Nur Homestay Karak

Nur Homestay Karak Taman Makmur Jaya Karak berhampiran dengan pelbagai kemudahan di bandar Karak dan kawasan sekitar Lanchang dan Bentong Pahang. Hubungi 0179858082

menyediakan penginapan untuk sewa harian/mingguan/bulanan
Hubungi 0179858082

Assalamualaikum. Terima kasih support page Nur Homestay Karak. Pelajaran di teruskan.. Mohon like sikit sorang ye. Terim...
28/09/2024

Assalamualaikum. Terima kasih support page Nur Homestay Karak. Pelajaran di teruskan.. Mohon like sikit sorang ye. Terima kasih 🙂

Nama : Mohamed Shaifudden Bin Mohamed yusoff
No Matrik : 297192
Tajuk : Berbilang Kaum Penyatuan Keharmonian Negara.

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu,Cina dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan Kashpalati.
Negara Kita yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni. Langkah-langkah bagi mengeratkan perpaduan di antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum. Justeru itu, kepelbagaian kaum ini haruslah diraikan dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling tolong menolong antara kaum “bagai aur dengan tebing” untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman harmoni. Menurut kata Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi erat serta rencaman sesama kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat”.
Selain daripada itu, kekuatan daripada semua pihak diperlukan dalam berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif bagi mewujudkankan aspirasi rakyat di segenap Malaysia. Persoalannya di sini, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan serta dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia? Dan sebenarnya boleh jika Bersatu hati.

Dalam menelusuri arus pemodenan, usaha yang lebih jitu haruslah dilakukan demi membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia ini. Pihak kerajaan mahupun rakyat juga haruslah mempunyai peranan masing-masing di dalam menjayakan kehidupan dan penyatuan kaum. Usaha kerajaan dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia adalah salah satu tindakan yang amat dialu-alukan. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, konsep 1 Malaysia (perpaduan kaum) dapat dijayakan melalui majlis-majlis sebegini. Malah slogan terkini untuk kemerdekaan kita menggunakan tema “Masyarakat Madani jiwa merdeka” tetap menerapkan unsur perpaduan dan harmoni.

Budaya Malaysia begitu unik

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Tiga kaum yang utama di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina p**a mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India p**a membentuk 7.5% daripada pop**asi Malaysia. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Secara menyeluruh, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia dan diangkat sebagai Bahasa utama,

Kebersamaan Dalam Kepelbagaian

Meraih kekuatan dalam kepelbagaian boleh direalisasikan sekiranya masyarakat bersifat inklusif atau penyatuan dan bekerjasama merentasi sempadan identiti. Sebagaimana menurut Badlishah, terdapat satu kajian di Barat mendapati, ‘Diversity offers innovation and problem solving by pushing everyone to look at different perspectives.’ (Kepelbagaian menawarkan inovasi dan penyelesaian masalah dengan mendorong setiap orang untuk melihat dari perspektif berbeza). Benar bukan? Manusia harus menjadi kreatif dan beradaptasi dengan perubahan bagi menguruskan perbezaan dengan teliti serta bijak.

Walau seringkali kita dapati perbezaan menjadi punca perbalahan namun sebenarnya, ini adalah antara asas terpenting yang perlu dijaga dalam memelihara keharmonian perpaduan dalam menjaga kehidupan sejagat. Sekiranya perbezaan dalam kepelbagaian dapat diatur, maka kita akan menuai hasil yang menguntungkan dalam konteks pembinaan masyarakat dan pembangunan negara.Kepelbagaian yang ada adalah tanda kebesaran Maha Pencipta, dan Allah telah menyebut hikmahnya sepertimana firman-Nya dalam Surah al-Hujurat ayat 13: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.”
Justeru itu, kepelbagaian yang tentunya membawa kepada perbezaan harus diimani sebagai satu kekuatan yang patut direbut manfaatnya. Tepis jauh-jauh pemikiran bersifat berpuak-puak atau ringkasnya, jauhkan kecenderungan terhadap apa yang serupa dan biasa itu demi menjaga keharmonian. Jika rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian, mencari titik persamaan, merapatkan jurang perbezaan, negara ini mampu menjadi terkehadapan dalam pelbagai arena.

14/07/2024

Tarikan baru… Air terjun Lata Bunta sungai dua Karak.

10/04/2024
Sesiapa nak register unifi boleh click link ni ya..
18/10/2022

Sesiapa nak register unifi boleh click link ni ya..

Included in the bundle:

Thank you 25-30 jan 2021
13/02/2021

Thank you 25-30 jan 2021

Alhamdulillah. Masih di beri peluang.Moga segala amal kebaikan di terima.
12/02/2021

Alhamdulillah. Masih di beri peluang.
Moga segala amal kebaikan di terima.

Thank you 😊
10/02/2021

Thank you 😊

Address

Taman Makmur Jaya
Karak
28600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nur Homestay Karak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nur Homestay Karak:

Videos

Share


Other Vacation Home Rental in Karak

Show All