Fa izin Cawangan Nilai

Fa izin Cawangan Nilai Menawarkan pakej umrah dan pelancongan dengan harga menarik
(1)

04/02/2021
Assamualaikum semua sahabatku. Renungkanlah: "Sekeras keras batu dapat dihancur oleh titis air yang lembut. Begitu juga ...
30/01/2021

Assamualaikum semua sahabatku. Renungkanlah: "Sekeras keras batu dapat dihancur oleh titis air yang lembut. Begitu juga sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut". Jom kita solat Mahgrib dan Isyak secara berjemaah dan berdoa: "Ya Allah, terima kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini". Aamiin. ๐Ÿ˜๐Ÿ•Œ๐Ÿ•‹

Assamualaikum semua sahabatku. Renungkanlah: "Hei Cantik Bila Berjibab!. Berjibab dulu baru perbaiki akhlak kita. Berjib...
29/01/2021

Assamualaikum semua sahabatku. Renungkanlah: "Hei Cantik Bila Berjibab!. Berjibab dulu baru perbaiki akhlak kita. Berjibab bukan bererti kita sudah sempurna. Berjibab hanyalah cara kita belajar untuk taat kepada Nya". Jom kita solat Mahgrib dan Isyak secara berjemaah bersama keluarga tersayang dan berdoa: "Ya Allah, Janganlah Engkau sibukkan diri kami dan lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada-Mu Ya Allah". Aamiin. ๐Ÿ˜๐Ÿ•Œ๐Ÿ•‹

29/01/2021

ZERO DEPOSIT UMRAH 2021

Tentu sudah ramai yang sangat rindukan untuk menjadi tetamu Allah dan dapat mengunjungi Masjidil Haram. Masakan tidak, sudah hampir setahun kita tidak dapat ke sana.

Bilakah agaknya kita akan dijemput lagi?

Sudah pastinya umrah dengan Norma Baru akan diterapkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan jemaah.

Jom!! jadilah bakal jemaah terawal untuk kami hubungi apabila kebenaran umrah / ke luar negara sudah dibuka nanti.

Moga - moga kerinduan yang sudah lama tersimpan ini dapat dizahirkan tidak lama lagi

Ingin jadi yang terawal?
Sila tekan link di bawah dan kami hubungi anda
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
https://forms.gle/4RG9NKEHcB6kH8Kg8

[๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“]Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat tapi boleh pada pada bila-bila masa. Sibuk dengan aktiviti hari...
29/01/2021

[๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“]

Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat tapi boleh pada pada bila-bila masa. Sibuk dengan aktiviti harian bukan bermakna tiada ruang untuk berzikir. Ia paling mudah dilakukan, namun kebaikannya terlalu besar untuk disia-siakan.

#1 โ€“ Menghalau Syaitan
#2 โ€“ Allah Ingat Kepadanya
#3 โ€“ Menanam Rasa Syukur
#4 โ€“ Menambah Cinta Kepada Allah
#5 โ€“ Membersihkan Hati
#6 โ€“ Membuang Kebimbangan
#7 โ€“ Mendapat Kebaikan Di Dunia
#8 โ€“ Mendapat Ganjaran Dari Allah
#9 โ€“ Mendapat Kebaikan Akhirat

Untuk penerangan lebih lanjut sila klik link di bawah๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
https://tzkrh.com/9-kebaikan-berzikir-yang-perlu-anda-tahu/

Assamualaikum semua sahabatku. Renungkanlah: "Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani berterus terang dan membetulk...
28/01/2021

Assamualaikum semua sahabatku. Renungkanlah: "Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani berterus terang dan membetulkan kesalahan kita agar kita tidak terus hanyut dalam dosa..". Jom kita solat Mahgrib dan Isyak secara berjemaah bersama keluarga tersayang dan berdoa: "Ya Allah, kabulkanlah cita2 kami, jauhkanlah kami dari segala penyakit, fitnah prasangka keji, berkata kasar dan jauhkanlah kami dari segala Musibah". Aamiin. ๐Ÿ˜๐Ÿ•Œ๐Ÿ•‹

Assamualaikum semua sahabatku. Renungkanlah: "Jika Kau Ingin Menperbaiki Hidup Namun Bingung Harus Mulai Darimana, Maka ...
28/01/2021

Assamualaikum semua sahabatku. Renungkanlah: "Jika Kau Ingin Menperbaiki Hidup Namun Bingung Harus Mulai Darimana, Maka Mulailah Dengan Memperkaiki Shalat Mu Dulu". Jom kita solat Mahgrib dan Isyak secara berjemaah bersama keluarga tersayang dan berdoa: "Ya Allah, terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini". Aamiin. ๐Ÿ˜๐Ÿ•Œ๐Ÿ•‹

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐€๐‹๐๐€!Terus patuhi SOP yangtelah ditetapkan dan amalkan kawalan kendiri agar kita dapat putuskan penularan wabak C...
27/01/2021

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐€๐‹๐๐€!

Terus patuhi SOP yangtelah ditetapkan dan amalkan kawalan kendiri agar kita dapat putuskan penularan wabak COVID19.

Assamualaikum semua sahabatku. Renungkanlah: "Sesungguhnya Kamu Akan Ditanya Kelak Tentang Apa Yang Kamu Telah Kerjakan"...
27/01/2021

Assamualaikum semua sahabatku. Renungkanlah: "Sesungguhnya Kamu Akan Ditanya Kelak Tentang Apa Yang Kamu Telah Kerjakan" (An Nahl | Verse 93). Dan "Sesungguhnya Orang2 Munafiq Itu Akan Ditempatkan Didasar Neraka Yang Paling Bawah". (Surah An-Nisa : Ayat 145). Jom kita solat Mahgrib dan Isyak secara berjemaah bersama keluarga tersayang dan berdoa: "Ya Allah, Andai Malam Ini Adalah Sujud Terakhirku, Ampunkanlah Aku. Permudahkanlah Sakaratul Mautku. Dan Matikanlah Aku Dalam Husnul Khotimah". Aamiin. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ•Œ๐Ÿ•‹

[ Tajuk : Kisah Dhuyufurrahman ]Pertama kali menjejak kaki sebagai Dhuyufurrahman pada tahun 2012, aku kurang segala-gal...
26/01/2021

[ Tajuk : Kisah Dhuyufurrahman ]

Pertama kali menjejak kaki sebagai Dhuyufurrahman pada tahun 2012, aku kurang segala-galanya. Namun pengalaman mengerjakan ibadah haji menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku. Sebelum bertolak p**ang ke tanah air kutanam hasrat bahawa aku akan kembali lagi ke sana untuk menjadi tetamuMu Ya Allah. 2014 tanpa disangka Allah menjemput lagi aku ke sana. Kali ini bukan berdua tetapi berenam. Kegembiraan berganda apabila kami turut diiringi oleh 4 ahli keluarga sebelah mentua. Syukur Alhamdulillah. Umrah kali pertama bersama keluarga memang mencabar. Anak- anak perlu dilengkapi dengan ilmu. Alhamdulillah, melalui pakej umrah yang kami pilih memang berbaloi. Setiap minggu kami diberi kursus umrah sehinggalah kami berasakan benar-benar bersedia.
Air mata menitis tatkala kaki melangkah ke bumi Madinah. Kami sangat teruja. Segala urusan dilaksanakan dengan mudah. Ziarah makam Rasulullah menjadi kewajipan kepada kami sekeluarga setiap hari. Biar susah, biar payah kami tetap melangkah utk bertemu dengan kekasihmu Ya Allah. Dalam doa tak lekang untuk kami mengucapkan syukur atas jemputan.
Tiba masa untuk ke Mekah hati penuh dengan debaran. Kepada semua kami titipkan pesanan yang tak putus-putus. Mengerjakan umrah bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Segala hukum dan peraturan perlu dipatuhi. Kami bersyukur kerana mereka sangat cepat belajar. Umrah pertama, kedua dan ketiga dapat dilaksanakan dengan sempurna atas bimbingan mutawif berpengalaman, ustaz Muhaimin. Bersama beliau juga kami sekeluarga berjaya mendaki Jabbar Nur dan merasai sendiri pengalaman di gua hira' Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah...Jemputlah lagi kami menjadi tetamuMu, doa yang tak putus-putus kami ungkapkan setelah selesai mengerjakan tawaf Wida'.

Dikarang oleh : Noor Zila Bt. Md. Yusuf

**Cerita berdasarkan pengalaman sendiri "Pengarang."

**Admin terharu sangat bila baca kisah pengalaman seorang jemaah yang pernah menunaikan umrah ini, Jadi admin repost cerita untuk yang belum pernah baca kisah ini.

Semoga kita dapat merasai sendiri pengalaman ini. InsyaAllah.



Mengapa vaksin meningitis perlu?๐Ÿค”Kenapa kita diwajib mengambil suntikan vaksin Meningitis sebelum berangkat ke Tanah Suc...
26/01/2021

Mengapa vaksin meningitis perlu?๐Ÿค”

Kenapa kita diwajib mengambil suntikan vaksin Meningitis sebelum berangkat ke Tanah Suci? Jikalau anda tidak sihat bagaimana hendak anda fokus untuk membuat segala ibadah dengan tekun dan sempurna?๐Ÿ˜Š

Bakal jemaah haji dan umrah diwajib mengambil suntikan imunisasi untuk membina daya pertahanan badan untuk melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dan sejak tahun 1988, kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan bakal-bakal haji dan umrah mendapatkan vaksin ini.

Jangan disia-siakan peluang yang Allah S.W.T berikan kepada kita. Jangan terlepas pandang mengenai kepentingan persediaan di sana. Semua bergantung kepada ketentuan Allah S.W.T itu betul, tetapi kita masih perlu berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik supaya segala amalan yang dilakukan dapat disempurnakan dengan sehabis baik.๐Ÿ˜„

muhasabah diri
22/01/2021

muhasabah diri

Fakta salahโŒ"Jangan bergaul dengan Cik Dee. Dia bekas pesakit COVID19. Nanti berjangkit pada kita."Fakta sebenar โœ”๏ธJanga...
22/01/2021

Fakta salahโŒ
"Jangan bergaul dengan Cik Dee. Dia bekas pesakit COVID19. Nanti berjangkit pada kita."

Fakta sebenar โœ”๏ธ
Jangan risau, individu yang telah sihat tidak akan menyebabkan anda dijangkiti COVID19.

Jangan sisihkan atau membuat tanggapan negatif terhadap mereka yang pernah dijangkit . Tiada siapa mahu dijangkiti virus itu.


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

22/01/2021

Jom Tonton, moga bermanfaat

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang...
22/01/2021

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
Jom selawat semua!
Jadikan ia amalan
Kerana padanya ada syafaat
Buat kita di hari akhirat

Moga Allah mengangkat covid-19
21/01/2021

Moga Allah mengangkat covid-19

Kekal tenang dan sentiasa ikuti SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Kita semua adalah petugas barisan hadap...
21/01/2021

Kekal tenang dan sentiasa ikuti SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kita semua adalah petugas barisan hadapan! Ayuh bersama-sama mengekang penularan wabak jangkitan COVID-19 dan terus mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.






21/01/2021

AZAB NERAKA

Allah SWT berfirman yang bermaksud: โ€œWahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka p**a tetap melakukan segala yang diperintahkan.โ€
(Surah At-Tahriim, ayat 6)

Dalam Surah Al-Furqan, ayat 65-66 yang bermaksud: Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: โ€œWahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahanam daripada kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. Sesungguhnya neraka jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.

Ibn Masโ€™ud menyatakan, Rasulullah SAW mengajarkan satu doa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: โ€œJika seorang kamu bertasyahud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah daripada empat perkara iaitu โ€œAllahumma inni aโ€™uuzubika min โ€˜azaabi jahannama, wamin โ€˜azabil qabr, wamin fitnatil mahya wal mamaaat, wamin syarri fitnatil masih al-Dajjal.โ€

Untuk Sama โ€“ sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini, JOM!! hanya dari rumah bersama anak - anak dan keluarga tersayang, kita nantikan kemunculan Ustaz Nabil di FB UMRAH FA IZIN yang akan bersama kita, pada hari Jumaat ini, 22 Januari 2021 pada jam 10 Pagi.
Nantikan

Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Orang LainุนูŽู†ู’ ุฃูŽู†ูŽุณู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆ...
21/01/2021

Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Orang Lain

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽู†ูŽุณู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽุง ูŠูุคู’ู…ูู†ู ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูุญูุจู‘ูŽ ู„ูุฃูŽุฎููŠู‡ู ู…ูŽุง ูŠูุญูุจู‘ู ู„ูู†ูŽูู’ุณูู‡ู

Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidak beriman (sempurna iman) seseorang dari kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri". (Sahih Bukhari, no: 13) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam memerintahkan umatnya agar sentiasa memiliki sifat saling mengasihi sesama Muslim dengan memuliakan, menghormati dan menyayangi mereka.

2. Jika kita s**a diri mendapat nikmat dalam hal keagamaan, maka wajib baginya mengasihi saudara Muslim yang lain agar mendapat nikmat yang sama. Ia adalah tanda kesempurnaan iman.

3. Jika kita s**a memperolehi nikmat dunia kita juga sewajarnya s**a agar saudara muslim yang lain juga memperolehinya.

4. Jangan sesekali kita memiliki sifat dengki dan khianat dengan nikmat yang dimiliki oleh saudara kita yang lain.

5. Ambillah iktibar kisah Aus dan Khazraj di Madinah yang mana kedua-dua kaum ini begitu taksub dan fanatik dengan kaum masing-masing namun Allah telah satukan hati mereka dengan kasih sayang dan mereka saling mencintai antara satu sama lain apabila menerima Islam. Mereka bersatu atas nama Islam dan mereka berjuang atas nama Islam.

6. Ingatlah bahawa setiap mukmin ini bersaudara. Firman Allah:
ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููˆู†ูŽ ุฅูุฎู’ูˆูŽุฉูŒ

โ€œSesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudaraโ€ (al-Hujurat: 10)

7. Saudara kita seagama adalah tanggungjawab kita untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan, memberi nasihat ketika mereka memerlukan nasihat, meminjamkan telinga kita untuk mendengar masalah dan kisah mereka, memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan akhir sekali jangan kita lupa untuk mendoakan kepada mereka kerana doa adalah senjata terbaik apatah lagi doa yang tidak diketahui oleh saudaranya sendiri.

Semoga Allah memberikan kita taufik untuk berkasih sayang sesama saudara kita yang beriman sebagaimana kita s**a mendapatkan hal yang sama.

Petikan:SMAF

SELAWATKeutamaan berselawat ke atas Nabi Muhammad ๏ทบ amatlah besar dan banyak disebutkan dalam hadith-hadith baginda ๏ทบ. D...
20/01/2021

SELAWAT
Keutamaan berselawat ke atas Nabi Muhammad ๏ทบ amatlah besar dan banyak disebutkan dalam hadith-hadith baginda ๏ทบ.
Di antaranya dari Imam Ath-Thobaroni rahimahullah yang meriwayatkan sebuah hadith dengan sanad hasan bahawa Rasulullah ๏ทบ bersabda, maksudnya:
โ€œBarangsiapa yang ketika pagi hari berselawat untukku sepuluh kali selawat, dan ketika petang berselawat untukku sepuluh kali selawat, maka dia akan mendapatkan syafaatku pada hari kiamat kelakโ€.
(Imam Al-Haithami berkata : Diriwayatkan oleh Ath-Thobaroni dengan dua jalur sanad, dan salah satu sanadnya โ€œjayidโ€ (agak kuat) dan perawi-perawinya terpercaya. (Majmaโ€™ Zawaaid 15/163 no.17022).
Dengan berselawat juga, kita akan dituliskan sepuluh kebaikan/pahala, dihapuskan sepuluh keburukan/dosa, dan ditinggikan sepuluh darjat di sisi Allah SWT.
Rasulullah ๏ทบ bersabda, bermaksud:
โ€œBarangsiapa yang berselawat untukku satu kali, Allah akan menuliskan baginya sepuluh kebaikan, menghapus darinya sepuluh keburukan dan meninggikan darjatnya sepuluh darjatโ€
(HR. Ahmad dalam Musnadnya dari hadis Abu Thalhah (16399) dan dinilai hasan oleh Al-Albany dalam Sahih At Targhib Wa Tarhib (1661) dan Silsilah Alhadith AsSohehah (3360)).
Dengan perkhabaran beberapa hadith di atas, maka marilah kita sama-sama mengamalkan berselawat ke atas baginda Nabi ๏ทบ sepuluh kali pada waktu pagi dan petang setiap hari agar kita semua memperoleh syafaat Nabi ๏ทบ di akhirat kelak, dan diberi ganjaran oleh Allah SWT dengan pahala, dihapuskan dosa serta ditinggikan darjat kita di akhirat nanti, insyaaAllah... Aameen.
Antara bacaan selawat yg ringkas yang boleh kita amalkan ialah:
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ.
Allahumma shalli โ€˜ala Muhammad waโ€™ala aali Muhammad.
Wallahua'lam, Semoga bermanfaat โ˜บ๏ธ.

sumber: HST

ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉูุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡Berharap dan Memohon Keampunan Dari DosaุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูŽุง ุฃูŽู†ูŽุณู ุจู’ู†ู ู…ูŽุงู„ููƒู...
20/01/2021

ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉูุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡
Berharap dan Memohon Keampunan Dari Dosa
ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูŽุง ุฃูŽู†ูŽุณู ุจู’ู†ู ู…ูŽุงู„ููƒู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุจูŽุงุฑูŽูƒูŽ ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ูŠูŽุง ุงุจู’ู†ูŽ ุขุฏูŽู…ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ู…ูŽุง ุฏูŽุนูŽูˆู’ุชูŽู†ููŠ ูˆูŽุฑูŽุฌูŽูˆู’ุชูŽู†ููŠ ุบูŽููŽุฑู’ุชู ู„ูŽูƒูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ูููŠูƒูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ุฃูุจูŽุงู„ููŠ ูŠูŽุง ุงุจู’ู†ูŽ ุขุฏูŽู…ูŽ ู„ูŽูˆู’ ุจูŽู„ูŽุบูŽุชู’ ุฐูู†ููˆุจููƒูŽ ุนูŽู†ูŽุงู†ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู ุซูู…ู‘ูŽ ุงุณู’ุชูŽุบู’ููŽุฑู’ุชูŽู†ููŠ ุบูŽููŽุฑู’ุชู ู„ูŽูƒูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ุฃูุจูŽุงู„ููŠ ูŠูŽุง ุงุจู’ู†ูŽ ุขุฏูŽู…ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ู„ูŽูˆู’ ุฃูŽุชูŽูŠู’ุชูŽู†ููŠ ุจูู‚ูุฑูŽุงุจู ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุง ุซูู…ู‘ูŽ ู„ูŽู‚ููŠุชูŽู†ููŠ ู„ูŽุง ุชูุดู’ุฑููƒู ุจููŠ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ู„ูŽุฃูŽุชูŽูŠู’ุชููƒูŽ ุจูู‚ูุฑูŽุงุจูู‡ูŽุง ู…ูŽุบู’ููุฑูŽุฉู‹
Telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Allah tabaraka wa ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, jika kamu mengharap dan berdoa kepadaKu, Aku pasti akan menghapuskan dosa mu yang telah lalu. Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu nescaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, Aku pasti akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi." (HR Tirmizi NO: 3463) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Allah Maha Pengampun ke atas hamba-hambaNya.
2. Sebagai hamba, kita sewajarnya sentiasa berharap dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa sama ada dosa yang kecil mahupun besar, dosa yang kita sedar atau tidak.
3. Allah akan mengampunkan dosa hambanya melainkan dosa syirik.
ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ู’ ุณููˆุกู‹ุง ุฃูŽูˆู’ ูŠูŽุธู’ู„ูู…ู’ ู†ูŽูู’ุณูŽู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ูŠูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูŠูŽุฌูุฏู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุบูŽูููˆุฑู‹ุง ุฑูŽุญููŠู…ู‹ุง
โ€œDan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.โ€ (QS. An Nisaโ€™: 110).
4. Berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah termasuk dosa besar. Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrazaq:
ุนู† ุจู† ู…ุณุนูˆุฏ ู‚ุงู„ ุฃูƒุจุฑ ุงู„ูƒุจุงุฆุฑ ุงู„ุฅุดุฑุงูƒ ุจุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ุฃู…ู† ู…ู† ู…ูƒุฑ ุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ู‚ู†ูˆุท ู…ู† ุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ูŠุฃุณ ู…ู† ุฑูˆุญ ุงู„ู„ู‡
โ€œDaripada Ibnu Masโ€™ud, ia berkata bahawa di antara dosa besar yang terbesar adalah berbuat syirik pada Allah, merasa aman dari murka Allah dan merasa putus asa dan putus harapan dari ampunan Allah.โ€ (HR. Abdurrozaq, 10: 460, dikeluarkan p**a oleh Ath Thobroni. Lihat Kitab Tauhid dengan tahqiq Syaikh Abdul Qodir Al Arnauth, hal. 128).
Berusahalah bersungguh-sungguh memohon ampun dari dosa yang lalu dan sentiasa mengharap rahmat dan kasih sayang Allah.

sumber : HSMAF

4 Amalan Sunnah Di Awal Pagi Yang Akan Membuka Pintu Rezeki AndaRezeki adalah kurniaan Allah kepada setiap hambaNya. All...
20/01/2021

4 Amalan Sunnah Di Awal Pagi Yang Akan Membuka Pintu Rezeki Anda
Rezeki adalah kurniaan Allah kepada setiap hambaNya. Allah SWT memberikan rezeki dengan bermacam-macam cara. Bukan sahaja dari segi harta benda ataupun kewangan, tetap juga dari segi kesihatan, ketenangan, kelapangan, anak dan sebagainya.
Namun tahukah anda bahawa terdapat beberapa amalan di awal pagi yang boleh mengundang rezeki Allah SWT kepada kita?
Berikut ini empat amalan pagi pengundang rezeki.
1) Solat Tahajud
Solat tahajud boleh dilakukan di seluruh bahagian malam; baik tengah malam mahupun sepertiga malam yang terakhir, dengan syarat sudah tidur terlebih dahulu. Namun yang lebih utama dan lebih mengundang rezeki adalah solat tahajud yang dilakukan di sepertiga malam yang terakhir. Jadi, tahajud juga menjadi sarana bangun pagi.
Rasulullah shallallahu โ€˜alaihi wasallam bersabda:
โ€œKetika kalian tidur, syaitan membuat tiga ikatan di tengkuk kalian. Di setiap ikatan syaitan akan mengatakan, โ€œMalam masih panjang, tidurlah!โ€ Jika ia bangun lalu berdzikir pada Allah, lepaslah satu ikatan. Kemudian jika ia berwudhu, lepas lagi satu ikatan berikutnya. Kemudian jika ia mengerjakan sol, lepaslah ikatan terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, jiwanya jadi kotor dan malas.โ€ (HR. Al Bukhari)
seperti hadits tersebut, seseorang yang bangun pagi, berwudhu lalu shalat tahajud, paginya ia menjadi bersemangat dan bergembira. Seseorang yang bersemangat dan bergembira, akan berpengaruh pada peningkatan kreatifitas dan motivasi kerja yang secara ilmiah dibuktikan dengan sejumlah penelitian berbanding lurus dengan kinerja.
2) Doa di Pagi Hari
Setelah shalat tahajud, seorang muslim perlu memanfaatkan waktu sepertiga malam tersebut untuk berdoa. Doa adalah senjata orang beriman. Apalagi doa di sepertiga malam yang terakhir, insya Allah lebih mustajabah. Lebih didengar dan dikabulkan Allah Subhanahu wa Taโ€™ala.
Doa ini lebih bagus lagi jika menjadi satu paket dengan shalat tahajud. Jadi setelah tahajud kemudian berdoa. Berdoa apa saja, asalkan baik, insya Allah dikabulkan oleh Allah. Berdoa memohon ampunan, berdoa memohon akhirat, dan boleh juga berdoa meminta dunia untuk sarana akhirat; termasuk rezeki. Rasulullah shallallahu โ€˜alaihi wasallam bersabda:
โ€œRabb kita Tabaraka wa Taโ€™ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: โ€˜Siapa yang berdoa kepada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Kuampuniโ€™.โ€ (HR. Al Bukhari dan Muslim)
3) Sedekah Pagi
Sedekah bisa dilakukan kapan saja dan salah satu keutamaannya adalah dilipatgandakan Allah Subhanahu wa Taโ€™ala. Namun, sedekah di waktu pagi lebih istimewa lagi. Sebab setiap pagi ada malaikat yang mendoakan orang yang bersedekah dan orang yang pelit.
โ€œTidaklah berlalu pagi di setiap hari kecuali ada dua malaikat yang turun dan berdoa, โ€œYa Allah berikanlah ganti pada yang berinfakโ€ Sedangkan malaikat yang satunya berdoa, โ€œYa Allah, berikanlah kebangkrutan bagi yang enggan bersedekahโ€ (HR. Al Bukhari dan Muslim)
Doa manusia kadang ada yang tertolak tersebab dosa dan kemaksiatan yang dilakukan. Namun malaikat? Mereka tidak pernah melakukan dosa dan kemaksiatan sehingga doa malaikat insya Allah selalu dikabulkan Allah. Jadi, bersedekahlah di waktu pagi, malaikat akan mendoakan ganti dan dengan demikian insya Allah terundanglah rezeki.
Sedekah pagi ini menjadi amalan yang banyak diamalkan para sahabat, terutama Abu Bakar radhiyallahu โ€˜anhu. Pernah Rasulullah setelah shalat Subuh bertanya kepada para sahabatnya siapa yang telah melakukan shalat tahajud, bersedekah, dan lain-lain. Ternyata Abu Bakar terus mengacungkan tangan sebagai tanda bahwa beliau telah melaksanakan amal-amal itu.
4) Solat Dhuha
Solat dhuha adalah salah satu amalan pagi yang bisa mengundang rezeki. Waktu solat dhuha dimulai sejak matahari sepenggelahan naik (kira-kira satu tombak) hingga menjelang ke tengah di atas kepala (kira-kira 15 menit sebelum Dzuhur).
Solat dhuha bisa dikerjakan dua rakaโ€™at hinga delapan rakaโ€™at. Bahkan ada p**a yang mengatakan hingga 12 rakaโ€™at.
Dua rakaโ€™at solat dhuha senilai dengan 360 sedekah sebagai hak persenderian dan siapa yang menjalankan empat rakaat shalat dhuha niscaya Alah menjamin rezekinya.
Mafhum dari sebuah hadis Rasulullah s.a.w โ€œDi dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.โ€ Mereka (para sahabat) bertanya, โ€œSiapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?โ€
Beliau menjawab, โ€œEngkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua rakaโ€™at Dhuha sudah mencukupimu.โ€ (HR. Abu Dawud)
Mafhum dari sebuah hadis Rasulullah s.a.w; Allah โ€˜Azza wa Jalla berfirman, โ€œWahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.โ€ (HR. Ahmad)
Demikian 4 amalan pagi mengundang rezeki. Tentu masih ada amalan-amalan lain yang tergolong di dalamnya, baik yang bisa dilakukan di waktu pagi mahupun waktu-waktu lainnya. Semoga apa yang dikongsikan dalam artikel ini memberkan manfaat kepada sidang pembaca sekalian.
sumber; himpunandoaharian.com myinfomaya

19/01/2021

Fa Izin Travel Cawangan Nilai Kini Dibuka Semula๐ŸŽŠ

๐Ÿ“ข Fa Izin Cw Nilai telah menawarkan 2 tawaran yang menarik โ€ผ๏ธ

๐Ÿ“ŒUmrah Zero Deposit
- Anda semua tidak lagi perlu membayar deposit untuk mendaftat umrah

๐Ÿ“Œ Sejadah Sandar
- Potongan harga yang sangat tidak masuk akal

Jadi apa tunggu lagi โ“โ“โ“
Segera Hubungi di Talian di bawah :

๐Ÿ“ฒhttps://wasap.my/60176078261 Haji Ishak
๐Ÿ“ฒhttps://wasap.my/60132063020 Azizan

Jika anda atau anak anda mempunyai gejala yang teruk, sila dapatkan rawatan segera. Hubungi klinik kesihatan terdekat at...
19/01/2021

Jika anda atau anak anda mempunyai gejala yang teruk, sila dapatkan rawatan segera.
Hubungi klinik kesihatan terdekat atau 999.
Apakah gejala yang teruk itu?


sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SEDEKAH SUBUHKenapa sedekah subuh?  Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain.  Semua sedekah boleh, di setiap ...
18/01/2021

SEDEKAH SUBUH
Kenapa sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.
Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa? Kata Rasullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda โ€œYa Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari"
Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary โ€œYa Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanyaโ€
Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.
"Ya Allah, dgn berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya"
"Ya Allah, dgn sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tua ku"
"Ya Allah, dgn berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi", contoh2nya..
Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.
Rutinkan setiap hari, sehingga 30 - 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah2 itu kpd anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.
Yang solat subuhnya di surau atau Masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.
Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau di lakukan secara istiqomah disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.
Dari perkongsian Ustaz Syekh Ali Jaber.

Tolonglah apa yang perlu ditolong, bantulah apa yang perlu dibantu.Jangan terlalu dekat, jangan terlalu percaya. Karena ...
18/01/2021

Tolonglah apa yang perlu ditolong, bantulah apa yang perlu dibantu.

Jangan terlalu dekat, jangan terlalu percaya. Karena kebaikan hari ini belum tentu akan baik ke depannya nanti.

Di realiti kehidupan kita, terlalu banyak orang yang ingin dibantu. Tapi setelah dibantu dan mereka mulai merasa mampu, mereka akan lupa, bahkan tanpa rasa bersalah akan menjatuhkanmu..

C/p

18/01/2021
Tips untuk khusyuk di dalam solat.Moga dapat dipraktikkan dalam setiap solat kita..Aminnn..
18/01/2021

Tips untuk khusyuk di dalam solat.Moga dapat dipraktikkan dalam setiap solat kita..Aminnn..

SELAWAT KETIKA LUPASetiap insan atau manusia tidak boleh lari daripada sifat lupa ini dan sifat lupa ini menunjukkan bah...
16/01/2021

SELAWAT KETIKA LUPA
Setiap insan atau manusia tidak boleh lari daripada sifat lupa ini dan sifat lupa ini menunjukkan bahawa insan ini mempunyai kekurangan.
---
Rujuk Sumber Asal: http://bit.ly/slwtktklpa
Album Infografik: https://bit.ly/AlbumI-Graphf
Pejabat M***i Wilayah Persekutuan

Address

Jalan BBN 1/2E, PUTRA NILAI
Kampong Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+6067940308

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fa izin Cawangan Nilai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fa izin Cawangan Nilai:

Videos

Share


Other Kampong Nilai travel agencies

Show All

You may also like