Tapaan Kursani

Tapaan Kursani Pelancongan Desa & Kebudayaan Jawa/Melayu Malaysia

30/08/2022

MI REBUS

BAHAN-BAHANNYA

1 kg mee kuning
150 g taugeh, buang ekor
2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
2 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 pokok daun bawang, hiris
4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi, belah 2
Bawang goreng secukupnya
Kuah mee rebus*

BAHAN KUAH MEE REBUS*

1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas, dititik
1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato, belah 4
7 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*tumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1) UNTUK KUAH MEE REBUS :- Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu). Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).

2) PENYEDIAAN MEE REBUS :- Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera.

Credit to Chef Mat Gebu

Kelab Memanah Banghuris Tertubuhnya Kelab Memanah Banghuris yang telah diasaskan oleh saudara Tuan Faisal Saleh atau leb...
20/12/2019

Kelab Memanah Banghuris

Tertubuhnya Kelab Memanah Banghuris yang telah diasaskan oleh saudara Tuan Faisal Saleh atau lebih mesra dengan panggilan Ejal Tapa pada tarikh awal 2016 yang mempunyai keahlian seramai 7 orang pemanah. Dengan usaha saudara Tuan Ejal Tapa yang menjadi Guru mengajar memanah konsep tradisional setiap minggu.

Antara anak murid yang terawal ini ialah :
1. Azizi
2. Taufik
3. Faid
4. Puan Azimi
5. Puan Yan
6. Fairuz db
7. Termasuk guru jurulatih Tuan Ejal Tapa.

Antara aktiviti yang pernah dianjurkn ialah :
1. pertndingan memanah terbuka 15 mei 2016
2. Pertandingan memnah tertutup 26 sep 2016
3. Pertandingan memanah terbuka di festival Nasi Ambeng 2017
4. Pertandingn memanah tertutup di Festival Kenduri Rakyat 2019

Sehingga kini kelab ini masih aktif dengan bertmbhnya bilangan ahli dan secara rasmi telh dilntik Guru jurultih baru Tuan Taufik mengglas amanah mendidik setiap ahli lama dn baru setelh pemergian Tuan Ejal Tapa dijemput Ilahi (Al Fatihah) moga rohnya dicucuri rahmat dan perjuangan ini akan diteruskn tanpa pernah lelah. ImsyAllah...

Moga usaha yang telah dimulai akan terus subur dan mendpat keberkatan dari Rasululah SAW dan Allah SWT..

Al Fatihah buat Guru Ejal Tapa moga Allah memberikan ganjaran yang tinggi untuk ushamu di dunia ini..

Permainan Kompang Permainan kompang adalah satu cara sambutan mengalukan kedatangan pelancong ke Banghuris Homestay. Ser...
23/10/2019

Permainan Kompang

Permainan kompang adalah satu cara sambutan mengalukan kedatangan pelancong ke Banghuris Homestay. Seramai 6 orang pemuda tempatan bergabung paluan kompang menjadi satu irama yang sangat indah dan unik menarik minat para pengunjung.

Dengan keunikan bunyi irama dari paluan kompang akan menarik minat pelancong untuk mencuba dan belajar cara permainan kompang ini. Walaupun dalam masa yang pendek mereka serba sedikit dapat mengikut rentak paluan yang diajar oleh ahli pasukan kompang.

Permainan tradisi Melayu ini telah dimain dan diwaris bergenerasi dan akan terus dikekalkan seiring zaman moden. Ianya bukan sekadar permainan muzik tradisi tapi telah menjadi asas jatidiri budaya itu sendiri.

Keunikan ini yang sangat menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat dan mendengar irama kompang Melayu tradisional.

[email protected]

Keindahan Perkampungan Orang Asli Bukit Bangkong Sekumpulan pelajar dari negara Korea melawat disekitar perkampungan ora...
13/10/2019

Keindahan Perkampungan Orang Asli Bukit Bangkong

Sekumpulan pelajar dari negara Korea melawat disekitar perkampungan orang asli Bukit Bangkong dan menikmati panorama flora fauna yang masih dikekalkan oleh penduduk orang asli di sini. Walaupun penat berjalan ke dalam sejauh hampir 2 kilometer mereka sangat teruja dengan keramahan dan sambutan yang diterima.

Orang asli Kg Bukit Bangkong dengan penduduk sekitar 2 ribu orang sangat mesra dengan setiap pengunjung yang datang luar dan dalam negara. Mereka akan menyambut dengan penuh adab dan mempersembahkan tarian 'Sewang' kebudayaan tradisional asli yang sangat unik diiringi peralatan muzik yang diperbuat dari buluh.

Kebanyakan masyarakat orang asli disini beragama Islam dan sebahagian masih mengamalkan ajaran nenek moyang selebinya ada yang beragama Kristian dan Budhha hasil perkahwinan campur dengan masyarat setempat.

Lihatlah keriangan kumpulan pelajar pelajar dari Korean ini mereka begitu teruja dan banyak mengambil gambar untuk disimpan sebagai kenangan yang indah!😆🤗

indigenous peoples in malaysia are very unique and unlike any other country. Hopefully they will come back to visit us here as we welcome all of you! 😁😗

Contact Us At : [email protected]

Madu Kelulut Banghuris Homestay Banghuris mempunyai ladang ternakan madu kelulut yang diusahakan secara kecil kecilan. L...
24/09/2019

Madu Kelulut Banghuris

Homestay Banghuris mempunyai ladang ternakan madu kelulut yang diusahakan secara kecil kecilan. Lebah madu kelulut dijaga rapi dengan persekitaran yang bersih dan dikelilingi pokok bunga istimewa 'pengantin menangis', pokok belimbing, bunga dari pokok kelapa pandan dan banyak lagi pokok2 herba bagi menjamin kualiti madu kelulut dari ladang Banghuris Homestay

Jika anda berhajat untuk mendapatkan madu kelulut Banghuris boleh buat pesanan di ruangan komen atau wassap terus 019 6497655

Dengan izinNya madu adalah sebaik baik penawar.Jom dapatkan segera! 😁

PEMBUATAN / PEMBUNGKUSAN TEMPE TRADISONALTempe adalah makanan tradisi khusus masyarakat keturunan jawa di Selangor. Wala...
11/09/2019

PEMBUATAN / PEMBUNGKUSAN TEMPE TRADISONAL

Tempe adalah makanan tradisi khusus masyarakat keturunan jawa di Selangor. Walau bagaimanapun ia telah menjadi makanan popular pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Salah seorang peserta kursus dari Sarawak sedang belajar cara membungkus tempe yang siap diproses dengan cara tradisional menggunakan daun yang dikenali 'daun tempe' atau daun simpur yang boleh didapati tumbuh meliar di sekitar kampung Banghuris.

Peserta juga boleh membawa balik hasil bungkusan mereka ataupun membeli dengan harga yang murah segar dari kilang.

Never missed a very valuable experince and taste the deliciousness of the homemade 'tempe' 😙👍

[email protected]

Majlis Perkahwinan Melayu/Malay Wedding CeremonyPasangan pelancong dari China memilih untuk memakai pakaian lengkap busa...
06/09/2019

Majlis Perkahwinan Melayu/Malay Wedding Ceremony

Pasangan pelancong dari China memilih untuk memakai pakaian lengkap busana tradisonal Melayu lelaki dan perempuan yang sangat indah dan cantik duduk di atas pelamin yang dihias bunga manggar dan bunga telur diiringi paluan kompang. Majlis diraikan bersama rakan rakan serta penduduk kampung bergilir menepung tawar sebagai simbolik menyambut pasangan 'Raja Sehari'.

The villagers greeted the bride with a cheerful accompaniment of traditional music and dance. A very beautiful and unforgettable tourist experience!😁

Contact us at : [email protected]

PERMAINAN TRADISI TARIK GUNI/UPIHPeserta dari negara2 Asia Tengah mencoba permainan tarik guni. Memandang upih agak suka...
03/09/2019

PERMAINAN TRADISI TARIK GUNI/UPIH

Peserta dari negara2 Asia Tengah mencoba permainan tarik guni. Memandang upih agak sukar ditemui pada zaman ini. Permainan yang sudah sekian lama dilupakan kerana arus mordenisasi. Mereka sangat seronok dan menikmati kelainan pada sukan tradisi di Malaysia. Mungkin anak anak Malaysia baru belum pernah mencoba permainan yang sangat mengujakan ini.

Kebanyakkan peserta begitu seronok seperti tak mahu berhenti bermain! Anda bila lagi mahu mencoba?😁

Contact us at : [email protected]

Kumpulan pelajar dari Singapore sedang asyik mendengar penerangan mengenai Wau Kapal yang sangat popular dikalangan masy...
30/08/2019

Kumpulan pelajar dari Singapore sedang asyik mendengar penerangan mengenai Wau Kapal yang sangat popular dikalangan masyarakat jawa di Selangor. sambil tu mereka juga berpeluang mencuba untuk belajar cara cara menghasilkan Wau Kapal yang unik dan berkualiti hinggalah menerbangkanya.

Kemahiran yang semakin ditelan zaman ini janganlah disia siakan terutama oleh golongan muda masa kini. Jangan lepaskan peluang untuk belajar dan mendalami ilmu membuat wau kapal yang sangat unik ini!

Contact us : [email protected]

Pelajar dari Jepun berpakaian baju Melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan. Pengalaman pembelajaran yang amat ...
30/08/2019

Pelajar dari Jepun berpakaian baju Melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan. Pengalaman pembelajaran yang amat bermakna disamping bertukar tukar pengetahuan tentang kebudayaan antara negara Malaysia - Jepun

At BANGURIS HOMESTAY we are always committed to introducing the Malaysian culture to the tourists

Mereka sangat gembira ada yang tak mahu pulang barangkali! 😁

Booking now! Please contact us at : [email protected]

Address

Pusat Aktiviti Homestay Banghuris
Kampong Jimah
43950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tapaan Kursani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tapaan Kursani:

Share