Amazing Umrah Rawang Selangor

Amazing Umrah Rawang Selangor Menyantuni tetamu Allah & membawa Ahlul Quran kembara Al Quran di bumi Haramain

Seronok nya bila anak anak pun dapat khatam Quran di mekah dan madinah semasa Umrah 😍Bila pergi Umrah bersama Amazing Um...
31/10/2022

Seronok nya bila anak anak pun dapat khatam Quran di mekah dan madinah semasa Umrah 😍
Bila pergi Umrah bersama Amazing Umrah Travel dapat join program Jaulah serta Khatam Quran di Mekah dan Madinah anjuran Sahabat Quran Malaysia! Alhamdulillah 😍🥰
Semoga selepas balik daripada Umrah nanti, setiap anak anak dan jemaah dapat mengeratkan lagi hubungan bersama Al-Quran dalam kehidupan. Amiinn


TIKET 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝟭𝟮 dah 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛?? Nak merasa Umrah Musim sejuk tapi banyak Travel dah kehabisan tiket??!! 😱Jangan r...
25/10/2022

TIKET 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝟭𝟮 dah 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛?? Nak merasa Umrah Musim sejuk tapi banyak Travel dah kehabisan tiket??!! 😱
Jangan risau, kami masih ada kekosongan dengan confirm seat. Departure 4 Dec - 14 Dec 2022 masih ada lagi!!! 🔥🔥
Pakej Termasuk:.
✅ Harga dah Include Peak Season
✅ Makan 3kali sehari di Mekah dan Madinah
✅ Direct Flight Saudi Airlines ✈
✅ Bimbingan 𝐔𝐌𝐑𝐀𝐇 𝟑𝐗
✅ 12 hari 10 malam (4-14 Disember 2022)
✅ Diketuai 𝙈𝙐𝙏𝘼𝙒𝙄𝙁 & 𝙋𝙀𝙂𝘼𝙒𝘼𝙄 𝙋𝙀𝙉𝙂𝙄𝙍𝙄𝙉𝙂
Kelebihan Pakej Umrah Musim sejuk:
✅ Ziarah dalam keadaan dingin dan selesa
✅ Tak panas, seronok bila tawaf
✅ Tak cepat penat dan dahaga
✅ Sejuuukk, best! dapat merasa cuaca yang berbeza dengan cuaca Malaysia
✅ Kadang kadang hujan, baru feeling masa tawaf hujan hujan
AMAZING UMRAH TRAVEL SDN BHD
SH-11-3 Selayang 18,
Persiaran 3, Dataran Templer,
68100 Batu Caves, Selangor
Hubungi:
Puan Farah - 019 321 5078
www.wasap.my/+60193215078/umrah4dec


22/10/2022

NAK BEKERJA DI AMAZING UMRAH?
PELUANG UNTUK KE TANAH SUCI SECARA !
Kami mencari mereka yang berminat untuk membantu bakal bakal tetamu Allah untuk ke Tanah Suci bagi mengerjakan .

Peluang yang kami sediakan di sini adalah:

1- Sales & Marketing 🧑‍💼
2- Admin 🧑‍💻

✅ Fresh graduate di utamakan
✅ Tak berapa pandai tak apa, boleh belajar
✅ Boleh berkomunikasi dengan baik

Jika anda berminat atau ada kenalan yang mencari peluang pekerjaan seperti di atas, boleh hubungi kami dengan segera.
📞 Hubungi:
Puan Farah - 019 321 5078
www.wasap.my/+60193215078/kerjakosongAmazing
🕋 AMAZING UMRAH TRAVEL SDN BHD

📍 Address: SH-11-3 Selayang 18,
Persiaran 3, Dataran Templer,
68100 Batu Caves, Selangor





21/07/2022
17July 2022 🇧🇳 AHADSESI PENGHAYATAN & BIMBINGAN UMRAH BRUNEI & PENGENALAN SAHABAT QURAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA SAHABA...
18/07/2022

17July 2022 🇧🇳 AHAD

SESI PENGHAYATAN & BIMBINGAN UMRAH BRUNEI & PENGENALAN SAHABAT QURAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA SAHABAT QURAN BRUNEI.

Bertempat : Masjid Salambigar,Brunei Darussalam

Permulaan Majlis ilmu ini di awali dengan Ucapan Dari Haji Matassan selaku Ketua Team Amazing Brunei Merangkap Ketua AJK Brunei.

Jemaah yang hadir seramai 130 orang akan di beri hadiah dari Amazing Umrah Travel,3 Buku Amalan harian, Muffin Choc Gardenia dan Air Mineral.Sebelum Bacaan zikir pagi dari Ustazah Nazliana Abu Naem selaku Ketua SQM,jemaah brunei diberi Pengenalan tentang SQM oleh Puan Hajah Sarni Abdullah selaku Pengasas SQM dan COO Amazing Umrah Travel

Slide video pengenalan di mainkan secaranya memberi impak yang besar kepada jemaah Brunei,kerana Amazing Umrah Travel bukan sahaja menguruskan perjalanan umrah sahaja tetapi juga sebenarnya mengajak jemaah cintakan Al Quran,rajin membaca,bertaddabur dan ber SAHABAT DENGAN AL QURAN.

Kita mahu apabila balik dari Mekkah dan Madinah jemaah terus bersahabat dengan Al Quran sehingga FAHAM ISI KANDUNGAN Al Quran itu sendiri. Bukan lah membaca sahaja tanpa mengetahui isi kandungannya.

Alhamdulillah setelah selesai Sesi pengenalan SQM yang disampaikan oleh Puan Hajah Sarni,diteruskan bacaan zikir oleh Ustazah Nazliana seterusnya Sesi Taklimat Umrah Oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Ghazali Idris sehingga jam 12 tengahhari.

Syukur semuanya berjalan lancar.Jemaah banyak memberi respon segala Taklimat Umrah yang ustaz sampaikan semuanya faham dengan baik.

Insha Allah seramai 120 jemaah Brunei dan 40 jemaah Malaysia akan mengerjakan Umrah pada Bulan December nanti. Semoga Allah memberi kefahaman ilmu Umrah dan hajj kepada semua yang hadir. Semoga Allah lancarkan ibadah umrah mereka.

Aamiin

Jazakumullahu Khairan Khatira.



18/07/2022

taklimat kursus umrah d Brunei

SELESAI HAJIAllah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:فَاِ ذَا قَضَيْتُمْ مَّنَا سِكَـکُمْ فَا ذْکُرُوا اللّٰهَ كَذِكْرِكُمْ ا...
14/07/2022

SELESAI HAJI

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

فَاِ ذَا قَضَيْتُمْ مَّنَا سِكَـکُمْ فَا ذْکُرُوا اللّٰهَ كَذِكْرِكُمْ اٰبَآءَکُمْ اَوْ اَشَدَّ ذِکْرًا ۗ فَمِنَ النَّا سِ مَنْ يَّقُوْلُ رَبَّنَاۤ اٰتِنَا فِى الدُّنْيَا وَمَا لَهٗ فِى الْاٰ خِرَةِ مِنْ خَلَا قٍ
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 200)

وَمِنْهُمْ مَّنْ يَّقُوْلُ رَبَّنَاۤ اٰتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى الْاٰ خِرَةِ حَسَنَةً وَّ قِنَا عَذَا بَ النَّا رِ
"Dan di antara mereka p**a ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 201)

اُولٰٓئِكَ لَهُمْ نَصِيْبٌ مِّمَّا كَسَبُوْا ۗ وَا للّٰهُ سَرِيْعُ الْحِسَا بِ
"Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 202)

SubhanAllah Alhamdulillah LaailahaillAllah Allahuakbar 💞



jom kita study sikit tentang Hajarul AswadHajarul Aswad dikatakan datang daripada syurga dan warna asalnya adalah putih ...
13/07/2022

jom kita study sikit tentang Hajarul Aswad

Hajarul Aswad dikatakan datang daripada syurga dan warna asalnya adalah putih tetapi bertukar menjadi hitam kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama dosa-dosa yang dilakukan.

Menurut Ibnu Ishaq dalam bukunya Sirah Rasulullah S.A.W, diceritakan kisah pembinaan semula Kaabah oleh kabilah-kabilah Mekah berikutan banjir besar melanda sehingga memusnahkan sebahagian strukturnya.

Ketika itu, Hajarul Aswad dialihkan sementara bagi memberi laluan kepada pembinaan semula Kaabah.

Setelah pembinaan semula siap, kabilah-kabilah Mekah bertelingkah sesama sendiri mengenai kabilah mana yang lebih berhak untuk meletakkan kembali ke tempat asalnya di dalam Kaabah.

Kemudian mereka mengambil keputusan untuk menunggu sesiapa sahaja yang akan memasuki kawasan Kaabah selepas itu, akan diminta membuat keputusan berkenaan perbalahan mereka.

Dengan kehendak Allah jualah, lelaki yang memasuki itu adalah Muhammad Abdullah yang mencecah usia ke-35 tahun ketika itu, iaitu lima tahun sebelum baginda menerima wahyu kerasulan.

Dengan kebijaksanaan, baginda meminta disediakan sehelai kain lalu meletakkan Hajarul Aswad ditengah-tengah kain tersebut.

Setiap ketua daripada kabilah Mekah itu diminta memegang bucu kain tersebut lalu mengangkatnya.

Akhirnya, Nabi Muhammad sendiri yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ke tempat yang sepatutnya, sambil memberikan kepuasan hati setiap kabilah Mekah atas kehormatan yang mereka terima secara adil.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Ya Allah, ampunilah orang yang melaksanakan ibadah haji dan orang yang ...
07/07/2022

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,

"Ya Allah, ampunilah orang yang melaksanakan ibadah haji dan orang yang dimintai keampunan-nya oleh orang yang berhaji,"

(HR Hakim, Al-Mustadrak)

DOA ARAFAH : SEKALI SEPANJANG HAYAT.  MAKA BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH!Beberapa tahun sebelum dipanggil menjadi tetamu Allah, ...
05/07/2022

DOA ARAFAH : SEKALI SEPANJANG HAYAT.

MAKA BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH!

Beberapa tahun sebelum dipanggil menjadi tetamu Allah, tertonton sebuah rancangan televisyen yang dihoskan oleh Ustaz Don. Sangat terkesan.

Menurut beliau, ramai orang membuat persediaan fizikal dan mental termasuk kewangan yang mencukupi sebelum terbang ke Tanah Suci. Namun, ramai yang terlupa bahawa DOA DI ARAFAH juga sesuatu yang perlu dipersiap-siagakan. Malah kemuncak daripada segala doa yang pernah dan akan kita lafazkan selagi hidup.

Sebaik selepas ASAR menjelang tenggelam matahari (maghrib) ALLAH turun ke langit dunia untuk mengkabulkan segala doa dan permintaan hamba-hamba-Nya dan ALLAH bersedia untuk menerima segala taubat hamba-Nya. Tanpa hijab.

Malangnya tempoh masa antara 2 - 3 jam tidak semuanya berusaha untuk memanfaatkannya. Selepas 10 minit atau 20 minit ramai jer yang masuk ke khemah baring-baring, berbual-bual kosong malahan ada yang tergamak menghisap rokok..(Nauzubillahiminzalik).

Maka, saranan beliau (dan Alhamdulillah telah kami praktikkan...) berlatihlah untuk melafazkan doa selengkapnya, sepenuhnya, sekhusyuknya, sehingga berjam-jam - usah biarkan walau sesaatpun waktu itu berlalu tanpa sebarang pengucapan kepada Allah.

Caranya : deraflah DOA ARAFAH sejak dari sekarang. biar berjela-jela panjangnya....mulakan dengan mohon keampunan kepada Allah. Selawat dan salam kepada Rasulullah saw. Puji-pujian sebanyak-banyaknya.... kemudian setiap satu perenggqan khususkan untuk seorang ahli keluarga...bermula dengan ibu...bapa..pasangan hidup...anak-anak-anak-anak...adik beradik...saudara-mara....para sahabat jauh dan dekat....kariah masjid....jiran tetangga..hinggalah kepada para pemimpin negara dan kepimpinan termasuk untuk umat Islam keseluruhannya.

Masya-Allah. Apabila tiba detik itu nanti....tidak terasa 2- 3 jam berlalu. Air mata berlinangan, berjejeran sepanjang-panjang waktu berwukuf. Rasakanlah dan nikmatilah betapa nikmatnya erti khusyuk dan syahdu di ketika itu.

Cari tempat yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu terlindung. Usah berpayung. Kerana pandangan mata biar tembus terus ke langit atas sana.

Dan seboleh mungkin jauhi daripada kump**an2 tertentu yang memilih untuk mengaminkan sahaja doa yang dipimpin oleh ketuanya....kerana bisa mengganggu kekhusyukan kita.

Dan janganlah jadi seperti seorang rakan jemaah yang terlepas kata : Alah...kita nak doa apa lagi.....minta ampun minta maaf, murah rezeki, sihat tubuh badan dan panjang umur dah le... (NAUZUBILLAHIMINZALIK).

ARAFAH bukan biasa-biasa. Ingat tu !

Semoga bermanfaat buat para bakal Duyufurrahman.

IN-SYA-ALLAH.





Kredit : Kembara Sahabat Haramain Travel Sdn Bhd

Address

Kampong Selayang

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60163955005

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amazing Umrah Rawang Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Amazing Umrah Rawang Selangor:

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Travel Agencies in Kampong Selayang

Show All