15/06/2022
𝐇𝐨𝐦𝐞𝐬𝐭𝐚𝐲 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐌𝐮𝐫𝐚𝐡 (𝘈𝘳𝘦𝘢 𝘒𝘰𝘬 𝘓𝘢𝘯𝘢𝘴 - 20 𝘔𝘪𝘯𝘪𝘵 𝘋𝘢𝘳𝘪 𝘒𝘉)
Berita Gembira untuk mereka yang mencari homestay murah di kawasan berdekatan Kota Bharu!
Homestay kami kali ini terletak di Kok Lanas, berjarak 30km dari Bandar Besar Kota Bharu. Masa perjalanan lebih kurang 25 minit ke bandar KB.
Bagi ore Kelate, tak jauh mana boh. Nak kata dekat sangat tu dok lah. Tapi mudah nak sapa Kota Bharu, sebab loni (sekarang) ada highway yang mempercepatkan perjalanan dari Kok Lanas (masuk ikut Ketereh) ke Kota Bharu.
Yang penting, sesuai untuk mereka yang mencari homestay murah. Harga makanan di sekitar Kok Lanas ni pun amat-amat murah. Jauh beza lah dengan harga makanan di Kota Bharu. Makanan sedap2 dan banyak pilihan.
Kalau Tuan/Puan rasa spesifikasi homestay kami ini sesuai untuk Tuan/Puan, berikut adalah kemudahan-kemudahan yang homestay kami sediakan.
𝐇𝐨𝐦𝐞𝐬𝐭𝐚𝐲 𝐊𝐨𝐤 𝐋𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐌𝐮𝐫𝐚𝐡
Homestay kami telah di upgrade!
Didatangkan dengan kemudahan AIRCOND dan TV untuk memberi keselesaan dan keceriaan sepanjang anda menginap di sini.
3 bilik tidur dan 2 bilik air, homestay kami menawarkan harga promosi serendah rm100 sahaja untuk satu malam (harga asal rm120). Boleh nego harga lagi jika ambil banyak malam.
Dan paling penting, kami sentiasa sanitize keseluruhan homestay kami setiap kali pertukaran pelanggan yang seterusnya.
Terletak di Kok Lanas, homestay kami berhampiran dengan :
1. Ketereh (7 minit)
2. Melor (10 minit)
3. Pasir Puteh (15 minit)
4. Wakaf Che Yeh (20 minit)
5. Kubang Kerian (25 minit)
6. Pusat Bandar Kota Bharu (30 minit)
7. Pasir Mas (30 minit)
8. Tunjong (15 minit)
9. Airport Pengkalan Chepa (40 minit)
Jarak perjalanan boleh dipercepatkan lagi dengan melalui 'highway' baru melalui susur masuk di Ketereh dan susur keluar di Wakaf Che Yeh.
Selain itu, antara kemudahan lain yang ada di sekitar homestay kami ialah :
1. Kedai-kedai makan (sangat dekat dan banyak di kawasan berhampiran)
2. Kedai-kedai runcit
3. Kedai Rm2.30
4. 7eleven
5. McDonald's Kok Lanas
6. Mr Diy
Yang lagi menarik, lokasi homestay kami ini juga amat dekat dengan pusat-pusat pelancongan yang best-best seperti :
1. Jeram mengaji (New Zealand Kelate)
2. Kolam air panas Tokbok
3. Jeram pasu
Lokasi kami juga dekat dengan pusat-pusat pengajian utama di Kelantan seperti :
1. Politeknik Kok Lanas (dekat sangat)
2. Kolej Komuniti
3. Matrikulasi Kok Lanas
Jika ada anak-anak anda yang belajar di sekitar sini dan anda ingin melawat mereka, penginapan di homestay kami amat strategik untuk memudahkan perjalanan anda.
Siapa cepat dia dapat. Untuk tempahan, hubungi 017-9662340 (Cikgu Zaiton)
Untuk tempahan pantas, Tuan/Puan berminat boleh hubungi nombor ini www.wasap.my/60179662340 (Cikgu Zaiton)