22/02/2020
PATUTLAH ORANG MALAYSIA S**A BELI KERETA RECOND! Ini sebabnya...
1. Kereta recond jauh lebih murah daripada kenderaan brand new model sama.
Sebab ia bukan baru. Mestilah lebih murah, ye tak?
Tapi takpe ke bukan baru?
Kenapa orang s**a recond walaupun bukan baru?
Sebab...
---
2. Kualiti dan kondisi kenderaan recond tidak jauh beza dengan kenderaan baru di Malaysia.
Contohnya, kereta di Jepun tidak dimiliki terlalu lama. Lepas 2-3 tahun, kereta ini dijual & pemilik beli kereta baru.
Sepanjang pemilikan p**a, mileage kereta rendah & dijaga elok.
---
3. Spesifikasi kenderaan yang lebih baik & lebih banyak pilihan berbanding model rasmi yang dibawa masuk ke Malaysia.
Tidak semua varian dalam sesuatu model dibawa masuk ke Malaysia oleh pengedar rasmi.
Jadi kereta recond jadi pilihan untuk mendapatkan 'spec' lebih tinggi atau 'spec' yang tiada dalam pilihan di Malaysia.
---
TAPI AWAS!
Anda perlu hati-hati dengan keadaan kereta yang anda nak beli.
Kita WAJIB tahu keadaan sebenar kereta tersebut sebelum dibawa masuk ke Malaysia.
Jangan sampai kena tipu!
Apa jenis penipuan yang berlaku dalam industri kereta recond?
---
1. Tipu mileage.
Ini satu penipuan paling biasa.
Kereta sudah sampai 90,000 km, diputar jadi 15,000 km.
Sepatutnya jual murah sikit sebab mileage tinggi & hampir kena buat major service. Tapi sebab dah putar jadi mileage rendah, boleh jual mahal lagi.
---
2. Tipu tahun.
Kereta tahun 2014 dikatanya kereta tahun 2016.
Yang ini dicampur dengan putar mileage macam tadi, memang nampak kereta tu best & sedap.
Sebenarnya, tahun pun tipu, mileage pun tipu.
---
3. Tipu condition.
Contohnya, kereta dari Jepun datang dengan R rating. R ni maksudnya kereta pernah kemalangan & sudah dibaiki semula.
Masuk Malaysia, dealer kata 'GRED A' (mengikut rating kira dapat 4.5 atau 5 -- kondisi sangat baik).
Kita rasa beli yang baik, rupanya dapat yang pernah kemalangan.
Tak ke haru!
---
"HABIS TU, MACAM MANA NAK CHECK KEADAAN KERETA?"
Sebelum beli, kita SCRUT dulu.
SCRUT ialah satu platform yang menyediakan:
- Laporan Auction History untuk kereta dari Jepun
- Laporan Vehicle History untuk kereta dari UK
Dari laporan ni, baru kita boleh tahu keadaan & sejarah sebenar kereta yang kita nak beli tu.
"APA KITA BOLEH TAHU DARI LAPORAN KERETA NI?"
Kita boleh tahu:
- Mileage sebenar kereta
- Spec kereta
- Keadaan body kereta (calar, remuk) & keadaan dalaman kereta (interior)
- Laporan kemalangan (kalau ada)
- Gred kualiti kereta semasa dijual
---
Sebelum beli, semak dulu sejarah kereta.
Dapatkan laporan kereta di sini:
๐ https://www.scrut.my
Get SCRUT before WE get SCREWED!