19/04/2024
Nabi S.A.W bersabda;
ู
ููู ุตูุงู
ู ุฑูู
ูุถูุงูู ุซูู
ูู ุฃูุชูุจูุนููู ุณูุชููุง ู
ููู ุดููููุงูู ููุงูู ููุตูููุงู
ู ุงูุฏููููุฑู
โSesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.โ
(Riwayat Imam Muslim)
Hukum puasa enam
Di sana terdapat perselisihan antara mazhab feqah mengenai puasa enam. Ada yang mencadangkan supaya berpuasa enam dilaksanakan di penghujung bulan Syawal dan ada yang mencadangkan supaya ia dilakukan berpisah-pisah tidak berturut turut selama 6 hari.
Walau bagaimanapun Mazhab Syafie menghukumnya sebagai sunat sepanjang Syawal, sama ada berturut ataupun berpisah. Dalam permasalahan ini, Imam Nawawi R.A menyimpulkan di dalam syarahnya bagi Hadis Shahih Muslim mengatakan;
ูุงู ุฃุตุญุงุจูุง: ูุงูุฃูุถู ุฃู ุชุตุงู
ุงูุณุชุฉ ู
ุชูุงููุฉ ุนูุจ ููู
ุงููุทุฑุ ูุฅู ูุฑููุง ุฃู ุฃุฎุฑูุง ุนู ุฃูุงุฆู ุดูุงู ุฅูู ุฃูุงุฎุฑู ุญุตูุช ูุถููุฉ ุงูู
ุชุงุจุนุฉ ูุฃูู ูุตุฏู ุฃูู ุฃุชุจุนู ุณุชุงู ู
ู ุดูุงูุ ูุงู ุงูุนูู
ุงุก : ูุฅูู
ุง ูุงู ุฐูู ูุตูุงู
ุงูุฏูุฑ ูุฃู ุงูุญุณูุฉ ุจุนุดุฑ ุฃู
ุซุงููุงุ ูุฑู
ุถุงู ุจุนุดุฑ ุฃุดูุฑ ูุงูุณุชุฉ ุจุดูุฑูู
โUlamak Mazhab Syafie menyatakan: Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Aidil Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, (misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal) atau melewatkannya hingga ke hujung bulan, maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutabaโah (puasa yang mengiringi) kerana ia benar-benar berniat untuk menyambung enam hari di Bulan Syawal. Ulamak berkata: Dan amalan ini bersamaan berpuasa selama setahun kerana setiap kebaikan itu akan diganjari 10 kali ganda, maka puasa Ramadan bersamaan 10 bulan, dan 6 hari Syawal bersamaan 2 bulan.โ
Menggabungkan niat dengan puasa qadha
Di sana juga terdapat perbincangan mengenai keharusan menggabungkan niat puasa qadha dengan enam hari di Bulan Syawal. Para ulamak ada menghuraikannya seperti Imam Bujairimi di dalam Hasyiah al Bujairimi, Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalam Fatawa al Kubro, Imam Romli di dalam Fatawanya, dan banyak lagi.
Antaranya di dalam Hasyiah Syarqawi;
โMenurut Imam Syarqawi adalah sah menggabungkan puasa sunat 6 Syawal dengan puasa qadaโ Ramadan tetapi seseorang itu tidak akan mendapat pahala penuh seperti jika seseorang itu berpuasa sunat 6 Syawal berasingan dengan puasa qadaโ. Ini kerana penggabungan dua puasa tersebut tidak bertepatan dengan Hadis yang menyebut:
โKemudian dia mengikuti (selepas puasa Ramadan) dengan 6 hari di bulan Syawal.โ
โIaitu puasa sunat dan Nabi S.A.W tidak menyebut puasa sunat dan qadaโ bahkan Baginda hanya menyebut puasa sunat.โ
Kesimpulan daripada tulisan tulisan mereka mendapati bahawa puasa itu sah, iaitu dibolehkan untuk menggabungkan niat. Cuma yang lebih afdhal ialah mengasingkannya. Iaitu mengasingkan puasa enam dan puasa qadha.
Antara puasa qadha dan puasa enam mana dahulu?
Sekiranya seseorang itu ingin mengambil pandangan yang afdhal, perlulah mengutamakan puasa qadha dahulu sekiranya berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa keuzuran.
Sekiranya berbuka puasa pada bulan Ramadan disebabkan keuzuran, maka wajar didahulukan puasa enam hari Syawal kerana qadha puasa bagi orang yang berbuka disebabkan keuzuran bersifat muwassaโ (ู
ูุณุน) iaitu tempoh waktu yang panjang.
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyebut di dalam Bughyatut Tullab;
โ(Dan demikian lagi) orang yang tiada puasa dengan uzur sunat dia berpuasa enam hari sunat Syawal melainkan orang yang berbuka puasa Ramadan dengan tiada uzur maka wajib ke atasnya menyegerakan menqadha Ramadan kerana makruh mengerjakan sunat orang yang ada padanya qadha Ramadan dengan tiada uzur maka wajib menyegerakan qadha dahulu.โ
Kelebihan puasa enam
(1) Berpuasa selama setahun.
Sepertimana Hadis yang dinyatakan di awal tadi, dengan berpuasa enam menjadikan kesemua puasa Ramadan dan juga enam hari pada bulan Syawal menyamai puasa selama setahun;
Nabi S.A.W bersabda;
ู
ููู ุตูุงู
ู ุฑูู
ูุถูุงูู ุซูู
ูู ุฃูุชูุจูุนููู ุณูุชููุง ู
ููู ุดููููุงูู ููุงูู ููุตูููุงู
ู ุงูุฏููููุฑู
โSesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.โ
(Riwayat Imam Muslim)
Bahkan hal ini juga telah dihuraikan oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim yang telah dinyatakan tadi. Ganjaran berpuasa setahun adalah ganjaran yang luar biasa, apatah lagi dari sudut kemampuan umat akhir zaman.
(2) Pelengkap amalan fardhu.
Puasa enam merupakan puasa sunat yang mempunyai kelebihan yang besar. Kita sentiasa berharap agar amalan-amalan sunat kita boleh menjadi pelengkap kepada amalan-amalan fardhu yang terkurang, sepertimana Hadis Qudsi:
ุฅููู ุฃููููู ู
ุง ูุญุงุณุจู ุงููููุงุณู ุจูู ููู
ู ุงูููุงู
ุฉู ู
ู ุฃุนู
ุงูููู
ู ุงูุตูููุงุฉ ูุงูู ููููู ุฑุจูููุง ุฌููู ูุนุฒูู ูู
ูุงุฆููุชูู ููููู ุฃุนูู
ู ุงูุธุฑูุง ูู ุตูุงุฉู ุนุจุฏู ุฃุชู
ูููุง ุฃู
ููุตููุง ูุฅู ูุงูุช ุชุงู
ููุฉู ูุชุจุช ููู ุชุงู
ููุฉู ูุฅู ูุงูู ุงูุชูุตู ู
ููุง ุดูุฆูุง ูุงูู ุงูุธูุฑูุง ูู ูุนุจุฏู ู
ู ุชุทูููุนู ูุฅู ูุงูู ููู ุชุทูููุนู ูุงูู ุฃุชู
ูููุง ูุนุจุฏู ูุฑูุถุชูู ู
ู ุชุทูููุนูู ุซู
ูู ุชุคุฎุฐู ุงูุฃุนู
ุงูู ุนููู ุฐุงููู
โSesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di Hari Kiamat ialah solat. Baginda S.A.W bersabda, Allah S.W.T berfirman kepada para malaikat-Nya sedang Dia lebih mengetahui: Lihatlah pada solat hamba-Ku ini adakah ia telah disempurnakan atau masih ada kurang? Sekiranya sudah sempurna, tulislah sempurna. Sekiranya masih ada kurang, FirmanNya: Lihatlah adakah ada pada hamba-Ku itu amalan-amalan sunat. Sekiranya ada, FirmanNya: Sempurnakanlah bagi hamba-Ku itu amalan fardhunya dengan amalan sunatnya, kemudian dikira amalan-amalan dalam keadaan itu.โ
(Riwayat al Hakim)
(3) Menguatkan hubungan dengan Allah S.W.T:
Dalam satu Hadis Qudsi, Allah S.W.T berfirman;
ูู
ุง ุชูููุฑููุจู ุฅูููููู ุนูุจุฏู ุจูุดูุกู ุฃุญุจูู ุฅูููููู ู
ูู
ููุง ุงููุชูุฑูุถูุชููู ุนููููุ ูู
ุง ุฒุงูู ุนูุจุฏู ููุชูููุฑููุจู ุฅูููููู ุจูุงููููููุงูููู ุญุชู ุฃูุญูุจููููุ ูุฅุฐุง ุฃูุญูุจูุจูุชููู ููููุชู ุณูู
ูุนููู ุงูุฐู ูุณู
ุนู ุจููุ ู ุจูุตูุฑููู ุงูุฐู ููุจูุตูุฑู ุจููุ ู ููุฏููู ุงูุชู ููุจูุทูุดู ุจููุงุ ู ุฑูุฌููููู ุงูุชู ููู
ูุดูู ุจููุงุ ู ุฅูู ุณุฃููููู ูุฃูุนูุทููููููููุ ูููุฆููู ุงุณูุชูุนูุงุฐูููู ูุฃูุนููุฐูููููู
โDan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri dengan beribadah) kepada-Ku dengan sesuatu, yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Ku-wajibkan kepadanya, dan senantiasalah hamba-Ku (konsisten) bertaqarrub kepada-Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya; bila Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarannya yang digunakannya untuk mendengar, dan penglihatannya yang digunakannya untuk melihat dan tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakannya untuk berjalan; jika dia meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberikannya, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku pasti Aku akan melindunginya.โ
(Riwayat al Bukhari)
(4) Diganjari syurga.
Sepertimana yang kita ketahui puasa itu meningkatkan daya takwa seseorang. Ketakwaan inilah menjadi laluan ke syurga sepertimana Firman-Nya;
ููุณูููู ุงูููุฐูููู ุงุชููููููุง ุฑูุจููููู
ู ุฅูููู ุงููุฌููููุฉู ุฒูู
ูุฑูุง ุญูุชููู ุฅูุฐูุง ุฌูุงุกููููุง ููููุชูุญูุชู ุฃูุจูููุงุจูููุง ููููุงูู ููููู
ู ุฎูุฒูููุชูููุง ุณูููุงู
ู ุนูููููููู
ู ุทูุจูุชูู
ู ููุงุฏูุฎููููููุง ุฎูุงููุฏูููู
โDan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:โ Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk).โ
(az Zumar: 73)
(5) Masuk syurga melalui pintu ar-Rayyan.
Syurga mempunyai beberapa pintu, pintu bagi mereka yang rajin berpuasa ialah pintu ar-Rayyan sepertimana Hadis Nabi S.A.W;
ู
ูู ุฃูููููู ุฒูุฌูููู ูู ุณุจููู ุงููููุ ููุฏููู ู
ู ุฃุจูุงุจู ุงูุฌูุฉู: ูุง ุนุจุฏู ุงูููู ูุฐุง ุฎูุฑูุ ูู
ูู ูุงู ู
ู ุฃููู ุงูุตูุงุฉู ุฏูุนููู ู
ู ุจุงุจู ุงูุตูุงุฉูุ ูู
ูู ูุงู ู
ู ุฃููู ุงูุฌูุงุฏู ุฏูุนููู ู
ู ุจุงุจู ุงูุฌูุงุฏูุ ูู
ูู ูุงู ู
ู ุฃููู ุงูุตูุงู
ู ุฏูุนููู ู
ู ุจุงุจู ุงูุฑูููููุงููุ ูู
ูู ูุงู ู
ู ุฃููู ุงูุตุฏูุฉู ุฏูุนููู ู
ู ุจุงุจู ุงูุตุฏูุฉู . ูุงู ุฃุจู ุจูุฑ ุฑุถู ุงููู ุนูู : ุจุฃุจู ุงูุช ูุฃู
ู ูุง ุฑุณูู ุงููู ู
ุง ุนูู ู
ู ุฏุนู ู
ู ุชูู ุงูุฃุจูุงุจ ู
ู ุถุฑูุฑุฉ ุ ููู ูุฏุนู ุฃุญุฏ ู
ู ุชูู ุงูุฃุจูุงุจ ูููุงุ ูุงู : ูุนู
ูุฃุฑุฌู ุชููู ู
ููู
.
โSesiapa yang membelanjakan harta di jalan Allah, dia akan dipanggil daripada pintu syurga: Wahai hamba Allah ini adalah kebaikan untukmu. Sesiapa yang sentiasa mendirikan solat, dipanggil daripada pintu solat. Sesiapa yang berjihad, dipanggil daripada pintu jihad. Sesiapa yang berpuasa, dipanggil daripada pintu ar-Rayyan. Sesiapa yang bersedekah, dipanggil daripada pintu sedekah. Saidina Abu Bakar R.A berkata: Demi ibu dan ayahku wahai Rasulullah S.A.W. Mereka yang dipanggil daripada pintu-pintu tersebut tidak lagi memerlukan kepada apa-apa. Apakah akan ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu. Jawab Baginda S.A.W: Ada, aku mengharapkan engkau termasuk di kalangan mereka.โ
(Muttafaqun Alaih)
Puasa enam norma baharu
Dalam suasana PKPB pada hari ini, amalan puasa enam ini sangat sesuai diamalkan dengan suasana kondusif dan lebih meriah. Berikut beberapa cadangan saya;
(a) Menetapkan jadual hari berpuasa pada hari Isnin, Khamis dan Hari Putih.
Hari Putih ialah pada 13, 14 dan 15 Syawal bersamaan Jumaat 5 Jun, Sabtu 6 Jun dan Ahad 7 Jun 2020. Daripada Ibnu Milhan Al-Qoisiy, daripada ayahnya, beliau berkata;
ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู -ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
- ููุฃูู
ูุฑูููุง ุฃููู ููุตููู
ู ุงููุจููุถู ุซููุงูุซู ุนูุดูุฑูุฉู ููุฃูุฑูุจูุนู ุนูุดูุฑูุฉู ููุฎูู
ูุณู ุนูุดูุฑูุฉู . ููููุงูู ููููู ููููููุฆูุฉู ุงูุฏููููุฑู
โRasulullah S.A.W selalu memerintahkan kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh yaitu 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriyah).โ Dan Baginda bersabda, โPuasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.โ
(Riwayat Abu Daud)
Justeru, dicadangkan berpuasa 6 pada Khamis 28 Mei, Isnin 1 Jun, Khamis 4 Jun, Jumaat 5 Jun, Sabtu 6 Jun dan Ahad 7 Jun. Sekiranya ada hari yang keuzuran bolehlah digantikan pada Isnin dan Khamis selepas itu.
(b) Dilakukan oleh kesemua ahli keluarga sepertimana suasana Ramadan.
(c) Bersahur dan berbuka bersama ahli keluarga termasuk mendirikan solat fardhu berjamaah.
(d) Menggalakkan ahli keluarga yang berjauhan untuk berpuasa bersama-sama.
(e) Selain Isnin dan Khamis boleh diisi dengan puasa qadha bagi mereka yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan.
(f) Dari segi niat, puasa sunat boleh diniatkan sebelum Zohor. Berbeza dengan puasa fadhu.
Kesimpulan
Hakikatnya banyak lagi kelebihan berpuasa enam, atau kelebihan berpuasa itu sendiri. Sepertimana yang kita ketahui puasa itu membuahkan takwa. Imam al-Ghazali menghuraikan takwa di dalam Minhajul Abidin;
ุงูุชููู ูู ุงุฌุชูุงุจ ูู ู
ุง ุชุฎุงู ู
ูู ุถุฑุฑุง ูู ุฏูููุ ุฃูุง ุชุฑู ุฃูู ููุงู ููู
ุฑูุถ ุงูู
ุญุชู
ู ุฅูู ูุชูู ุฅุฐุง ุงุฌุชูุจ ูู ุดูุก ูุถุฑู ูู ุจุฏูู ู
ู ุทุนุงู
ุฃู ุดุฑุงุจ ุฃู ูุงููุฉ ุฃู ุบูุฑูุง
โTakwa itu ialah kamu menjauhi semua yang dikhuatiri akan merosakkan agama kamu. Tidakkah kamu melihat bahawa dikatakan kepada pesakit yang dijaga, supaya menjauhi semua perkara yang boleh memudaratkan badannya sama ada dari segi makanan, minuman buah-buahan ataupun selainnya.โ