam

(1) Berpuasa selama setahun.

Sepertimana Hadis yang dinyatakan di awal tadi, dengan berpuasa enam menjadikan kesemua puasa Ramadan dan juga enam hari pada bulan Syawal menyamai puasa selama setahun;

Nabi S.A.W bersabda;

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุชู’ุจูŽุนูŽู‡ู ุณูุชู‘ู‹ุง ู…ูู†ู’ ุดูŽูˆู‘ูŽุงู„ู ูƒูŽุงู†ูŽ ูƒูŽุตููŠูŽุงู…ู ุงู„ุฏู‘ูŽู‡ู’ุฑู

โ€œSesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.โ€

(Riwayat Imam Muslim)

Bahkan hal ini juga telah dihuraikan oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim yang telah dinyatakan tadi. Ganjaran berpuasa setahun adalah ganjaran yang luar biasa, apatah lagi dari sudut kemampuan umat akhir zaman.

(2) Pelengkap amalan fardhu.

Puasa enam merupakan puasa sunat yang mempunyai kelebihan yang besar. Kita sentiasa berharap agar amalan-amalan sunat kita boleh menjadi pelengkap kepada amalan-amalan fardhu yang terkurang, sepertimana Hadis Qudsi:

ุฅู†ูŽู‘ ุฃูˆูŽู‘ู„ูŽ ู…ุง ูŠุญุงุณุจู ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณู ุจูู‡ ูŠูˆู…ูŽ ุงู„ู‚ูŠุงู…ุฉู ู…ู† ุฃุนู…ุงู„ูู‡ู…ู ุงู„ุตูŽู‘ู„ุงุฉ ู‚ุงู„ูŽ ูŠู‚ูˆู„ู ุฑุจูู‘ู†ุง ุฌู„ูŽู‘ ูˆุนุฒูŽู‘ ู„ู…ู„ุงุฆููƒุชูู‡ ูˆูŽู‡ูˆูŽ ุฃุนู„ู…ู ุงู†ุธุฑูˆุง ููŠ ุตู„ุงุฉู ุนุจุฏูŠ ุฃุชู…ูŽู‘ู‡ุง ุฃู… ู†ู‚ุตูŽู‡ุง ูุฅู† ูƒุงู†ุช ุชุงู…ูŽู‘ุฉู‹ ูƒุชุจุช ู„ูŽู‡ ุชุงู…ูŽู‘ุฉู‹ ูˆุฅู† ูƒุงู†ูŽ ุงู†ุชู‚ุตูŽ ู…ู†ู‡ุง ุดูŠุฆู‹ุง ู‚ุงู„ูŽ ุงู†ุธูุฑูˆุง ู‡ู„ ู„ุนุจุฏูŠ ู…ู† ุชุทูˆูู‘ุนู ูุฅู† ูƒุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ ุชุทูˆูู‘ุนูŒ ู‚ุงู„ูŽ ุฃุชู…ูู‘ูˆุง ู„ุนุจุฏูŠ ูุฑูŠุถุชูŽู‡ ู…ู† ุชุทูˆูู‘ุนูู‡ ุซู…ูŽู‘ ุชุคุฎุฐู ุงู„ุฃุนู…ุงู„ู ุนู„ูŽู‰ ุฐุงูƒูู…

โ€œSesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di Hari Kiamat ialah solat. Baginda S.A.W bersabda, Allah S.W.T berfirman kepada para malaikat-Nya sedang Dia lebih mengetahui: Lihatlah pada solat hamba-Ku ini adakah ia telah disempurnakan atau masih ada kurang? Sekiranya sudah sempurna, tulislah sempurna. Sekiranya masih ada kurang, FirmanNya: Lihatlah adakah ada pada hamba-Ku itu amalan-amalan sunat. Sekiranya ada, FirmanNya: Sempurnakanlah bagi hamba-Ku itu amalan fardhunya dengan amalan sunatnya, kemudian dikira amalan-amalan dalam keadaan itu.โ€

(Riwayat al Hakim)

(3) Menguatkan hubungan dengan Allah S.W.T:

Dalam satu Hadis Qudsi, Allah S.W.T berfirman;

ูˆู…ุง ุชูŽู‚ูŽุฑูŽู‘ุจูŽ ุฅูู„ูŽูŠูŽู‘ ุนูŽุจุฏูŠ ุจูุดูŠุกู ุฃุญุจูŽู‘ ุฅูู„ูŽูŠูŽู‘ ู…ูู…ูŽู‘ุง ุงูู’ุชูŽุฑูŽุถู’ุชูู‡ู ุนู„ูŠู‡ูุŒ ูˆู…ุง ุฒุงู„ูŽ ุนูŽุจุฏูŠ ูŠูŽุชูŽู‚ูŽุฑูŽู‘ุจู ุฅูู„ูŽูŠูŽู‘ ุจูุงู„ู†ูŽู‘ูˆูŽุงููู„ู ุญุชู‰ ุฃูุญูุจูŽู‘ู‡ูุŒ ูุฅุฐุง ุฃูŽุญู’ุจูŽุจู’ุชูู‡ู ูƒูู†ู’ุชู ุณูŽู…ู’ุนูŽู‡ู ุงู„ุฐูŠ ูŠุณู…ุนู ุจู‡ูุŒ ูˆ ุจูŽุตูŽุฑูŽู‡ู ุงู„ุฐูŠ ูŠูุจู’ุตูุฑู ุจู‡ูุŒ ูˆ ูŠูŽุฏูŽู‡ู ุงู„ุชูŠ ูŠูŽุจู’ุทูุดู ุจูู‡ุงุŒ ูˆ ุฑูุฌู’ู„ูŽู‡ู ุงู„ุชูŠ ูŠูŽู…ู’ุดููŠ ุจูู‡ุงุŒ ูˆ ุฅู†ู’ ุณุฃู„ูŽู†ููŠ ู„ุฃูุนู’ุทููŠูŽู†ูŽู‘ู‡ูุŒ ูˆู„ูŽุฆูู†ู ุงุณู’ุชูŽุนูŽุงุฐูŽู†ููŠ ู„ุฃูุนููŠุฐูŽู†ูŽู‘ู‡ู

โ€œDan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri dengan beribadah) kepada-Ku dengan sesuatu, yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Ku-wajibkan kepadanya, dan senantiasalah hamba-Ku (konsisten) bertaqarrub kepada-Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya; bila Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarannya yang digunakannya untuk mendengar, dan penglihatannya yang digunakannya untuk melihat dan tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakannya untuk berjalan; jika dia meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberikannya, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku pasti Aku akan melindunginya.โ€

(Riwayat al Bukhari)

(4) Diganjari syurga.

Sepertimana yang kita ketahui puasa itu meningkatkan daya takwa seseorang. Ketakwaan inilah menjadi laluan ke syurga sepertimana Firman-Nya;

ูˆูŽุณููŠู‚ูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุงุชูŽู‘ู‚ูŽูˆู’ุง ุฑูŽุจูŽู‘ู‡ูู…ู’ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ุฒูู…ูŽุฑู‹ุง ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ุฅูุฐูŽุง ุฌูŽุงุกููˆู‡ูŽุง ูˆูŽููุชูุญูŽุชู’ ุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจูู‡ูŽุง ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽู‡ูู…ู’ ุฎูŽุฒูŽู†ูŽุชูู‡ูŽุง ุณูŽู„ูŽุงู…ูŒ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุทูุจู’ุชูู…ู’ ููŽุงุฏู’ุฎูู„ููˆู‡ูŽุง ุฎูŽุงู„ูุฏููŠู†ูŽ

โ€œDan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:โ€ Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk).โ€

(az Zumar: 73)

(5) Masuk syurga melalui pintu ar-Rayyan.

Syurga mempunyai beberapa pintu, pintu bagi mereka yang rajin berpuasa ialah pintu ar-Rayyan sepertimana Hadis Nabi S.A.W;

ู…ูŽู† ุฃูŽู†ููŽู‚ูŽ ุฒูˆุฌูŽูŠู†ู ููŠ ุณุจูŠู„ู ุงู„ู„ู‡ูุŒ ู†ูˆุฏููŠูŽ ู…ู† ุฃุจูˆุงุจู ุงู„ุฌู†ุฉู: ูŠุง ุนุจุฏูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู‡ุฐุง ุฎูŠุฑูŒุŒ ูู…ูŽู† ูƒุงู† ู…ู† ุฃู‡ู„ู ุงู„ุตู„ุงุฉู ุฏูุนููŠูŽ ู…ู† ุจุงุจู ุงู„ุตู„ุงุฉูุŒ ูˆู…ูŽู† ูƒุงู† ู…ู† ุฃู‡ู„ู ุงู„ุฌู‡ุงุฏู ุฏูุนููŠูŽ ู…ู† ุจุงุจู ุงู„ุฌู‡ุงุฏูุŒ ูˆู…ูŽู† ูƒุงู† ู…ู† ุฃู‡ู„ู ุงู„ุตูŠุงู…ู ุฏูุนููŠูŽ ู…ู† ุจุงุจู ุงู„ุฑูŽู‘ูŠูŽู‘ุงู†ูุŒ ูˆู…ูŽู† ูƒุงู† ู…ู† ุฃู‡ู„ู ุงู„ุตุฏู‚ุฉู ุฏูุนููŠูŽ ู…ู† ุจุงุจู ุงู„ุตุฏู‚ุฉู . ู‚ุงู„ ุฃุจูˆ ุจูƒุฑ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ : ุจุฃุจูŠ ุงู†ุช ูˆุฃู…ูŠ ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ุง ุนู„ู‰ ู…ู† ุฏุนูŠ ู…ู† ุชู„ูƒ ุงู„ุฃุจูˆุงุจ ู…ู† ุถุฑูˆุฑุฉ ุŒ ูู‡ู„ ูŠุฏุนู‰ ุฃุญุฏ ู…ู† ุชู„ูƒ ุงู„ุฃุจูˆุงุจ ูƒู„ู‡ุงุŸ ู‚ุงู„ : ู†ุนู… ูˆุฃุฑุฌูˆ ุชูƒูˆู† ู…ู†ู‡ู….

โ€œSesiapa yang membelanjakan harta di jalan Allah, dia akan dipanggil daripada pintu syurga: Wahai hamba Allah ini adalah kebaikan untukmu. Sesiapa yang sentiasa mendirikan solat, dipanggil daripada pintu solat. Sesiapa yang berjihad, dipanggil daripada pintu jihad. Sesiapa yang berpuasa, dipanggil daripada pintu ar-Rayyan. Sesiapa yang bersedekah, dipanggil daripada pintu sedekah. Saidina Abu Bakar R.A berkata: Demi ibu dan ayahku wahai Rasulullah S.A.W. Mereka yang dipanggil daripada pintu-pintu tersebut tidak lagi memerlukan kepada apa-apa. Apakah akan ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu. Jawab Baginda S.A.W: Ada, aku mengharapkan engkau termasuk di kalangan mereka.โ€

(Muttafaqun Alaih)

Puasa enam norma baharu

Dalam suasana PKPB pada hari ini, amalan puasa enam ini sangat sesuai diamalkan dengan suasana kondusif dan lebih meriah. Berikut beberapa cadangan saya;

(a) Menetapkan jadual hari berpuasa pada hari Isnin, Khamis dan Hari Putih.

Hari Putih ialah pada 13, 14 dan 15 Syawal bersamaan Jumaat 5 Jun, Sabtu 6 Jun dan Ahad 7 Jun 2020. Daripada Ibnu Milhan Al-Qoisiy, daripada ayahnya, beliau berkata;

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ูŠูŽุฃู’ู…ูุฑูู†ูŽุง ุฃูŽู†ู’ ู†ูŽุตููˆู…ูŽ ุงู„ู’ุจููŠุถูŽ ุซูŽู„ุงูŽุซูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ ูˆูŽุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ ูˆูŽุฎูŽู…ู’ุณูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ . ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู‡ูู†ูŽู‘ ูƒูŽู‡ูŽูŠู’ุฆูŽุฉู ุงู„ุฏูŽู‘ู‡ู’ุฑู

โ€œRasulullah S.A.W selalu memerintahkan kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh yaitu 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriyah).โ€ Dan Baginda bersabda, โ€œPuasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.โ€

(Riwayat Abu Daud)

Justeru, dicadangkan berpuasa 6 pada Khamis 28 Mei, Isnin 1 Jun, Khamis 4 Jun, Jumaat 5 Jun, Sabtu 6 Jun dan Ahad 7 Jun. Sekiranya ada hari yang keuzuran bolehlah digantikan pada Isnin dan Khamis selepas itu.

(b) Dilakukan oleh kesemua ahli keluarga sepertimana suasana Ramadan.

(c) Bersahur dan berbuka bersama ahli keluarga termasuk mendirikan solat fardhu berjamaah.

(d) Menggalakkan ahli keluarga yang berjauhan untuk berpuasa bersama-sama.

(e) Selain Isnin dan Khamis boleh diisi dengan puasa qadha bagi mereka yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan.

(f) Dari segi niat, puasa sunat boleh diniatkan sebelum Zohor. Berbeza dengan puasa fadhu.

Kesimp**an

Hakikatnya banyak lagi kelebihan berpuasa enam, atau kelebihan berpuasa itu sendiri. Sepertimana yang kita ketahui puasa itu membuahkan takwa. Imam al-Ghazali menghuraikan takwa di dalam Minhajul Abidin;

ุงู„ุชู‚ูˆู‰ ู‡ูˆ ุงุฌุชู†ุงุจ ูƒู„ ู…ุง ุชุฎุงู ู…ู†ู‡ ุถุฑุฑุง ููŠ ุฏูŠู†ูƒุŒ ุฃู„ุง ุชุฑู‰ ุฃู†ู‡ ูŠู‚ุงู„ ู„ู„ู…ุฑูŠุถ ุงู„ู…ุญุชู…ูŠ ุฅู†ู‡ ูŠุชู‚ูŠ ุฅุฐุง ุงุฌุชู†ุจ ูƒู„ ุดูŠุก ูŠุถุฑู‡ ููŠ ุจุฏู†ู‡ ู…ู† ุทุนุงู… ุฃูˆ ุดุฑุงุจ ุฃูˆ ูุงูƒู‡ุฉ ุฃูˆ ุบูŠุฑู‡ุง

โ€œTakwa itu ialah kamu menjauhi semua yang dikhuatiri akan merosakkan agama kamu. Tidakkah kamu melihat bahawa dikatakan kepada pesakit yang dijaga, supaya menjauhi semua perkara yang boleh memudaratkan badannya sama ada dari segi makanan, minuman buah-buahan ataupun selainnya.โ€

Salam Nuzul Al-QuranPeristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ menurunkan ayat pertama Al-Quran ke...
27/03/2024

Salam Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ๏ทบ dan berterusan secara berperingkat2 selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad ๏ทบberusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.

Perkataan โ€œNuzulโ€ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat Al-Quran yang mula2 sekali diturunkan Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ kepada Nabi Muhammad ๏ทบ melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

11/03/2024

"Marhaban Ya Ramadhan"
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Yang Penuh Rahmat. ikhlas Dari travel & tours

Majlis Sambutan Israโ€™ Mikraj Amwaj Travel & Tours Sesi sumbangan cenderahati dari Amwaj Travel & Tours kepada pelajar ta...
19/02/2024

Majlis Sambutan Israโ€™ Mikraj Amwaj Travel & Tours

Sesi sumbangan cenderahati dari Amwaj Travel & Tours kepada pelajar tahfiz Alquran Ittifaqiyah

Majlis Sambutan Israโ€™ Mikraj Amwaj Travel & Tours ( Bahagian 2 )
19/02/2024

Majlis Sambutan Israโ€™ Mikraj Amwaj Travel & Tours

( Bahagian 2 )

Address

Kampong Cheng
75260

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60178801526

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amwaj Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Amwaj Travel & Tours:

Videos

Share

Category

AMWAJ TRAVEL & TOURS SDN BHD

๐Ÿ’œVisi AMWAJ adalah untuk menjadi sebuah syarikat agensi pelancongan yang bereputasi tinggi dan dipercayai hingga ke peringkat antarabangsa.

Misi Amwaj Travel & Tours adalah untuk sentiasa berkhidmat kepada pelanggan dengan jujur dan amanah serta profesional. Kami sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat & aspirasi syarikat serta berharap prestasi dan pencapaian kami akan memenuhi objektif-objektif berikut;

* Penginapan yang terbaik. * Perjalanan yang lancar. * Pengurusan yang cekap. * Harga berpatutan. * Kecekapan (Perkhidmatan Profesional). * Fleksibiliti (Pilihan kepada pelanggan). * Altenatif (Memberi altenatif yang sesuai mengikut citarasa pelanggan).