Kembara Nur Haramain Kuala Terengganu

Kembara Nur Haramain Kuala Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kembara Nur Haramain Kuala Terengganu, Travel Agency, 1102-E, Tingkat Atas, Jalan Sultan Sulaiman,, Kuala Terengganu, Kampong Kuala Setiu.

•Kami adalah cawangan Nur Haramain Travel & Tours Kuala Terengganu.
•Kami menyediakan pakej Umrah & Pelancongan mampu milik.
•Keselesaan jemaah dan peserta adalah keutamaan kami.

26/05/2022

Bismillah.
Assalamualaikum semua. 🤗

InshaAllah bermula minggu hadapan,
kami di Nur Haramain Kuala Terengganu akan kembali dengan pakej-pakej Umrah dan Pelancongan.

Nantikan pakej-pakej menarik dari kami.

InshaAllah kita akan mulakan dengan Pakej Umrah serendah RM6,990 (12Hari 10Malam - All Include) buat semua.

Salam Pasca Covid buat semua 😊.

Info Terkini Berkaitan Masjidil Haram, Masjid Nabawi & Umrah. Sebar-sebarkan. Semoga segalanya baik-baik sahaja, dan dip...
06/03/2020

Info Terkini Berkaitan Masjidil Haram, Masjid Nabawi & Umrah.

Sebar-sebarkan.
Semoga segalanya baik-baik sahaja, dan dipermudahkan segala urusan.

Alhamdulillah dan syukur atas nikmatMu ya Allah.
26/02/2020

Alhamdulillah dan syukur atas nikmatMu ya Allah.

Semoga Allah menjemput kita kembali ke rumahNya yang mulia. Aminn ya Rabb ❤️
25/02/2020

Semoga Allah menjemput kita kembali ke rumahNya yang mulia.

Aminn ya Rabb ❤️

23/02/2020

Makkah : 23/2/2020

22/02/2020

Ziarah Luar Madinah harini.

Kumpulan Jemaah 22Hari Nur Haramain.

21/02/2020

Ringkasan Hari ke-2 Daurah Nur Haramain di Madinah :

🔸Hadis ke-4.
(kedermawanan - murah hati dan bertolak ansur)
• 2 sifat yang Allah s**a iaitu murah hati dan bertolak ansur.
• 2 sifat yang tidak dis**ai Allah (Allah benci jika ada sifat ini pada hamba) iaitu buruk akhlak dan bakhil.
• sekecil murah hati adalah memberi maaf.
• sekecil bakhil ialah bakhil kepada ahli keluarga.

🔸Hadis ke 5. ( doa ikhlas untuk mayyit )
• terhimpun 40 orang umat, maka ada diantara mereka doanya mustajab.
• maka jika ada kematian, yg datang ziarah berdoalah dgn ke ikhlasan buat si mati.

🔸Hadis ke - 6. ( orang yang paling memcintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم )
• siapa mereka? Orang yang hidup sesudahku (selepas kewafatan nabi).
• sanggup berkorban apa sahaja untuk berjumpa dengan nabi. Yakni berada dengan nabi di dalam syurga nanti.

🔸Hadis ke - 7. ( doa dan amin )
• ada tiga perkara yang Allah berikan kepada ummat nabi. Khususiyat buat umat nabi.
1- solat dalam saf. Yakni solat berjemaah. Adanya pada umat nabi. Ini juga merupaka kelebihan dan ia dalil menunjukan solat berjemaah adalah afdal dan terbaik berbanding solat bersendirian.
2- kalimah salam. Merupakan kalimah ahli syurga. Kalimah salam ini adalah kalimah (السلام عليكم ورحمة الله).
-kalimahnya ringkas. Tapi tidak mustahil kalimah ini jugak menjadi asbab musabab kita menjadi ahli syurga.
3- kalimah amin. Sebelum diberikan kpd umat nabi, kalimah amin ini juga pernah diberikan kepada nabi harun ketika berdoanya nabi musa.
• kalimah amin ini jugak adalah kayu ukur sama ada kita bakhil atau tidak.
• misalannya, ketika imam membaca doa, jika tidak diaminkan oleh kita, berhati - hati. Takut diri jatuh dalam golongan bakhil. Kenapa? Imam dah meminta. Tapi kedekutnya kita dalam tidak memberikan sumbangan walaupun hanya sekadar lafaz amin.

🔸Hadis ke 9. ( menyakiti ahli bait )
• berhati - hati dalam membahasakan atau membicarakan tentang ahli bait. Takut salah bicara boleh menyakitk ahli bait.

🔸Hadis ke - 10. ( berhasrat dengan perempuan cantik ).
• tidak disyarah. Sekadar lalu sahaja.

🔸Hadis ke - 11. ( memperbanyakan syahadah )
• sentiasa mentajdid i3tiqad dan keyakinan.
• agar akhir hidupnya memperolehi husnul khotimah.
• beramal sekurang kurang tiap ii slps solat 33x.
• siapa yang tidak memperbanyakan, takut - takut akhirnya mendapat suul khotimah

Penyampai :
Mutawwif Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fadlan Aiman.

Semoga berkah. Aminn

21/02/2020

Daurah Kitab Hari Ke-2.

Khas untuk jemaah Umrah Nur Haramain. Alhamdulillah.

ASSALAMUALAIKUM Semua. Masih tercari-cari pakej Umrah yang sesuai untuk tahun 2020 ini ⁉️Jom bersama kami di Nur Haramai...
21/02/2020

ASSALAMUALAIKUM Semua.

Masih tercari-cari pakej Umrah yang sesuai untuk tahun 2020 ini ⁉️

Jom bersama kami di Nur Haramain Travel & Tours mengerjakan Umrah dengan harga Promo.

YA !! HARGA PROMO TUAN-TUAN, PUAN-PUAN.

Bermula : RM5,680 Sahaja ‼️ ( FULLBOARD ).

InshaAllah, kami cuba sedaya upaya kami memastikan pengalaman mengerjakan Umrah kalian dipermudahkan dan dilancarkan sebaiknya.

Apa yang termasuk dalam Pakej Umrah Nur Haramain ??

✅ BILIK BEREMPAT
•Hotel Makkah = Hotel Saraya (300m)
•Hotel Madinah = Durrat Andalus (100m/Pintu 25)

✅ VISA

✅ PENERBANGAN SAUDI AIRLINES
•Penerbangan Jemaah Nur Haramain adalah melalui Saudi Airlines. Syarikat Penerbangan yang Islamik dan menjimatkan masa.
•Kilo Pergi & Balik juga sudah termasuk.

✅ SET BAGASI ( Kecik / Sederhana / Besar )
•Sling bag untuk kegunaan harian.
•Sederhana untuk Handcarry keatas flight.
•Besar untuk bagasi baju.

✅ KURSUS UMRAH 2 KALI
•Ya kursus Umrah 2 kali bagi memastikn jemaah Nur Haramain berada ditahap terbaik dan bersedia sebelum ke Haramain.

✅ PENGIRING & MUTAWWIFAH
•Setiap jemaah akan diiringi oleh Wakil Syarikat sepanjang keberadaan disana.
•Mutawwif & Mutawwifah juga disediakan bagi membimbing dan membantu ibadat jemaah.

✅ ZIARAH MADINAH

✅ UMRAH 3 KALI BERSAMA MUTAWWIF

✅ AIR ZAM-ZAM 5LITER

🔅 Anda berminat untuk menunaikan Umrah bersama Kembara Nur Haramain ❓
🔅 Atau ada pertanyaan lanjut tentang Pakej Umrah Nur Haramain ❓

Tekan sahaja button "Send Message" di Page kami atau hubungi nombor tertera di Poster ( 019-9161500 / Hafidz ).

LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK.

🔸RM5,680 : Bukan Cuti Sekolah
✔️ ( 30/9/20 - 11/10/20 )
✔️ ( 21/10/20 - 1/11/20 )

🔸RM6,880 : Cuti Sekolah
✔️ ( 25/11/20 - 6/12/20 )
✔️ ( 16/12/20 - 27/12/20 )

*Kami juga menyediakan Pakej Backpacker Disember 2020 ini. Nantikan ! 😊

20/02/2020

Istimewa buat jemaah Umrah bersama Nur Haramain kali ini.

Alhamdulillah harini sudah mula daurah pertama.

[ Hari Pertama ]

1. Tajuk - Tiga Kumpulan yang yang tidak bermaruah.
•ada tiga kumpulan yang tidak diharamkan atas kamu maruah mereka. 1) orang yang melakukan kefasikan secara terang - terangan. 2) pemimpin yang zalim. 3) orang yang melakukan bidaah.
•tidak ada hukum haram baginya kalau mengumpat 3 golongan ini.

2. Demam yang menimpa mukmin.
•jangan sesekali mengeluh dalam diuji oleh Allah.
•banyakan bersabar dalam ujian oleh Allah.

3. Tanda - tanda kiamat.
•urutan tanda ii kimata kecil mejeroti telah berlaku. Kata ulama.
•ibarat tanda ii ini berlaku diumpamakan seperti susunan manik dalam bulatan. Selepas satu satu terjadi.

Hadis ke-4 bakal bersambung keesokan hari inshaAllah. 😊.

Semoga kesemua jemaah dipermudah urusan ibadat dan diterima seluasnya olehNya.

Berminat mengerjakan umrah bersama kami ? Jemput Pm kami untuk ketahui pakej2 umrah seterusnya.

20/02/2020

Jemaah Nur Haramain hari ini.

Sesi Ziarah Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah.

Rindunya nak pergi. 😊

Jordan ni negara Arab ke? 😍Cantik betul tempat-tempatnya. Tapi waktu terhad ya, suasana sebegini hanya mampu dilihat ant...
19/02/2020

Jordan ni negara Arab ke? 😍

Cantik betul tempat-tempatnya. Tapi waktu terhad ya, suasana sebegini hanya mampu dilihat antara bulan Februari hingga Jun sahaja.

Berminat nak jalan-jalan Jordan? Jom pm kami.

credit : Welcome To Jordan, From The Depths Of My Heart.

Ada apa di Jordan sana? Sila tengok keindahan Amman waktu malam 😍. Berminat nak ke Jordan? Boleh hubungi kami. Kami atur...
18/02/2020

Ada apa di Jordan sana?

Sila tengok keindahan Amman waktu malam 😍.

Berminat nak ke Jordan? Boleh hubungi kami. Kami aturkan dari awal hingga habis. 😊

Selamat berangkat buat Jemaah Umrah 22 Hari  Nur Haramain Februari 2020.InshaAllah semoga kesemua 48 orang jemaah diperm...
18/02/2020

Selamat berangkat buat Jemaah Umrah 22 Hari Nur Haramain Februari 2020.

InshaAllah semoga kesemua 48 orang jemaah dipermudahkan urusan selama 22 hari disana. Seterusnya diterima Ibadat dan dikurnia keampunan.

Jom Umrah bersama kami. PM for details @ rujuk poster2 kami 😊.

Alhamdulillah. Pakej Umrah September - November dah dibuka. Untuk september, kami dari Kembara Nur Haramain sendiri akan...
15/02/2020

Alhamdulillah.

Pakej Umrah September - November dah dibuka. Untuk september, kami dari Kembara Nur Haramain sendiri akan bersama tuan puan disana. 😊

RM5,680 / Full Board. InshaAllah.

Berminat, boleh pm kami ya. Boleh juga call @ mesej di talian tertera. 😊

Biasanya Pakej Umrah dengan Nur Haramain Travel ni dapat apa ya ?InshaAllah, Umrah bersama kami termasuk : 🔸Penerbangan ...
11/02/2020

Biasanya Pakej Umrah dengan Nur Haramain Travel ni dapat apa ya ?

InshaAllah, Umrah bersama kami termasuk :

🔸Penerbangan Saudi Airlines
🔸Hotel Yang Dekat & Selesa
🔸Umrah Bersama Mutawwif 3 Kali
🔸Makan Full Board *bergantung pada pakej.
🔸1 Set Bagasi : Kecil-Sederhana-Besar
🔸Air Zam-Zam 5 Liter
🔸Kursus Umrah 2 Kali
🔸Wakil Pengiring daripada Syarikat sepanjang tempoh umrah.

*Gambar : 1 Set Bagasi untuk jemaah.

PETRA. Salah satu daripada 7 keajaiban dunia UNESCO. Selain daripada berjalan melihat pemandangan dan sejarah di Jordan,...
11/02/2020

PETRA.
Salah satu daripada 7 keajaiban dunia UNESCO.

Selain daripada berjalan melihat pemandangan dan sejarah di Jordan, kita juga dapat mengambil Ibrah melalui ziarah-ziarah ke Maqam Anbiya dan Para Sahabat disana. ❤️

11/02/2020

Ada trip special di Jordan untuk bulan Jun nanti kerjasama Arsham Holidays dan kami 😊.

Special untuk adik-adik kita yang bakal Grad.
Juga terbuka untuk keluarga atau masyarakat di Malaysia.

Konsep dia pun mudah, sambil bercuti sambil menangi hadiah.

Hadiah apa tu ?
Hadiah istimewa tajaan kami dan pihak ke-2.

Apa yang istimewa sangat ni ?

1) Untuk ahli keluarga pelajar, kita sediakan khidmat penuh dari ketibaan hingga hari balik. Tinggal berbaki bawa duit belanja saja. Service beli flight pun kita sediakan, free sahaja.

2) Tarikh datang dan balik mengikut kesesuaian, tidak tetap. Kita open semua, kecuali tarikh trip sahaja tetap. Sesuai dengan tarikh graduation.

3) Pakej All-In include semua, termasuk penginapan yang premium, tour yang sah, dan sebagainya.

4) Hadiah menarik untuk dimenangi setiap hari melalui cabutan bertuah.

5) Kita akan lawat pelbagai lokasi utama di Jordan. Petra, Wadi Rum, Aqaba, Laut Mati, Amman dan Maqam2 Nabi dan Sahabat.

Dan banyak lagi inshaAllah.

Ayuh semua, kalau ada adik beradik, ahli keluarga atau kenalan yang bakal ke Jordan utk graduasi, boleh roger2.

Kalau takde graduasi, nak jalan-jalan saja pun boleh. Kita manage bagi puas hati ❤️.

Jemput like page kami Kembara Nur Haramain untuk pakej-pakej Umrah & Pelancongan yang lain.

10/02/2020

Makkah Live ❤️

Semoga kita tergolong dalam kalangan Hamba Nya yang terpilih. Aminn.
09/02/2020

Semoga kita tergolong dalam kalangan Hamba Nya yang terpilih. Aminn.

We all know of those who we have lost since last Ramadan and Allah knows of those who will not reach this Ramadan.
Ya Allah make us of those who are blessed to be able to fast this Ramadan for your sake. May our prayers, sacrifice & charity be accepted. Ameen.

Pakej Umrah sepanjang Tahun 2020.Jom Umrah bersama kami, Nur Haramain Travel & Tours. 🔸Pakej Ramadhan : RM6,880 Tarikh =...
09/02/2020

Pakej Umrah sepanjang Tahun 2020.

Jom Umrah bersama kami, Nur Haramain Travel & Tours.

🔸Pakej Ramadhan : RM6,880
Tarikh = 29/4 - 10/5 ( Saudi Airlines )
Makkah - Mira Ajyad ( 250m + )
Madinah - Al Salahiyah ( 80m )

🔸Pakej Umrah Biasa : RM6,990
Bulan = September & Oktober ( Saudi Airlines )
Makkah - Safwah Tower ( 50m )
Madinah - Durrat Andalus ( 50m )

🔸Pakej Cuti Sekolah : RM7,490
Bulan = November & Disember ( Saudi Airlines )
Makkah - Safwah Tower ( 50m )
Madinah - Durrat Andalus ( 50m )

🔸Pakej Umrah 20 Hari : RM8,340
Bulan = Disember ( Saudi Airlines )
Makkah - Saraya Ajyad ( 300m )
Madinah - Durrat Andalus ( 50m )

Sebarang pertanyaan boleh hubungi admin atau no tertera. 😊 Terima kasih.

"Keselesaan Anda Keutamaan Kami".

( Jordan & Palestin 8 Hari 6 Malam )Ayuh bersama kami menjelajah Tanah Syam yang diberkati. InshaAllah, kita bakal jejak...
08/02/2020

( Jordan & Palestin 8 Hari 6 Malam )

Ayuh bersama kami menjelajah Tanah Syam yang diberkati.

InshaAllah, kita bakal jejaki Maqam2 Anbiya di Jordan & Palestin seterusnya mengambil Ibrah agar kehidupan kita sebagai Muslimin terus diperkukuh.

Sambil-sambil kita selusuri keindahan negara Arab yang pastinya banyak kisah sejarahnya 😊.

Pilihan Tarikh :
1) 26/7 - 2/8
2) 15 - 22/11

Harga : RM7,490 / Seorang.

*Harga tetap sama ya tuan-tuan, puan-puan. Kita bantu lancarkan urusan sebaiknya 😀.

Berminat, boleh terus hubungi kami :

019-9161500 ( En Hafidz )
Nur Haramain Travel & Tours Sdn Bhd.

08/02/2020
Bismillah. Majlis baca yasin dan taklimat akhir Kumpulan Umrah 20 Hari ( Feb ). Bertempat : Pejabat Nur Haramain Travel ...
08/02/2020

Bismillah.
Majlis baca yasin dan taklimat akhir Kumpulan Umrah 20 Hari ( Feb ).

Bertempat :
Pejabat Nur Haramain Travel & Tours Sdn Bhd.

Labbaikallah Humma Labbaik.

07/02/2020

Masjid Nabawi, Madinah.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk menziarahi baginda Nabi Muhammad SAW. ❤️

06/02/2020

Keindahan Kaabah. 😍

Pastinya impian semua umat Islam untuk menjejakkan kaki ke sini.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki Aminn. 😊

InshaAllah, pakej bersama Nur Haramain kita hanya nyatakan jarak sebenar sahaja. Semoga ibadat Umrah kita diterima dan d...
06/02/2020

InshaAllah, pakej bersama Nur Haramain kita hanya nyatakan jarak sebenar sahaja.

Semoga ibadat Umrah kita diterima dan dipermudahkan.

Berhajat mengerjakan Umrah bulan Ramadhan nanti ?
Hubungi kami.

29/4 - 10/5 = RM6,880 / seorang.
Makkah - Mira Ajyad
Madinah - Al Salahiyyah (Pintu 25)

Iklan Jarak Hotel Ibadah Umrah

Sejak dari dulu kita dapat kerap berlaku penipuan, atau sekurang-kurangnya misleading dalam iklan umrah, terutama jarak hotel.

Bukan di Malaysia saja, masa saya di Jordan pun kerap kali iklan dalam akhbar hotel ditulis jarak 300 meter. Tapi jika sampai di sana jaraknya dekat 1km pun ada.

Di zaman serba cangggih digital ini pun survey saya iklan di FB, masih ada fakta mengelirukan tentang jarak hotel. Ada yang cuba kelirukan dengan jarak radius, bukan jarak jalan kaki. Takkan nak panjat pintu pagar kot?

Apa salahnya tulis saja jarak hotel sebenar. Zaman sekarang boleh diikur dengan google map.

Semoga masyarakat kita semakin telus dalam iklan mereka.

Kumpulan Umrah ke-4 Nur Haramain 2019. Bulan November, pakej Umrah Cuti Sekolah. Alhamdulillah, 5 trip Umrah bersama kam...
06/02/2020

Kumpulan Umrah ke-4 Nur Haramain 2019.

Bulan November, pakej Umrah Cuti Sekolah.

Alhamdulillah, 5 trip Umrah bersama kami berjalan lancar sepanjang tahun lepas.

Selain Umrah, pakej ke destinasi lain sepanjang 2019 adalah seperti berikut:

1. Padang, Indonesia.
2. Acheh, Indonesia.
3. Ho Chi Minh, Vietnam.
4. Thailand Tour.
5. Jordan Tour.

06/02/2020

Salam pengenalan buat semua.
Selamat datang ke page kami,
Kembara Nur Haramain.

Kami merupakan ejen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia.

Menyediakan khidmat-khidmat berikut :
1.Pakej Umrah pelbagai kategori.
2. Pakej Ziarah Ibrah ke Tanah Syam.
3. Pakej Pelancongan ke pelbagai lokasi diluar negara.
4. Khidmat pembelian tiket penerbangan.
5. Badal Haji

InshaAllah melalui page ini juga, kami akan berkongsi pakej-pakej yang kami sediakan beserta info-info menarik diluar negara.

Tuan-puan juga dijemput untuk sama-sama berkongsi kisah dan pengalaman terutamanya sewaktu Umrah atau Haji, sesuai dengan nama syarikat kami NUR HARAMAIN.

Semoga kita semua diberkati dan dirahmati.

"Keselesaan Anda Keutamaan Kami".

-AHYS
Nur Haramain Travel & Tours.

Address

1102-E, Tingkat Atas, Jalan Sultan Sulaiman,, Kuala Terengganu
Kampong Kuala Setiu
20000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Nur Haramain Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Kampong Kuala Setiu travel agencies

Show All